Thursday, July 30, 2009

Macam Ni Lah Kalau Jaga Budak

Ini cerita pada 15 Julai lalu.

Aku kene jaga budak lagi macam dalam entri ni sebab mak ayah dia (makcik n pakcikku) ada hal yang tak boleh nak bawak budak-budak ni.

Aku pun hepi jer budak-budak ni datang umah aku. Takdelah bosan sangat kan. Lagipun aku mendapatkan keseronokan dengan cara ini tanpa perlu keluar rumah. Keseronokan yang datang pada aku hehe :D

Memula masa mak ayah diorang nak tinggalkan diorang, yang si adik (Aysha) menangis. Macam biasa. Aku dah tahu dan dah biasa dah, tak sah kalau salah sorang atau dua-dua nangis. Mesti ada gak yang nangis.

Tapi haritu mood si kakak (Ameera) baik. Dia cool je walaupun kene tinggal. Jadi aku takdelah kelam kabut sangat. Kene pujuk sorang je instead of 2 orang. Hehe.

So untuk memujuk diorang, what I did was..


Taktik kotor - kasi diorang layan Hi5 :D


Suka hati je godek-godek pc aku tanpa kebenaran
Habis belengaihh mouse dan keyboard ku! Sob sob..


Ha tengok dah senyum lebar dah dua-dua. Pandai kan aku memujuk? Hahahaha..


Pastu bila Hi5 dah habes, layan Aysha dan Ameera tengok TV lak kat ruang tamu


Bila diorang dah setuju nak mandi, mandikan diorang. Sebab takleh nak paksa-paksa budak-budak ni. Kang nangis lagi aku gak yang kene pujuk :P


Pastu diorang tengok Hi5 lagi. Bape kali ulang tah. Sampai aku pun dah hapal skali. Nasib baik aku tak joget skali haha :P

Then aku tengok jam, dah tengah malam. Aku pun dah mula ngantuk ni, sebab siangnya aku penat kerja. Malam, kena layan budak-budak ni pulak. Dalam hati, "Bila la si kecik 2 orang ni nak tido?". Cergas je tu aku tengok. Pastu aku buat-buat tak layan diorang. Biar diorang main sendiri kat ruang tamu dan aku lak duk ngadap internet.

Sedang aku ralit berinternet, aku perasan mcm dah senyap kat ruang tamu.

Apa yang terjadi?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Zzzzzz..


Hihi comel gile kan?? :D

Tuesday, July 28, 2009

5 Tahun Tak Jumpa Mc Anne

Balik kampung haritu dapat lah jumpa kawan lama iaitu Mc Anne. Dia belajar kat Ukraine dalam bidang perubatan.

Dia sedang cuti dan buat prektikel di KB. Alhamdulillah dapat lah jugak jumpa Mc Anne setelah 5 tahun tak jumpa :D


Gee, Anne, Nad pada tahun 2004


Nad dan Anne 18 Julai 2009


Peace~


Anne ceria sokmo ^^


Mak Anne, Anne, Nad, Ummi Nad :)

Rumusan yang dapat dibuat ialah Anne memang tetap ceria macam dulu. Tapi badan dia makin kecik membuatkan aku nampak lagi besar dari dia. Oh tidak!! Haha. Papepun sangat hepi dapat jumpa dia!!

Sunday, July 26, 2009

Gambar Lama - Jawapan

Aih korang ni apesal sume jawab salah?

Comot giler kah muka aku tu sampai ada yang cakap itu gambar masa Darjah 6? Isk. Yang jawab 10 tahun tu lagi lah. Umur 10 tahun aku lagi kiut kot. Kwang3 :P

Sebenarnya gambar tu dirakamkan ketika tahun 2004. Masa itu umur aku 19 tahun. Jauh giler beza ngan tekaan korang. Takde sorang pun jawab masa zaman universiti. Masa ni aku second year kat UTP tau! Marah nih. Haha.

Sebenarnya aku tak percaya bila Iqa cakap muka aku dalam gambar tu nampak macam budak giler sebab tu lah aku buat teka-teki kat korang kunun2 leh buktikan kat Iqa bahawa muka aku pada umur 19 tahun takdelah nampak budak mana.

Haih. Sekarang sudah menyesal. Buah cempedak sudah jadi nangka. Buah kelapa dah selamat jadi santan. Kau menang Iqa. Sob sob.


Kiri: Gambar pada Jun 2007
Kanan: Gambar pada Nov 2008

Gambar yang ni lagi lah. Memula tengok pun agak terkejut gak tengok haha. Sendiri pun terkejut, org lain tengok tatau lah.

Aku tak ada pegi pulau atau mandi pantai atau sewaktu dengannya pun. Macam mana aku leh jadi macam sekarang pun aku tak tau haha :P

Friday, July 24, 2009

Gambar Lama



Cuba teka masa ni umur nadxoxo berapa? Hehe.

Friday, July 17, 2009

Kursus Pra-Perkahwinan

Hari ini dan esok Encik Gajah menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan di Kerteh.

nadxoxo sudah hadiri kursus tersebut tahun lepas jadi tak perlu risau lagi. Hehe :D

Malam ni nadxoxo akan bertolak pulang ke kampung halaman di Besut. Drive Kenari Oren bersama pakcikku yang biasa menjadi driver ku :P

Dalam jam 10:15 malam ni akan bertolak ke Damansara untuk ambil pakcikku itu. Selepas tu baru lah bertolak ke kampung. Kali ni housemate ku ikut sama, tumpang balik ke kampungnya di Kota Bharu.

Sementara tu boleh lah main Sorority Life dulu di Facebook :P Kawan-kawan yang gila main game ni macam nadxoxo jugak sila add nadxoxo kat Facebook ye. Boleh ramaikan house members :D

Sekian laporan untuk kali ini. Berjumpa lagi di lain masa :)

Wednesday, July 15, 2009

Ia Sudah Datang!!

Kad undangan perkahwinanku sudah siap semalam!! Hehe.

Pergi ambil semua barang-barang tu lepas kerja. Semuanya ada 3 plastik besar dan 1 plastik panjang.

Lihat ini.


Nasib baik kat sebelah rumah je kedai tu dan ada budak laki tolongkan bawak ke kereta guna troli :D Thanks Adik Troli ;)


Tadi baru buka kotak-kotak ni semua kat rumah Mak Encik Gajah untuk bahagi-bahagikan kad-kad.

Sneak peak:




Kad saya biasa-biasa ajeeee :P

Nanti dalam bulan puasa akan di buat invitation ok? :)

Tuesday, July 14, 2009

I Want To Grow Old With You





I wanna make you smile whenever you're sad
Carry you around when your arthritis is bad
All i wanna do, is grow old with you

I'll get you medicine when your tummy aches
Build you a fire if the furnace breaks

So, it could be so nice growing old with you

I'll miss you
Kiss you
Give you my coat when you are cold
Need you
Feed you

Even let you hold the remote control ^^

So let me do the dishes in our kitchen sink
Put you to bed when you've had too much to drink
Oh I could be the woman that grows old with you
I wanna grow old with you :)


Happy 24th birthday sayangku Encik Gajah :D


Hahaha. Muka buruk ke comel ke ku tetap mahu kamu
cuz I wanna grow old with you :)

Friday, July 10, 2009

Tiga Bulan Je Lagi

3 bulan lagi statusku akan bertukar daripada Cik kepada Puan >.< Sila panggil Puan nadxoxo lepas ni haha :P

Jadi, apa perlu ku buat dalam masa 3 bulan ni?

1. Kene pegi daftar kawin
2. Buat ujian HIV
3. Listkan penerima2 kad kawin
4. Kumpul lagi lagu2 utk dipasang masa wedding nnt :)
5. Beli barang2 hantaran
6. Bunga telur
7. Door gift

Tu je ke?

Eh ade lagi la..

Kene penuhkan ilmu di dada supaya bersedia menjadi seorang isteri :D


Weekend haritu pergi PKNS Bangi, sebab housemateku nak belanja makan sempena dapat first gaji kat tempat kerja baru dia. Kebetulan pulak ada macam Pesta Buku kat sana. Jadi lihat-lihat la gerai-gerai buku yang ada..

Tetibe ternampak buku ni..


"Kad jemputan? - Sudah diedar
Baju pengantin? - Sudah ditempah
Jurusolek pengantin? - Sudah diberitahu
Khemah kenduri? - Sudah dinaikkan
Doa pengantin? - Apa tu??"

Terasa ah bila bace ni. Pastu trus beli haha :P


Muka depan buku tersebut yang bertajuk
"Hadiah Untuk Pengantin - Koleksi Doa Menuju Alam Perkahwinan daripada Quran dan Hadis"
oleh Wan Shuhairi Wan Muhamad

Bagus buku ni. Bukan saja utk orang yang dah nak kawin je, tapi orang yang belum ada calon pun boleh guna jugak sebab dalam ni ade disertakan Doa Memilih Pasangan, Memohon Petunjuk, Doa Apabila Jodoh Tidak Kunjung Datang, dsb.

Jugak untuk orang2 yang sudah berkahwin dan ada anak sebab ada juga dalam ni Doa Sewaktu Hendak Bersalin, Doa Selepas Bersalin, Doa Semasa Menamakan Anak, dsb.

Juga sesuai untuk dijadikan hadiah :)


Lepas tu ternampak buku yang satu lagi ni..


"501 Soal Jawab Perkahwinan Islam"
oleh Zawiah Hassan & Rohayati Bakri


Setakat ni, buku yang pertama tu baru je tengok secara rawak. Buku kedua ni pulak dah baca separuh. Alhamdulillah, banyak gak sebenarnya yang sebelum ni aku tak tahu, bila baca buku ni, dah tahu dah la hehe..

Buku ni tak bosan bila baca sebab ia buku tentang soal jawab, maknanya ada soalan dan ada jawapan. Bila aku bawa ke ofis, Iqa dan Emi siap buat kuiz kat aku lagi, tanye balik soalan2 tu kat aku tengok aku boleh jawab ke tak. Haha.

Banyak lagi benda yang aku kene tahu. Nanti nak pergi lagi Pesta Buku tu. Nak cari buku lagi :)

Thursday, July 09, 2009

Lima Belas

Rasa sebak dengar lagu ni. My fav song right now :)


Taylor and Miley performing "Fifteen" at Grammy's

You take a deep breath and walk through the doors
It's the morning of your very first day
You say hi to your friends you ain't seen in a while
Try and stay out of everybody's way

It's your freshmen year
And you're gonna be here for the next four years in this town
Hoping one of those senior boys will wink at you
And say "You know I haven't seen you around, before"

[Chorus]
Cause when you're fifteen, and somebody tells you that they love you, you you're gonna believe them
And when you're fifteen, feeling like there's nothing to figure out
Well, count to ten, take it in, this is life before you know who you're gonna be fifteen

You sit in class next to a redhead girl named Abigail
and soon enough you're best friends
Laughing at the other girls who think they're so cool
"We'll be out of here as soon as we can"

And then you're on your very first date and he's got a car and you're feeling like flying
And you're Momma's waiting up and you're thinking he's the one and you're dancing 'round your room when the night ends...when the night ends

[Chorus]
Cause when you're fifteen, and somebody tells you they love you, you're gonna believe them
When you're fifteen and your first kiss makes your head spin 'round
But in your life you'll do things greater than dating a boy on the football team...but I didn't know that at fifteen

When all you wanted was to be wanted
Wish you could go back and tell yourself what you know now

Back then I swore I was gonna marry him someday but I realized some bigger dreams of mine
And Abigail gave everything she had to a boy who changed his mind
And we both cried..

[Chorus]
Cause when you're fifteen, and somebody tells you that they love you, you're gonna believe them
And when you're fifteen, don't forget to look before you fall
I've found time can heal most anything and you just might find who you're supposed to be
I didn't know who I was supposed to be at fifteen

la la la la la...la la la la la...la la la la la

Your very first day
Take a deep breath girl
Take a deep breath as your walk through the doors


Taylor and her bestfriend, Abigail




P/S: Masa umur aku 15, aku belum tahu pasal cinta ;)

Monday, July 06, 2009

Malas Nak Update Blog

Sejak akhir-akhir ni malas sungguh la nak update blog. Nape tah?

Agaknye penat kot. Kat ofis aku agak bz. Kuar awal, balik lambat. Letih... :(

Pastu bila balik rumah terus terjah facebook hahahha :P Main macam2 game kat situ: Pet Society, Make A Baby, Typing Maniac.

Minta maaf kawan2. Tak sempat nak komen semua blog korang. Ada gak yang daku singgah dan say hi saja. Ada blog yang aku singgah dan baca saja. Ada gak tak sempat singgah langsung :( Ada masa akan ku baca okeh! Dun wori :D

Kasila aku ruang untuk berehat sambil main game kat facebook haha :P Oleh itu dengan ini saya persembahkan gambar-gambar yang telah diambil last week. Sila klik blog ini utk lihat :)

Sunday, July 05, 2009

Minggu Shopping?

Semalam

Semalam aku dan Encik Gajah ke Jusco Cheras Selatan, yang dekat ngan umah Jijie tu :P

Encik Gajah mahu beli kasut kerja since kasut dia sudah sedih keadaan fizikalnya. Masa pilih2 kasut, baru dapat tau yang JCard Member dapat diskaun 15% utk semua brg termasuk brg elektrik dan beberapa jenis brg lagi yg aku x ingat. Hehe.

Memandangkan itu ialah tawaran yang agak hebat, kami cepat-cepat buat JCard sorang satu :P Dapat la Encik Gajah membeli kasut idamannya. Aku pula beli satu selipar yang amat selesa untuk Abah. Konon2 hadiah Hari Bapa la kot :P Aku sian kat Abah sebab selama ni dia pakai selipar yang murah-murah aje :(

Beli jugak keyboard dan mouse baru. Yeay! Mouse yang lama sudah weng, aku scroll ke atas, dia turun bawah lak. Haha. Beli keyboard ialah sebab keyboard lama bising bila menaip dan utk main Typing Maniac dengan lebih selesa kat facebook hahahaha :P


Susah giler nak naik ranking!!

Selain itu ade la beli 2 helai baju yg total x sampai RM50 pun. Weee~ :P


Kelmarin

Kami ke Alamanda selepas aku pulang dari ofis. Dapat beli satu kasut untuk naik pelamin nanti *wink*

Kami juga menonton Ice Age 3~~



Weekend Last Week

Encik Gajah ke Lowyat jadi aku mintak dia belikan RAM 1GB. Ye, 1GB je..haha. Tambah power pc ku sket :P


Hari Sabtu masa aku masuk dlm kete nk g amik Encik Gajah utk ke Alamanda, aku dapat kejutan iaitu dia telah menukarkan carpet getah keta aku yang sudah buruk itu kepada yang baru. Warna merah lak tu!! Haha. Masa tu pelik gak apsal la Encik Gajah ni pilih kaler merah, pas berpikir sejenak, barulah teringat bahawa keretaku berwarna oren kemerah2an. Boleh lak lupa.. -_-" Jadi dia nak match ngn kaler keta la..hehe.

Sehari sebelum tu dia ada kasi hadiah kain utk buat baju kurung sempena 3 tahun anniversary kami :P

Then masa kat Alamanda, aku belikan t-shirt dan kemeja ofis untuk Encik Gajah sebab sempena membalas hadiahnya :P

Lepas tu tengok Transformers 2 yang bes itu~~


Hari Ahad last week ada amik gamba untuk satu aktiviti ni. Nanti akan ku update ok? :D

Saturday, July 04, 2009

Menjawab Soalan Gambar Zaman Bila?

Ramai telah cuba menjawab soalan pada post yang sebelum ni. Hehe.

Sbenanye gamba tu ialah pada tahun 2007 iaitu baru je lepas abes final exam pada final year dan final sem kami di UTP :) Kalau tak silap masa tu hujung bulan Mei.

Jadi utk meraikannya kami telah pergi makan-makan bersama beberapa kawan di area Kampung Gajah kalau tak silap aku la :P

Jadi masa tu kira kami sudah unoficially graduated :D

Kami konvo bulan Ogos tahun tu juga :)

Lain kan kitorg? Nak2 Encik Gajah, ye? Haha.

So jawapan-jawapan korang kebanyakannya betul iaitu masa zaman uni dulu. Jawapan Mooney iaitu 4 tahun lepas ialah agak jauh dari jawapan sebenar. Kalau tak silap 4 tahun lepas baru je kenal Encik Gajah :P

Dan jawapan Lyla plak - masa skolah - lagi lah jauh. Haha. Encik Gajah dah la skolah semua lelaki :P

OK sekian saja skema jawapan utk kali ini haha.

Thursday, July 02, 2009

Gambar Zaman Bila?

Tengah korek2 gamba lama tetibe terjumpa gamba ni:


Lain tak kitorang? Cuba teka ni zaman bile? Haha :P

Wednesday, July 01, 2009

Nadxoxo vs. Fioxoxo



ini nadxoxo
sedang makan biskut cicah milo di pantry ofis


Fioxoxo?
musykil..musykill..haha

Haih..

Baru dapat online kat umah :'(

M*xis ada hidden charges utk broadband ke? Sigh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails