Tuesday, April 20, 2010

Gambar Scan Baby: 12 Minggu

Scan kali ni ialah yang kali kedua. Berbanding dengan scan pertama dulu, dah boleh nampak baby dengan lebih clear berbanding masa pertama kali scan yang nampak bulat je. Masa tu heartbeat pun nampak tak nampak je :D

Tapi kali ni, nampak heartbeat baby sangat clear, dan sangatlah laju! Bila saya cakap kat doktor "Wah lajunya heartbeat baby, doktor!". Doktor kata, "Normal lah ni, 120 degupan per saat". Naseb baik mulut tak ternganga masa tu hehe.

Seperti yang saya bagitahu di entry sebelum ni, baby sangatlah aktif. Mula-mula nampak bahagian depan baby, sekejap dia dah pusing membelakangi kami. Masa tu nampak tulang belakang dia. Tangan kaki duk sibuk gerak-gerak. Aktif sungguh baby ni. Masa tu rasa lega dan bersyukur sangat!

Masa scan tu ialah selepas makan makan malam hidangan nasi goreng daging merah. Adakah makan daging membuatkan baby aktif sangat? Kalau ada sape-sape tahu tolong jawab ek :)

Doktor struggle jugak nak ambil gambar baby yang proper, satu sebab dia duk gerak-gerak, satu lagi sebab uri besar jadi dia cover baby. Doktor nak ukur saiz kepala untuk confirmkan usia baby pun susah jadinya.

Jadi gambar yang kat bawah ni jelah yang dapat diambil. Gambar ni saya dah crop supaya nampak lebih clear:


Tak paham? Hehe. Sila tengok gambar bawah ni pulak.


Yang bulat biru tu kepala dia, dan yang merah ialah tangan dia.

Sila bayangkan dia duk lambai-lambai kat kitorang masa tu hehe :P

Ada la sedikit kecewa sebab tak dapat hard copy gambar baby keseluruhan tapi takpe, yang penting saya dah nampak dia gerak-gerak tu kira dah Alhamdulillah dah :D

Doktor suruh saya datang sebulan selepas scan tu untuk dapat gambar lebih clear. Sebab doktor cakap, masa tu baby dah lebih besar dari uri sebab uri tak membesar dah. Harap-harap macam tu lah :)

Next scan will be next week! Tak sabar rasanya nak tengok baby lagi!

4 comments:

  1. ""Sila bayangkan dia duk lambai-lambai kat kitorang masa tu hehe :P""

    hehehe...kak nad nih..
    tolong lambaikan balik utk saye eh?
    *tgh bygkan baby kak nad tgh lambai2 lagi*

    ReplyDelete
  2. hehehe... kejap, kejap lagi.. bila scan dah boleh tahu gender pulak.. lagi best!!! ;).

    ReplyDelete
  3. seronok kan bile tengok baby dalam perut?? can still remember how i felt during Arissa's time...every time lepas scan tunjuk kat paceek bile balik opis. walaupun kaklong tau die tak paham ape2..haha... anyways, old wives tale says, kalau heartbeat is less than 140/min it's a boy, if more than 140 it's a girl. dulu arissa 160/min!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails