Sunday, November 22, 2009

Berhenti Kerja

Assalamualaikum.

Untuk merealisasikan impian menetap di Kerteh bersama suami tercinta, Puan nadxoxo sudah hantar surat letak jawatan Isnin minggu lepas. Notis selama sebulan. Jika diluluskan, insyaAllah hari terakhir bekerja ialah 15 Disember depan.


Puan nadxoxo dah dapat kerja ke kat Kerteh?
Belum lagi. Sedang. InsyaAllah hari Rabu ni akan ke IPTA dan IPTS sekitar Kerteh menghantar resume. Puan nadxoxo bercita-cita menjadi lecturer IT pula. Semoga Puan nadxoxo berjaya, amin..

Puan nadxoxo dah dapat rumah ke kat sana?
Juga belum. Encik Gajah sedang mencari juga. Ada 2-3 buah rumah yang telah di booking oleh nya. Yang penyewanya dah nak keluar tak lama lagi. Semoga Encik Gajah berjaya, amin..

Rumah sewa kat Kajang macam mana?
Puan nadxoxo bayar sewa sampai hujung bulan November je. Lepas tu dah let go bilik tu. Alhamdulillah sudah ada pengganti. Tak susah-susah nak cari lagi. Rumah sewa tu, sejak Puan nadxoxo kahwin, tak tidur sana dah sebab duduk dengan family mentua pulak kat Bangi. Tapi haritu dapat la jugak tidur 2 malam kat rumah sewa yang dirindui tu sebab Mak dan Ayah mentua balik kampung kat Kedah, takde orang kat rumah, Puan nadxoxo takut duduk rumah sorang-sorang jadi diorang benarkan Puan nadxoxo balik rumah sewa hihi. Terubat jugaklah rindu pada rumah tu :D

Okaylah kawan-kawan, jika Puan nadxoxo ada masa, akan update lagi perkembangan badan k. Nite :)

Monday, November 16, 2009

Majlis Persandingan nadxoxo di Besut

Assalamualaikum.

Mari saya cerita pengalaman saya pada 10 Oktober yang lalu~



Ini saya yang sedang 'dikerjakan' oleh Mak Andam.


Redha aje lah..


..walaupun dalam ketakutan.


Mari belajar memakai shawl. Mula-mula pin kan di bawah dagu..


..lepas tu lilit kat atas kepala.


Dah siap! Pastu kita pakai crown dan veil pula~


Bila dah siap boleh senyum..


..dan juga posing untuk kameraman. Hehehe.


Ketibaan Sultan Gajah bersama hulubalang dan dayang-dayang.


Bendahara juga ada bersama.


Sultan Gajah sudah tersenyum..


..kerana Permaisuri nadxoxo sudah tiba dan mencium tangannya~


Lalu mereka meneruskan perjalanan ke istana mereka..


..yang ditunggu-tunggu oleh rakyat jelata.


Ketibaan mereka disambut meriah di pintu istana..


..lalu dibawa ke singgahsana.


Selepas itu Bonda Sultan Gajah memberi restu kepada Sultan Gajah & Permaisuri nadxoxo serta rakyat jelata.


Bendahara juga tidak ketinggalan untuk memberi restu dengan menyuapkan pulut kuning kepada Sultan Gajah.


Apabila tiba waktu makan tengahari, mereka santap di meja makan istana.


Persalinan kedua iaitu warna merah darah ikan.


Ku gembira di samping mu~
(sape tahu lagu ni maknanya dia dh veteran haha)


Acara memotong kek diiringi lagu 'Allah Selamatkan Kamu' oleh family Encik Gajah yang sporting :')


Encik Gajah lapar kek :P


Empuknyaaa hehehe


Yeayy Encik Gajah ada cincin juga sekarang :D


Auwww haha


Main nyorok-nyorok pula


Patutnya gambar ni fokus kat Encik Gajah, kan? Hehe. Sebab dia riang :P


Rakan-rakan yang hadir dari jauh


Bergambar dengan family Encik Gajah sebelum mereka pulang


Mak Encik Gajah sedih nak tinggalkan anaknya. Takpelah Mak, saya perempuan hebat juga macam Mak, insyaAllah boleh jaga Encik Gajah :D


Gelak-gelak di atas pelamin :')


Princess nadxoxo menerima bunga dari Prince Gajah


Dan mereka hidup bahagia buat selama-lamanya~

THE END :)




Source: Fazrien Photography's Flickr

Sunday, November 01, 2009

Puan nadxoxo

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar kat sebulan jugak nadxoxo tak update blog kan. Maaf dipohon kepada pembaca blog ni yang mungkin tertunggu2 cerita kawen nadxoxo. Eceh.

Peralihan fasa hidup membuatkan nadxoxo kekurangan masa dengan dunia maya ni. Upload gambar kat facebook pun cepat2 je, login dan lakukan apa yang patut, lepas tu dh logout. Dah tak boleh nak mengadap pc lama2 macam dulu. Nanti nadxoxo cite lebih detail lagi di entry seterusnya.

Back to the main topic, Alhamdulillah, nadxoxo sudah sah menjadi isteri Encik Gajah pada Jumaat, 09 Oktober yang lalu.

Gaya Encik Gajah yang bersahaja membuatkan para hadirin tergelak besar selepas sah akad nikah. Namun suasana menjadi pilu apabila Abah nadxoxo membaca ayat peyerahan nadxoxo kepada Encik Gajah sebagai isteri Encik Gajah yang sah.

nadxoxo juga turut tidak terlepas dari menitiskan air mata padahal memang yakin giler sebelum ni tak akan nangis. Isk3.

Apapun, Alhamdulillah, Majlis Akad Nikah kami berjalan lancar :)






Mr. & Mrs. Gajah :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails