Sunday, April 25, 2010

Rekod Kesihatan Ibu

Sewaktu kandungan berusia 14 minggu, saya ke Klinik Kesihatan Kerteh untuk mendaftarkan pregnancy saya. Saya rasa macam agak lambat tapi sebab masa tu baru ada kesempatan untuk pergi mendaftar, lambat pun lambat lah.

Lagipun sebenarnya saya dah kali ketiga pergi ke sana. Kali pertama saya pergi, masa tu dah pukul 4:30 petang jadi dah lambat sangat nak daftar (klinik tutup pukul 5 petang). Nurse kat situ bagitahu, bila mendaftar kena ambil darah semua jadi lama lah jugak procedure untuk mendaftar sebenarnya, bukan sekadar isi borang je. (Saya ingat isi borang je hehe). So kena lah balik rumah dengan kuciwa.

Kali kedua pulak, saya pergi hari Khamis. Hari Khamis, kaunter pendaftaran untuk pregnancy tidak dibuka lah pulak. (Saya tak sure kalau kat Klinik Kesihatan kawasan lain). Hari Khamis untuk orang-orang yang buat appointment sahaja. Jadi pergi kali ketiga ni barulah dapat mendaftar.

Moral of the story - jangan pergi lambat sangat atau pergi Hari Khamis, ya! :D


Yang ni lah yang orang duk selalu panggil 'kad merah/pink' ni. Tapi bukan macam kad sangat pun sebab dia ada banyak pages, lebih macam buku, bukan sekeping macam kad :D Rekod Kesihatan Ibu ni hanya dikeluarkan oleh Klinik Kesihatan a.k.a Klinik Kerajaan sahaja.

Kat dalam ni ada rekod pregnancy yang lepas termasuklah yang keguguran. Selain itu ada rekod perubatan, imunisasi, dan masalah perubatan keluarga.

Apa Yang Berlaku?

Setelah nurse meng-interview saya tentang maklumat tersebut, mereka meminta kebenaran untuk mengambil darah saya sebanyak 10ml. Ia adalah untuk tujuan ante natal screening (untuk mengetahui jika ada masalah rhesus, HIV, etc.). Saya kena tandatangan borang kebenaran untuk menyatakan persetujuan. Lepas tu darah saya pun disedut sebanyak 10ml~

Lepas tu berat saya ditimbang dan tekanan darah diambil. Kena buang air kecil kat satu stick tu untuk mengetahui air kencing saya mengandungi gula atau protein.

Lepas tu nurse memberi sesi kaunseling kepada saya tentang topik-topik pendidikan kesihatan. Antaranya ialah cara-cara yang betul pengambilan vitamin, aktiviti intim dengan suami ketika hamil, penjagaan payudara, dan kepentingan datang awal ke klinik.

Nurse bagitahu, sebaik-baiknya hendaklah mendaftarkan kandungan anda sebelum selewat-lewatnya ketika kandungan berusia 12 minggu. Lagi cepat lagi bagus!

Nak Pergi Daftar?

Untuk mendaftar, dokumen yang diperlukan ialah:

-Kad pengenalan isteri
-Kad pengenalan suami
-Gambar scan baby
-Surat perakuan nikah


Surat nikah yang dikeluarkan di Negeri Terengganu

Tapi kadang-kadang ada tempat yang tak minta pun dokumen ni, just kena isi borang sahaja. Tapi kalau nak safe silalah bawa, tak rugi pun :)

Pada yang belum mendaftarkan lagi pregnancy, sila lah buat secepat mungkin di Klinik Kesihatan yang berdekatan dengan tempat tinggal anda :)

Lepas dah dapat Rekod Kesihatan Ibu tu, sila lah bawa ke mana-mana sahaja anda pergi seperti anda membawa kad pengenalan anda, ya! Mana lah tahu kalau ada emergency, senang :)

Sekian laporan saya untuk kali ini, semoga bakal-bakal ibu especially first-timer macam saya ni mendapat manfaat dari entry ini :)

11 comments:

  1. kepade bakal2 bapak, surolah bini2 korg bace nih. sng kje korg diorg buleh p buat sendrik sume2

    korang leh p lepak main futsal n tgk bola ngn kawan2

    ReplyDelete
  2. ayat tu utk bini ko kan. sebab ko nak p main futsal n tengok bola ngn kawan2. ish3 :P

    ReplyDelete
  3. ni jamie malas log out akaun nasir:

    nad, hoho. aku da branak baru gi daftar klinik ibu dan anak :D

    sebab aku nak bersalin kt spital swasta, so misi2 cakap, takyah buat kad pun takper, cuma pas da bersalin, trus bgtau dorang.

    then misi2 dgn baik atinya, sampai ari ke 20 dalam pantang, dorang duk melawat aku and cek condition aku and baby.

    ReplyDelete
  4. hoho ingatkan sape la mohamed nasir ni rupenye ko jamie :P

    wah mcm tu ka? tp kalo branak kat swasta mmg xperlu kalau kita g checkup kat situ jugak kan?

    baik gila misi. hehe. yg nad jmp kat klinik aritu pun sume peramah2, jadi seronok je rasa g sana :D

    nad kena wat gak kad ni sbb nk beranak kat tempat lain (mungkin KB)tapi checkup kat tempat lain~

    ReplyDelete
  5. hmm hmm .. tak sabar le tu.. hehe

    ReplyDelete
  6. Eh..lawa la plak Surat Nikah Trg..hehe..satu lg..npe kalau nak daftar pregnancy kene ade surat nikah..kat Bangi takde pun..just mtk ic je..pape dokumen tak mtk plak..

    ReplyDelete
  7. Rashid: hehe memang tak sabar :P

    mar@ziey: cantik ye? haha tq. bgsla kalo dia x mintak surat nikah masa daftar pregnancy. bkn apa, skrg ni kan ramai anak 'buluh betung' (anak luar nikah) - kata doktor yg nad sll jumpa tu ;)

    ReplyDelete
  8. sy xdaftar lg.. hiiii~ =D baby dah 5bln nih..mls nye nk g spital.. sijil kawen ku dlm kotak mane tah =P

    ReplyDelete
  9. ah: cik ah beranak kat mano? kalu klinik swasta takyah, mcm kawan nadiah kata kat atas ni..cuma kene bgtau lepas dh beranak nnt :)

    ReplyDelete
  10. ina gi buka buku kt klinik kesihatan masa dh 8 bulan..tp sebenarnya xyah pun kalu dh ada buku klinik swasta..kalu nk beranak kat spital kerajaan pun still buleh guna buku klinik swasta tu. (nurse yg call ina suh pi klinik bgtau,siap bebel pasal buku tu lg)

    Nadiah kan dh slalu gi scan baby..xbukak buku lagi ker?

    ReplyDelete
  11. ina: klinik swasta pun leh bkk buku ke? nad stakat ni ada 2 klinik yg nad g scan. haha. tu yg pening tuh. lgpun nad nak deliver kat KB kot. from what i read kat internet, biasanya klinik swasta ssh nk keluarkan maklumat pasal patients dia. so thats y selamat pki buku merah ni jd kalo g mana2 pun leh refer buku ni je.

    actually nad pun x berapa paham apa yg sepatutnya dilakukan, cuma doktor kat klinik swasta yg nad suka pergi tu suruh wat buku merah ni sbb senang nnt, sume details ada situ kan. biasalah, first-timer kan, ikut jelah ckp doktor. plus, nad suka doktor tu sbb alasan yg diberi munasabah n kalo tanya apa2 dia jawab dengan detail sekali :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails