Thursday, February 11, 2010

2 Garis

..sambungan dari previous entry.

Orang pertama yang saya beritahu ialah my best friend, Ina dan Encik Gajah. Saya pun tak ingat siapa yang saya call dulu jadi saya kira kedua-duanya orang pertama lah. Haha. Saya tanya Ina apa nak buat lepas dh +ve pregnancy test. Dia dh expert sebab dia dh nak due 3 minggu lagi. Hehe.

Kat Encik Gajah pulak, saya tak tahu nak cakap macam mana kat dia. Jadi saya SMS dia dengan menaip satu perkataan saja.

'Abg..'

Tak lama lepas tu dia call saya. Dia tanya, kenapa? Dia rasa pelik sebab saya tak pernah buat macam tu sebelum ni. Jadi saya ceritalah..

'Tadi Syg buat Pregnancy Test..
..erm..ada dua garis..'

'Dua garis?' dia blur skit.

'A'ah, test tu positive..'

'Yeke?!' Suara excited.

'Cuba test sekali lagi kat pregnancy test yang satu lagi. Ada banyak kan kita beli haritu?' Ya, haritu kami beli 3 Pregnancy Test Kit yang berlainan brand. Haha.

'Takde, Syg bawak satu je datang Kerteh. Satu lagi kat Bangi'
Satu lagi dah pernah guna 2 bulan lepas :P

'Petang ni lepas Abg balik kerja kita pergi klinik ek, untuk sahkan'

'Okay~'

Dan petang tu di klinik, doktor telah mengesahkan bahawa memang benar saya mengandung :) Tapi dia tak cakap pun umur baby dlm perut ni berapa minggu. Ehem, tapi sebenarnya sebelum tu saya dah google dah macam mana nak kira usia kandungan dan due date. Hehehe.

Oleh sebab doktor dah macam nak suruh kami keluar dah dari bilik doktor tu, kami tak puas hati sebab takkan datang semata-mata nak sahkan pregnancy je kan. Information lain takde pulak dia bagitahu. Padahal dia maklum bahawa ini first time saya pregnant.

Jadi kami tanya la apa yang patut kami tahu tentang pregnancy. Tak boleh makan apa-apa atau ada apa-apa nasihatkah?

Doktor cakap jangan makan masam-masam dan jangan angkat barang berat-berat. Tu je -_-" Lepastu dia cakap kalau ada pendarahan dan sakit kat ari-ari, kena datang jumpa doktor. Then saya cakap la saya ada sakit kat ari-ari macam nak period tapi takde keluar darah pun. Dia cakap takpe tapi tak cakap pun kenapa sakit :(

Saya minta asid folic dan apa-apa yang patut then dia kasi sejenis ubat tambah darah yang dah campur asid folic dan lain-lain dalam satu tablet. Kena makan 1 biji sehari.

Pada malamnya, saya beritahu berita ni kat Ummi hehe.

Itulah cerita saya pada hari kandungan saya 4 minggu 2 hari :)


4 minggu di dalam kandungan :)

..bersambung.



P/S: Terima kasih banyak-banyak pada semua yang mengucapkan tahniah dan memberi nasihat :) InsyaAllah dengan doa kamu semua, saya dapat melalui waktu kehamilan yang lancar~

13 comments:

  1. wah, so excited. another 35 weeks to go. Yep, I agree and dr tu, kalau ade sakit2 or bleeding gi jumpe dr. Tahniah and good luck with ur journey to become a mother :)

    ReplyDelete
  2. Nad Nid Nud....jaga diri bebaik okeh.Nanti akak add nad kat fb ek.

    ReplyDelete
  3. AMIN.
    waahh..this year akk dpt baby tomeyh
    ;) *wink!

    ReplyDelete
  4. Nad

    Waa...Congrats..welcome to the club..terharu plak coz rmai geng blogger yg pregnant this year...1 batch la anak kter nnti ek..hehehhe

    ReplyDelete
  5. Wah!! bestnya! mesti sangat excited kan~ ^^

    tahniah! jaga baby elok2. suh je en gajah wat keja2 umah.. =D

    ReplyDelete
  6. hai kak..
    lama xdtg sini..
    datang2 je dapat baca entry pregnant..
    dulu masa rajin ke sini..
    akak baru nak kawin..skang akak da kawin..ehehhehe..
    siap dah jadi ibu prenant..
    tahniah untuk akak dengan em.gajah...

    ReplyDelete
  7. selamat bersabar kpd encik gajah

    ReplyDelete
  8. hi nad. saya pun baru dpt tau sy preggie 2 hari lepas.. tp agak risau bila baca part u ckp takleh makan masam2 sbb smlm saya makan tomyam + kerabu mangga masam.

    saya pun tak tau brp minggu sbb bila pegi scan apa pun tak nampak walaupun kat test kit tu tulis "pregnant". hmm. bila set appointment dgn gynae, 1 march nanti baru jumpa sbb dia sgt la busy. tu la tak syok kalau pegi klinik yg semua org nak pegi. :(

    anyway saya doakan kite sama2 selamat :)

    ReplyDelete
  9. awww...tahniah.....geli geleman campur excited aku bace..hahahhahahahahhah

    ReplyDelete
  10. wahhhh... congratz! always in gud health! =)

    ReplyDelete
  11. lama tak datang sini. Dan jarang eh akak update blog lately.huhuhu

    congrate kak =)

    jaga kesihatan diri ek

    ReplyDelete
  12. kak Nad, congrats on the big news! :)
    take care okay. eheheh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails