Wednesday, May 19, 2010

Sebelum Pregnant vs. Sewaktu Pregnant

Kali ni saya nak ceritakan tentang perbezaan yang saya lalui sebelum pregnant dan sewaktu saya pregnant ni.

1. Tabiat Membaca

Kalau sebelum ni saya malas membaca, sekarang ni sebaliknya. Novel-novel yang sebelum ni tak pernah habis (biasanya baca sekerat jer), sekarang ni dah boleh ulang balik lagi. Hehe.

Masa mula-mula start tabiat membaca ni ialah sebelum tidur masa first trimester. Masa tu sebab susah nak tidur. Jadi saya akan membaca sampai saya mengantuk. Tapi nanti apa yang saya baca akan di flashback dalam mimpi.

Dan pada waktu siang pula, saya rehat-rehat je sebab tak boleh nak buat kerja sangat. Buat satu kerja je dah mengah. Kalau push sangat nanti saya rasa nak pitam. Jadi kena selang seli dengan rehat kalau nak buat kerja lain lepas tu. Kesimpulannya saya jadi banyak rehat je. Bila surfing internet dan tengok tv pun dah jadi suatu yang bosan, aktiviti paling seswai ialah membaca :)


Tambahan pula, bila dah pregnant ni, perasaan ingin tahu sangat tinggi tentang pregnancy dan baby. Jadi, apa lagi? Membaca lah :D


Ini lah buku kegemaran saya sekarang :) Semua persoalan dan jawapan tentang pregnancy ada kat dalam buku ni

2. Mengigau

Dulu-dulu ada satu masa yang saya agak kerap mengigau, iaitu masa saya sedang praktikal. Rumet saya selalu cakap saya mengigau, tapi saya tak sedar pun :P

Tapi lepas tu takde dah sehingga lah saya pregnant ni, ada lah 2-3 kali saya mengigau dan saya ingat. Esoknya mesti saya tanya Encik Gajah untuk kompem kan. Ada sekali tu kami tengok muvi Planet 51 kat rumah. 2-3 malam lepas tu saya mengigau pasal salah satu lawak kat dalam cite tu sebab kami pun ada gurau pasal benda tu jugak.

Saya mengigau, saya gelak-gelak dan sebut pasal 'antenna'. Dalam muvi tu menceritakan pasal makhluk asing kat Planet 51 ni tetibe dikunjungi oleh manusia. Makhluk asing ni memang ada antenna setiap sorang, biasanya kat kepala. Ada sekali tu manusia tu ter-naked dan makhluk asing tu nampak manusia tu punya tuuut, dan sangkakan tu ialah antenna manusia tu lah. Diorang pelik kenapa antenna manusia tu kat situ bukan kat kepala. Hahaha. Kalau tak paham sila tengok cite tu sendiri k. Lawak jugak :D


Sememangnya sewaktu pregnant ni ialah masa emosi tidak stabil. Begitu juga apa yang kita fikirkan dalam otak kita. Sejak pregnant ni rasanya belum ada lagi tidur saya tak mimpi apa-apa. Sebab tu lah jadi tidur tak nyenyak, tambah-tambah lagi terjaga malam sebab nak terkencing masa first trimester.

Masa tu bangun pagi pun rasa lemah sangat. Jadi konpem lah tidur balik sampai kat tengahari hehe. Dahlah selalu penat kan. Jadi tidur pun memang banyak dari biasa :P Tapi bila dah masuk second trimester ni Alhamdulillah bab tidur dah takde masalah sangat. Bangun pagi pun rasa segar je, except mimpi macam-macam malam-malam tu masih ada lagi.

3. Tabiat Makan & Minum

Kalau dulu, lauk ayam masak merah ialah kegemaran saya, makan tetiap hari pun takpe. Sekarang tidak lagi! Bila bayangkan je pun rasa muak sangat. Sekarang saya suka kari, masak lemak cili padi, dan asam pedas~

Lepas tu, sekarang saya selalu terliur dengan telur. Goreng pon sodap. Kalau Mak Mentua masakkan sambal tumis telur itik, pergh, lagi sodap. Makan lauk tu satu je pun takpe. Hehe.


Minta maaf kalau perut korang berkeroncong. Hehe

Bab minum pulak, saya sekarang selalu minum susu. Sememangnya orang pregnant kena minum susu 2-3 gelas sehari, kata doktor. Dulu saya jarang sangat minum susu. Bukan tak suka tapi rasa tak penting dan rasanya takdelah sedap sangat sehingga menjadi minuman feveret, kecuali kalau perisa coklat, hehe. Tapi sekarang kena lah jadi minuman feveret. Untuk kebaikan saya dan baby kat dalam perut ni jugak :)

Bila dah selalu minum rasanya dah bertambah jadi sedap setiap hari. Biasanya saya akan makan koko crunch pagi-pagi dengan susu. Malam sebelum tidur akan minum segelas lagi. Kelebihan minum susu setiap hari yang saya dapat rasakan ialah rasa lapar berkurangan. Saya minum Dutch Lady Low-fat Milk :)


Tetiap hari jugak saya minum air orange Peel Fresh segelas sehari. Ini ialah tips untuk mendapat baby berkulit cantik :D Biasanya saya minum air ni dengan ubat tambah darah. Sebab nurse nasihatkan makan ubat tu dengan jus untuk penyerapan maksimum ke dalam badan~

4. Tabiat Memasak


Masa mula-mula pindah Kerteh, saya agak selalu la masak. Encik Gajah pun selalu tak sabar nak balik makan tengahari nak tengok saya masak apa. Hehe. Tapi sejak pregnant, saya tak berapa sehat jadi saya tak masak dah.

Bila dah bertambah sihat pada trimester kedua, saya cuba memasak kembali tapi rasanya macam tak sesedap dulu. Lidah macam rasa lain. Mungkin saya je kot yang rasa macam tu sebab saya tengok Encik Gajah sedap je makan :P Jadinya perasaan mahu memasak berkurangan dah berbanding sebelum pregnant dulu.

Tambahan pula, saya pandai masak makanan yang dulunya saya suka makan cthnya yang tumis-tumis. Now bila selera dah bertukar, susahlah bila takde skill nak masak makanan kegemaran yang baru. Rasanya kena belajar lah lepas ni masak kari, masak lemak cili padi, dan asam pedas~



Rasanya ini sahajalah yang dapat saya ceritakan buat masa sekarang. Lagipun dah panjang berjela. Haha. Kalau ada lagi saya akan buat part 2 pulak k :)

6 comments:

  1. berat badan sebelum vs berat badan sewaktu pregnen, adekah saje2 tidak dinyatakan atau tiada perbezaan puan nadxoxo?????

    hehe :p

    ReplyDelete
  2. hahaha..lupe plak nak update :P next entry aku bitau. cewah :P

    ReplyDelete
  3. tapi minat kak nad kat anime dengan game2 kat fb tu stil same kan?

    ReplyDelete
  4. tepat sekali kama!! sebab tu tak masuk dalam list sebab ianya ialah persamaan, bukan perbezaan :P

    ReplyDelete
  5. hoho kak nad ni sentiasa 'istiqomah' utk perkara2 melibatkan anime dan game2 facebook tak kira apa2 situasi pon :P

    ReplyDelete
  6. haha tak tahan dengan perkataan tu! tapi masa memula pregnant kak nad tinggal anime 2 bulan jugak sebab tak rasa nak tengok pon secara tiba2..hehe :P

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails