Friday, December 31, 2010

The End of Jaundice & Breastfeeding Battle

Firstly saya nak ucap terima kasih banyak-banyak kat kawan-kawan yang memberi nasihat & moral support dalam entry ini. Sangat-sangat terharu dan I really appreciate it! :')


Alhamdulillah, selepas terpaksa campur FM selama 11 hari kerana susu badan merudum, saya dah fully BF kembali on the same day saya post entry tu.

Komen bestfriend saya, Ina membuatkan saya berfikir sejenak. Hari tu jugak saya paksa diri untuk BF sepenuhnya. Sebab memang betul pun, lagi kita kasi baby FM, lagi kurang dia BF, means lagi sikit dia punya demand, jadi akan sikit la badan kita supply susu. Boleh refer sini kalau tak faham. Hehe.

So bermula hari tu lah lil Zahin punya demand sejam sekali sehingga lah hari ini! Penat memang penat tapi kepuasan bila dapat BF baby kita sendiri tu, memang tak terkata. Kan BF mommies? :)

Actually milk booster Shaklee yang saya ada sebut kat entry tu untuk tambah susu badan sangat membantu. Sampai sekarang saya consume lagi. InsyaAllah di next entry saya share :)

Regarding jaundice pulak, doktor dah sahkan yang lil Zahin is jaundice free masa pergi inject 2 bulan haritu :)


Usia 7 hari, kat hospital. Muka kuning, badan tak sangat.


Usia 29 hari, masih jaundice


Usia 65 hari, dah takde jaundice dah. Alhamdulillah :)

Zahin Berusia 3 Bulan

Ahad lepas lil Zahin dah berusia 3 bulan. Kejap je masa berlalu kan :) Lil Zahin sambut kat rumah 2 pupu dia iaitu baby Afiq Mujahid yang berusia 4 bulan di Kampung Pandan. Haritu baby Afiq cukur jambul :)


MIL, saya, 4 mths old baby Afiq, 3 mths old lil Zahin :)

Sempat juga lil Zahin testing buai yang baby Afiq pakai untuk majlis tu. MIL nak pinjam next month sebab nak buat majlis marhaban untuk lil Zahin di Bangi :D


Muat-muat je :D


"Eh ada rama-rama la!"


"Rama-rama meh la sini kat Zahin.."

Petang tu kami bertolak balik Kerteh dah. Gambar-gambar latest:


3 bulan 1 hari :) Actually amik gambar ni sebab masa saya umur 3 bulan 1 hari pun ada gambar duduk :D


3 bulan 2 hari: Kepala lil Zahin panas sikit. Tapi petang dah ok dah lepas letak cool fever :)


3 bulan 3 hari: Tak boleh pisahkan tangan dengan mulut. Hehe.


3 bulan 3 hari: Suka main air liur juga. Sejak akhir-akhir ni bila borak-borak atau bila sedang ralit perhatikan corak kat baju/tudung saya sampai menitik air liur. Haha.


3 bulan 3 hari: Hepi sokmo :D

Pada usia 100 hari berat lil' Zahin ialah 6 kg :D

Saya akhiri dengan video lil Zahin bertatih dengan Abi dia 3 hari sebelum mencecah 3 bulan :)



Monday, December 27, 2010

Zahin's First Trip Balik Kampung Abi

Jumaat lepas lil Zahin dah sampai kampung Abi iaitu di Bangi :) Bertolak dari Kerteh jam 9 pagi dan sampai Bangi jam 3 petang.

Mencabar jugak la perjalanan sebab ada 1 tayar kereta terkopek. Terpaksa berenti kat tepi jalan untuk tukar tayar. Lepas Abi dah tukar tayar, tengok-tengok tayar spare pulak takde angin.

Sementara nak tunggu bantuan, lil Zahin pulak berak sampai bocor sampai terkena long skirt Ummi dia. Haha. Lepas dah tukar baju, dapat bantuan dari peronda highway. Diorang tolong pamkan pakai pam tayar basikal. Hehe. Lepas tu kami isi angin tayar di stesen minyak.


Lil Zahin tidur atas tilam kekabu kat dalam kereta :)


Nyenyak tidur lepas dah kenyang dan berak :P

Hari Sabtu kami ke Jusco Cheras Selatan, beli stroller untuk lil Zahin macam kat dalam entry ni :) Terjumpa baby Firas Zahin, anak blogger kak Ina Hashim kat baby room :D

Semalam bertolak balik ke Kerteh jam 6 petang. Tiba di rumah jam 11 malam. Alhamdulillah. Ummi masih penat lagi ni, sebab lil Zahin tidur atas dada Ummi selama 2 jam stret kat atas kereta. Fuh macam ni lah bila dah ada anak kan :)

Wednesday, December 22, 2010

Kalau Demam Boleh Breastfeed Baby Tak?

Sejak Sabtu lepas saya mula sakit tekak selama 3 hari. Hari ke-3, dah mula selesema pulak. So pergi klinik untuk dapatkan ubat. Alhamdulillah tak demam tapi doktor kasi jugak ubat demam in case demam nanti. Petang lepas balik dari klinik tu, 'air hidung' turun laju seperti air mata :P

By malam dah tak seteruk petang, tapi still banyak tisu yang digunakan. Lepas lil Zahin tidur pukul 1 pagi, makan ubat selesema/resdung then tidur. Pagi semalam bila bangun rasa tak larat, ada demam sikit. Masih lagi selesema tapi dah tak sakit tekak dah. Encik Gajah terpaksa ambil emergency leave sebab nak dukung lil Zahin pun tak berapa larat. Kepala pun pening lagi.

Encik Gajah suruh saya tidur sementara dia melayan lil Zahin. Bila lil Zahin nak menyusu baru dia kejutkan. Bangun lepas Zohor barulah rasa ok. Jadinya lil Zahin mandi lambat lah haritu termasuklah Ummi dia ni :P

Harini pulak dah start batuk-batuk tapi takdelah teruk. Ada gatal kat tekak sikit-sikit. So kesimpulannya dah 3 hari saya tak kiss lil Zahin. Oh rindunya! Geram nak kiss. Dah berapa kali entah nyaris-nyaris nak kiss dia tapi bila dah dekat nak kiss tu baru teringat tak boleh kiss dia. Terpaksa tarik balik :(


Kalau Demam Boleh Breastfeed Baby Tak?

So, berbalik kepada soalan, kalau demam boleh breasteed baby tak? Jawapannya BOLEH! Sebab bila si ibu demam, si ibu akan menghasilkan antibodi yang disalurkan melalai susu ibu kepada baby so baby takkan kena demam.

Same goes to selesema, sakit tekak, batuk, dan lain-lain sakit yang biasa. Cuma kita kena selalu basuh tangan, limitkan face-to-face contact dengan baby, dan of course jangan bersin directly ke muka baby. Hehe. Boleh refer sini untuk kepastian :)

Macam mana nak elakkan demam, selesema, sakit tekak, batuk, dan lain-lain penyakit biasa? Selalu lah amalkan makan vitamin C :) Other remedies can be found here.

Tuesday, December 21, 2010

Contest Si Manjaku Comel

Jom join contest yang dianjurkan oleh Masyimalo's Heart ni :)


Contest Si Manjaku Comel


Muhammad Az Zahin bin Muhammad Amir
65 hari

Tarikh tutup ialah pada 25 December 2010, 230pm :)

5 blogger yang ingin di tag:
1. Nieza
2. Deena
3. Mrs Nageb
4. Mrs Aishiteru
5. Kak Laila

Friday, December 17, 2010

Zahin's First Night Out

Malam semalam lil Zahin pergi jalan-jalan kat Mesra Mall :D First time pergi sana walaupun dekat je dengan rumah hihi. That was our first time bawak lil Zahin keluar malam. Parents & adik-adik Encik Gajah pun ada sama.

Tempat pertama yang dituju ialah food court! Sebab nak dinner :D Saya makan roti canai dan milo suam jer. Mak dan adik bongsu Encik Gajah makan ABC. Terliur tapi tak boleh makan lagi! Padahal saya la yang suggest ABC kat Mesra Mall tu kat diorang sebab memang feveret saya tu masa pregnant dulu :D Memang sedap ABC kat situ :) Yang lain-lain tu makan tosei, nasi ayam, dan nasi seafood belacan.

Masa semua orang tengah makan, lil Zahin senyap jer dan kurang ceria sebab ngantuk! Alhamdulillah dia tak meragam. Zahin tak menyusu pun sepanjang kat Mesra Mall tu sebab on the way ke Mesra Mall tu dia dah minum susu siap-siap :) Good boy!


Ummi & lil Zahin


Abi & lil Zahin


Busu Ti, lil Zahin, Ummi

Lepas tu kami jalan-jalan dan beli barang sikit. Lil Zahin, Abi dia yang dukung sampai tertidur :D


Pipi penyek

Bila dah sampai rumah baru lah dia terjaga. Pukul 12 baru tidur :)


Ummi: Sonok tak jalan-jalan tadi?
Zahin: Kita ada jalan-jalan ek tadi, Ummi?

Hanya Bertiga Sekarang

Sejak balik ke Kerteh, tak putus tetamu datang. Mula-mula 2 orang adik saya iaitu Kak Ngah dan Zarin tidur kat rumah ni seminggu lebih. Lepas tu Ummi dan Abah, serta adik-adik yang lain datang bermalam semalaman sebab nak bawak balik Kak Ngah dan Zarin.

On the same day, makcik dan 2 anaknya dari Paka serta pakcik, makcik, dan sepupu2 dari Besut pulak sampai. Haritu ada 16 orang tetamu dalam satu-satu masa. Nasib baik lah rumah ni tak kecik. Cuma semua tak dapat duduk atas sofa la sebab sofa kat rumah ni L shape punya je :D

2 jam selepas parents dan semua adik-adik saya bertolak balik Besut, parents dan adik-adik Encik Gajah pulak sampai. Bermalam kat sini 4 malam. Tadi baru bertolak balik ke Bangi. So now ada saya, Encik Gajah dan lil Zahin jelah :)

Barulah ada masa nak blogging dan facebooking balik. Next entry will be about Zahin's first night out :D

Sunday, December 12, 2010

Zahin's First Shopping Trip

Jumaat lepas saya dan Encik Gajah bawak lil Zahin shopping kat East Coast Mall (ECM), Kuantan :D Adik saya pun ikut sekali. Pukul 7 pagi lagi lil Zahin dah mandi, nak jalan-jalan punya pasal hehe. Hampir pukul 9 kami bertolak dari Kerteh.


Si tembam yang lalok :P

Sesampainya kat ECM pukul 10:30 pagi, dia poo poo sebab baru lepas minum susu :P Lepas park kereta, terus tukar diaper dia kat dalam kereta. Masuk je ECM, terus ke Parkson bahagian baby kat tingkat 2. Alhamdulillah, masa shopping barang-barang lil Zahin, dia tak meragam.

Lepas tu turun ke tingkat 1 sebab Abi dia pulak nak shopping. Hehe. Tapi Abi dia pilih baju sorang-sorang sebab saya rehat kat sofa yang disediakan. Penat juga bila takde stroller hehe. Saya sebenarnya sakit kepala sebab tak cukup rehat. Sakit kepala tapi boleh pergi shopping. Haha :P


Kurang bermaya :P

Kejap lepas tu, lil Zahin nak minum susu. Kat sofa tu jugak saya bf, cover dengan blanket lil Zahin :P


Dah siap bf :)


Lil Zahin tertidur kekenyangan :D

Lepas tu pergi makan KFC. Saya order Snack Plate. Lepas dapat makan seketul ayam, lil Zahin nak susu lagi. Bf kat situ jugak. Nasib baik pilih seat hujung-hujung :D

Masa Encik Gajah pergi solat Jumaat, lil Zahin poo poo lagi. Saya tukar diaper lil Zahin kat Baby Changing Room kat Parkson, kat bahagian barang baby. Dekat dengan Annakku.


Lepas tukar diaper. Dah selesa :)

Lepas tu lil Zahin nak susu lagi so saya bf dia kat ruang yang disediakan :)


Ruang menyusu

Kalau nak bancuh susu atau nak minum air kalau dahaga lepas bf, bolehlah ambil air panas dan air masak yang disediakan :)


Air panas dan air masak kat tepi pintu

Lepas tu pergi balik kat KFC. Sambung makan lagi seketul ayam hehe. Then bf lagi skali kat situ. Lepas Encik Gajah balik dari solat Jumaat, barulah kami bertolak balik ke Kerteh.


Barang-barang lil Zahin :)

Saturday, December 11, 2010

Welcome Home, lil Zahin :)

Maal Hijrah lalu kami sambut bersama-sama sekeluarga di Kerteh. Kami dah balik rumah Kerteh sejak Sabtu lepas lagi :)


Sebelum bertolak ke Kerteh

Syukurlah lil Zahin tak meragam dalam perjalanan. Masa mula-mula kereta gerak dia duk tengok je ke arah langit. Saya letak lil Zahin atas tilam kekabu baby yang saya letak sebelah saya kat seat belakang.

Sebelum ni dia tido je time naik kereta. Tapi last time jalan jauh pun masa dia umur 44 hari which was 1 month back. Tu pun 1.5 jam je perjalanan. This time dia dah banyak berjaga dah. So first time lah bertolak waktu lil Zahin sedang berjaga.

Perjalanan yang biasanya mengambil masa 3 jam menjadi 4 jam dengan adanya budak kecik ni :D Sebab banyak singgah-singgah. Sekali nak ter-pee dan sekali membeli makanan untuk isi perut. Itulah dia penangan breastfeed. Kena banyak minum air, bila banyak minum air, banyak lah jugak buangannya. Lepas tu cepat lapar. Kena lah isi perut supaya perut sendiri tak berkeroncong :D

Budget nak sampai before Maghrib di Kerteh sebab tak elok baby kat luar time Maghrib. Tapi akhirnya sampai tepat-tepat time orang azan Maghrib. Kita hanya merancang, Dia yang menentukan kan. Alhamdulillah lil Zahin nampaknya suka rumah ni :)

Bila dah balik rumah sendiri ni, semua kena buat sendiri dah. Memang penat dan tak cukup tidur sebab mengemas rumah. Almaklumlah kat 3 bulan jugak saya tinggalkan rumah ni. Rumah takdelah bersepah tapi berhabuk sebab Encik Gajah balik rumah lepas kerja untuk rehat je. Dia banyak pakai ruang tamu, semua benda dia buat kat situ. So ruang lain tak pakai sangat. Weekend pulak memang takde kat rumah sebab balik Besut jumpa isteri dan anak. Hehe :D

Tapi saya bawak 2 orang adik saya sekali. Bolehlah tolong tengokkan lil Zahin masa saya buat kerja. Alhamdulillah. Lusa diorang nak balik Besut dah. Lepas ni tak tau lah macam mana nak tinggal lil Zahin untuk buat kerja rumah. Harap-harap saya akan terer lah nanti. Hehe.

Tuesday, December 07, 2010

Aksi Selepas Mandi



Video ini dirakam sewaktu lil Zahin berusia 66 hari. Anak teruna saya ni memang suka mandi. Kalau mandi je mesti happy :D

Kadang-kadang lil Zahin akan pee or even poo poo lepas keluar dari tub. Kebetulan hari tu Ummi saya yang mandikan lil Zahin. Tu yang adik bongsu saya duk kacau lil Zahin cakap 'Kencing atas Tok Mi' berulang-ulang tu.

Memang payah nak tengok lil Zahin tak gerak tangan kaki dia. Paling tidak pun mesti salah satu gerak-gerak. Apatah lagi bila dia happy macam dalam video ni :D Towards the end tu dia duk tenung kamera sampai juling mata. Haha :P

Monday, December 06, 2010

Pengalaman Bersalin Anak Pertamaku Muhammad Az Zahin: Detailed Version Part III

Sambungan dari Part II.

1245: Encik Gajah sampai di labour room dari Kerteh. Start push.
Masa tu tak tau macam mana nak teran sebab kena tarik dan hembus nafas laju untuk cope dengan sakit contraction, lepas tu kena push pulak. Rasa macam tak cukup nafas je. Ish memang confuse. Ada gak cuba-cuba push sikit-sikit tapi macam tak boleh je.

Tiba-tiba Encik Gajah sampai kat luar LR. Nenek keluar LR, Encik Gajah pulak masuk. Bila contraction datang, mula-mula dia tak tau nak buat apa. Saya suruh dia gosok-gosok peha kanan saya jugak. Haha. Mata masih tutup lagi menahan sakit. Dapat pandang Encik Gajah sekali je then tutup mata balik :P Dalam hati saya tahu Encik Gajah tak bawak kamera! Sebab kamera, saya yang bawak dari Besut. Mesti duk ngan parents saya waktu tu. Sempat lagi fikir pasal kamera haha.

Tak lama kemudian, saya terdetik dalam hati rasa nak push. Mana lah tahu sebenarnya dah boleh push tapi saya je rasa tak boleh. Baik saya try. Hehe. Saya suruh Encik Gajah bagitahu nurse. Bila contraction datang, nurse suruh tarik nafas dalam-dalam dan push. Katanya teran macam nak berak sembelit. Hehe. Saya cuba buat, tapi macam tak jadi apa je. Haha.

Lepas banyak kali cuba push dengan nurse tadi, doktor pun masuk. Katil yang saya baring tu dah ting! jadi separuh dah sampai kat punggung saya je. Dari kangkang biasa, kaki kena letak naik atas sikit. Ada something yang hold kaki saya. Pastu ada pemegang macam joystick kat kiri dan kanan saya yang boleh saya pegang kuat-kuat masa push :D

Dalam perut, baby masih duk sibuk gedang-gedung. Kick perut Ummi dia buat kali terakhir kot. Haha. Tu lah, lagi lah saya confuse sebab nak dekat beranak orang cakap baby tak banyak gerak dah. Tapi bukan baby yang bernama Muhammad Az Zahin. Haha. Agaknya dia excited nak keluar kot. Hehe.

Lepas tu tiba-tiba ramai pulak kat LR tu. Ada 4 nurse, 1 doktor, dan Encik Gajah. Semua duk fokus kat saya. Tapi masa tu tak malu apa dah sebab rasa sakit mengatasi segalanya. Masa push, semua jadi pom pom girl termasuk lah Encik Gajah. Memang riuh la LR tu dengan suara diorang. Hehe. Bila takde contraction semua senyap. Bila push je diorang bising memberi kata-kata semangat. Boleh bayangkan tak macam mana? Sekejap bising, sekejap senyap mengikut perkadaran contraction saya. Haha.

Push dah banyak kali pun, saya still rasa macam takde progress kat bawah tu. Sampai la Encik Gajah cakap, "Come on Sayang, rambut baby dah nampak dah tu!" I was like, ye ke? Oh so betul la cara saya push ni. Duk push-push tadi ada progress rupanya. Haha. Tiba-tiba rasa happy dan semangat memuncak. Hehe.

Ada masa yang nurse suruh saya minum air masa between contractions tapi saya bukak mata sikit lepas tu geleng kepala. Kali ke berapa dia pujuk baru lah saya nak minum. Penat sangat, nak minum air pun takde mood. Haha. Air yang diminum ialah air selusuh yang Chubah (atok saya) buat. Sebab air tu je yang dibawak ke LR. Kiranya air selusuh tu minum 2 kali je, sekali masa lepas dah tahu 8 cm, sekali masa tengah push. Haha. Patutnya minum masa bukaan 6 cm. Tapi sebab tak sempat nak 6 cm, tiba-tiba dah 8cm, jadi lepas 8cm baru minum :P

Push lagi dan lagi tak tahu berapa kali dah. Ada sorang nurse tu cakap, "Bukak la mata dik, baby dah nak keluar ni. Dah nak jadi ibu dah ni" Perkataan 'ibu' tu rasa meresap ke dalam jiwa. Rasa macam tak percaya je tengah duk dalam LR tengah push baby keluar. Jap lagi nak jadi 'ibu' dah. Saya cuba la bukak mata tapi rasa penat sangatlah menebal, mampu bukak mata kejap je lepas tu saya tak sedar dah tertutup balik lepas push-push lagi. Haha. 2-3 kali jugak kot nurse tu ulang ayat yang sama lepas tu tapi lepas bukak, tertutup balik jugak mata saya. Hihi. Dalam pada duk teran tu, kedengaran azan Zuhur berkumandang..

1329: Our baby boy lahir seberat 3 kg through normal delivery. Alhamdulillah :)
Tak lama lepas tu, akhirnya kepala baby pun dah muncul, kena teran sekali lagi untuk keluarkan badan pulak. Bila keluar badan jer rasa macam keluar air terjun kat bawah tu. Darah la tu. Hehe. Encik Gajah selamba je tengok, takde pening pun tengok darah banyak-banyak tu sebab dia dah biasa tengok cerita bunuh-bunuh -_-" Nasib baik saya yang beranak, tak payah tengok darah sendiri. Haha. Sepanjang push-push tu, Encik Gajah la yang duk inform progress baby macam mana kat bawah tu, menjadi sumber inspirasi untuk push dan tahan sakit :D

Lepas tu doktor pun ambik baby yang masih dipenuhi darah tu, tunjuk baby punya jantina kat saya. Hehe, yup memang macam dalam scan, boy :D Lepas tu doktor cakap nak pinjam baby kejap nak bersihkan :D Lepas tu baru lah dengar suara baby menangis. Kuat dan lama pulak tu. Hehe.

Lepas dah siap bersihkan dan dibedung, nurse letak baby atas dada kiri saya. Nurse masih hold baby lagi. Saya hanya mampu pandang jer dengan mata separuh terbuka. Pandangan saya limited kat bahagian kanan muka baby je. Nampak matanya yang tertutup itu sama macam dalam gambar scan :) Saya tak tahu nak senyum ke nak menangis. Yang saya tahu saya penat sangat dan lega sebab baby dah keluar. Jadi saya tak senyum ataupun menangis, muka maintain je. Haha.

Setelah 1-2 minit, nurse nak kasi baby kat Encik Gajah untuk diazankan. Sebelum tu nurse sua kan baby ke muka saya untuk saya kiss :') Encik Gajah keluar LR untuk azankan baby.

At the same time, doktor duk jahit apa yang patut. Masa Encik Gajah ada, saya pegang tangan dia sebab sakit dan seriau. Tapi rasa sakit tu tak sehebat sakit nak beranak. Hoho. Bila Encik Gajah dah keluar LR, saya pegang tangan nurse pulak haha. Lepas tu doktor suruh nurse macam urut perut saya untuk keluarkan uri.

Bersambung di entry seterusnya; kisah selepas deliver :)

Friday, December 03, 2010

Pengalaman Bersalin Anak Pertamaku Muhammad Az Zahin: Detailed Version Part II

Sambungan dari Part I.

0930: Bertolak ke Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTS) dengan parents dan Nenek dari Besut.
Sepanjang perjalanan selama 1.5 jam tu, tak berenti baca doa Nabi Yunus dan Rabbi yassir, wala tu assir, ya kariim, wa atmim bil khair untuk mempermudahkan urusan. Masa ni doa sangat tak terberanak sebelum sampai KTS. Cuak juga dengan gegaran yang dirasakan sewaktu duduk dalam kereta. Almaklumlah naik MyVi je :D

1100: Sampai di KTS. Bukaan 3-4 cm.
Selamat sampai di KTS. Bagitahu kat kaunter depan tu yang ada bloody show dan bukaan dah 1-2 cm. Nurse bawak saya pakai wheelchair ke satu bilik di ground floor tu untuk check bukaan. Masa nurse bawak tu rasa segan sebab orang pandang-pandang :") Tapi muka maintain serious je sebab tahan sakit haha.

Nurse check bukaan, dah 3-4 cm. Saya ada dengar nurse tu cakap kat colleague dia yang saya dah ada leaking, meaning air ketuban dah start keluar. Tapi saya tak rasa macam air keluar pun lagi. Mungkin dah start keluar sikit-sikit.

1130: Dimasukkan ke labour room.
Ada seorang nurse lelaki tolak saya pakai wheelchair ke labour room (LR) di tingkat 2. Rasa cuak sebab ada baca kat blog orang yang LR ada macam-macam alat jadi nampak ngeri. Tapi bila betul-betul sampai di LR, saya rasa lega sangat sebab bila tengok je LR tu rasa tenang je! Tak banyak alatan pun dan ada wallpaper bunga-bunga yang cantik :D Aman damai rasanya :)

Lepas baring atas katil, nurse masukkan ubat supaya berak :P Ada orang kata ubat tu sangat mujarab. Katanya lepas masuk je bontot terus rasa nak berak. Malangnya itu tidak terjadi kepada saya. Haha. Tunggu punya tunggu tak rasa nak berak jugak. Berapa kali ntah nurse tanya dah rasa nak berak ke? Jawapannya tidak, tidak, dan tidak. Hehe. Akhirnya nurse bawakkan jugak saya ke toilet untuk berak tapi saya pee aje :D Sampai lil Zahin lahir pun saya tak berak jugak. Haha.

Lepas balik semula ke LR, contraction makin kuat. Ummi temankan saya kat LR sebab Encik Gajah tak sampai lagi. Ummi urut peha kanan saya sebab dia duduk belah kanan saya. Mula-mula rasa macam tak perlu, tapi lama-lama rasa lega pulak :D Everytime contraction datang, saya gosok-gosok peha kanan saya. Saya pun tak tahu kenapa peha kanan. Yang saya tahu, rasa lega sikit bila buat macam tu.

Peluh mula terbit. Mungkin sebab menahan kesakitan. Yelah, contraction selang 5 minit sejak 3 jam yang lalu. Makin lama makin kuat pulak tu. Nurse on kipas dan halakan kepada saya. Fuh rasa lega sikit :D

1155: Bukaan 8 cm. Air ketuban keluar membuak-buak. Mula rasa contraction yang tak terkata sakitnya every 3 minutes.
Doktor masuk untuk check bukaan. Dah 8 cm! Lepas tu dapat rasa air ketuban keluar dengan banyaknya. Doktor siap gurau lagi dengan saya, katanya saya boleh beranak ramai sebab senang terbuka laluan! Saya memang rasa itu kelakar tapi tak dapat nak gelak sebab tahan sakit. Mata pun bukak separuh je.

Nurse pasang CTG machine kat perut saya. Ia keluarkan bunyi yang kuat dan laju apabila contraction datang. Saiko sangat! Rasa lagi sakit! Tak suka machine tu :(

Bila doktor tengok saya menahan kesakitan, dia ajar saya breathing technique untuk legakan contraction. Kena tarik nafas dan hembus laju macam termengah. Alhamdulillah it helps. Doktor pesan kalau rasa nak teran, boleh bagitahu. Lepas tu doktor keluar.

Still able to sms Encik Gajah bagitahu bukaan 8 cm :D Dia cakap dia dah bertolak dari Kerteh. Lega sikit rasanya sebab saya dah terbayang dah baby lahir semasa Encik Gajah takde di sisi :( Every time saya bayangkan macam tu saya rasa sebak tapi saya tahan jangan nak menangis atau apa sebab nanti sure hidung berair lalu menyukarkan lagi untuk push nanti. Doa sangat dia sempat sampai.

Dengan keluarnya air ketuban tadi, mula rasa contraction yang sakit tak tertahan. Mata dah tak boleh bukak dah. Waktu ni Nenek pulak temankan saya di LR. Bila contraction datang je, baca zikir Nabi Yunus dengan bersungguh-sungguh tapi tak kuat. Hanya mampu pusing kepala kiri kanan sambil mata tutup. Tangan pulak gosok-gosok peha kanan. Itu cara saya cope dengan sakit haha. Kalau tengok mesti lawak. Tapi masa tu tak sedar apa dah.

Dalam saya menahan sakit tu, Nenek sempat cakap kat saya,

Nenek: Biasa lah, memang macam ni la sakit nak bersalin..
Saya: Nenek, betul ke bila baby dah keluar nanti tak sakit dah?
Nenek: A'ah. Nanti baby keluar je hilang lah sakit tu.


Terus rasa bersemangat lepas tu walaupun sakit! Haha.

Sambil-sambil tu cuba detect ada rasa nak teran ke tak. Tapi takleh nak detect sebab dah confuse dengan sakit contraction haha.

Bersambung di Part III :)

Thursday, December 02, 2010

Pengalaman Bersalin Anak Pertamaku Muhammad Az Zahin: Detailed Version Part I

Walaupun saya dah tulis entry pasal pengalaman bersalin lil Zahin yang simple punya kat entry ni tapi untuk kenang kenangan diri sendiri saya buat entry ni. Kalau saya tak tulis nanti saya lupa hehe :P Oh harap-harap masih ingat lagi sebab harini hari ke 68 selepas kejadian hehe :P

Terpaksa buat part by part sebab panjang berjela! Haha.

Ahad, 26 September 2010
I was at my 37w6d of my pregnancy.

0645: Cramp kat ari-ari macam period pain
Tengah syok tidur lepas solat Subuh tiba-tiba rasa macam menstrual cramp. 2-3 hari sebelum tu pun dah rasa macam ni. Biasanya ia akan hilang sendiri selepas beberapa lama. Disebabkan sakitnya tak macam labour contraction yang ada senggang masa tertentu, jadi saya takdelah nak ke klinik ke apa. Lagipun saya tahu ianya Braxton Hicks contraction, badan membuat persediaan ke arah labour :D Saya just sms Encik Gajah je bagitau pasal menstrual cramp ni. Masa tu Encik Gajah baru bertolak dari KT ke Kerteh. Then saya sambung tidur lagi hehe. Boleh baca pengalaman Encik Gajah kat entry ni :)

0745: Mula rasa contraction sikit-sikit yang berselang 10 minit.
Masih tidur lagi. Haha. Tiba-tiba menstrual cramp tadi bertukar menjadi lebih kuat dan saya perasan ianya ada senggang masa. Means sakit, then hilang, then sakit balik. Saya ambil handphone dan catat contraction saya. Selang 10 minit! Setahu saya kalau selang 10 minit ni dah agak nak dekat nak beranak dah. Ish, takkan lah dah nak beranak kan? Saya fikir mungkin saya tersilap lah kot. Mungkin false labour contraction lagi. Update kat Encik Gajah then sambung tidur lagi. Haha.

0815: Baru perasan ada darah di panties. Mandi, bersiap, dan breakfast. Contraction every 5 minutes.
Tengah tidur-tidur ayam sebab sakit tu, tiba-tiba rasa nak pee. Bila pergi toilet, tengok ada darah kat panties. Warna merah. Cuak rasanya sebab yang saya baca, kalau tanda-tanda labour ialah keluar darah with lendir. Ni takde lendir pun, ada darah je.

Keluar dari tandas, terus bukak buku What to Expect: When You Are Expecting dan baca kat bahagian labour signs. Hehe. Yup mmg betul should be ada lendir. Masa tu tak tau nak buat apa. Keluar bilik dan bagitahu Ummi & Abah saya. Diorang pun blur jugak. Saya fikir, kalau jadi apa-apa nanti baik saya mandi dulu so saya pergi mandi. Saya ada sms kawan yang belajar medic iaitu Mc Anne tanya pasal bloody show tu. Dia suggest saya call KTS je untuk tanya macam mana.

Bila call KTS, diorang suruh segera pergi sana. Lepas dah letak telefon baru saya sedar yang saya terlupa nak bagitahu orang tu yang saya bukan duduk kat KT, saya duk Besut, lama gak nak sampai tu. Dah lah contraction every 10 minutes, mahu nya terberanak kat tengah jalan nanti. Ish tak tahu nak buat apa.

Lepas mandi dan pakai pad, saya breakfast nasi minyak bungkus tapi tak habis pun makan sebab contraction every 5 minutes plus cuak kot. Sambil-sambil makan, fikir macam mana nak buat. Ada jugak terfikir untuk pergi Hospital Besut yang 15 minit je dari rumah. Tapi akhirnya saya ambil keputusan untuk ke KK Kampung Raja untuk tengok dulu macam mana keadaan saya.

Saya call Encik Gajah. Dia baru je sampai Kerteh masa tu. Bila dengar saya cakap dah ada tanda-tanda bersalin, suara dia excited campur blur haha. Blur sebab, yelah kan, baru je sampai Kerteh, dah kena balik Besut balik if saya deliver kat Besut. Saya suruh dia rest dulu. Nanti saya akan update dia dari masa ke semasa.

0900: Ke Klinik Kerajaan Kampung Raja. Bukaan 1-2 cm.
Ummi saya temankan saya ke klinik. Bila masuk kat bahagian Ibu & Anak tu, terasa macam semua orang tengok kot sebab muka pucat tahan sakit dan perut pulak besar gila. Hoho. Agaknya diorang pun boleh agak saya dah nak terberanak :P

Nurse suruh masuk bilik untuk check bukaan serviks. Kena bukak panties, baring, dan kangkang. Haha. Cuak masa tu sebab first time kena seluk. Dah dengar banyak cerita pasal kena seluk ni. Ada yang cakap sakit gila, ada yang cakap rasa tak selesa je. Doa sangat dan cuba set dalam otak yang kena seluk ni tak sakit, cuma tak selesa je. Dan apabila merasainya sendiri, syukur sebab tak selesa sikit je. Kalau sakit pun sikit jugak. Well, kena gigit semut pun sakit jugak kan ;)

Nurse bagitahu bukaan 1-2 cm. Dia buatkan reference letter ke Hospital Besut. Tak boleh ke KTS sebab KTS swasta. Bila keluar dari klinik, saya call KTS sekali lagi untuk bagitahu bukaan dan cakap yang saya duduk di Besut so takut tak sempat sampai sana sebelum deliver. Orang KTS tu cakap boleh datang tapi kalau tak sempat boleh berenti kat mana-mana hospital terdekat. Uhuk3.

Setelah fikir masak-masak, saya decide yang saya nak pergi KTS jugak memandangkan ramai orang cakap anak first ni lambat keluar. Saya dan Ummi balik ke rumah semula untuk bagitahu Abah serta ambil hospital bag. Nenek yang duduk sebelah rumah pun nak ikut sekali pergi KTS.

Bersambung di Part II :)

Wednesday, December 01, 2010

Sudah 'Kena Potong'

Lengchai Teling Chapang sudah matang woo. Sebab dia sudah 'kena potong' maa :P

Berkhatan untuk lelaki dilakukan dengan membuang 'foreskin' , kulit yang menutupi kepala zakar (glans penis) sehingga nampak keseluruhan glans penis keluar. Ianya boleh dilakukan dengan berbagai cara.

Untuk kanak- kanak perempuan pula ianya dilakukan untuk memenuhi syarat berkhatan pada namanya. Ini bermaksud memotong pada sebahagian kecil di 'daging berbentuk balung ayam di atas saluran kencing' (yakni kelentit atau klitoris). Ini patut dilakukan sesedikit yang mungkin dan tidak mencacatkan.

Credits to Ibnu Muslim


Wajah ceria seseorang yang sudah matang haha


Teknologi murah dan terkini. Pakai penapis plastik nak cover aset :P


Makan siap bersuap. Tak matang lah gini :P

Hehe. Adik bongsu dan satu-satunya lelaki dalam adik beradik saya ni berkhatan pada Jumaat lepas kat KK Kampung Raja. Dah menjadi kebiasaan kat Malaysia ni budak2 berkhatan masa cuti skolah kan.

Ada jugak yang buat ramai2, pastu dapat duit. Dulu saya masa kecik2 pun ada gak join program mcm tu tapi saya tak berkhatan la. Budak perempuan dapat duit tu untuk bertindik. Berapa kali ntah join haha. Tapi akhirnya sampai sekarang tak pakai subang pun. Sebab lubang dah tutup! Haha.

Tuesday, November 30, 2010

Mengenali Kamu Dengan Lebih Dekat

"Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, fact, habits, or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tagged the person who tagged you. If I tag you, its because i want to know more about you."

Aww..so Nieza nak tahu lebih lagi pasal saya lah kan? Hehe. Actually saya pernah buat tag yang lebih kurang macam ni dulu kat entry 16 Random Things About Me dan 7 Fakta Tentang Saya tapi takpe saya buat fakta lain pulak ek :D

25 Facts About Puan Nadxoxo :) (Nieza sila fokus yer! Haha)

01 Dilahirkan dan dibesarkan di Besut, Terengganu
02 Currently stay kat Kerteh, Terengganu
03 Ketinggian 156 cm :P
04 Berat max 66 kg sebelum lil Zahin lahir
05 Lahir pada Aug 1985
06 Anak pertama dari 6 adik beradik
07 Mula berbasikal pada umur 4 tahun
08 Mula bersekolah juga pada umur 4 tahun di Tabika KEMAS
09 Pada umur 5 dan 6 tahun pula bersekolah di Tadika Yayasan Islam Terengganu
10 Bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Kampung Raja
11 Lower form di MRSM YT Besut
12 Upper form di MRSM Pengkalan Chepa, science stream
13 Masuk UTP pada Jan 2003
14 Ambil kos Information System
15 Habis degree pada early June 2007
16 Start kerja mid June 2007
17 Berenti kerja mid Dec 2009
18 Kenal Encik Gajah kat UTP
19 Bertunang pada Aug 2008
20 Berkahwin pada Oct 2009
21 Zuriat pertama ialah lil Zahin
22 1st experience deliver baby pada Sept 2010
23 Fav colour is white. 2nd fav is black! :D
24 Lagi suka mengadap komputer dari tengok TV
25 Started blogging in Jan 2008 :)

I wanna know more about:
Deena
Ainul
Juelee
Afzan Ranai
Ros
Aniem
Mrs Nageb
Miss N

Monday, November 29, 2010

Zahin & Girlfriend


Zahin: Aww malunyer!
Girlfriend: Ish malu-malu plak..menyampah!


Zahin: Hihi dia pandang sini la~


Zahin: Jom ambil gambar. Senyum~
Girlfriend: Okey :D

Hehe actually girlfriend tu ialah anak jiran belakang rumah. Baby tu namanya Fathiah. Lahir selang sehari je lepas Zahin lahir :D

Ini aksi diorang yang dapat direkodkan. Tapi suara kena mute sebab suara saya kuat sangat. Haha. Kalau perasan lil Zahin ada gelak. Hihi suke sangat lah tu! :P

Sunday, November 28, 2010

Dah Aqiqah Dah

Alhamdulillah, Majlis Aqiqah & Cukur Jambul lil Zahin sudah selamat dilangsungkan pada Jumaat, 19 November 2010 bersamaan 12 Zulhijjah 1431H.

Tapi tak cukur pun, potong sikit-sikit saje :D

Majlis dimulakan dengan tahlil. Lepas tu semua yang hadir berselawat ke atas nabi. Encik Gajah bawak lil Zahin untuk semua orang usap kepala si kecik tu.

Lepas tu lil Zahin diletakkan di atas tilam di tengah majlis, di depan Ustaz Man yang akan 'membelah mulut' lil Zahin. 'Belah mulut' maksudnya kasi baby rasa kurma & air zam-zam yer, bukan memotong mulut hehe :P

Sepanjang majlis, lil Zahin tido jer tapi dah nak dekat habis tu dia terjaga dan merengek sebab sudah lapar mahu susu. Haha.


Semua orang usap kepala Zahin


Zahin: Abi, Zahin malu la ramai2 orang ni
Abi: Rilek la Zahin. Buat-buat cool je


Zahin: Ok ni la pose paling cool Zahin


Zahin: Zzzz...


Ustaz Man: Baiklah, marilah kita mulakan dengan acara 'belah mulut'
Zahin: Zzzz...


Zahin: Oh no! Apesal tetiba Zahin kat atas tilam lak ni? Abi, where are youuuu?


Zahin: Oh tu dia Abi. Abi..help me...


Zahin: Oooohh tidak!


Zahin: Uwaaa!


Abi: Kuci kuci..jangan nanges, anak Abi kan tough
Zahin: Humm humm


Ustaz Man: Ok kasi makan kurma dulu yer
Zahin: >.<
Ustaz Man: Bismillahirrahmanirrahimmmmm
Pakcik kat belakang: Ohmaigod. Jangan terpotong telinga budak tu sudahhh


Abi: Ok dah setel dah
Zahin: Fuh legaaaa


Abi: Mwahhhxxx! Good boy!
Zahin: Psst..Abi, Zahin nak upah susu :D


Zahin: Dah-dah la tu Ummi..Zahin nak upah susu niiiiiii
Ummi: Oklah, ni satu je gambar Ummi harini dengan Zahin tau!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails