Sunday, May 31, 2009

Mesyuarat Agung

Sorry kawan-kawan dah lama tak update.

Khamis lepas aku tiba-tiba sakit balik. Penyakit lain pulak datang iaitu gastrik. Patutnya aku naik bas malam tu untuk balik kampung tapi apakan daya aku tak larat. Mak Ayah Encik Gajah siap datang rumah sewa aku hantarkan makanan dan bawakan aku ke klinik. Malam tu aku tidur rumah diorang. Nasib baik rumah dekat je.


Hari Jumaat aku memang amik leave. Patutnya dah sampai kampung dah pada pagi Jumaat kalau naik bas :'( tapi takpelah aku redha. Aku balik kampung dengan Mak Ayah Encik Gajah semalam. Memang diorang nak datang family ku this weekend.

Kami bertolak jam 10 pagi Sabtu ke Besut. Alhamdulillah masa tu aku dah rasa sihat sikit dan jalan pun tak jem. Jalan agak smooth walaupun banyak kerete. Kami sampai di Besut jam 6 petang dengan selamat.

Mak Ayah Encik Gajah check-in kat Demong Beach Resort. Encik Gajah dari Kerteh sampai di Besut jam 5 petang. Kami semua jumpa kat Demong tu. Lepas tu Encik Gajah hantar aku balik rumah.

Malamnya Mak Ayah Encik Gajah dan Encik Gajah datang rumah aku. Ada mesyuarat agung :P Sebelum tu jamu mereka makan dulu.


Isi perut dulu


Tetamu-tetamu :)


Chubah (atuk) dan Encik Gajah


Mesyuarat Agung bermula :P


Khusyuk nih haha

Tu ajelah cerita semalam. Harini punya cerita tunggu esok ye hehe :P

Oh lupe nak cakap, I'm totally fine sejak dah sampai rumah hahaha~

Thursday, May 28, 2009

Iqa, Happy Birthday!!

Cik Iqa yang ku sayangi
telah menginjak umurnya yang ke-25 tahun hari ini :)



Cik Iqa orangnya suka main Dota,
Tiba-tiba lesap TING! tetibe dah takde kat tempat dia,
Bila kau nak ajar aku main Dota?
Aku sudah bosan asik tengok ANTM saja :P



Cik Iqa orangnya sangat baik hati,
Selalu mendengar keluhan hati ini,
Kata-kata yang aku perlu dengar, kau selalu bagi,
Terima kasih aku ucapkan tak terperi!!



Cik Iqa orangnya slim dan fit,
Sebab dia rajin pergi gym,
Bilalah aku nak jadi slim dan fit macam kau?
Aku punya Wii Fit Encik Gajah pinjam dah hoho.

Cik Iqa ade boifren nama Az-harr,
Harap agar cinta mereka senantiasa mekar :)
(pantun 2 kerat)



"Iqa kesayanganku, selamat hari tua ooops :P
Kau tetap muda di mataku
Dan kau tua atau muda aku tetap sayang kau sebagai isteri eh kawan
OK selamat tido, jumpe esok Yang :P"

Tuesday, May 26, 2009

Entahkan Kerana Sayangku, Ataupun Kerana Sabarku, Ku Menunggu..

Hari ni terlajak tidur jadi bangun lambat. Pukul 9 pagi baru terjaga. Waa! Gelabah! Cepat-cepat bangun pergi gosok baju dan bersiap pergi kerja. Phew. Setengah jam lepas tu dah kat dalam kereta.

Pukul 10 pagi sampai Cyberjaya, nampak hujan mula turun rintik-rintik. Parking kat ofis dah penuh :( Kena park jauh dari ofis dan jalan kaki ke ofis lepas tu. Masa keluar kereta lepas parking, hujan mula turun dengan lebih rancak. Nasib baik ada payung. Jalan laju-laju ber-high heels masuk ofis -_-"

Sakit-sakit badan masih lagi terasa hari ni. Pagi tadi pening kepala dah tak ada. Tapi ia mula balik bila masuk tengah hari sampai lah sekarang. Tapi takpe masih boleh tahan lagi. Can go.

Jadi hari ini aku decide nak tidur awal sikit berbanding semalam untuk mengelak keterlajakan tidur seperti pagi tadi. Dan kepala ini sangat dambakan bantal untuk dialas padanya secepat mungkin.

Jadi sebelum aku lena aku ingin kenalkan kamu dengan satu lagu kegemaranku. Walaupun lagunya pilu namun senikatanya sungguh berkesan. Psst..aku juga suka nyanyi lagu ini :D

Dengarkanlah..



Ku begini seperti selalu
Membilang waktu berlalu

Entah berapa lama, aku tak sedarinya
Berapa lama harus menunggu?

Aku mimpikan suram cahaya bertukar cahaya indah

Semoga tiba hari bersinar ruang hati
Menyuluh arah jalan kembali

Ku tunggu angin perubahan
Barat, Utara, Timur, Selatan

Meniti doa malam dan siang
Teranyamnya semula ikatan

Sayang semuanya hanyalah mimpi
Kenyataannya langit dan bumi

Aku di sini engkau di sana, sayup jauh terpisah..

Entahkan kerana sayangku
Ataupun kerana sabarku
Ku menunggu..


Airmata dan senyuman
Antara mimpi dan harapan
Adalah rindu semilu menghiris kalbu

Yang terlalu menyayangi, di akhirnya terkorban diri
Menyedari itu aku putuskan pasrah segala pada Tuhan

Masih lagi seperti selalu, membilang waktu berlalu
Semoga tiba hari bersinar ruang hati
Menyuluh arah agar kembali



Klik sini untuk download lagu ini :)

Jurnal 25 Mei 2009

Formal kan tajuk entri? Hoho. Bersedialah menghadapi perkataan yang banyak hehe.

Alhamdulillah. Bangun tidur pagi tadi rasa segar sikit berbanding hari-hari sebelumnya. Pening dan sakit dada sebab batuk dah berkurangan. Rasa bersemangat nak pergi kerja!

Sampai di ofis jam 8:50 pagi. Masa nak masuk ke kawasan parking ofis, rasa macam konfius sikit sebab nampak tak banyak kereta lagi. Kawasan parking ground floor tak ada satu kereta pun lagi. Aku pun tanya kat diri sendiri,

"Eh, ke harini cuti?"

Hoho ade hati nak ada cuti harini ye. Cuti sempena apa pun aku tak tahu :P

Bila dah masuk bahagian parking basement, baru lah yakin sikit yang harini sebenarnya tak cuti sebab tengok ade lah jugak 2-3 kerat kereta yang dah sampai. Alhamdulillah. Kalau tak, sia-sia je aku bangun pagi-pagi harini haha.

Nampaknya aku memang di kalangan orang yang terawal sampai. Almaklumlah, baru hari Isnin. Mana lah semangat nak pergi kerja, mesti liat sikit nak bangun kan. Aku je yang semangat sebab aku dah tak keje seminggu hohoho.

Bila dah masuk ofis, nampak Cik Emi je dari kalangan kawan rapat aku yang sudah tiba. Tapi dia nampak tak bermaya je. Terlentok kat kerusi dia. Rupa-rupanya dia tak sehat lagi. Last week pun dia sama naik ngan aku jugak. Dia datang keje 2 hari je last week. Aku pulak sehari je. Hari lain semuanya dapat MC.

Kesian tengok Cik Emi. Dia tak larat tapi datang jugak kerja. Nak tunjuk muka kat bos katanya. Yelah, Cik Emi ni memang rajin orangnya. Tapi bila dah tak larat sangat tu, dia balik lah jugak ke rumah. Takut nanti makin teruk pulak. Dah lah dia drive sendiri ke ofis. Umah dia kat Gombak. Jauh tuuuu. Takpe lah, aku sampaikan pesan kat bos nanti yang dia tak sehat harini.

Pastu aku duduk lah kat tempat sendiri, cek email-email yang aku terlepas last week sepanjang aku MC. Nasib baik tak banyak yang aku ketinggalan or tak banyak kerja yang perlu dibuat. Nampaknya aku MC tepat pada masanya haha :P

Lepas makan roti Sweetie perisa Kaya Pandan bersama kawan-kawan lain yang dah sampai, aku makan ubat batuk. Ade la rasa ngantuk sikit-sikit tapi aku tak tidur pun. Tak ada kerja pun harini. Jadi aku tengok ANTM cycle 12 episod finale sementara nak tunggu waktu lunch. Sebenarnya dah tau sape menang tapi nak gak tengok sampai abes. Ape-apepun Allison memang comey macam anak kucing ^^

Sementara nak tunggu lunch, aku dah pun kelaparan. Hoho. Asik lapar je aku sejak akhir-akhir ni. Jadi aku cadangkan tengah hari tu kami pergi makan kat Secret Recipe. Kawan-kawanku yang baek hati setuju. Lagipun aku rasa macam tak larat je nak jalan ke Terminal (tempat makan default kitorang) memandangkan keadaan aku yang ade pening-pening lagi ni.

Jadi tengah hari tadi aku dan rakan-rakan drive ke Secret Recipe Cyberjaya untuk lunch di sana. Aku order Thai Style Fried Rice dan kek Choc Indulgence ^^. Tak tau lah kenapa aku kempunan sangat. Selalu pun aku order benda sama gak. Cik Maria pun pelik tengok aku macam tak cukup makan je. Hoho. Alhamdulillah tercapai gak hasrat aku hehe.

Lepas lunch, tak de keje gak. Tengok-tengok emel kawan-kawan ITISJan03 bincang pasal poligami harini hoho. Aku tak aktif memberi pandangan pun. Tengok aje gelagat kawan-kawan. Hehe. Bila tak tau nak buat apa dah, tengok ANTM cycle 11 lak sampai episod 9. Hoho. Ingatkan nak balik kul 5, skali ada keje lak masa nak balik tu. Jadi siapkan keje sampai kat kul 7 baru la balik rumah.

Masa nak masuk kete, ternampak Cik Intan, dia pun dah nak balik jugak. Kete dia park belakang kete aku. Dia kata nampak muka aku berseri-seri. Hoho. Berseri-seri apanye aku punyelah penat dan macam kurang mood sebab tetibe keje datang last minute. Tapi takpe, senyum ajelah ^^

Sebelum sampai rumah, pegi tapau makanan kat blok belakang rumahku, kedai Singgalang Indah. Tapau Nasi Goreng Kampung. Nasi lagi! Haha. Lapa lah, nak buat macam mana. Sekarang ni aku layankan ajelah perut ni sebab kesihatan pun tak berapa bagus jadi tak mau lah nak memilih sangat. Ikutkan aje kehendak hati hoho alasan sungguh.

Sampai rumah dah kat kul 8. Makan depan pc sambil tengok Bleach episod 220. Lepas tu mandi. Masa mandi aku perasan badan aku sakit-sakit. Kenapa lah pulak aku pun tak tau. Harap-harap esok lusa ok, amin.. Lepas tu sambung tonton One Piece episod 35 sampai 37 online pulak ^^

Tengah tengok One Piece, bestfriend ku call. Lagi 2 minggu majlis kahwinnya. Dia tanya pasal mak andam dan beberapa perkara yang tak setel lagi. Borak-borak lah dengan dia pasal persiapan kahwin dan lepas kawin nanti. Sonoknya dia ^^

Lepas tu gi kasi makan dan beri kasih sayang kat Humayra. Anak aku di Facebook :D Humayra budak comel yang sedang membesar~ Aku ibu yang bahagia ^^

Sekarang tengah menaip entri ni. Tadi dah tertido jap setengah jam sebab penat. Jap lagi aku publish. Pastu gi lawat blog kawan-kawan pulak sambil dengar lagu. Lepas tu tido~

Itulah ceritaku di hari Isnin :)

Monday, May 25, 2009

Cerita Tentang Telefon Mudah Alih

Telefon mudah alih yang nadxoxo pakai sekarang ialah..


Sony Ericsson K660i Lime


Sudah berapa lama nadxoxo menggunakan telefon mudah alih tersebut?

Nak masuk setahun dah kalau tak silap. Tak plan pun nak beli fon ni sebenarnya.

Asalnya lepas dapat gaji kedua pada tahun 2007, pergi lah beli telefon ini:


Sony Ericsson W580i Orange

Fon ni sangatla cantik menarik bagi aku. Dah la ade lampu-lampu lagi kat tepi kiri kanan fon ni. Pastu gabungan oren dan hitam sangat lah memikat kalbu. Usha punya usha akhirnya buat keputusan beli fon ni kat The Mines dengan ditemani oleh Encik Gajah.

Masa tu Encik Gajah tak keje lagi. Dia duk umah lagi jaga Mak dia. Boleh lah dia teman aku gi mana-mana. Eceh. Terselit iklan jap.

Walaupun agak mahal bagi aku masa tu, aku beli jugak sebab berkenan sesangat dah. Mana la penah beli barang mahal-mahal ngan duit gaji sendiri lagi kan. Ni first time la nih. Masa tu fon ni baru kuar. Aku beli dengan harga RM1.3K. Leburrrr duit aku...tapi takpa janji hepi.

Tapi lama kelamaan fon ni macam taknak ngan aku je :'( Asik-asik ade problem je. Banyak kali hantar repair walaupun tak kene bayar. Aku dah la ade high expectation pada fon ni. Yelah, beli mahal-mahal, ori plak tu, takkan la selalu rosak kan? Benganglah aku.

Jadi, Encik Gajah cadang beli fon baru je. Dari duk bengang-bengang dengan fon yang cantik-tapi-banyak-masalah ni, baik lah aku beli fon baru yang lebih reliable dan tidak mendatangkan bengang. Haha.

Encik Gajah cakap dia nak try pakai pulak fon W580i tu sebab dia memang dah berkenan jugak. Aku pun kasi la fon W580i ni kat dia, dan dia bayarkan separuh untuk fon yang aku pakai sekarang ni iaitu K660i.

Tapi yang pelik tu, bila Encik Gajah pakai fon tu, OK je pulak. Takde pape masalah pun. Haih. Hairan bin Ajaib sungguh laaa. Henfon pun memilih tuan gak tau? Haha.


Apakah wallpaper yang nadxoxo gunakan di skrin telefon mudah alih? Mengapa?


Ini gamba taun lepas ^^


Berapa jumlah contacts yang terdapat di dalam handphone anda?

Agagaga macam mana nak kira eh?


Berapa kenalan anda yang namanya bermula dengan huruf ‘M’?

1. Mama <-- senior kat YT Besut dulu
2. Maria <-- kawan seofis
3. Mariam <-- kawan skolah rendah
4. Mat <-- kawan satu batch kat UTP
5. Mawi <-- classmate kat MRSMPC
6. Maziah <-- kawan satu batch kat UTP
7. Mc Anne <-- geng masa YT Besut
8. Mc Na <-- geng kat MRSMPC
9. Mc Zie <-- kembar masa YT Besut
10. McD <-- 1300-13-1300
11. McNor PC <-- classmate kat MRSMPC
12. Michelle <-- ex-teammate kat ofis
13. Ms Eliza <-- supervisor Final Year Project aku
14. Muaz YTB <-- batchmate YT Besut
15. Myo Thant Oo <-- ex-team leader kat ofis


Sekiranya diberi peluang, nombor telefon artis mana yang anda mahu? Kenapa?

Hugh Jackman.
Sebab dia hensem. Haha.


Berapa jenis handphone yang anda telah guna, selain handphone yang terkini?


Siemens C35
Tak ingat la betul ke tak fon ni tapi Siemens lah
Pakai masa aku form 4 :P


Nokia 3310
Yang ni semua orang pun penah pakai kot haha



Nokia 3315
Yang ni pakai masa zaman awal-awal kat UTP dulu :D
Masa tu baru-baru wujud cahaya putih. Sebelum tu kan warna kuning n biru. Suka~



Nokia 3100
Lepas tu up skit pakai fon ni. Yang ni first fon yang polyphonic hoho
Inilah satu2nya fon yang ilang. Kat tandas PLUS plak tu :'(



Nokia 3220
Yang ni beli sebab fon sblm tu ilang. Panggil fon ni fon disko sebab ada cahaya2 kat tepi2 kalau orang call/sms ^^ Fon yang sungguh meriah :D
Skang adikku plak pakai fon ni



Motorola L6
Yang ni fon Abah beli tapi dia takmau pulak sebab tak nampak haha tak pasal-pasal aku dapat fon baru. Orang nak kasi kite terima aje. Rezeki jangan ditolak :P


Rangkaian telekomunikasi yang anda gunakan? Nyatakan mengapa?

Maxis! Taktau kenapa hahahaha.


Nama orang tersayang (bf/gf) yang anda set dalam handphone?
.Teddybear.


Tagged by Zyla

Sunday, May 24, 2009

Ukur Baju Di Badan Sendiri

Cerita balik kampung tak habis lagi. Mari kita sambung cerita untuk hari ketiga pulak ;)


Aku sudah jenguk-jenguk kedai di atas masa balik kampung haritu ;)

Sudah pilih warna tema, style pelamin yang macam mana, style hias bilik tidur pengantin macam mana, pilih baju sanding juga ^^

Tuan kedai ni ialah mak andam yang make-up kan daku masa bertunang haritu. Senang nak deal dengan dia since dah agak rapat sekarang. Tak jauh pun dari rumah aku.

Tak semua benda dalam pakej tu aku ambik. Macam fotografer, aku dah ada sendiri dah iaitu Fazrien Photography. Dah lama dah booking date dengan dia. Dari awal tahun lagi hoho semangat tak semangat kan :P

Pastu boleh tambah lagi berapa kali make-up yang aku nak. Tambah lagi skali make-up, tambah aje RM100. Murah giler kan? Hoho aku sungguh hepi. Tambah tolak pakej yang sudah ade jadi pakej aku sendiri.

Baju pun dah try-try dah. Cuma dalam pakej tu cakap 3 pasang baju. Aku baru pilih 2 aje. Tak tau lah nak pilih yang ketiga ke tak sebab macam banyak sangat baju nak pakai dalam satu hari je.

Sebab aku akad nikah dan sanding hari sama. Baju akad nikah dah ade dah, tempah sendiri. Kalau campur baju sewa lagi jadinya satu hari aku pakai 4 pasang baju lah hoho~ Tengok lah dulu macam mana since aku memang ada outdoor photoshoot nanti ^^



Untuk mengakhiri entri ini, aku persembahkan ntara pelamin yang di search kat google yang menarik perhatianku:


Ini pelamin Sharifah Aleya. Suka sangat!!


Pelamin dari PelaminOnline.com. Macam muvi Enchanted versi Melayu sikit kan? :P


Sweet kan? ^^


Pelamin utk akad tapi tetap lawa~


Ini pun untuk akad nikah juga~


Pastu terjumpa 2 link ni:

1) Sherdesign.fotopages.com --> Lawa-lawa hasil kerja dia~
2) 28may2009.blogspot.com --> Boleh menjadi panduan bakal-bakal pengantin cam aku ^^

Saturday, May 23, 2009

Our 3rd Anniversary

Menatap indahnya senyuman di wajahmu,
membuatku terdiam dan terpaku

Mengerti akan hadirnya cinta terindah,
saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata yang tak mampu kuungkapkan kepada dirimu..

Aku ingin engkau slalu hadir dan temani aku
di setiap langkah
yang meyakiniku kau tercipta untukku,
sepanjang hidupku

Meski waktu akan mampu memanggil seluruh ragaku,
Ku ingin kau tahu ku selalu milikmu, yang mencintaimu

Sepanjang hidupku

~~~~~~~~~~~~~~


Setiap kali aku mendengarkan lagu ini, ia tidak pernah gagal untuk membuatkan aku mengimbau detik-detik yang berlaku 3 tahun lalu.

Lebih dari 3 tahun lalu, aku dan dia hanyalah sekadar rakan karib. Kami sangat rapat namun masing-masing tidak tahu apa yang tersirat di dalam hati satu sama lain.

Aku sangka dia sukakan perempuan itu. Dia sangkakan aku suka lelaki itu.

Siapa sangka perempuan itu ialah aku, dan lelaki itu ialah dia?

Mujurlah dia ada kekuatan untuk meluahkan. Mulanya di situlah segalanya terbongkar :)


2006

"If love is great, and there are no greater things,
then what I feel for you must be the greatest"



2007

Tepat jam 12 pada 22 Mei 2009, aku menelefon si dia.

Aku ucap selamat ulangtahun ke-3,
dan nyanyikan lagu Destiny untuknya walaupun asyik terbatuk-batuk :P


2008


Malam tadi, kami menghabiskan masa bersama-sama. Aku ingin keluar berjalan-jalan, makan apa yang aku mengidam, minum apa yang aku tak dapat minum sepanjang aku sakit, dan melihat dunia luar.

Aku bosan terperap di rumah selama seminggu dan tak dapat berborak dengan sesiapa sepanjang aku sakit. Aku memang perlukan udara segar dan melihat dunia luar.

Kami ke Alamanda, makan di Kenny Rogers dan tonton wayang Nite At A Museum 2. Walaupun aku rasa aku rasa bersalah kerana asyik terbatuk-batuk di dalam panggung, aku rasa memang musim kot sebab aku dapat dengar orang lain juga batuk-batuk :P Tapi aku cuba untuk tahan batuk aku seboleh yang mungkin dan batuk dengan perlahan.

Sebelum pulang, aku singgah 7-Eleven untuk beli air ribena, jus mangga, dan apa-apa yang aku nampak sedap di mata aku. Singgah jugak kat mamak minum teh tarik hoho. Kempunan sungguh aku ni haha :P

Sampai rumah sebelum jam 11 malam.

Terima kasih si dia untuk malam tadi. It looks simple but then I felt healthier, happier, and contented :)








..dan sememangnya aku percaya, bahawa dia tercipta untukku :)

Friday, May 22, 2009

Happy Birthday Dear Emi~



Harini birthday Cik Emi yang ke-24

Tahniah Cik Emi kerana telah melangkau 1 tahun lebih tua dari diriku.
Daku masih 23 haha :P



Cik Emi,
Kamu sungguh baik hati
Selalu mendengar rintihanku
Selalu cuba menceriakanku
Selalu berkata benar walaupun pahit

Cik Emi,
Kamu banyak tolong daku
Sebab kamu tahu banyak benda
Jadi ku slalu tanya kamu, hehe

Cik Emi,
Kamu selalu consider orang
Walaupun orang selalu tak consider kamu
Tapi takpelah nak buat macam mana
Cik Emi tetap bersabar dan tersenyum kan?
Cik Emi memang orang yang baik

Cik Emi,
Daku bertuah dapat kawan macam Cik Emi
Kalau tak jumpa Cik Emi
Macam mana lah agaknya hidup ku ya?

Cik Emi,
Terima kasih sebab jadi kawan daku
Harap-harap kita kawan selamanya, ok :)


Photo credits to Cik Dejah

Thursday, May 21, 2009

Luahan Perasaan

Alkisah harini:

1. Bangun pagi, pegi klinik sebab masih rasa tak sihat, batuk-batuk dan susah nak nafas.

2. Kat klinik, 2 kali pakai nebulizer sebab first time salah pasang, asap kuar macam tu je. Patut la tak rasa apa-apa perubahan pastu. Second time baru legaaaa skit rasanya. Fuh~


Tiada kaitan dengan Star Wars :P

3. Doktor kasi MC lagi 2 hari. Suka tapi tak suka. Macam mana tuh?

4. Bunyinya macam bes kan dapat MC lama-lama? In fact minggu ni hari Isnin je aku gi keje. Tu pun balik awal sebab tak tahan duk batuk-batuk. Sakit perut sebab batuk tak lepas sampai skarang :(

5. Nak gi keje, nak jumpa kawan-kawan, nak makan ngan diorang, nak borak-borak ngan diorang :( Tapi kat ofis sejuuuk nanti sakit balik. Pastu takut menyusahkan kawan-kawan lak kene anta balik umah kalau tetibe teruk nanti. Haih~

6. Bosan tau duk umah sepanjang hari tak gi mana-mana. Kuar umah pun sebab pegi klinik je. Tak makan betul-betul, tak dapat apa yang nak makan :( Berat turun 2 kilo. Jangan gelak. Aku susah nak turun berat badan tau walaupun sakit. Haha.

7. Housemate sume takde sepanjang aku sakit ni :'( (ni paling sedih). Sorang kene keje kat Temerloh seminggu. Sorang lagi mengajar kat Seremban. Dia ada rumah sewa satu lagi kat sana. Ujung minggu baru balik. Kalau dia balik masa weekdays pun, jumpa dia masa tengah malam je. Pagi esoknya kul 6 dah takde dah :( Takde tempat nak mengadu..takde sape nak berbual..sakit sorang-sorang. Makanan kene beli sendiri, takleh pesan-pesan diorang belikan :(

8. Aku cuba menghepikan diri di alam maya. Nak post entry hepi-hepi macam takde pape. Sebab kat alam maya ni lah orang tak tau aku tengah sihat ke, sakit ke, sedih ke, hepi ke..sume boleh sorok kan? Tapi takleh nak sorok lagi dah :(

9. I'm waiting for Encik Gajah. Esok dia balik Bangi..cepatlah sampai..bawak ku gi jalan-jalan dan makan puas-puas walaupun aku batuk tak benti kadang-kadang sampai tersembur makanan yang aku makan tu :'( I'm depressed :(

Wednesday, May 20, 2009

Mari AFUNDI

Sejak tak sehat ni banyak cerita yang terbengkalai nak cerita. Takpe better late than never kan? Eceh.

Ni sambungan citer kat kampung haritu. Kalau tak baca lagi kisah hari pertama, sila baca kat entri Lengchai Telinga Chapang. Ni kisah hari kedua pula~~

We had a family BBQ that night. Dan rumahku merupakan tuan rumah kali ini. Seronok!! Ada ramai orang datang, nenek, atok, pakcik, makcik, termasuklah sepupu-sepupu yang kecik-kecik tu.

Kami kene sediakan ikan-ikan untuk bbq tu. Yang lain-lain bawak burger, ayam, buah-buahan, kek, mihun, dll.


Ummi dan adiknya tengah basuh ikan~
Aku tlg amik gamba je hoho

Selain tu kami jugak sediakan air. Takkan nak suruh orang bawak air dari rumah diorang kot. Mestilah tuan rumah yang kene sediakan haha hampeh punya tuan rumah itu pun tak tau kah? :P


Gelas-gelas untuk para tetamu

Masa maghrib tu pakcikku bawak burger. Sebab masih awal lagi dan tak nyalakan lagi api utk ber-bbq jadi kami tuan rumah yang baik hati menggorenglah dulu burger ini untuk sesiapa yang datang dan perut bunyi kriuk2 kelaparan. Yelah nak tunggu siap bakar kan lama hehe.


Mari bukak kedai burger~

Pastu lepas maghrib baru la stat orang datang dan baru nak nyalakan api haha. Ni first time rumahku jadi hos acara bbq family jadi takde sape yang expert nak nyalakan api almaklumlah sume adik beradik pun pompuan, oh kecuali si Lengchai dia baru 9 tahun lagilah tak reti..


Jangan main api


Tukang BBQ


Oleh itu marilah kita lihat pula gelagat dan mimik muka budak-budak yang menjadi mangsa lensa kamera aku pada malam aku cewah ayat haha.


Sian budak ni silau flash kamera :P


Cak! Dah bukak mata hehe

JAZMINA JANNAH

Description:
Latest edition of the family belah Abah. Umur 10 bulan. Masa ni dia tak sehat. Selesema dan sakit mata. Tu yang muka blur semacam tapi tetap comel giler ^^

AFUNDI JANNAH dan hantarkan ke 99999






BAHRI & BAZLI

Description:
Satu-satunya pasangan kembar dalam family belah Abah. Agak pendiam nak-nak kalau dengan orang yang dia tak biasa. Aku teringin nak anak kembar gak~~

AFUNDI BAHRI&BAZLI ke 99999










AISYA 'ILLIYYIN

Description:
Budak yang suka buat muka kiut ini berumur 1 tahun setengah. Berkebolehan mandi 6 kali sehari dan berak 4 kali sehari. Kasi makanan apa pun dia telan. Paling berat di kalangan spesisnya. Haha. Senang nak ambik gamba budak ni sebab ayah dia photographer hoho

AFUNDI AYSHA dan hantarkan ke 99999








AMEER ADZFAR ARIFUDDIN

Description:
Berumur 4 tahun tapi cara bercakap macam sudah matang punya orang. Loyar buruk juga ini budak. Sedikit materialistik haha :P

AFUNDI AMEER dan hantarkan ke 99999





Comot~~


Ready to toss it in the air~~


Penat main dah la ni..comel je selepek kat mak dia haha

ADIB FIRDAUS

Description:
Adik bongsu Ameer. Umur dia muda sikit dari Aysha rasanya. Dulu-dulu ingatkan budak ni membosankan sebab masa dia kecik-kecik susah sangat nak senyum tapi once dah senyum manis gile. And gelagat dia buatkan orang tergelak je

AFUNDI ADIB dan hantarkan ke 99999



Apa lagi korang tunggu? AFUNDI lah haha :P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails