Friday, June 26, 2009

My Bestfriend's Wedding

Pada 5 Jun lalu, Fajrina, kawan karibku telah sah menjadi isteri kepada Al-Hafiz. Aku agak terkilan kerana tak dapat hadir pada majlis pernikahannya kerana menggalas tanggungjawab menjaga Ummi yang sakit di hospital. Namun aku bahagia kerana dapat berbakti kepada Ummi.

Pada 6 Jun pula merupakan kenduri kahwinnya. Rumahnya tak jauh dari rumahku. Kami sekampung. Aku dapat ke majlis tersebut setelah Kak Ngah menggantikan tempatku untuk menjaga Ummi di hospital.

Aku ke majlisnya bersama 2 orang adikku. Pada awalnya aku sudah berkira-kira untuk mengambil gambarnya menggunakan kamera Encik Gajah yang canggih itu namun aku tidak ada perasaan untuk berbuat sedemikian mengenangkan Ummi yang sakit.

Namun begitu aku ambil juga lah 2 keping gambarnya menggunakan telefon bimbitku untuk mengubat hati sendiri.




Ketika aku tiba, bilangan para tetamu sudah berkurangan. Pasangan pengantin sedang melayan kerenah jurugambar yang melakukan tanggungjawabnya.

Ina kelihatan sungguh cantik hari itu. Berseri-seri sekali. Membuatkan aku tersenyum sendiri. Aku turut rasa bahagia.

Kami adik beradik duduk sahaja di dalam rumahnya memerhatikan Ina dan Hafiz bergaya di hadapan kamera. Tuan rumah menjemput kami makan tapi kami tak lapar jadi kami menolak dengan baik.

Ibunya baru sahaja maklum tentang Ummi setelah diberitahu suaminya. Dia dapat tahu dari Abah yang datang ke majlis itu awal tadi. Terkejut, ibunya memegang kedua-dua belah tanganku dan bertanyakan aku tentang Ummi. Aku menjadi sebak tetapi masih dapat mengawalnya dan menjawab dengan tenang.

Aku belum berbual panjang dengan Ina selepas majlis perkahwinannya. Jadi aku tak tahu apa berita terkini mereka. Manalah tahu kalau-kalau ada berita gembira tentang 'orang ketiga'. Aku tumpang gembira. Aku doakan semoga kebahagiaan dan redha Allah sentiasa bersama mereka, Amin.

Wednesday, June 24, 2009

Mimik Muka


Papa, "Nadia, tengok tu!"
Nadia sambil berpaling, "Huh?"
Aku, klik! Hehehe..


Seronok main air ^^


Alya takut baring dalam air


Ragam normal di dalam sebuah keluarga :)


Papa memujuk anak


Duyung jantan hensem


Takut!


Lagi dia nanges, lagi comel aku tengok ^^


Ini Nadia - nama kita sama kan? Hihi


Kiri kanan handle anak :P


Bola tampar pantai swimming pool


Amazed


So, which one's your favourite? ;)

Tuesday, June 23, 2009

Penggambaran Majalah Mangga

Sabtu lalu aku telah dijemput (cewah! haha) untuk menjadi fotografer untuk kawan aku, Aini. Dia ada buat Majlis Hari Jadi untuk anaknya, Alya di swimming pool Kelab Komuniti Cyberjaya.

Walaupun aku rasa macam jadi bidang terjun skit-skit haritu tapi ok la kot mana la tau nanti leh jadi part-time photog ke kan :D

Aku tiba kat sana kul 3:30 dan terus snap-snap gamba sampai la kat kul 5 haha. Ni kes syok sangat amik gamba dan jam tangan rosak pulak tu abes bateri haha jadi takde jam tangan :P

Memang panas dan penat, but I enjoyed myself then :)










Ni aje yang sempat di edit buat masa ni. Belum sempat nak meluangkan masa meng-edit sepenuhnya lagi. Bila free skit nanti leh sambung. Tapi takleh lama-lama nanti Aini berjanggut lak tunggu :P

Monday, June 22, 2009

Jom Membeli Belah

Ada sesiapa kat sini minat dengan sari?

Sari bukan sahaja dipakai oleh kaum India sahaja tapi sekarang pun semua boleh pakai. Boleh buat baju kurung atau kebaya atau apa-apa saja yang anda suka :)

Kalau berminat, bolehlah lawati blogshop ini :)

Ini ialah contoh sari yang dijual. Murah-murah je..bangles pun ada :)

Pink saree

Orange saree




Siapa suka batik? Hehe. Batik sememangnya sinonim kan dengan orang Melayu? Sekarang mari lawati blogshop ini pula :)

Batik-batiknya sangat cantik tahu? Kualiti pun bagus~

Sempena Hari Bapa ni bolehlah hadiahkan satu baju batik untuk bapa-bapa anda sekalian :D








P/S: Tahniah buat follower ke-100 Cik Amirah hihi :D

Sunday, June 21, 2009

My Dad's Cute


Hail Amir


Bukan..bukan..
Dia bukan Abah saya
Walaupun ada orang pernah cakap Abah saya ada iras-iras Hail Amir
Tapi sebenarnya Abah saya lebih cute, tahu?




Hehehe
Abah memang suka sangat buat lawak
Bergambar pun sempat lagi buat muka lawak :D


Selamat Hari Bapa
buat Abahku yang pastinya bukan Hail Amir :P


Gambar Abah yang lebih jambu ada di sini :)

Saturday, June 20, 2009

Lagi 3 Minggu

*sila refer wedding countdown :P

Lagi 3 minggu bolehlah aku setelkan dokumen-dokumen ini:

1. Surat kebenaran untuk bernikah (wali kene sign depan jurunikah)
2. Pengesahan kesihatan (ujian percuma HIV)
3. Copy of I/C
4. Surat pengesahan permastautin dari Kariah
5. Surat nikah parents

Perkara-perkara di atas hendaklah dibuat seawal-awalnya 3 bulan sebelum bernikah.

Syarat bermastautin ialah 3 bulan ke atas atau 6 bulan ke atas. Jadi aku kene ambil kat Selangor dan sahkan dengan Kariah bahawa aku dah duduk Selangor lebih dari 3 bulan.


Perkara di atas ialah yang tertulis dalam buku nota masa Kursus Pra-Perkahwinan yang aku hadiri pada bulan April tahun lepas :D

Nanti nak kene tanya balik kot bestfriend aku yang baru kawen last 2 weeks untuk kompem dari yang dah mengalami. Mana lah tau ade yang tertinggal nanti ke kan. Bukannya fokus sangat pun masa kursus kahwin tu haha :P

Ehem. Ramai Ada yang request nak tengok kad kahwinku. Hehe. Nanti kalau dah tiba masanya untuk menjemput kawan-kawan ke majlis perkahwinanku, akan ku tempek besar-besar kat sini k hihi. Kalau korang tak mintak pun aku tempek gak haha :P Tungggu~~ ^^

Thursday, June 18, 2009

Cukup 2 Tahun

Hari ini ialah 18 Jun 2009 bermakna dah 2 tahun aku kerja dan 2 tahun jugalah aku kerja kat company sekarang ni ^^ Terima kasih kawan2 yg ku sayang dari company yg sama dengan aku ni kerna masih bersama-sama berjuang walaupun sudah ramai yg memulakan langkah baru di company lain..

*****************************

Siang tadi pergi tengok artwork kad kawen ^^ Alhamdullah semuanya telah berjalan lancar setakat ni. Dah order bunting juga di situ untuk kedua-dua belah pihak (me n Encik Gajah) :D

OK lah. Dah pukul 2 pagi. Pendek je entry ni kan. Senang korang nak bace :P

Nanti kene bangun awal kene pergi kerja. Ada makan-makan kat department hehe.

Selamat malam :)

Tuesday, June 16, 2009

Menghantar Nenek Pergi Umrah

1 Jun lepas Nenek telah berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah. Jadi kami telah menghantarnya di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.

Di bawah ialah gambar-gambar yang sempat dirakam walaupun tak banyak gambar Nenek. Sori Nenek!! :P


Nenekku sayang bersedia untuk bertolak ke Kuala Terengganu


Nenek siapa lah yang comel ni ye hehe


Ooo Nenek budak ni rupenye hehe :P Ini gambar cucu sulung Nenek ye hihi


Bergambar di parking lot airport. Walaubagaimanapun, Nenek dah masuk dalam jadi Nenek tiada di dalam gambar ini ish2


Anak bapak


Mungkin mereka keluar dari perut itu :P


Penat lari ke depan mereka semata-mata untuk ambil gambar ini haha


Kak Ngah


Hatim dan si nadxoxo


Berjalan beramai-ramai ke kedai makan yang terletak di dalam kawasan airport


Niha dan Nazirah, sepupuku


Kak Ngah lapar pisang kot


Che Su dan Ayah Su iaitu makcik dan pakcikku


Ini bukan nadxoxo ye haha


Cucu-cucu perempuan Nenek bergambar bersama Nenek sebelum Nenek berangkat :)


Cucu Nenek lagi..


Bukan nadxoxo lagi..


Kak Ngah lagi.. :P


Pandai aku mengarah dua budak ni posing haha :P


Nenek telah tiba di Malaysia semula pada hari semalam iaitu di LCCT. Nenek menaiki kapal terbang ke airport Kuala Terengganu pagi tadi jadi malam ini dia dapat tidur di rumahnya sendiri :) Alhamdulillah~

Monday, June 15, 2009

Sama Ker?


Abah, Hatim, and me at Sultan Mahmud International Airport, Kuala Terengganu :)

Saturday, June 13, 2009

7-Eleven No More

1. Ummi dah kuar hospital pada Selasa lepas setelah 4 malam di wad. Alhamdulillah syukur. Terima kasih banyak-banyak kat semua yang mendoakan :')


Wajah hepi sebab leh kuar spital :P


Abah di tingkap. Tak boleh masuk sebab belum waktu melawat lagi


Aku pulak yang semangat makan makanan spital hohoho :P
Pasni susah nak jumpa dah. Haha


Kene ambik gamba wat kenang-kenangan walaupun pahit untuk dikenang

2. Namun begitu Ummi belum lagi sihat sepenuhnya. Demam aje dah kebah. Mata dia masih lagi pucat. Kat rumah tak dapat nak buat kerja sangat. Selalu baring je. Masih dalam proses nak recover balik. In 2 months time dia kene pergi jumpa doktor lagi.

3. Aku balik ke Kajang pada Rabu malam lepas, naik bas. Pagi Khamis jam 6:30 aku tiba di Hentian Kajang. Kul 10 gi keje..penat T_T

4. Kerja minggu ni 2 hari je. Khamis dan Jumaat je. Sonok! Haha. Tapi jerebu lah pulak kat Cyberjaya. Kalau kat kampung, bangun pagi-pagi disambut bunyi burung menyanyi-nyanyi. Laaaaaaaagi sonok! ^^

5. Sedang orang duk memperkatakan soal air, sejak semalam rumah aku takde air lah pulak. Sedey. Umah seblah ade pulak. Pelik. Sekarang masih dalam proses penyiasatan. *sembur perfume banyak2 hahaha*

6. Tadi siang pergi tempah kad kahwin bersama Encik Gajah :D Telah memilih design yang dua-dua setuju dan rasa ianya cantik juga smart ^^ Skarang Encik Gajah dah sampai Kerteh semula dah.



P/S: Entri ini ialah inspirasi dari gaya update Cik Akmar Anuar :P

Sunday, June 07, 2009

A Night at 7-Eleven

Kelmarin pagi-pagi, aku dan Abah teman Ummi ke Hospital Jerteh untuk membuat pemeriksaan darah.

Selepas menunggu selama 2 jam untuk Ummi membuat pemeriksaan dan dimasukkan air, akhirnya kami dipanggil oleh doktor. Doktor kata Ummi kene masuk wad.

Ummi ditempatkan di Wad 7, di katil 11. 7-Eleven.



Aku menemani Ummi untuk hari dan malam pertama di situ. Ummi kene selalu diurut dan dilap badannya untuk memastikan suhu badannya pada tahap yang minimum.

Namun kelmarin pada jam 1 petang, suhu badan Ummi ialah 39c.
Jam 3 petang pula 38.9c.
Pada 6 petang 39.3
Jam 10 malam ialah 39.8c.

Subuh semalam 37c.
Jam 9 pagi 38c.
11 pagi 37.5c.
Petang pulak 38c.

Subuh harini suhu badan Ummi 38.8c.
Latest ialah 38.7 iaitu jam 11 pagi.

Kami bingung sebab kami setiap masa basahkan kepala Ummi, letak tuala basah kat ketiak nya, dan tak selimut badan dia walaupun dia sejuk. Siap basahkan kepalanya dengan air umbuk kelapa lagi. Dah minum air Cap Badak jugak.

Tak sempat nak buat benda lain pun. SMS pun tak sempat. Apatah lagi nak baca paper. Mandi dan sembahyang pun rasa macam tergesa-gesa sebab risau nak tinggal dia dan biarkan badan dia panas.

Tadi nurse pulak macam menyalahkan si penjaga Ummi ni (aku dan Kak Ngah) macam kami tak berusaha untuk sejukkan badan Ummi. Haih.

Tekanan darah Ummi juga rendah all the time.

Kelmarin doktor kata Ummi kurang platlet dalam darah. Jangkitan virus ade sikit je.

Pagi semalam doktor check lagi. Dia kata Ummi mungkin ada Anemia.

Balik rumah tengah hari semalam, aku Google pasal Anemia. Seboleh-bolehnya dapatkan makanan yang mengandungi bahan yang dapat kurangkan Anemia iaitu yang tinggi Asid Folik.

Tapi Ummi ada gastrik jugak. Dah kurang tapi masih ada lagi. Jadi tak dapat nak makan benda-benda tu sangat. Nanti jejaskan perut Ummi pulak.

Sekarang Ummi sedang dimasukkan air botol ke-8.





Tengah hari semalam, Kak Ngah gantikan tempat aku pulak untuk jaga Ummi di hospital. Aku balik dan rest. Tapi sebenarnya tak berapa rest. Kul 3 aku pegi kenduri kawen bestfren aku.

Balik rumah, sembahyang Asar, terus siap-siap untuk pergi tengok Ummi lagi bersama-sama adik-adik dan Abah. Balik rumah waktu Maghrib. Lepas Maghrib aku baring atas katil. Sedap giler. Penat sangat. Baru terasa bila dapat baring tu.

Baru je nak terlelap, Mak Encik Gajah call tanya pasal Ummi. Akhirnya tido kul 12. Penat giler. Dah berhari-hari sejak Ummi sakit aku tak dapat tido nyenyak. Asyik pikir pasal Ummi.

Bila aku balik rumah dan Kak Ngah gantikan aku di hospital, setiap masa aku duk tanya pasal Ummi kat Kak Ngah. Nak tahu perkembangan pasal Ummi. Tak boleh elak. Kesian kat Ummi. Dia tak pernah sakit macam ni.

Thanks kawan-kawan yang doakan kesihatan Ummi. Semoga Ummi cepat sembuh.. Amin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails