Wednesday, April 07, 2010

Pesen Orang Pregnant

'Pesen' dalam bahasa melayu pasar boleh diertikan sebagai, pertama; fesyen ataupun kedua; ragam, betul tak? :D

Sejak akhir-akhir ni kalau nak keluar rumah mesti resah gelisah sebab tak tahu nak pakai baju apa. Yang banyak pun sendat-sendat dan singkat-singkat :( Semua tu baju sebelum kahwin, dah lama dah tak pakai.

Yang tak masuk kumpulan itu ada lah dalam 6 helai. Yang tu semuanya sopan punya baju seswai ngan imej isteri dan perempuan mengandung. Tapi bila dah pusing-pusing pakai 6 helai baju tu jugak, pada suatu hari dengan moody-nya saya berkata kat Encik Gajah, 'Takde baju nak pakai lah nak pakai!' Ni ayat normal orang perempuan nih. Hehe.


Pastu masa tu jugak la Encik Gajah pergi ambil baju-baju saya yang sebelum kahwin tu. 'Ni banyak baju?' katanya sambil hulur baju-baju tu kat saya. Saya pun explain la kat dia, sejak kahwin saya tak pakai baju-baju tu dah, insaf~ Then baru lah dia paham, lepas tu dia pujuk saya nak gi beli baju baru. Adegan ni berlaku masa tu nak pergi makan kat Secret Recipe sebab saya mengidam Thai Style Fried Rice :D

Bila dah sampai kedai, masa tunggu makanan siap, rasa sebak secara tiba-tiba mengenangkan tiada baju yang nak dipakai jalan-jalan. Jalan cepat-cepat pergi toilet sebelum orang nampak saya menangis. Nasib baik toilet dekat je. Inilah pesen (ragam) orang pregnant, tetibe je emo atas sebab-sebab yang tak munasabah. Haha. Dah puas nangis dalam toilet, hepi pulak lepas dah dapat makan makanan idaman. Ish ish ish, macam-macam~

Bercakap pasal fesyen pulak, semalam saya dah beli secara online baju ni:


Credits: Chic Shawl

Comey tak? Model tu pakai sungguh comey. Encik Gajah pun approve :D (Sebenarnya tunjuk kat dia lepas dh buat payment haha). Wee~ Harap-harap muat la perut buncit saya bila pakai baju ni hehe.

Oh ingat tak baju yang saya pakai masa last day kat Satyam dan konon buat outdoor photoshoot tu? Baju tu macam baju pregnant kan? Tapi sebenarnya agak kecil di bahagian perut. Mungkin sampai 5 bulan boleh kot pakai. Lepastu pulak kena pakai seluar. Saya kalau boleh taknak pakai seluar memandangkan perut membesar :D

Banyak pulak membebel kali ni. Harap korang tak bosan sebab banyak sangat perkataan. Jadi saya sajikan dengan gambar-gambar 'baju pregnant' masa last day kat saytam tuh hehe.


Perut masih kempis sebab masa ni belum pregnant lagi :P


Eh yang ni tak nampak baju pun :P


Baju ni kena pakai inner~

Ok dah tu je. Tata~ :)

7 comments:

  1. saye yang tak pregnant lagi ni cepat je moody, agak2 cano la bilo da pregnant nanti, kan kak nad kan?
    hehe :P

    semoga kak nad dapat beli baju baru byk2..
    gembirakan hati tu kak nad, huhu..

    p/s: entry ni comel :)

    ReplyDelete
  2. ni yang tak mengandung pun boleh pakai cantik je

    ReplyDelete
  3. Lepas adegan makan di secret recipe, En Gajah pun ajak g beli baju baru kat Kuantan pada ujung minggu nya itu.

    Malangnyaa, tiada baju yg berkenan dihati Pn Nad. Maka, En Gajah pun pujuk kalo kita balik KL. Kita beli baju baru byk2 ek. KL byk skit choice.

    sekian..

    ReplyDelete
  4. jamie ni: haha..belum emosi pas branak lagi nad. aku dulu, icad kene jaundis, kene masuk wad, nangis macam org anak ilang. then syafa ngan iena and adek dtg lawat kt spital, trus serta merta ceria macam bangau. ganjil btul.

    ReplyDelete
  5. Cheqna ni: Hahhaa.klaka btul emo2 ni kan.Nad,cheqna pn sllau emo psl baju ni..susah sgt nk berkenan.pastu choice pn sket..
    P cheqna beli slua pregnant 2-3 elai sbb senang nk g keje..

    dress tu cantik gak..p segan nk g keje nanti..

    Love,

    ReplyDelete
  6. Nad. Entry anda sungguh comel. Dan anda sngt bertuah dapat husband yg memahami :)

    Aimi x tahu pulak bole jadi emosinal mcm tu ek. Macam konflik diri plak dengar. Kejap nangis, flip second bole jadi happy. hahaha *scary la pulak*

    Haaa nad. Tu gajah nk bwk turun KL beli baju preggy. Kat KL bnyk sket choice2 kan. Nanti sure nad senyum smpi ke dahi. Hihhihih. Owh. Aimi pun rs nad patut beli sluar utk org pregnant. Sluar die ade getah lebar kat perut. Selesa sikit perut nad nnt. :)

    Tc nad. Post baby bump baru pls. Nak tgk ;)

    ReplyDelete
  7. Sportingnya En. Gajah. macam nilah suami first class~ ;D Semoga Nad dapat cari lagi baju2 chumel untuk dipakai sepanjang pregnant ni =3 Jaga diri baik-baik!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails