Tuesday, June 08, 2010

Ruang Tamu Idaman

Rumah sewa saya dan Encik Gajah di Kerteh ni pada asalnya fully-furnished, since tuan rumah pindah Sudan 2 tahun lalu. Kami start duduk sini tgh bulan 12 haritu. Tapi dalam sebulan lepas dia dan family dah balik Malaysia, kena kerja kat Miri pulak.

Jadi Khamis lepas diorang datang ambil barang-barang diorang kat rumah ni sampai kosong rumah. Tinggal barang yang tak boleh nak angkut je seperti almari buku yang penuh dengan buku dan set bilik tidur diorang yang dah 10 tahun usianya. Yelah barang lama kan, kalau dibawa ke sana ke mari nanti rosak pulak dia. Hehe.

Since rumah dah agak kosong, suka lah hati kami berdua sebab dah boleh decorate rumah ni sendiri. Sebelum ni barang tuan rumah banyak, nak tukar-tukar position perabot pun ruang agak terhad. Jadi kami just berpuas hati dengan kedudukan asal perabot aje which kami takdela suka sangat sebab rasa macam suram sikit rumah ni. Duduk 2 orang je pulak tu kan, rasa cuak la jugak masa mula-mula masuk. Lama-lama dah biasa :)

So saya ni yang sudah excited mahu decorate rumah ni mencarilah inspirasi untuk menghias rumah. Masuk harini dah 5 hari saya duk surfing pasal home deco je. Haha. So kat bawah ni ialah antara ruang tamu yang saya suka:


Amacam, ada yang macam korang suka jugak tak? :D

Basically, saya suka ruang tamu yang:

1. Banyak tingkap
2. Banyak warna putih. Warna feveret saya :D
3. Diserikan lagi dengan warna-warna ceria/lembut
4. Mesti ada karpet yang selesa. Kalau tak duduk atas sofa leh golek-golek atas karpet pulak~
5. Kat sofa ada bantal-bantal kecik yang agak penuh sofa hehe
6. Hiasan dinding yang simple tapi comel

Kesimpulannya korang leh kaitkan ruang tamu kesukaan saya dengan design blog nih. Banyak warna putih, simple, dan ada warna2 ceria untuk menaikkan seri hehe.

So korang suka ruang tamu yang macam mana pulak? ;)

6 comments:

  1. wuaaaa yang tak kahwin pun rasa nak kahwin haha

    ReplyDelete
  2. sume comel2 n cantik2 la... nk ade 3 ruang tamu leh tak...hehehe.. nieza suke gmbr no. 3 (purple),4(pink) & 5(blue pink)... chantekkkk ^^

    ReplyDelete
  3. ai suke 1st,2nd and last pic.....ni ade sesi vote ke?hehehehe

    btw,congrats dgn pembuncitan itu...tak sabar mahu lihat bayi kecil nad..tehee

    ReplyDelete
  4. bestnye hias rumahhhh. sangat suke!!! dah kawen nih lagi semangat..dah malas nak kuar..rase nak dok umah je. kalau ade duit banyak memang rase nak splurge sume untuk umah jeeeee. :)

    ReplyDelete
  5. Naz: jangan tunggu lama-lama ;)

    Niza: sume comel2 kan? hihi..

    Shu: hehe xde sesi vote tapi tidak dilarang ;) shu mesti suka byk putih gak kan :D

    Nad Nazira: hihi blom start sgt lagi. baru mencari inspirasi je nih! :D dan kalau ada rumah mcm kat atas ni mmg x kuar umah sungguh!

    ReplyDelete
  6. nad, jgn byk sgt karpet2 cantik =D nanti susu anak tumpah atas tu, menangis tau! hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails