Thursday, June 17, 2010

Dah Minum Air Gula Dah

First of all nak bagitahu yang ini ialah entry yang ke 301! :D

Okeh semalam dah pergi minum air gula. Pada yang tak tahu, ini ialah procedure untuk menentukan ada diabetes atau tidak. Nama gelemer dia ialah MOGTT.

Setahu saya, ada beberapa sebab yang menyebabkan kena minum air gula ni. Pertama, berat naik mendadak semasa pregnant dalam masa yang singkat. Ini kes saya lah ni. Uhuk2. Kedua, untuk pregnant woman jugak, if ada genetic diabetes. Dan ketiga, pregnant di usia 35 tahun ke atas. Kalau salah tolong betulkan ;)

Apa yang kita kena buat? Before minum air gula, malam sebelum tu bermula 12 tengah malam kena puasa sampailah esok pagi masa gi klinik tu. Tak boleh makan atau minum air yang manis. Air masak je boleh minum.

Sewaktu di klinik, mula-mula nurse akan ambil darah. Lepas tu kena minum air gula. Air gula tu lebih kurang 3/4 gelas macam kat kedai makan tu. Diorang kasi jugak air masak dalam gelas lain, 1/4 je dari satu gelas yang kecik macam gelas budak tadika kot.

Rasa air gula semestinya manis, dah nama pun gula kan. Hehe. Tapi amat manis. Saya bayangkan air gula yang pekat, tapi bila minum sbenanye takdelah sepekat yang saya bayangkan. Tapi memang manis sangat, sampaikan bila selang seli dengan air masak yang dia kasi tu, rasa air masak tu macam masin je. Haha. Saya minum sikit-sikit sebab takut termuntah kalau minum laju-laju. Kalau muntah kena minum lagi. Lagi naya.

Then kena tunggu sejam setengah sebelum dia ambil darah kali kedua. Masa menunggu tu tak boleh merayau-rayau. Kena duk diam-diam je. Nasib baik saya bawak buku. Jadi peneman untuk mengelak bosan. Result akan keluar around 2 weeks.

Harap-harap saya takde diabetes. Takutnya tunggu result nih..

2 comments:

  1. cian kak nad kne minom air gule..mesti xsdap kn..huhuk
    akak sye pesan.if xmo minom air gule..
    3 o 4 ari b4 nk g check doc puase cikit..
    jgn mkn nasik byk n minom air manis..
    se ari b4 g jumper doc jgn mkn per2 juz mkn salad n yogurt jerk..
    hasil nyer..akak sye xpnah minom air gule spnajang 9 bulan die pregnant..=)

    ReplyDelete
  2. pil'sowe: memang x sedap :( kak nad dah control makan 2 minggu b4 that lagi! tapi lately berat badan kekal the same for almost 4 weeks dah. Alhamdulillah :)

    btw thx for the advice ya :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails