Thursday, April 01, 2010

Ini Membuatkan Saya Makan Banyak!

Lepas je balik dari kampung hujung tu untuk ambil surat nikah, 3 hari lepas tu iaitu hari Selasa - Ummi, Abah, Zarin, Anas, Kak Chik, Nenek, Ayahsu dan Che Su pulak datang rumah kami di Kerteh.

Diorang bawak sangat banyak makanan. Dari Roti Paung yang saya teringin sangat nak makan, jagung rebus, puah pauh (mangga), karipap segera, roti goreng segera, dan macam-macam lagi~

Tapi yang paling best ialah Ummi masakkan Singgang Ikan dari Besut dan bawak ke rumah saya bersama budu! :P

Jadi, inilah makan malam kami malam tu:


Ada 10 pinggan nasi di situ :D


Budu + lada + perah asam limau, dan kat belakang tu petai yang disalai!


Ikan bakar beli kat Labuhan (dekat rumah) dan Singgang Ikan Ummi! :D


Perut sangat buncit malam tu sebab makan banyak. Dahlah duduk bersila/bersimpuh kat lantai membuatkan susah makanan nak masuk perut saya since banyak angin dalam perut sebab pregnant kan, tapi itu tidak menghalang saya untuk makan banyak! :P

Then hari Jumaat saya start sakit tekak dan selesema. Bila bagitahu Ummi, Ummi cakap sebab makan banyak budu lah tu :P Sapa lah tak selera kalau dihidangkan makanan sedap-sedap macam tu, pulak tu makan ramai-ramai dengan family, tentulah besar selera jadinya kan :D

5 comments:

  1. Nad, time ni lah kalau nak makan banyak pun. Perut besar mana pun tak kisah sebab pregnant :p.

    Ala.. ni yang teringin nak makan roti paung ni...!! Dah lama rasanya teringin ni... hehehe.. makan, makan, makan jer ingat kan!!

    Oh yer! Jangan lupa, Aini ada tag Nad tau!!!

    ReplyDelete
  2. wah byk betul mengidam:D. Mkn nadh..jgn xmkn..nnt pantang byk benda xleh mkn.

    ReplyDelete
  3. ala xpe dh kawen xyah jage makan dah ahaha

    ReplyDelete
  4. ooo.. makan banyak yerr
    takpala.. mkn utk dua org kan.. =)

    ReplyDelete
  5. Aini:
    haha betul tu Aini, tapi bila dah makan banyak pastu minum air tu, perut rasa sangat lah stretch! pastu mcm penuh gila isi dlm perut :P

    Roti paung mmg bes kan!! nak2 yang panas2 lagi..fuh! masa mak ayah nad smpi rumah haritu dah tak panas dh roti paung tuh so bila panaskan balik pun rasa tak se-kaw yg baru masak..

    Aini tag nad? baiklah saya lari :P

    Ina:
    hihi biasalah, yang tak mengidam pun umi bawak gak haha. manja gila akhir2 ni sebab umi slalu layan je kehendak nad :P

    ihsan:
    haha kena jaga ok. kalau tak anak sorg je nnt :P

    pu3 balqis:
    heheh..skrg mkn utk 2 org..kang dah deliver ssh nk turun baru padan muka kak nad :P

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails