Wednesday, October 07, 2009

I Won 2nd Place & Nak Balik Kawen

It's 3 in the morning but this bride-to-be is not asleep yet :P

Teringat nak update blog, tapi sebelum tu tengok updates from kawan2 dulu. Then terlihat entri ini. I won second place dalam pertandingan Gambar Paling Menawan dari Radiusite :D Alhamdulillah~

Gambar yang kuhantar ialah gambar di bawah:



Sebagai pemenang tempat kedua, saya layak menerima:
Shawl Ribbon x 1
Shawl Corak x 1

^^ Rasa sangat seronok sebab ini first time masuk pertandingan, dan menang pula tempat kedua :D Alhamdulillah~ Ku anggap ini rezeki kawen~ Hehehe.

So, peminat2 shawl, sesiapa yang tak pernah membeli belah di Radiusite, sila lah berbuat demikian sebab shawl kat sana cantik-cantik dan dimodelkan pula oleh orang yang cantik iaitu tuan kedai sendiri :D

Psst, ini membuatkan shawls yang dijual disitu sentiasa laris macam goreng pisang panas tau. Sekejap je dah booked/sold out. Haha. Jadi, sentiasalah alert dengan updates from Cik Ika Radiusite :)


Nak Balik Kawen

Moving on to cerita kahwin-kahwin pula (hehe), saya punya flight ke Kota Bharu ialah jam 11 pagi nanti, bertemankan pakcik kesayangan saya tu la, yang selalu teman saya travel tu. Hehe.


Akad Nikah & Khatam Al-Quran

Dan untuk makluman rakan sekalian, akad nikah saya yang sepatutnya dilangsungkan pada Sabtu, 10 Oktober telah diawalkan sehari iaitu pada Jumaat, 9 Oktober pula atas nasihat dan pengalaman orang-orang tua. InsyaAllah akan dilangsungkan pada jam 3 petang.

Walaupun benda ni agak menyusahkan sebab decision dibuat last minute, saya hanya berdoa yang terbaik untuk majlis ini, insyaAllah ^^

Tapi jangan risau, kenduri kahwin tetap pada Sabtu, 10 Oktober.

Pada hari Jumaat yang sama, pada sebelah pagi sebelum akad nikah, akan diadakan Majlis Khatam Al-Quran. Nasib baik adik-adik saya khatam skali, kalau tak, cuak lah juga. Kang yang lancar jadi tersekat2 pulak sebab kecuakan. Haha.

Akhirnya ada gak majlis khatam quran untuk aku yang dah tua ni. Khatamnya sudah lama tapi majlisnya tak buat-buat jugak kan. Hehe.

Okay, saya mahu tidur dulu, sebelum mata saya lebih banyak menyerupai Mr. Panda. Hehe. Yeayy! Cutiiiiiiiiii~ :D *lompat sambil tepuk tapak kaki mcm Monkey D. Luffy* hehe

Saturday, October 03, 2009

Oktober Dah? Isk3

Haih cepatnye masa berlalu. Sedang aku duk sibuk kat ofis, sedar tak sedar lagi 7 hari lagi majlisnya. Lagi 2 hari je aku kene keje kat ofis, hari Rabu dah flight ke KB then ke Besut (yang ni naik kete la pulak..haha).

Tentang persiapan kawin, mari kita lihat:

Apply Cuti Kahwin
Sudah. Akan bercuti bermula 7 Oktober hingga 25 Oktober. 26 Oktober baru mula kerja balik. Wee~~ Cuti panjangggg~~ :D

Borang Kahwin & Book Jurunikah
Abah yang setelkan part ni. Sudah siap diproses di Pejabat Agama Daerah Besut, hari Ahad nanti Abah pegi amikkan :D Book jurunikah pun skali la~ Tapi tak tau lagi sape yang akad nikah kan saya dan bakal suami. Kalau Abah yang akad nikahkan, sure lagi seronok & berdebar2 kan? Hehe.

Baju Sanding, Pelamin, Makeup, Hiasan Bilik Tidur & Tempat Makan Pengantin
Sudah selesai pilih2. InsyaAllah akan ada 3 persalinan bersanding, tak termasuk baju akad nikah, yang tu sendiri punya. Cuma baju sanding dari butik tu tak disertakan dengan tudungnya skali, jadi kene beli sendiri. Dah beli dah untuk tiga3 persalinan, tapi skrg kene cari inner turtleneck sebab inner yang disediakan mcm kurang selesa

Baju Akad Nikah
Sudah siap dijahit, tapi skrg pegi tambah manik sikit di bahagian kain. Isnin ni bila Abah datang Bangi, dia akan pass kan kat saya~ Sebab saya tak sabar nak tengok baju akad nikah saya~ Sbenanye takut tak muat. Haha

Inai
Akan pakai inai daun punya. Kasi merah yang betul2 merah. Rabu atau Khamis nanti nak kene kutip daun-daun kat rumah Tok Sedara

Pilih Tempat Untuk Akad Nikah
Sudah. Mula2 pening gak nak pilih akad nikah kat rumah atau kat masjid. Ada pro dan cons masing2. Tapi akhirnya setelah berbincang dengan pihak2 yang terlibat, kami decide untuk akad nikah di Masjid Kampung Raja saja :)

Jemput Tetamu
Sudah. Jangan lupe dtg yer! :D

Doorgift
Sebahagiannya Ummi & Abah sudah dibeli di Rantau Panjang, sebahagian lagi akan diambil hari Isnin ni kat Bangi

Bunga Telur
Ummi & Abah setelkan jugak. Beli kat Rantau Panjang gak

Hantaran & Gubahan Hantaran
Barang hantaran sudah setel, sedang digubah oleh makcik penggubah hantaran hehe

Photographer
Yang ni yang setel paling awal. Book dari awal tahun. Haha. Semangat!

Makanan Sewaktu Kenduri
Abah yang setelkan :D

Lauk Pengantin & Kek
Ummi setelkan

Khemah, PA System, & Kompang
Ni pakcik ku uruskan. Aku bayar je :D

Lagu Sewaktu Majlis
Sedang di compile :D Aku nak pilih sendiri and tak mau la kang DJ pasang lagu pelik2 seperti dangdut dan lagu sedih2. Kang takde mood lak aku nak kawen :P

Honeymoon
Sudah decide & tempah :D Lihat entri ini. InsyaAllah honeymoon kat Kota Kinabalu. Harap cuaca elok nanti :D

Manicure, Pedicure, dan Spa
Belum buat lagi! Dan tak penah buat seumur hidup. Haha. Tapi kalau tak buat, takde feel nak kawin lah. Hehe. Jadi saya buat last minute iaitu gi spa/mandi lulur etc (tak termasuk facial) this weekend and next week before balik Besut akan wat Mani/Pedicure~ :D




Beshnye!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails