Saturday, March 13, 2010

Balik Kampung Ambil Surat Nikah

Malam Jumaat lepas, saya dan Encik Gajah dan adik saya yang belajar kat UiTM Dungun balik kampung sama-sama ke Besut. Antara tujuan balik kampung ialah nak ambil Surat Nikah kami.

Ummi pun tak perasan bila surat nikah tu sampai rumah sebenarnya. Tahu-tahu je ada kat rumah dah bila saya tanya pasal surat nikah tu sebab kalau nak register pregnancy kat Klinik Kerajaan dan dapatkan kad rekod pregnancy, mestilah ada IC saya, suami, dan surat nikah yang ori.

Kami sampai kampung jam 2 pagi. Saya yang penat terlebih-lebih walaupun saya co-driver je :P

Lepas dah tidur sepuas-puasnya, pagi Jumaat tu kami sekeluarga ke rumah Chubah (ayah Abah) yang 10 minit dari rumah. Ada Majlis Aqiqah untuk sepupu saya yang baru lahir seminggu yang lalu, yang diberi nama Muhammad Aijaz Wafry.

Sebelum bertolak, amik gambar kat laman rumah jap :D


Saya yang 2 bulan pregnant bersama Encik Gajah yang 4 bulan pregnant


Kat traffic light sempat lagi ambil gambar. Eh eh keciiikk yang kat kat belakang tu :P


Ok sekarang lebih clear. Eh ke lebih kurang je -_-"


Sesampai je rumah Chubah, gi serang baby.



Ala nak nanges lak dia.


Ok dah tidur balik dah. Phew~


Alolo~ lapar ke baby? Maaf Kak Yo takde susu :P

Gambar masa majlis aqiqah tak dirakamkan sebab saya datang waktu makan je. Haha.

Jam 3 petang, saya pergi kenduri kahwin kawan sekolah rendah saya yang satu kampung dengan saya. Tahniah Mariam & Almin. Gambar takde sebab tak bawak dslr. Semoga cepat masuk kelab mummy-to-be :D

Jam 5:30 petang, saya pergi Kuala Besut mencari otak-otak yang saya mengidam tapi semua kedai dah habis :( Terpaksa berpuas hati dengan kopok lekor je. Satar ada dibeli tapi saya tak lalu nak makan.

Itu sajalah report saya untuk hari semalam :D

8 comments:

  1. xleh blah caption gamba yg last tu

    ""Alolo~ lapar ke baby? Maaf Kak Yo takde susu :P""


    kak nad sengaL!!

    ReplyDelete
  2. aiseh bape byk kenduri kawan2 aku dh miss nih aaaa

    rugi xpdt makan free

    ReplyDelete
  3. hu.. lpaq jugak keropok lekor..

    ReplyDelete
  4. penuh teknik pegang baby..bljar awal2

    ReplyDelete
  5. hehe.. suka tengok gambar ini.

    Moga kebahagiaan itu kekal mekar selamanya..

    ReplyDelete
  6. Follow me on my blog http://sinarraudah.blogspot.com for my updates! :) have a good day!!

    ReplyDelete
  7. Bagus2 amik sijil nikah awal.. jgn jd cam kyanz, kitrg ingt sijil sementara tok kadi tuh sijil nikah..so selamba x g amik2 kt pej agama sudahnya br tau kene amik sebb dperlukan utk register nama baby nnt hahaha nk meletup br kelam kabut suh cousin amikkan kt kg ayooo.. seb bek sempat..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails