Wednesday, September 30, 2009

nadxoxo Menyambung Cerita Tentang Encik Madu & Encik Bulan (Honeymoon)

Setelah memerah otak memikirkan nak pilih hotel mana kat PD tuh, akhirnya kami membuat keputusan untuk honeymoon kat Kota Kinabalu! Hahahaha. Sangat lari tajuk :P

Sbenanye masa usha2 PD tu ada usha skali KK tapi aritu memula Encik Gajah cam beriya je nak gi PD. Jadi sebagai bakal isteri yang baik (amin..haha), aku pun menurut saja. Tapi dalam pada tu sempat agi cucuk2 ajak gi Sabah haha. Baik la sangat kan :P

Akhirnya Encik Gajah telah tergoda dengan pujukanku. Dengan motto honeymoon, "Alang-alang honeymoon, baik la gi jauh-jauh sikit. Gi PD je ape barang". Hahaha..


Gambar di atas sekadar hiasan, dengan harapan masa bloghopping nanti (kalau ade), dapat la tengok laut yang crystal clear. Sonoknya! ^^

Kami akan mula honeymoon selepas selesai majlis di Bangi, insyaAllah. Harap-harap dapat la menghirup udara segar Sabah! Wee~~

Saturday, September 26, 2009

Ucapan Hari Raya dari nadxoxo & baby


Rasanya belum terlambat lagi untuk nadxoxo mengucapkan..





Selamat Hari Raya Aidilfitri dari nadxoxo & baby :)




..bukan baby nadxoxo tapi baby orang lain hehehe



p/s: nadxoxo telah selamat sampai di Bangi semula pada pagi Khamis 6 pagi (perjalanan amik masa 6 jam je dari Besut, Alhamdulillah x jem). Dan sudah mula bekerja pada hari yang sama juga T_T

Bagaimana dengan raya anda? Meriah? Resah kerana berat badan sudah mula naik? Atau terkena sakit tekak kerana makan banyak kuih raya? Hehe.

Ok lah. Nak gi sambung beraya kat area sini lak. Tak puas lagi beraya :P

Wednesday, September 16, 2009

Balik Kampung Ambil Masa Selama Seminggu

Dua minggu lepas, Kak Ernie, maid Mak Encik Gajah mahu pulang ke kampung halamannya di Indonesia.

Disebabkan nadxoxo tinggal di Hentian Kajang, jadi Kak Ernie mahu tumpang tidur semalaman di rumah nadxoxo sebelum keesokan paginya naik bas ke Pelabuhan Klang.

Hendak dipendekkan cerita, ku dapat tahu dari Kak Ernie bahawa untuk dia sampai ke kampungnya, mengambil masa selama seminggu.

Dari Pelabuhan Klang, dia naik bot/kapal ke Sumatera. Lepas tu beberapa ke destinasi lain sebelum sampai ke kampung halamannya di Jawa Timur (kalau tak silap la).

Selain dari beg besar 2 bijik dan beg-beg kecik, dibawa bersamanya bag pack yang sangat besar disumbat dengan bekalan makanan seperti roti, biskut, maggi, dll yang tahan selama seminggu untuk perjalanannya sampai ke kampung halaman.

Tiba-tiba aku rasa bersyukur sangat sebab nak sampai ke kampung halamanku di Besut, Terengganu tu, tak sampai sehari pun masa diambil. 14 jam perjalanan balik kampung pun aku dah bebel-bebel. Inikan pula seminggu? Rasa insaf sebentar. Alhamdulillah..

Esok petang dalam jam 4 petang aku akan bertolak balik ke kampung bersama pakcikku, naik Kenari Oren ku. Doakan perjalanan kami selamat.

Kepada kawan-kawan yang akan balik kampung juga, selamat balik kampung aku ucapkan. Berhati-hati semasa memandu. Jangan gopoh, insyaAllah perjalanan anda takkan mengambil masa selama seminggu pun untuk sampai :P

Dan tak lupa juga, Selamat Hari Raya! nadxoxo mohon ampun sekiranya ada yang tersinggung dengan nadxoxo. Semoga gembira menyambut lebaran bersama keluarga tercinta :)

Bye!

-update blog kat umah bakal mentua :P-

Monday, September 14, 2009

Komputer Saya Tak Mahu Raya Sama-sama Dengan Saya

nadxoxo punye monitor sudah rosak selama lebih dari 48 jam :(

Kelmarin - Sabtu;

Kenapa ntah monitor ni gelap je bila on komputer. Malamnya ok je pakai.

Then terus call SuperGajah.

SuperGajah suruh buat macam-macam kat komputer tu tapi macam-macam tu sume nye tak menjadi :( Cabut wayar tu, cabut RAM lah, pasang wayar ni pulak lah. Test situ test sini. Dah siap tuka graphic card baru pun dia xmo gak..

Pendek kata monitor ni xmo dah dengan saya. Dia xmo raya dengan saya kot.

Haih lah monitor. Saje je nak merajuk dengan saya. Terpaksa la saya tengok TV atau main Wii.

..atau baca buku resepi.

P/S: Tenkiu osmet meminjamkan laptop untuk hiburan saya.

Friday, September 11, 2009

Duit Raya nadxoxo

Tengahari semalam, teman Cik Maria pergi beli kasut raya kat Alamanda. Dapat lah kat Cik Maria sepasang kasut yang comel warna teal kat Clarks ^^

Masa on the way balik ke ofis, Encik Gajah sms

"Baru bangun tido?"

-_-" Sabo jelah.

Yup, sebelum ni nadxoxo tido di ofis kalau waktu lunch di bulan puasa. Tido kat kerusi sendiri je. Nak-nak pulak ofis tengah mengamalkan energy saving. Kul 1 je, lights off. nadxoxo lah 'warden' nye tolong tutupkan lampu. Kata sayang kampeni. Haha.

Lepas tu,

nadxoxo sms:
Tak lah, on the way balik dari Alamanda, teman Maria beli kasut raya
Encik Gajah sms:
Syg tak beli jugak kasut raya?
nadxoxo sms:
Tak pun, dah habis dah duit pegi servis kete haritu RM1200 T_T

Lepas tu lama dia tak reply sampai la kul 2:30 dia sms

"Abg dh masukkan RMxxxx kat dalam akaun syg. Pakai la untuk raya ek"


Tersentak jap.

Bukan sikit tu..isk isk.

Terus call Encik Gajah

nadxoxo:
Abg, nape abg kasi duit kat syg? Syg takde duit nak bayar kalau pakai duit ni
Encik Gajah:
Takpela, pakai la untuk apa-apa yang patut. Beli baju raya ke, kasut raya ke..
nadxoxo:
Takpe, dah beli dah barang-barang yang perlu. Ade je duit nak spend untuk duit raya budak-budak dan belanja travel balik kampung nanti
Encik Gajah:
Takpela, syg amik je..
nadxoxo:
Ni kalau pakai ni takde duit nak bayar balik ni. Banyak sangat nih <-- cuba mengwas-waskan Encik Gajah hehe
Encik Gajah:
Takpe, syg amik lah, tak payah bayar pun :)
nadxoxo:
Betul ni? :/
Encik Gajah:
Iye, betul..
nadxoxo:
Wah seronoknya!! Terharu! Tenkiu tenkiu :D <--senyum lebar giler


Masa tu rasa terharu sangat. nadxoxo tak mintak pun dan tak ada niat nak mintak mahupun buat hint2 nak mintak duit dari Encik Gajah namun Encik Gajah sangat thoughtful. Awww.. :P


Dengan ini bermakna aku kene memberi lebih dari yang aku plan since aku menerima lebih :) Alhamdulillah~

Tenkiu skali lagi Encik Gajah!! Hihi.


29 hari lagi~ ^^

Wednesday, September 09, 2009

Semoga Selamat Sampai

Siang tadi sudah gam sampul dan tempek setem kat kad-kad undangan. Dah sumbat dalam tong surat dah pun kat pos ofis Cyberjaya ^^

Sakit gak pinggang ni. Struggle je dengan Cik Iqa. Thanks Cik Iqa sudi menolong bergelumang dengan gam tadi :P

Semoga 120 keping kad undangan tadi selamat sampai kepada kamu semua :)

Esok nak pos lagi 15 kad. Hehe.

Terima kasih Encik Posmen! :D

Sunday, September 06, 2009

1 G ke 2 G?

Semalam, sedang aku membeli belah brooch bersama bakal mak mentua di Warta, tiba-tiba henfon berbunyi. Tapi dah leh agak siapa yang call dari ringtone yang berlainan dari yang lain :')

Terpampang di skrin henfon 'Teddybear calling'

nadxoxo tekan butang ijau kat henfon.

nadxoxo: Hello
Encik Gajah: Hello syg, nak eja 'pasangan' ada 1 'G' ke 2 'G'?
nadxoxo: Ohh..1 je 'G'
Encik Gajah: Okay thanks ek. Bye
nadxoxo: Okay bye

Nak tulis kad undangan lah tu. X reti eja 'pasangan' haha..

Haih. Comel..

Saturday, September 05, 2009

nadxoxo Bercerita Tentang Encik Madu & Encik Bulan (Honeymoon)

For the pas several weeks I've been surveying about places to go for our honeymoon ^^


Memula tak tak tau macam mana nak mulakan peng-survey-an sebab tak pernah gi jenjalan jauh-jauh bercuti dan bermalam semua sendiri. Saya anak yang baik, saya hanya ikut family je gi bercuti. Last time was 2004 at Langkawi T_T. Kalau ada anak sure dah gi sekolah tadika dah (dah umur 5 tahun). Itulah yang pertama dan terakhir. Isk.

Jadi dengan bantuan kawan saya iaitu Cik Maria, saya sudah survey2 dan tahu macam mana nak tengok harga dan pilih hotel untuk gi honeymoon :D

Sebab Encik Gajah ada pernah mention nak gi PD sebelum ni, jadi saya pun survey2 la PD. Lagipun dah lama tak gi situ kan. Dekat je tapi at least jauh dari orang laen. Hehehe :P

Bila survey2, saya sudah teruja dengan water chalet ni. Chalet di atas air. Kat PD ada 2 hotel yang ada water chalet iaitu Legend Water Chalet & Avillion. Kat Legend tu siap ada kaca kat atas lantai bilik jadi leh nampak air laut kat bawah ^^


Water chalets

Siap leh memancing dari bilik sendiri tuu. Hehe. Lepas tu ada shower yang bumbungnya terbuka~ Kalo tak penah mandi hujan leh la try hehehe. Bes bes bes.

Dah excited jiwang-jiwang tengok sunset bersama suami di balkoni bilik hotel dan dikelilingi pula laut yang biru, bunyi ombak memecah pantai juga bersama angin yang menderu. Hihihi :P

Tapi bila baca review of both hotels, saya rasa tahap keterujaan sudah berkurangan. Dua-dua servis kurang elok dan tak padan dengan harga yang ditawarkan. Lagi pulak kalau nasib tak baik, dapat lah bilik yang berhadapan dengan bilik lain, bukan berhadapan dengan laut atau sunset. Tak seronok tak seronok.

Lepas tu pulak, macam lah air laut kat PD cantik macam dalam gambar tu kan? Haha. Korang pun tahu kan tahap kebersihan laut di PD kan~ Tak macam kat Ganu~ :P

Tapi tu lah, mesti ada di antara korang akan cakap,

"Kenapa tak gi Pulau Perhentian je?"

Ye, saya ingin sangat pergi Pulau Perhentian. Dahlah jeti ke Pulau Perhentian sangat dekat dengan rumah saya iaitu 10 minit naik kereta. Tapi kalau dari jeti ke pulau tak berapa sure lah pulak :/

Tapi yang menjadi masalah ialah musim hujan yang bakal tiba di hujung tahun. Negeri di Pantai Timur - semua orang sudah tahu waktu hujung tahun ialah waktu hujan di sana. Jadi kami tak mahu amik risiko pergi waktu-waktu mcm tu ke sana. Mungkin lain kali hanimun ke berapa kali ntah boleh pegi :D

Sebab tu lah kami memilih untuk pergi ke Pantai Barat. Seperti PD :/

Walaupun tempat2 lain selain Pantai Timur ada kebarangkalian hujan yang kerap juga di hujung tahun, at least tak seteruk di Pantai Timur kot. Yelah kan sekarang ni dah takde dah musim2 ni. Tak menentu dah. Macam musim durian. Hehe.

So back to cite pasal PD.

Bila ku pikir-pikir balik, daripada duk kat water chalet yang banyak masalah tu, baik aku duduk kat bilik yang macam biasa je, tapi still mengadap laut dan sunset. Sudah tentu lebih murah dari harga water chalet tapi puas hati sebab bilik besar, yang kat Hotel Legend punye :D Lagipun dia ada bath tub hihi :P

So I've made my decision! Dah cakap dah kat Encik Gajah. Nak amik Tower Seaview kat Hotel Legend. Dia ok aje. Hehe. (Pilih Hotel Legend sebab terbaca review bahawa staf2 Hotel Avillion tidak membantu/tidak mengamalkan budi bahasa budaya kita. Berbanding dengan staf Hotel Legend yang peramah ^^)

Jadi, tiba masa untuk booking bilik yang telah di-aim itu. Saya mahupun Encik Gajah takde kad kredit. Jadi saya meminta jasa baik Cik Maria yang baik hati untuk pakai kad kredit dia untuk deposit booking bilik. Cik Maria dengan hati terbuka setuju sebab dia akan dapat point. Haha.

Tapiiiiiiiii

Malangnya, telah tertulis di website tersebut bahawa pemegang kad kredit hendaklah salah seorang daripada orang yang nak duduk di hotel tu :'(

Nak book bilik kat website lain, harga lain pulak. Adess..

Bila diberitahu perkara ini kepada Encik Gajah, dia cool saja. Dia cakap dia nak apply kad kredit. Sebenarnya kami penakut terhadap kad kredit. Takut berbelanja melebihi kemampuan.

Dia dah pun apply kredit kad Maybank dalam minggu ni kot. Fuyoh! *Angkat2 kening kat Encik Gajah* Hehehe.

Jadi, apabila Encik Gajah sudah memperoleh kad kreditnya, barulah boleh book bilik~

Sekian untuk Part 1 hehehehehe

Friday, September 04, 2009

Tak Jadi

Sepatutnya hari ni (Jumaat) aku balik kampung untuk bereskan borang nikah & berbuka bersama keluarga di kampung (takde can nk berbuka sama-sama lagi) tapi tak jadi balik sebab pakcikku yang slalu jadi driver tu masih kat kampung.

Jadinya 17 Sept ni balik raya skali gus ngan balik setelkan borang nikah & finalize apa-apa yang patut kat butik pengantin & juga pegi amik baju nikah. Wah sempat kah? Harap-harap sempat..

Sekarang ni duk berdoa agar time majlis ku nanti tak hujan dan tak berlaku apa-apa yang tak diingini. Kad undangan sedang dalam proses pengedaran :D Kaye jap Pos Malaysia. Eceh.

Tengah pikir pasal hanimun juga. Kami tak tau nak gi mana since risau waktu tu kebarangkalian musim hujan ialah tinggi. Hujan sila datang pada bulan November sahaja, ya! :D

Ok itu saja update untuk kali ni :P Nk tido dah~

36 hari lagi. Fuh!

Wednesday, September 02, 2009

You Are Invited! :D


Assalamualaikum & selamat sejahtera kawan-kawan semua terutamanya rakan-rakan blogger yang disayangi :)

Adelah anda semua yang cantik, manis, menawan, kiut, hensem, dan macho dijemput ke majlis perkahwinan nadxoxo & Encik Gajah pada:


Sabtu, 10 Oktober 2009
(belah nadxoxo di Besut, Terengganu)

&

Sabtu, 17 Oktober 2009
(belah Encik Gajah di Fasa 3, Bandar Baru Bangi)



Diharap kawan-kawan dapat datang memeriahkan majlis kami sambil mengisi perut tanpa mengeluarkan wang (kecuali bayar tol dan sebagainya) :D

Kalau tak dapat datang Terengganu pun takpe, datang lah belah Bangi, ok?






Diharap sudilah korang datang :D Jangan lupe tandakan kat kalendar korang. Hehehe. Jangan lupa kasi alamat rumah tau! Nak pos kad :D

Sekian, terima kasih :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails