Monday, February 22, 2010

First Time Tengok Baby

..sambungan dari entry lepas.

That weekend kami balik Besut. Cerita hepi - akhirnya dapat gak makan nasi minyak yang kuteringat2 sewaktu tidur malam tu :P Nasi minyak ni senang je nak cari kat sana sebab ia biasa dimakan sewaktu breakfast, takyah tunggu orang kawen. Hehe.


Nyam nyam! :D

On the other hand, sejak disahkan pregnant, angin dalam badan ni sangat banyak. Lebih banyak dari kebiasaan, seiringan dengan sakit kat ulu hati atau omputih panggil heartburn. Hehe. Ianya semakin teruk pada minggu yang saya balik kampung ni.

Lepastu pulak, rasa sakit kat ari-ari tak hilang-hilang. Rasa dia macam nak period tapi takdelah sakit sangat-sangat cuma ianya sakit yang berpanjangan macam tak berhenti. Memang tak selesa dan agak menakutkan walaupun takde bleeding.


:'(

Lepas balik Kerteh semula, pagi Ahad tu instead of going to work, Encik Gajah bawak saya ke sebuah klinik keluarga di Dungun iaitu Klinik Raihan atas recommendation kawan rapat saya, dia cakap klinik tu best.


Memang best pun. Walaupun kena tunggu lama untuk jumpa doktor, tapi berbaloi sebab penerangan doktor senang untuk difahami lebih-lebih lagi untuk Encik Gajah yang tak tahu langsung pasal pregnancy. Hehe.

Masa tu lah kami dapat tengok baby kami apabila di scan. Doktor ajak Encik Gajah tengok sekali gambar baby. Waktu tu baru je 4 minggu 6 hari pregnant :P Jadi nampak macam benih kacang hijau je. Keciiiiik sangat tapi mak bapak baby sangat excited di dalam hati. Hehe.


5 minggu di dalam kandungan. Keciiik sangat :D

Ini penerangan doktor pasal sakit-sakit saya:

1. Sakit kat ari-ari: Doktor kata, sebelum ni uterus kosong, sekarang ada baby jadi sedikit sebanyak akan rasa juga perbezaannya, walaupun ianya masih sangat kecil.

2. Sakit kat ulu hati: Doktor kata, dulu keperluan makan adalah untuk seorang, sekarang keperluan dah jadi double. Asid dirembeskan untuk mencernakan makanan dalam perut 2 kali lebih banyak berbanding sewaktu single dulu hehe tapi bila asid keluar, takde pulak makanan untuk dicernakan. Sebab tu lah jadinya sakit ulu hati atau gastrik ni.

Oh..baru kami faham :D

Doktor juga ajar macam mana nak kira umur baby mengikut minggu. In my case, setiap Isnin menandakan a new week, meaning umur baby tambah seminggu. Macam hari kerja pulak kan? Senang nak kira. Hehe. Kami ada tanya doktor adakah tak boleh makan masam-masam atau pedas-pedas sewaktu pregnant?

Doktor kata, boleh makan masam-masam atau pedas-pedas tetapi kena lah makan sewaktu perut tidak kosong iaitu kena alas dengan makanan lain dahulu sebelum makan makanan2 tersebut. Make sense kan?

Apapun doktor cakap keadaan baby sangat baik. Alhamdulillah. Doktor suruh datang next check-up on the 9th week dan lepastu boleh bawak gambar scan baby ke klinik kerajaan untuk wat kad merah hehe.

Lepastu mak bapak baby kecik pulang dengan senang hati ke rumah :D


..bersambung.

19 comments:

  1. OOo...boleh mkn pedas2 rupanya..kat opis ni..ramai sgt org tak bg sy mkn pedas..tak elok la..

    Waaa...sy tak scan2 lg ni..tggu 2nd check up bru scan..time 1st check up doktor ckp mmg tak nmpk sgt coz terlalu kecik..next week my 2nd check up

    ReplyDelete
  2. encik gajah tuh bkn dh mengandung lg lame dr ko ke?

    ReplyDelete
  3. mar@ziey: oh takpe tak lama lagi dapat la tgk baby awk :D

    ihsan_huhu: hahaha. memang dia dh lama 'pregnant' dari aku tapi dia tatau apa2 pasal pregnancy :P

    ReplyDelete
  4. comeyhhhhh... ^.^
    jg kesihatan ye kNad!

    ReplyDelete
  5. banyak benda baru dan menarik masa pregnancy ni ye? ^^

    papepon, jaga diri, jaga makan dan jaga kesihatan. moga dilindungi Allah swt selalu.

    ReplyDelete
  6. gajah mengandung tak beranak2. tu yg tatau pape pasal pregnancy tu hahaha :P

    nad, kad merah tu ape?

    ReplyDelete
  7. Missc0mot: baiklah :)

    ~rukia_kuchiki: hehe bende baru for me :D insyaAllah and thanks :)

    [re-arrange]: hahaha betol3.

    kad merah tu kad kesihatan untuk ibu2 mengandung :D dia catit segala updates kesihatan kita setiap kali kita g checkup kat klinik kerajaan :D

    ReplyDelete
  8. eii..seronoknya dpt tgk baby gitu~ :D

    ish tak sabar lak rasa ^^

    ReplyDelete
  9. soo cute. smoga dapat anak comel ! :D

    ReplyDelete
  10. hi nad. last week i da check my bb gak.. mmg besar biji epal je.. comel gile hehe. tp tak dpt scan jantung lg sbb too small. gynae tu advise suruh i buat internal scanning tp i refuse. tak wajib pun.

    gonna have another session at pcmc on 1st march. harap2 mase tu dah ada heart beat :)

    ReplyDelete
  11. pehhh! kak nad dh ade bby dlm perut! jage bby elok2 yeah? tamo lelasak yeah? hehehe..

    *abis jd mak buyong.. xD

    ReplyDelete
  12. tahniah! awk kire baby ikot tarikh period ke time scan tu?

    ReplyDelete
  13. Amanda Eltiqaz:
    sonok kan :D nad pun tak sabar hehe

    piqa:
    thanks piqa :)

    dell:
    hi dell! bes kan dapat tgk baby walopon kecik je? :D heartbeat ada start minggu ke-6 kalau tak silap. insyaAllah awak punye baby dh ade heartbeat next scan nnt. sure excited kan! hehe

    maisyara:
    orait mai. thanks :) mmg ramai blogger pregnant skrg hehe

    Aleiz:
    thanks Aleiz! congrats to u too :) umur baby ikut last period dan yang terpapar kat skrin scanner tu (sama) :D

    ReplyDelete
  14. ermm.. tahniah k.


    Tak dapat nak gambarkan perasaan suka dan gembiranya hatikan..

    ReplyDelete
  15. salam nad..

    nak tanya..sakit kat ari-ari tu berlarutan sampai bila ye?

    sy pun pregnant jugak n sakit pada ari - ari..cuma lately mcm dah hilang..

    ReplyDelete
  16. salam nad..

    nak tanya..sakit kat ari-ari tu berlarutan sampai bila ye?

    sy pun pregnant jugak n sakit pada ari - ari..cuma lately mcm dah hilang..

    ReplyDelete
  17. Hi Anonymous,

    Wslm. Sorry for the late reply. Sakit kat ari2 tu takdela lama sgt, masa awal2 tahu pregnant jer. don't worry, normal lah tu awal2 pregnant, baby baru nak ada :D

    hope my answer helps :)

    ReplyDelete
  18. tenkiu nad... :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails