Monday, April 05, 2010

Majlis Pertunangan Fioxoxo

Masih ingat lagi entri nadxoxo vs. fioxoxo? Haha. Haritu saya pergi majlis pertunangan dia di Kemaman :D


Saya mata panda dan Cik Iqa bermekap sungguh ayu!


Anak dara Wan Iskandar yang cun-cun

Tahniah Cik Iqa! Ai lap yu eventhough u are engaged with Pak Supir now. Oh lupa nak bagitau bahawa tunangan Cik Iqa tu saya panggil dia Pak Supir atas sebab-sebab tertentu hehe :D Tunang gak akhirnya mereka yang comel ini setelah berpeleseran berpacaran selama 7 tahun :D

Rumah Cik Iqa sungguh cantik menawan hatiku tapi tak ambil gambar sebab takut dikatakan stalker pula. Hantaran juga kelihatan sweet semuanya sebab pakai kotak english style. Doorgift pun sepesen ngan hantaran dan saya sungguh gumbira sebab dapat gak satu kat saya hehe. Lepas tu pulak makcik-makcik Cik Iqa kasi bekal 6 bijik epal hijau dan beberapa jenis kuih lagi untuk saya bawak balik. Haha.

Para tetamu dijamu dengan nasi dagang dan laksa penang tapi saya makan nasi dagang je sebab baru je makan laksa penang petang tu kat tepi pantai Paka :D Perut saya sungguh hepi hari itu sebab dijamu dengan makanan yang bukan selalu jumpa hehe.

Nak tengok gambar masa dia nak mencecah 25 tahun (mestilah gambar saya pun ada haha) sila lihat entri ini :D

2 comments:

  1. fuih lame aku xmakan makanan2 eksitik camtuh

    ReplyDelete
  2. sila lah balik malaysia jika mahu makan :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails