Newly-Wed :D

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, April 30, 2009

I Can't Stop Smiling..

Seperti yang dijanjikanggggggg....inilah dia gamba-gamba makan-makan semalammmm :D Selamat menjamu mata ;)


YANG HADIR:


Enchik A
Pemalu rupenye dia ni. Keh keh keh :P


Zulbo
Lihat la gigi sayeeee


Enol
Dari karena mata


Sean
Kening special


Kamal
Dapat meramal masa depan


Mat
Masih berbaju kerja


Bullah
Senyum je manjang sejak akhir-akhir ni ;)


Paceek
Seronok menjadi seorang suami


Jep
Dulu sekeping kini tidak lagi


Syafa
Sudah derma lemak kat Jep


Adek
Sudah derma perut kat Encik Gajah :P


Arina
Masih sweet seperti dulu :)


Intan M
Tidak lama lagi?? :P


Iena (bukan nama sebenar)
Mesti ada di dalam setiap gambar


nadxoxo
Tuan punye blog :D

RAGAM-RAGAM


Senyuman Darlie


Rambutmu rambutku jua


Sila lihat aksi Jep


Ada orang termenung jauh~ :P

SEMUA ORANG~~


Wanita Perempuan sahaja ;)


Wheeee~

Macam mana lah aku nak berenti senyum tengok gamba budak-budak mental ni semua? Isk isk isk. Thanks korang!!! Nanti jumpe2 lagi k!


Hai senangnya dalam hati
Esok aku cuti
Buleh gi tengok muvi
Tatap puas-puas muka Hugh Jackman kekasih hatiiii..

Oppss sori Encik Gajah :P

Wednesday, April 29, 2009

Terharu

Terima kasih semua yang kasi komen untuk post yang sebelum ni. Aku sangat-sangat menghargainya. Kata-kata nasihat dan semangat dari korang memang aku perlukan di saat-saat seperti itu. Bila aku baca komen-komen dari korang, aku rasa lega dan gembira sangat.

Sekali lagi terima kasih pada Pu3 Balqiss, Cik Nora Nola, Anna, Adyla, Ije-chan, Siti Di Alam Fantasi, Kakyong, Biskoot, Fio, [nadia], Nadd, Cik Kmar, en_me, dan terutama sekali Kak Alina yang siap buat dedicated post untukku. Sayang korang semua :*

Thanks for being there for me :')

Nah senyuman istimewa buat kamu semua.


Walaupun tak secantik mana, yang penting, ikhlas kan? Hihi.

Malam ni aku akan jumpa kawan-kawan UTP kat Sate Haji Samuri Kajang. Weeee~~ Next entry aku cerita k :)

Tuesday, April 28, 2009

e-Filing dan Cemburu


Sudahkah korang buat e-Filing? Kalau belum, silalah lakukannya secepat mungkin. Tinggal 3 hari saja lagi untuk berbuat demikian. Untuk berbuat demikian, silalah layari laman web e-Filing iaitu https://e.hasil.org.my.

Aku? Aku dahhh...baru tadi buat..hahaha :P


Peace!! ^^v


Erm, apakah persamaan antara e-Filing dan cemburu?

Kedua-duanya aku alami hari ini. Dan kedua-duanya buat kali kedua.

Kenapa aku perlu cemburu? Kalau aku yakin pada Si Dia, tentu tak ada masalah cemburu, bukan?

Tapi cemburu juga disebabkan rasa rendah diri, rasa kekurangan kita berbanding dengan insan yang kita cemburui itu.

Itulah masalah aku. Dari dulu sampai sekarang. Tak yakin pada kelebihan diri sendiri. Tapi dengan cinta kali ini, ini baru kali kedua walaupun hubungan sudah hampir menginjak tahun ke-3. Dan cemburu kali pertama juga berlaku tahun ini. Apakah ini dugaan ketika bertunang?

Sebetulnya aku sangat yakin pada kesetiaan Si Dia. Aku tak pernah rasa tergugat pada kedudukan aku sebagai kekasihnya, iaitu orang yang Si Dia cintai.

Sewaktu aku diberitahu bahawa Si Dia terpaksa bekerja jauh di Kerteh sana, aku menangis. Tapi bukan kerana takut kehilangan Si Dia kerana dirampas wanita lain, tetapi takut hubungan kami semakin renggang.

Bukan apa, cuma apabila sudah berjauhan, aku takut perkara-perkara kecil boleh menjadi besar dan membawa pergaduhan. Itu saja. Pokok pangkalnya bukan masalah Si Dia setia atau tidak.


Tetapi apabila di-'provoke' orang, tergugat juga aku hari ini. Walaupun aku tersenyum dan bergelak ketawa, jauh di sudut hati aku ada sekelumit rasa cemburu.

Ini bukan masalah mereka yang 'provoke' itu, tetapi masalah dalam diri aku sendiri. Aku berfikir panjang hari ini tentang perkara sekecil ini.

Ahh..mungkin aku saja yang terlebih sensitif hari ini, mungkin aku tak perlu memikirkannya dalam-dalam. Ataukah mungkin sebaliknya?

Aku tak tahu jawapannya.

Sunday, April 26, 2009

Panas Sebab Banyak Dosa

Dugaannnnn..

Kepanasan ialah dugaannnn..

Duk dalam bilik yang panas ni untuk chatting, blogging, dan surfing ialah sangat lah dugaannn.. Jadi sile lah cakap time kasih sebab aku tetap rajin lawat blog korang dan update blog ni walaupun panassss kat dalam bilik ni. Haha.

Hah! Macam lah orang nak baca sangat kan apa yang aku rapu kan tu. Hehe.


Tapi betul la. Memang sangat panas skang. Malam semalam pas mandi malam tu, kejap je sejuk. Pastu dah rasa lekit-lekit dah. Aku dah la banyak minum air masak. Lagilah kuat berpeluh. Adakah aku patut benti minum air supaya aku tak peluh2 jadi aku tak lekit2 jadi aku lebih selesa? Hmmm..

Pastu dah tak tahan sangat mlm smlm, aku mandi lagi kul 2:15 pagi untuk menyejukkan badan. Senang skit nak tido kan kalo sejuk-sejuk. Pastu kul 3 pagi baru tido. Cari design kad kawin kat internet punya pasal. Haha :P Tetibe aku rasa nak wat sendiri je kad kawin aku. Jimat giler kan? Hmmm..

Aku sbenanye bukan jenis yang cepat panas. Cepat sejuk ada la. Tido pun takleh sejuk-sejuk. Kipas masa tido takleh laju sangat. Pasang slow je. Pastu wajib bungkus ngan comforter lagi. Betapa anti kesejukannya aku haha.

Kalau dapat rumet yang slalu kepanasan, alamatnye dia bukak kipas laju-laju masa tido, aku pulak pakai sweater n bungkus siap-siap ler before tido. Kalau tak, sure esok aku demam, paling-paling pun selesema sok sek sok sek..Haiyo sedey dapat rumet yang tak memahami -_-"

Tapi skang sudah lain cerita. Malam-malam bukak kipas laju giler. Tak selimut lak tuh. Bangun pagi badan rasa lekit-lekit lagi. Aduhai..adakah Malaysia sekarang sedang mengalami musim panas?


Kat umah aku ni, asal aku minum air masak je, mesti kene berebut dengan semut. Semut pun dahaga tau. Haha. Diorang tak cari dah air manis-manis skang. Nanti jadi lebih dahaga katanya. Psstt..korang tak tau ke aku leh communicate ngan semut? Hahaha.

Global warming? Hmmphh..Kalau sebut pasal global warming je mesti aku teringat gambar nih yang orang duk forward-forward kat email suatu ketika dahulu:


-_-" Sabo aje la..


Erm, korang tau tak Mustapha Kamal Attartuk sebelum dia mati, dia berada di dalam keadaan kepanasan yang berpanjangan? Sampaikan dia wat macam-macam untuk rasa sejuk. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku..

Ehh tetibe rasa sejuk pulak :P

Saturday, April 25, 2009

Tension dan Konfius Tapi Akhirnya Bahagia

1. Perihal Balik Kampung

Malam tadi pegi Hentian Kajang (kat seblah umah je) nak cari tiket bas balik weekend depan tapi tiket dah abes :( Terpaksa lah balik next weekend tapi drive lah, konvoi ngan makcikku yang duk kat Damansara tu. Kebetulan pakcikku (adik makcikku) yang belaja kat UM tu pulak dah cuti sem. Baru abes paper masa tu. Jadi leh lah dia drive kan kete aku hihi :P


2. Perselisihan Pendapat Tentang Kad Kahwin

Pagi tadi pulak pegi lagi Hentian Kajang. Pegi tempah baju melayu untuk akad nikah Encik Gajah. Mak Encik Gajah ikut skali. Lepas tu pegi galeri Kadkahwinku kat depan kedai tailor tu untuk tempah kad kahwin.

Kami memang setuju untuk pilih 1 design kad dan dalam 1 kad tu terus letak 2 undangan. Jadi kalau beli untuk 2 pihak jadi banyak dan murah la harga sekeping tu kan.

Bila dah pilih-pilih kad, skali mak dia tak berkenan design yang aku pilih dan begitu juga sebaliknya. Huu. Encik Gajah pulak macam berkenan dua-dua -_-"

Mestilah mak dia lebih berkuasa kan. Pilihan dia la dia nak tempah. Aku diam je. Nak cakap x setuju pun tak reti. Dia cakap aku punya pilihan nampak cam common sangat, aku pulak cakap yang dia pilih cam kad birthday. Aduhh..

Yang mak dia pilih kaler biru. Naseb baik lah pastu Encik Gajah ambik design yang sama ngan mak dia berkenan tu tapi yang kaler putih-cream. Jadi nampak ok la sikit pada pandangan aku sebab aku suka warna putih haha.


3. Konfius Pukul Berapa Nak Bersanding

Pastu bila dah agak kompem nak amik design tu (terpaksa redha), kami kene isi borang untuk bagitau details yang nak letak dalam kad tu.

Bila nak isi pasal jam berapa nak bersanding, aku blur pastu call Ummi tanye. Bila tanya Ummi, jawapan Ummi agak pelik. Sanding cam awal. Kul 10 pagi katanya. Takleh nak tanye banyak-banyak sebab ade tetamu.

Bila dh letak tepon, aku cite balik apa yg Ummi cakap tadi kat mak Encik Gajah, dia pun macam x berapa stuju jadi KIV dulu part tu. Jadi tak dapat la nak hantar borang tu tadi. Keputusan akan diketahui selepas Mak Encik Gajah dan Ummi berbincang di talian telefon nanti.

Oh sungguh mendebarkan :P


4. Jalan-jalan di The Mines & Contact Lens

Lepas hantar Mak Encik Gajah pulang, kami jalan-jalan kat Mines. Sbenanye aku tension. Encik Gajah dah dapat detect aku tak berapa puas ati kat kedai kad kawin tadi tu. Sebab tu lah dia ajak jalan-jalan. Haha.

Kat sana, masa kami lunch, aku tanya dia,

"Tak nak try pakai contact lens ke?"

"Nak.." balasnya.

"Kenapa nak?" acahku.

"Sebab tak lawa nampak dalam gamba. Dah tengok gamba-gamba kawin orang yang pakai spek jadi x menyerlah muka dia. Lagipun model-model mana pakai spek. Kalau model spek tu ade lah" jawabnya panjang lebar membuatkan aku tergelak.

"Hmm ok gak tu. Sbenanye tak bape suke kamu pakai spek" aku membuat pengakuan.

"OK nanti kita try survey kat kedai spek k..tengok-tengok je.." ajaknya.

Pastu bila dah masuk kedai spek, dia terus beli contact lens dan memakainya seperti seorang Pro. Padahal first time pakai contact lens. Haha.

"Ingatkan mahal contact lens ni, murah je rupanya. Tu yang terus beli tu hehe" katanya dengan gumbira.

"Amacam? OK tak ku pakai contact lens?" soal Encik Gajah.

"OK..cuma kene kuruskan lagi badan dan rambut kasi panjang balik cam dulu. Skang bulat sangat cam Doraemon" jawabku telus.

"OK..nak turun jadi 55kg balik cam dulu" balasnya penuh keazaman.

"Orait. Yang penting rambut kasi panjang cam dulu. Takmo botak camnih. Bulat.." kata ku.

"OK. Kasi masa 2 bulan. Nanti panjang la tuh. Hehe" jawabnya pendek sambil tersengih.

Dan begitulah akhir kisahku hari ini yang bahagia sebab Encik Gajah tak pakai spek lagi. Hehe. Bak kata orang putih, there is always a rainbow after the rain :)

Misi Encik Gajah ialah untuk kembali ke rupa ini :P

Photoshoot di Kedai Tayar

Harini aku cuti. Tak keje. Teman Encik Gajah pegi tukar tayar kat Klang hihi. Tak boleh lepaskan masa bersama-sama. Encik Gajah bukan selalu ada kat KL kan :P

Encik Gajah punye kete baru siap repair last week. Lama giler workshop tu repair tau. Ingat lagi tak bila Encik Gajah accident? It was on 25th Dec.

Dan minggu lepas baru siap kete tuh. Sengsara Encik Gajah tanpa kete. Memang susah nak bergerak tanpa kete. Nak-nak bila keje kat Kerteh tu. Huu~

Apa-apa pun, Alhamdulillah kete tu dah siap juga akhirnya.

Jadi tadi sambil menunggu kedai tu tukarkan 2 tayar depan kete Encik Gajah, aku amik la kamera snap situ sini hihi :P

Marilah lihat hasil tangkapan hari ini lumayan ke tak :P




Gaya seorang 'Penunggu 1' :P


Gaya seorang 'Penunggu 2' :P


'Penunggu 1' jadi tokey kedai tayar dan rim pulak.
Bersama amaran "Jangan berani nak rompak kedai tayar dan rim aku"


'Penunggu 2' pula membalas,
"Ala rilek ar bang, macam ar dia sorang yang ade kedai rim dan tayar. Orang pun ade tau" Sambil di dalam hati berkata "Eleh kerek gila mamat ni!"


'Penunggu 2' berjalan-jalan di dalam kedai 'Penunggu 1' lalu snap gambar ini dan berkata "Aku nak letak gambar ni kat blog kedai rim dan tayar aku lah. Leh gelemer lagi kedai aku. Hehe"


"Oi! Dah la kutuk aku tadi, skang nak mempergunakan kedai aku pulak. Kalo berani buat lah!!" kata 'Penunggu 1' dengan garangnye


"Eh eh sori bang. Gurau-gurau je. Chill. Jangan ar marah-marah. Kita senyum k. Senyum~~ macam saya ni. Hehe" kata 'Penunggu 2' sambil tersengih2 (sebenanye kecut kene gertak haha)

Tidak semena-mena 'Penunggu 1' telah jatuh hati melihat senyuman dari 'Penunggu 2' tadi (walaupun sbenanye senyum kecut perut haha).

Dan dari babak itulah episod percintaan 'Penunggu 1' dan 'Penunggu 2' tadi bermula. Dan mereka hidup bahagia buat selama-lamanya.....

-THE END-







*Cerita ini ialah rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah mati :P

Thursday, April 23, 2009

Makhluk Tuhan Paling Comel Part 3

Ini ialah sambungan entri Makhluk Tuhan Paling Comel Part 2 :) Jangan malu-malu untuk melihat siri-siri yang lepas k :D


Kali ini ialah penampilan dari sepupuku dari sebelah Ummi ku.

Budak kicik ini ialah Aimi Syazwina yang berumur 3 tahun. Dia baru je dapat adik haritu. Hihi.

Gambar-gambar diambil ketika ku balik kampung bulan lepas :D


Muka Aimi ni sebijik macam Papa dia. Ish ish tak kasi can langsung kat Mama dia :P Nasib baik adik dia muka ada iras-iras Mama dia pulak. Ikut giliran ye. Haha.


Oops kurang pandai edit gambar hitam putih :P Perlu belajar lagi hihi


Suka bila dapat belon tapi muka terkesima tengok kamera lah pulak :P


Cekak rambut cilok adikku punya. Haha


Haa ni pegang-pegang bantal busuk ni tanda-tanda nak tido lah ni


Dah selamattttt haha :P

Wednesday, April 22, 2009

Thirty-five


We've been there for each other for 35 months now.

I'm glad that although we don't always see each other but our hearts were never apart..

I'm praying that this coming 5 months will fly fast so that the dream I'm dreaming will finally comes into reality without me having to wait anymore..

I'll always love you,

my 'twin'
my bestfriend,
my boyfriend,
my fiance,
and my husband-to-be :)

Tuesday, April 21, 2009

Family Potrait

Today we had fun in the office. Why? Scroll down and see for yourself :D



Testing kamera dulu sebab mula-mula takde cameraman :P


Ade orang kene tembak tapi si penembak tetap tersenyum menunjukkan rasa tak bersalah. Haha


Posing gambar raya hehe
Dari kiri: Ain, Siti, Sue, Iqa, Emi, Dejah, dan nadxoxo :)


Inilah anak-anakku!! :D



FINALLY, OUR FAMILY POTRAIT :)

Yang duk kat depan atas kerusi mestilah Mak ngan Ayah kan. Hehe. Anak-anak sile berdiri kat belakang je haha


Mak ayah gaduh. Majuk. Hmphhh!!! Anak cuba melakukan sesuatu


Kami sudah berbaik-baik. Kini menjadi sebuah family yang gumbira dan bahagia senantiasa. Haha.


Macho kan 'Ayah' pakai misai Charlie Chaplin? Hahahaha.

Great Combination

In the office today..


This + gastric = GREAT COMBO


Thanks Cik Iqa and Cik Maria for sending me home :')

Sunday, April 19, 2009

nadxoxo's Workstation


Sila klik kat gambar untuk view yang lebih besar dan membaca contengan :P

Inilah cubicle nadxoxo kat ofis. Maaf sedikit comot dan takdelah cantik mana pun takde ropol-ropol hehehe :P

Kedudukan cubicle ku ini ialah betul2 depan pintu masuk utama department ku itu. Masuk-masuk je pintu mesti nampak muka aku dulu haha.

Tapi aku bukan receptionist juga bukan orang kat kaunter pertanyaan walaupun slalu jadi tempat bertanya kalau org tak biasa datang kat department ni haha. Selain itu juga aku juga menjadi tukang bukak pintu untuk org yg bkn dari department ku -_-"

Aku ialah orang yang paling setia sebab sejak masuk department ni, tempat aku ialah kat cubicle ni saje, tak penah pindah-pindah cubicle lain. Hahah. Tapi orang lain pindah bukan atas keinginan sendiri pun. Cuma aku je lucky dan ada jodoh yang panjang ngan cubicle ni :P (Walaupun begitu aku tetap akan mengahwini Encik Gajah hehe)

Dulu-dulu masa prektikel kat Freescale pun cubicle aku depan pintu gak. Tak tau lah ape jodoh aku dengan pintu pulak haha.

Dahlah aku suke pakai headphone besar gedabak tu (masa prektikel pun pakai headphone sama dengan sekarang), mungkin ade orang salah anggap aku ialah telefonis walopon takde mic kat headphone tu -_-"

Itu saja cerita tentang cubicle ku kat ofis. Nak tengok workstation or cubicle korang pulak!! Boleh tak? :D

Edit:
P/S: Kalau tak keje lagi, boleh lah tunjuk di manakah kamu mem-blog~ :D

Saturday, April 18, 2009

Ade Orang Kacau


Ade orang kacau!! :P
Kenangan Makan Malam Konvokesyen, Ogos 2007

Daisypath Anniversary Years Ticker

Today,
marks the 8th month of our engagement :)

Daisypath Wedding Ticker

I am praying that the next 5 months, 3 weeks, and 1 day will be smooth days for us. Please pray with me too! :D

Fun Friday

Harini kat ofis ada makan-makan kul 11 pagi tadi. Department aku memang rajin wat makan-makan sebab kami suka makan hehe.

Malas nak godek-godek kamera harini jadi tak banyak amik gamba. Jadi satu je gamba masa makan-makan letak kat blog ni :P


My fav photo masa makan-makan tu :D
Semua victims ni tak sedar aku ambik gambar ni haha


Pastu kami bermain-main. Main apa? Main amik-amik gamba. Mestilah orang lain yang amik gamba, bukan aku. Haha. Aku posing je :P


Paksa Iqa naik atas meja utk amik gamba ni


Gamba ni pun haha


Yang ni mcm cover album. Perasanngggggg :P


Aku tiru gaya Iqa haha


With Cik Emi :)


Pastu kami gi karok kat Alamanda seramai 7 orang. Cik Siti takde sebab dia gi Pedas sebab gi amik adik dia. Kakak yang baik :)


Gamba feveret aku masa karok tadi
Semangat giler duorang nih nyanyi haha


Pastu balik ofis balik, ada meeting ngan orang India. Dah abis meeting, kemas-kemas barang, balik umah. Sampai umah ketika azan Maghrib berkumandang~

Sekian saja laporan untuk hari Jumaatku.

Oh, gambar Cik Siti takde dalam entri ni lah. Kene masukkan gak nih. Baik kan nadxoxo? :P


Tada!! Inilah pekerja yang rajen, perempuan yang pemalu, kakak yang baik hati, dan gadis yang tak pegi karok. Calon isteri yang perfect. Heh heh heh :P



Jumaat saya sungguh seronok! Bagaimana pula dengan anda? :)

Thursday, April 16, 2009

Perihal Gigi

Malam kelmarin tengok kat diari AF, ade 2 pelajar yang pegi wat rawatan ggi iaitu Claudia dan Aishah. Diorang pegi cabut taring dan betulkan gigi diorang. Besnye aku tengok. Free-free je gigi dah cantek kan. Elok dan teratur je.

Pastu Sarimah sebagai pengacara diari AF tu cakap,

"Haa sekarang tak payah lah amik gambar tutup-tutup mulut lagi. Skarang dah leh sengih tunjuk gigi yang cantek.."

Lebih kurang macam tu lah dia cakap.

Aku pun ada gigi taring la. Leh je amik gambar tunjuk gigi. Aku kan ceria. Kenalah tunjuk gigi sokmo. Haha.


Muka merah sebab br pas main futsal :P


Bak kata orang, tunjuk gigi bagus. Tapi kalau tak tunjuk gigi lagi bagus. Wakaka.


Haa amik kau muncong giler. Haha



P/S: Sape-sape yg tak tengok lagi gigi ijau aku, sila lihat di sini :P

Wednesday, April 15, 2009

nadxoxo Ketika Kecil Part 2

Sebelum ni ku dah cerita masa ku bayi dan tak leh berjalan lagi. Kali ni nak cite pulak masa bile dah besar sikit :D


Yeay! Dah leh meniarap. Tapi tengok muka mcm dengan susah payah je ni. Haha


Umur masa ni ialah antara 6-8 bulan, baru nak belaja jalan lalala..


Sekali tengok macam garang, 2 kali tengok macam nak senyum. Aku pun tak paham apa kamu cuba buat wahai nadxoxo kecil! Hehe (tengok lengan mcm Malek Noor)


Lebih serius T_T (lihat kaki mcm 'gajah')


Wah! Rupe-rupenye seronok lah berlatih jalan! Dapat kuruskan badan! Wahahaha..




Sekian saja cerita dari budak kepala bulat. Haha. Sila klik sini untuk melihat nadxoxo Ketika Kecil Part 1 :D

Tuesday, April 14, 2009

Maluuu


Semalam on the way balik keje, tengah tunggu traffic light kat flyover Bangi tuh, tetibe teringat kat Mak Encik Gajah sebab semalam kan birthday dia. Ingat nak belanja dia makan malam lah.

Pastu ambik handbag cari-cari henfon. Dalam handbag dah la ade macam-macam. Tisu lah, ubat lah, spek mata lah, kertas lah, jadi kene la selongkar sikit. Hehe.

TAPI....tak jumpa! Where could it be? Otak laju je memikir. Arghhhh rupenye tertinggal dalam drawer kat ofis. Aduiiii...haih..aku mengeluh panjang. Aku rasa org kete depan atau tepi nampak kot muka ku kekecewaan. Cuma mesti dia pikir-pikir ape lah yang menyebabkan muka aku sampai gitu skali. Haha. Ah kuar topik lak.

Nasib baik aku yakin yang aku dh kunci drawer. Haih. Macam mana ni. Takde henfon macam mana nak berkomunikasi? Dah la nak ajak Mak Encik Gajah gi makan? Pikir punya pikir, aku decide pegi terus umah Mak Encik Gajah. Pastu trus dinner ngan dia.

Sampai-sampai je aku kat umah Mak Encik Gajah, dia bitau aku yang dia ada call aku tapi tak berjawab. Wah ade telepati ngan bakal mak mentua hihi :D Aku nak call dia, dia pun nak call aku. Heheh. Pastu aku cite la yang aku tertinggal henfon kat ofis. Pastu dia suh aku call Encik Gajah suh bitau aku tertinggal henfon supaya anaknya itu tak tercari-cari aku :D Baik kan bakal mak mentua hehe.

Malam tu tak jadi makan malam kat luar ngan dia, sebab dia dah masak. Aku yang patut banje dia makan, skali aku pulak yang makan kat situ. Haha. Tapi puas ati giler. Sedapppp. Ade singgang ikan, sambal belacan, dan jering!!! Burp. Konyang. Korang makan jering tak?? :P


Bila balik umah, baru la teringat, henfon ni ade fungsi lain lagi selain berhubung. Apakah dia?
1. Jam
2. Alarm!!!

Aduh..jam kat bilikku dh mati sebab abis bateri hehe. Jam komputer jela ade. Tapi takdela kite nak bukak komputer 24 jam kan. Jam tangan takleh nak harap sangat sebab kadang-kadang dia mati. Huhu. Susah kan takde henfon?

Pastu cemana lak nak bangun pagi? Bangun Subuh? Isk. Terpaksa lah mintak osmet kejutkan semayang Subuh. Sib baik osmet sangat bagus. Mereka-mereka ialah orang yang agak alim ye kawan-kawan. Hehe. Alhamdulillah. Tapi pas Subuh aku tido balik, terjaga la sendiri kat kul 10 haha. Tetiap ari pun lewat gi keje :P

Tiba di ofis, kawan-kawan sume tegur, fon aku kuarkan bunyi alarm kul 9:30 pagi. Ade kawan aku cakap,

"Laaa...patutla Nad tetiap ari datang keje lambat, alarm dia pun kul 9:30 pagi! Camane nak datang awal keje"

Hahah. Malunye aku. Ye, sememangnya aku susah sangat nak bangun pagi sejak bulan lepas kot aku rasa. Dan kerap datang lambat keje. Haha. Sekian cerita saya kali ini. Aduiii.



P/S: Sayangilah henfon anda. Dimanakah henfon anda skarang?

Monday, April 13, 2009

Rumah Baru Encik Gajah

Amik gambar kat ruang tamu n tangga je. Yang lain masih xkemas sepenuhnye lagi :D Enjoy the pics :)








P/S: Happy 46th birthday to Mak Encik Gajah :)

Sunday, April 12, 2009

Similar Traits in My Family :D

Wah macam tajuk karangan je. Haha. Ok mari wat karangan.

PENDAHULUAN:

Phew~

Sangat penat. Tlg family Encik Gajah pindah rumah. Aku kat sana dari pagi smpi malam. Alhamdulillah semua barang dh diangkut. Skarang tinggal nak kemas je. Tadi dh stat kemas dh tapi masih byk lagi nak kene unpack dan susun. Tu yg payah tu. Esok akan g sana lagi tlg Mak Encik Gajah yang sudah demam seminggu. Sian lak dia nak ngemas dlm keadaan mcm tu.

Tadi ade dapat 2 luka kat kaki sebab terkena kaca. Tapi skit jer. Tapi cuak sbb dh lama tak luka-luka n tgk darah menitik2 huu. Tapi takpe dh ok kot lepas bubuh ubat sume :D


ISI KANDUNGAN:

Tentang entry smlm, ade blogger yang ckp adikku itu mempunyai tulang pipi tinggi. Sbenanye semua adik beradikku tulang pipi tinggi. Bukan anak kedua je. Hehe. Ni ikut trait Ummi lah ni.

Tapi memang kebanyakan orang ckp trait yg sama dlm adik beradik aku ialah:
1. Mata bulat/besar
2. Tulang pipi tinggi
3. Hidung bulat (ni aku yg ckp sbenanye sebab takde org berani ckp haha, yang ni ikut trait Abah)

Korang judge sendiri:


Dari kiri barisan atas: Anak ke-2, anak ke-3, anak pertama
Dari kiri barisan bawah: Anak ke-5, anak ke-4


The only hero in our siblings, anak ke-6 (bongsu, buat masa ni haha)


Inilah 2 orang yang bertanggungjawab menyebabkan muka kami adik beradik sepesen haha I lap uuuuuu Ummi dan Abah :)



PENUTUP:

Itu lah sedikit sebanyak yg dpt cite pasal family ku malam ni. Nanti sambung lagi kalau ade kesempatan. Hehe.

Jadi, bagaimana pulak dengan kalian? Apakah trait yang sama dalam adik beradik korang? Atau tak sama langsung? Baik g cek darah. Haha.

Ok2 dah kul 2 lebih, tadi kata penat. Haha. Jum tdo!!


Oppps sempat posing :P

Thursday, April 09, 2009

Selamat Hari Lahir, Kak Ngah ke-21


Cakk!!

I'm back~ Alhamdulillah I'm feeling better today walopon perut masih banyak angin. Isk isk.

Sebentar tadi sudah cuba Eno seperti yang Doktor Palsu Akmar sarankan tapi kurang membantu itu Eno. Tapi takpe, yang penting usaha, kan? Time kasih kat Doktor Palsu Akmar itu kerana mengambil berat ye. Hontouni arigatou gozaimashita <--tahu sebut tak tahu eja. Main taram saja haha :D

Tak lupe kat kawan-kawan blogger dan tak blogger lain yang mengambil berat tentang kesihatanku. Hontouni arigatou gozaimashita jugak kat korang! (Time kaseh banyak-banyak!)

Malam tadi gi tolong family Encik Gajah packing sebab diorang nak pindah rumah baru. Penat jugak lah sebab siang tadi kerja, mlm tlg diorg. Esok nak pindahkan barang-barang ke rumah baru pulak. Tak jauh pun, baris yang sama je dengan rumah sementara (sewa) sekarang ni (rumah baru di renovate).

Tapi entry kali ni sbenanye bukan nak cite pasal diorang pindah rumah, tapi nak ucapkan Happy Birthday kat adikku, Kak Ngah yang telah berumur 21 tahun pada 9 April 2008 lepas. Gomenne. Kakak tak sehat jadi tak pat nak wish on time dalam blog.


Adikku ni merupakan anak kedua dari adik beradikku. 3 tahun lepas aku lahir, Kak Ngah pun lahir lah. Walaupun dia anak kedua tapi aku slalu ingat dia kakak aku hahaha sebab aku rasa dia lebih matang dari aku :D

Muka dia memang lain skit dari adik beradikku yang lain tak tau lah kenapa haha tapi pipi dia semulajadi tembam dari kecik smpi la skang. Masa kecik-kecik aku selalu ejek dia "pipi tembam" dan "kalau makan nasik banyak-banyak sume naik kat pipi" haha :P

Tapi itu masa kecik-kecik, memang slalu gaduh. Biasa la kan, bile dh besa baru nk rapat balik hihi tak malu.


Hatim dan Kak Ngah. Mintak maap, diorang memang suke posing cenggini. Isk. Cilok gamba ni dari frenster dia :P

Wednesday, April 08, 2009

Dugaan

Harini tak pergi keje.

Sangat tak larat.

Ulang-alik ke tandas tak terkira berapa kali.

Muntah.

Badan rasa lemah sangat.

Dah makan ubat gastrik tapi tak menjadi.

Badan panas, mulut rasa tawar.

Nafas kadang-kadang tersekat-sekat.

Kepala pening giler. Tak larat nak semayang berdiri.

Nak gi klinik pun tak larat.

Tadi terpaksa mintak tlg kawan siapkan kerja di ofis for the first time. Thanks to him. I owe him so much today.

Harap-harap esok dah sehat, dh leh gi keje.. Doakanku kawan-kawan..

Rumahku Syurgaku yang Hijau

Mari lihat rumahku yang dipenuhi kehijauan :D


Selamat datang ke rumah hijauku :)


Jemput duduk di kerusi besi hijau hehe


Ini porch. Pokok-pokok beratur ikut ketinggian ye. Haha


Bahagian tepi rumah


Bawang. Eh, tak hijau la haha


Ni kat belakang rumah. Pokok "Janggut Hantu", penah tengok? hihi


Ni pokok ape taktau haha tapi cam menarik


Garangnye bang. Kucing dari rumah Nenek


View dari belakang rumah. Rumah yang kelihatan di dalam gambar ialah rumah Nenek :D Itu adik bongsuku yang berbaju hijau juge :D



P/S: Gamba-gamba diambil sewaktu balik kampung bulan lepas :D

Monday, April 06, 2009

Suatu Petang di Cyberjaya

Tahu-tahu jelah, Cyberjaya nih tak cukup parking kan. Jika tak tahu lagi, sila baca entri yang wang ku melayang dek kerenah parking di sini.

Ha, skarang sudah tahu kan, sila derma RM10 sorang hehe.

Walaupun banyak kemudahan Park & Ride disediakan, ramai yang takmau menggunakannya sebab jauh dari ofis. Memang lah ada bas untuk bawak driver ke ofis lepas park kete kat situ, tapi lambatnye tunggu sama itu bas~

Walaubagaimanapun, ku tak penah pakai pun facility Park & Ride nih haha. Yang ku cite tu ialah pengalaman kawanku :D

Selalunye kalo aku datang lambat ke ofis, takdenye nak gi kat Park & Ride tuh. Sure nak gak park kat 'VIP' sebab situ takde line kuning kat bahu jalan (tak kene saman) dan boleh (terpaksa) exercise..uhuk..jalan jauh sket la nak masuk ofis :P

Pada suatu petang yang tak hujan (selalunya hujan), ku menghantar 2 Hamizah(s) ke kereta mereka yang di parking kat Park & Ride nih. Lalu gambar ini pun timbul.


Tall, taller, tallest :P (oopps, maksud ku dari kanan ke kiri, tak macam ketinggian tuan dia haha)

Cik Su cakap macam pensel warna Luna. Oren kemerahan - oren sebenar - kuning. Oren paling kiri payah dijumpai di mana-mana :P

Sunday, April 05, 2009

Badan sakit sana sini, kenapa ye?

Penatnye harini.

Tengahari pegi Rawang, bawak mak Encik Gajah gi lawat adik bongsu Encik Gajah kat asrama. Sepanjang perjalanan pergi dan balik, hujan. Tumpuan masa drive kene kasi lebih sket dari biasa.

Balik dari Rawang, smpi rumah kul 6 lebih. Tak sempat nak rest, kul 8 lebih kuar balik nak anta adik Encik Gajah yg no. 3 lak kat Bandar Tun Razak. Hujan jugak on the way pergi. On the way balik je hujan dah benti. Sampai umah kat kul 10 malam.

Harini hujan je sepanjang hari kan? Alhamdulillah, rahmat Allah.

Jum tido kawan-kawan. Sejuk2 bes tdo. Hehe. Esok nak kerja dah. Isnin datang lagi!!

Tapi sebelum tu silalah jamu mata dulu (supaya ngantuk hehe) tengok gamba-gamba yang kuambil sebulan lepas kat kedai osmet ku yang menjual barang-barang menjahit di PKNS Bangi :D














OK. Dah selesai tengok? Jom lompat ke katil!! :D

Frust, tapi tak sampai menonggeng

Frust-nyaa.. Haih.. Kenapa aku frust? Mari kita ikuti apa yang berlaku..


PERISTIWA 1: Fesyen rambut Encik Gajah

Khamis malam Jumaat, Encik Gajah pulang ke Bangi dari Kerteh. Esoknya, Encik Gajah hantarkan ku ke ofis (mempergunakan sebaiknya kehadirannya :P). Dalam kul 5 petang dia amikku kat ofis dan dia telah bertukar rupa.


Kepala terbaru Encik Gajah

T_T

Tak sangka dia akan membotakkan kepalanya sebegini rupa. Isk. Tak pernah dlm seumur hidup dia pun dia buat rambut camni. Dia pun tak terfikir. Ni first time. Hati rasa nak luluh sebab aku suka rambut original dia. Tapi Encik Gajah pujuk aku, cakap rambut akan tumbuh balik punye. Ok lah, ok lah...


PERISTIWA 2: Ameera & Aysha

Pada malam nye, makcikku nak anta anak-anak dia iaitu Ameera & Aysha kat rumahku untuk aku jagakan sementara makcikku dan husband ada hal malam tu. Jadi aku dh plan awal-awal nak bawak budak-budak tu pegi Alamanda jalan-jalan dengan Encik Gajah sekali. Aku dah excited dah, dlm kepala dh plan nak amik gamba sume.

Tapi bila tiba masanya, Ameera & Aysha nanges2 takmau kene tinggal ngan mak ayah dia. Nak-nak Ameera tu, kalau nangis nanti dia muntah. Yang Aysha ni pulak, kalau kakak dia dah stat nangis, dia mestilah ikut skali. Haih. Lagilah pening. Segala pujukan tak berjaya. Makcikku tak jadi nak tinggalkan budak-budak kat aku. Pulanglah mak ayah dia kehampaan, terpaksa cancelkan hal nya malam tu.


PERISTIWA 3: Manhattan's Fish Market

Encik Gajah tengok aku sedih sbb Ameera & Aysha tak jadi ikut kami. Encik Gajah nak pujuk aku, jadi dia belanja makan kat Manhattan's Fish Market. Lagipun sebelum ni aku tak pernah pegi situ. Memula seronok la jugak, rasa terubat la sikit kedukaanku, tempat dia lawa, leh amik-amik gamba hehe.


Jemput makan ^^

Tapi, bila aku start makan je, aku rasa cam pelik je rasa makanan tu. Makin disumbat, makin rasa nak muntah. Memang tak kena dengan selera aku lah rasanya. Tapi yang lebih pelik ialah, aku bukan jenis yang memilih makanan. Ni lah first time dalam hidup aku, aku takleh terima sesuatu makanan sampai rasa nak muntah balik makanan tu. Isk. Rasa bersalah sangat kat Encik Gajah, dah lah jarang makan situ, pastu dia belanja pulak tu, lepas tu aku tak lalu makan pulak. Aduhai..kenapa lah ni..Haih..


PERISTIWA 4: Maxis Broadband

Balik je rumah dari Alamanda, ingat nak online, skali internet buat hal lah pulak. Dari petang sejak balik dari kerja lagi modem tu mcm takde signal. Tengok-tengok, malam pun sama gak. Takpelah, aku tunggu smpi pagi mana tau nanti ada signal kan.

Tapi bila bangun pagi-pagi Sabtu tak boleh connect internet jugak, aku jadi rasa sangat bengang. Mana leh idup tanpa internet lama-lama kan hehe. Jadi aku call Maxis Broadband call centre (1800 82 2000) utk tanye ape masalah broadband ku ni. Orang Maxis ckp aku tak bayar bil. Bengang sungguh masa tu sebab aku ni jenis disiplin. Awal bulan je seblom smpi bil pun aku dh bayar siap-siap.

Bila disiasat, rupa-rupanya bil fon and broadband ku tak merge lagi sedangkan aku duk bayar utk broadband kat akaun fon tu lah ingatkan dh merge dah. Haiyo..betullah kata Ainoor. Diorang ni memang menyakitkan hati betul lah.

Lepastu aku dan Encik Gajah pun pegilah bayar kat Maxis Centre kat The Mines, setelkan bil Maxis Broadband ku. Boleh lah blogging :D

Cerita belum habis lagi..


PERISTIWA 5: Karok

Sebenarnya tujuan utama aku dan Encik Gajah keluar ialah untuk gi karok kat Jusco Cheras Selatan sebab kat situ lagu-lagu dia updated berbanding tempat lain. Ni first time lah ni kami nk try kat situ pulak. Tapi bila ditanya org kat kaunter, dia ckp 3 hours punya karok - sorang bayar RM26. Aku taknak la karok 3 jam..giler ape, kalo ramai-ramai lain lah kan. Ni aku ngan Encik Gajah je. Mau nanti keluar dari tempat karok tu aku bertukar jadi Ella lak. Akhirnya tak jadi lah karok..

Frust nyeeee..


Namun, ke-frust-an ku telah ditangani dengan membeli belah (pompuan, pompuan..heheh) dan menonton Fast & Furious. Movie tu best giler! Rasa lepas geram dan puas hati lepas tgk movie yang penuh dengan aksi tu. Two thumbs up! Tetibe rasa nak gi lumba kete pas tengok wayang. Hehe.

Alhamdulillah, kejap je rasa frust tu melanda diriku. Skarang pun dah boleh surf and blog balik :D

Dan yang paling penting, aku juga telah mula memanggil Encik Gajah dengan nama Abang Botak!! Hahaha :D

Thursday, April 02, 2009

Kene Ragut??

Bangun pagi-pagi semalam bila keluar bilik ke ruang tamu, nampak osmet tengah gosok baju. Pastu tgk ke arah TV, ada rancangan yg sedang rancak berborak pasal sesuatu tapi aku tak dapat tangkap ape yang diorang cakapkan. Mamai lagi. Tiba-tiba osmet tu cakap,

"Tu haa..ade orang kene ragut.."

Eh, cakap good morning pun tak nih tetibe muqaddimah di pagi hari pasal ragut lak ai. Terkejut, lantas membalas,

"Haa?? Sape kene ragut??"

"Ade budak kat KT dia kene ragut pastu dia kejar balik peragut tuh, melawan arus..skarang koma kat spital" balasnya.

Aku membuat gambaran ceritanya itu di dalam minda. Terbayang org yg kene ragut tu berada di dalam kereta sambil kejar lelaki peragut yang naik motor melawan arus. Sah-sah lah kene langgar. Isk.

"Laa..yang dia tu bijak sangat pegi kejar tu nape? Harta leh dicari, nyawa melayang siapa nak ganti?" luahku kekesalan.

Osmet ku angkat bahu saja. Mematikan perbualan kami di situ. Di TV, topik yang sama masih hangat diperbualkan.

Sampai di ofis, aku cerita kat kawan-kawan aku pasal bende ni. Aku bebel la kat diorang, menyatakan tak ketidakpuashatian aku dan mempersoalkan kenapa perlu perempuan yang kene ragut tu kejar balik peragut tuh padahal nyawa dia dah kira selamat dah kalo dia tak kejar.

Tapi kawan aku cakap, mungkin ada bende yang sangat penting, cthnya bukan barang sendiri kat dalam beg yg diragut tu, kiranya amanah utk dia la. Dalam hati aku setuju namun masih kesal dengan peristiwa itu.

Balik je rumah, surf kat surat khabar online nk baca pasal berita ragut tuh (almaklumlah, kat ofis tak boleh bukak online newspaper isk isk). Bukak Berita Harian Online, search 'ragut'. Ade ke result dia ade 2 ketul je. Punya lah banyak berita pasal ragut kat Malaysia nih. Pulak tu result pasal padang ragut ngan polis di kelantan dapat award ke ape tah. Haih.

Pastu gi cari kat Utusan Online lak. Sib baik jumpa. Sila baca kat sini kalau belum baca lagi.

Laa..yang diragut tu naik motor gak rupanya. A'a lah, takkan la kete nak kejar motor. Mana muat nak lalu tengah2 kenderaan lain kat jalan sehala tu. Hahahaha. Sengal sungguh.

Tapi kesian lah kat budak perempuan tu. Teruk dia eksiden, sampai koma. Tapi aku kagum ngan dia. Memang berani betul utk kejar peragut tu balik.

Aku tak sure lah macam mana nak prevent ragut kalau orang yang bawak motor macam budak perempuan ni. Tapi kalau untuk orang-orang yang drive kereta, mungkin aku boleh kasi sedikit tips apa yang aku selalu buat, macam mana nak elakkan ragut atau eksiden dari berlaku. (Ehh..jangan ingat naik kete tak kene ragut tau! Alhamdulillah setakat ni x kena lagi)


TIPS 1: Jangan letakkan barang berharga kat tempat yang obvious kat dalam kereta. Cthnya meletakkan handbag di seat co-driver. Yang ni orang yang tak biasa ragut pun rasa nak ragut kot. Isk.

Even dengan tingkap bertutup pun diorang masih boleh ragut iaitu dengan memecahkan cermin kete dan ragut. Letakkanlah di tengah-tengah antara seat driver dan co-driver. Jauh dari langkauan tangan si peragut.


TIPS 2: Pastikan semua pintu kereta berkunci (mana lah tahu central lock rosak cam kete aku ke. Isk) sebelum memulakan perjalanan. Kalau boleh, masuk je kete, terus kunci cepat-cepat. Yang ni leh elak dari kene culik gak.

TIPS 3: Sebelum keluar rumah/on the way ke kereta, baca Ayat Kursi dan 3 Qul. Sampai dalam kete sebelum mulakan perjalanan, baca doa naik kenderaan, dan jangan lupe tawakkal. Yakin pada Allah. InsyaAllah benda buruk atau tak diingini takkan berlaku.

Kalau berlaku pun cthnya eksiden, insyaAllah tak berat atau tak melibatkan kecederaan fizikal atau kehilangan nyawa. Sebab kita mesti percaya qada' dan qadar. Sebab kalau kita ditakdirkan untuk eksiden, kita memang akan eksiden jugak. Tapi berbekalkan doa-doa yang kita amalkan, insyaAllah eksiden tu tak teruk. Ini yang mak Encik Gajah selalu pesan kat aku.

TIPS 4: Elakkan drive pada waktu senja/Maghrib. Sebab waktu Maghrib ialah peralihan dari siang ke malam, jadi mata pun kurang cekap - yang patut nampak jadi tak nampak. Sebenanye aku pun tak berapa sure apa kaitan dia tapi aku percaya sebab aku dah pernah laluinya. Lagipun syaitan pun banyak kan masa tu. So better elakkan ye ;)


Baiklah itu saja tips dari ku yang dapat kukongsi bersama kamu-kamu semua. Harap-harap berguna :)

Kita hanya berusaha dan merancang, Dia yang menentukan. Ye dok? :D

Wednesday, April 01, 2009

Moving On..

Semalam hari terakhir Razak keje kat kampeni kami tu. Jadi tengah hari semalam kami buat farewell party untuk Razak kat Naddos..eh Nando's Alamanda. Ramai giler yang join! Sungguh tidak ku sangka..


Cuba teka berapa meja semua skali dalam gambar ni? He he he..


Jemput makan dengan senyuman~


Eleh V malu-malu pulak..


The red-black team. Korang ingat nak pegi treasure hunt kah??


Maaf Razak, sblm ko pegi, aku kasi hadiah secucuk bekas garfu di muka mu. Ehhhh..apasal baju aku sama kaler ngan dinding?? Wargh!


Ika paksa aku bergambar bersama dinding. Korang nampak tak aku dalam gambar ni?? T_T


Oh kene buat muka ayu pulak. Ayu kah? Haha


Comel je muka blur Cik Su ^^


Kembar siam nih. X nampak persamaan atau melekat pun? Otak mereka sama. Weng dua-dua. Haha (Haaa...budak 2 orang ni lah yang stat panggil aku Bugsy! Suke hati korang je)


Sebelum berpisah, semua orang nak tangkap gambar ngan Razak. Tapi aku x letak semua lak kat sini. Kang hang pulak komputer korang tgk gambar kawan aku nih banyak-banyak. Haha


Semua buat muka!! Oit yang tengah tu menyibuk je


Jantan-jantan. Haha. Weh korang memang sengaja kasi Razak sorang je eh pakai menyerlah? Orang lain sume tone-down nih


Wanita-wanita manis :D


Dan akhir sekali, semua orang~~ (kecuali aku si kuning haha). Ehhh..baru aku prasan. Weh suka hati ko je Ab. Ni majlis perpisahan ko ke majlis perpisahan Razak??



Begitu lah majlis perpisahan untuk Razak. Tak ghupe majlis perpisahan sebab havoc giler. Kami bile berkumpul macam ni lah. Isk. Razak, jangan lupe kami di sini yer!! Ayat biasa --> All the best kat kampeni baru! Kalo dapat bonus hulur-hulur la..haha.

Bile plak turn aku nak move on ni? ;)