Sunday, August 30, 2009

Update lah nadxoxo oi!

Ini cerita Jumaat, 21 Ogos.

Cuti
nadxoxo tidak bekerja, sudah minta cuti dari bos. nadxoxo khabarkan padanya, sebab nak wat persiapan kawen. Dia dah ucap tahniah awal-awal. Hehe.

2-3 hari lepas dah mintak cuti kawen pulak kat dia :P

Fitting Baju
Jam 10 pagi, Encik Gajah dan mak nya datang ambil aku, bawak pegi Shah Alam. Pegi kat mak andam, fitting baju kawen :D Lepas try 2 baju, sudah decide yang mana nak ambik. Alhamdulillah berjalan lancar :)

Jumpa baby debab
Lepas tu singgah rumah makcik Encik Gajah kat Shah Alam juga. Jumpa budak kicik comey 2 orang nih:


Baby Ihsan - baru balik dari Ireland


Baby Ilman - sudah botak :D

Ujian HIV
Buat kat BP Lab Kajang. Kena ambil 1 botol kecik darah. Sakit gak la, 1 minggu baru ilang lebam di lengan ni. Dah dapat result Jumaat kelmarin (28 Ogos), Alhamdulillah negative. Encik Gajah juga sudah buat di tempat sama seminggu lebih awal dariku.

Tapi bila Encik Gajah bawak result dari lab tu untuk permohonan nikah, ditolak sebab tak buat kat klinik kerajaan. Result ujian HIV dari klinik kerajaan sahaja diterima. Padahal kami pegi kat lab tu sbb ade sorang akak ni dari Klinik 24 Jam Bangi ni kasi maklumat salah kat Encik Gajah, dia bagitau Encik Gajah yang leh buat kat lab tu kalau nak tahu result cepat. Sebab katanya kalau buat kat klinik tu ambik masa 1 minggu baru dapat result, manakala kalau buat kat lab, 3 hari dah leh siap.

Rupa-rupanya ujian darah yang sebenar di klinik kerajaan tu hanya memerlukan amik darah sikiiiiit je kat jari dan dalam masa 10 minit dah tahu result. &^$&**&%^*&! Sakitnya hati kami hanya Allah saja yang tahu. Darah hilang, duit pun melayang. Bakal pengantin lain sila ambil iktibar dari kisah ini. Isk2.

Ramadhan & Merdeka
Belum berkesempatan lagi nak wish kawan-kawan kat sini, jadi, Selamat Berpuasa & Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke-52 :)

September
Dah nak September dah! >.<

Wednesday, August 19, 2009

Dapat Hadiah!

Hadiah Birthday

Harini kat ofis dapat hadiah birthday dari Cik Iqa, Cik Emi, Cik Dejah, Cik Siti, dan Cik Su! Thanks korang!! :*


Ada 4 biji cupcakes comel dalam kotak comel nih. Sayang nak makan! Tapi before balik keje dah termakan 1 haha.

Ingat balik rumah nak ambik gmbar dengan kamera encik gajah. Skali dah tertonggeng masa perjalanan balik umah. Haha. Tak jadi dah amik gamba lagi. So gamba kat atas ni cupcakes yang belum tertonggeng agi, masa kat ofis :P


Hari Jumaat

Tak kerja! Sebab dah apply cuti tadi :D Nak gi fitting baju kawin kat Shah Alam. Yang ni untuk kenduri belah Encik Gajah.

Mungkin nak gi tengok muvi Setem lepas tu ^^. Arahan Kabir Bathia, dan yang paling penting, ada Afdlin Shauki berlakon. Mesti best! Mesti tengok! Hehe.

Tapiiii...
kene siapkan keje dulu before amik leave :'( Maksudnya kene anta sume keje ari Khamis. Penat laaa, tetiap ari balik lambat isk2


Happy Birthday Kak Chik!

Selamat Hari Jadi ke-16 buat Kak Chik, adikku yang lahir pada 20 Ogos 1993.






p/s: by the time entry ni di publish, aku dah abis mkn 1 agi cupcakes. haha

Tuesday, August 18, 2009

Setelah Setahun Berlalu

180808 - 180809


..only 50+ days to go!! :D

Sunday, August 16, 2009

Seronok Tengok Orang Kahwin

Assalamualaikum semua.

Maaf atas ke-idle-an blog ini beberapa minggu yang lepas tanpa bebelan nadxoxo. Haha.

Banyak nak cite nih. Tak tahu nak mula dari mana. Kalau tunggang terbalik pon arap korang paham lah ye. Haha.

PERTAMA
Akad Nikah Jep

Last week 8 Ogos, pegi tengok majlis akad nikah Jefri & Ehsan kat Bandar Tasik Selatan. Yang ni penting sebab ni first time aku dapat tengok step by step macam mana orang akad nikah. Hehe. So skang dah tahu dah, jadi dah tak risau dah :P


The gorgeous happy couple :')


Dengan bakal mak mentua :D


Dengan Kak Kemi, kakak Jep. Geng masa prektikel kat Freescale dulu2


Dengan adik bongsu Encik Gajah, Izzaty

KEDUA Persiapan perkahwinan

1. Barang-barang hantaran

Satu je lagi tak beli iaitu make-up set. Tapi tengah pk nak beli ke tak since sebenarnye kalau tak beli pun takpe. Yang sudah dibeli ialah:
a# Al-quran
b# Jam tangan
c# Handbag
d# Shades
e# Towel

Alhamdulillah semuanya below budget since ada SALE!! Hihi.


2. Cincin Encik Gajah

Sudah dibeli hari Ahad last week dengan presence Encik Gajah. Encik Gajah dah suka, saya beli saja :) Alhamdulillah ada diskaun jua. Hihi


3. Borang Nikah

Encik Gajah dah ambil borang kat Pejabat Agama Kajang. Juga sudah membuat ujian HIV. Lepas dia punya dah setel, bolehlah ku isi borang pulak :D


4. Doorgift

Ummi & Abah uruskan. Dah mula beli sikit kat Rantau Panjang je. Diorang tamau gi Nilai, jauh katanya. Aku redha, asalkan sume beres. Haha.


KETIGA My Birthday

Thanks pada kawan-kawan yang wish especially my blogger friends!! :D

Tiada birthday celebration tahun ni. No cakes. Sangat dull. Itu ok lagi, yang paling terkilan ialah apabila orang-orang penting lupa. Sigh. Takpe aku tabah ajelah. Redha lagi.

I bought myself a new handbag a day before my bday :D


KEEMPAT Trip ke Johor Bharu

nadxoxo dan kawan-kawan ke JB untuk menghadiri kenduri Jep & Ehsan. Bertolak dari Bangi jam 8:30 pagi. Sampai di JB jam 1 tengahari. Tiba di Bangi semula jam 7 malam.

Trip yang seronok giler!! Nyanyi dalam kereta, gossips, updates, lawakssss. Really made my day :)


Kene tembak


Family potrait (mak bapak kat depan) :P


Raja sehari. Cantiknya the bride :')


Hari yang panas. Sedang menikmati kipas angin..

Wednesday, August 12, 2009

Bagaimana Mengubat Hati Yang Luka?

10 Ogos 2009, nadxoxo berusia 24 tahun.

Thanks pada semua yang ingat dan wish :)

Tapi sebetulnya aku paling sedih birthday tahun ni.

Saturday, August 01, 2009

Kene Sabotaj

Ini cerita 25 Julai lalu.

Aku menghadiri majlis pertunangan sepupu Encik Gajah di Shah Alam. Aku panggil dia Kak Teh walaupun dia muda dari aku tapi aku panggil dia Kak Teh jugak. Haha.

Warna tema ialah purple tapi aku takde baju kurung warna purple jadi aku pakai je warna pink merah itam :P

Masa Kak Teh dimekapkan, aku amikkan gamba dia sebab Encik Gajah tak boleh berbuat sedemikian kerana dia seorang lelaki. Lepas Kak Teh dah siap-siap aku serahkan kamera kat dia pula untuk menjadi fotografer.

Kat rumah tu jugak ada baby 1 bulan. Baby tu ialah anak sedara Kak Teh. Nama dia Muhammad Dani Ilman.


Baby Ilman baru lepas mandi tapi muka ngantuk sebab baru lepas nenen :P


Haa tengok dia nguap-nguap~
Tapi dia bukan nenen dengan daku eh hahaha :P


Tapi yang pasti aku telah berjaya tidurkan baby Ilman. Dia tidur dalam dakapanku. Empuk sangat agaknya badan aku ni haha :P Elok je aku letak baby tu kat tempat tidur dia, tak lama lepas tu dia bangun :P



Baby Ilman dah selamat tukar baju warna tema dan tido semula. Comey sangat dia tido. Gerammmm!!!


Ini pulak daku bergambar dengan sepupu2 Encik Gajah (kecuali yang hujung paling kiri tu ialah adik bongsu Encik Gajah)


Semasa majlis, aku jadi videographer jap :P



Videographer yang dedicated. Konon~ :P


Lepas tu, ade sesi bergambar dengan Kak Teh dan tunangnya.



Bakal pengantinsss :)


Lepas tu, diorang suruh wat gaya bebas. Masa ni lah aku kene sabotaj.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Wei. Kata gaya bebas. Tengok Encik Gajah dan 2 orang lagi tu. Tak buat pun. Aku je bersungguh sekor-sekor. Sian aku taw. Hilang keayuan jap T_T

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails