Monday, March 30, 2009

Arrows of time?

Amaran: Entry ini ialah sangat self-centered :P

Sebelum memulakan kata (dah mula dah pun..haha), silakan kawan-kawan ke blog ini terlebih dahulu.
.
.
.
.
.
.
.
Kalau dah tengok, boleh sambung baca kat bawah ni :D

Amacam? Apa pendapat korang? Sangat menakjubkan kan apa yang Diego Golberg buat tu? (Cheh sebut nama macam kenal rapat je haha)

Boleh nampak kan perubahan dia dan wife dari muda ke tua, dari kecik sampai besar anak-anak dia. I found this very interesting!

Jadi..

aku rasa aku nak buat jugak lah :D

Tapi memandangkan aku belum ada pasangan mahupun anak-anak, aku cuba la buat mana yang mampu. Jadi aku kumpulkan semua gamba paspot dari kecik sehingga lah yang latest :D



Arrow of time ku menunjukkan aku semakin tombam :P
Sila klik untuk membelas kasihani mata anda :P


Gambar pertama ialah sewaktu Darjah 2 (1993) kot. Perasan tak rambut tu sama dengan rambut kat gambar ni? Hehe. Rambut ikat di belakang yang selalu menjadi perhatian kawan-kawan hingga selalu ditarik-tarik oleh mereka -_-"

Tapi, serious nye muka aku masa ni, kan? Macam nak marah je. Isk isk anak sapo lah ni :P


Gambar kedua pulak, ialah sewaktu Form 1 (1998). Memang waktu ni aku pakai spek :D Lain tak muka aku? Macam nerd kan? :D Tapi dengan tudung macam labuh tu, aku tengok macam ada gaya ustazah la. Haha.


Gambar ketiga pulak ialah sewaktu nak masuk Form 4 (2001). Ambik gamba sebab nak masuk skolah baru :D

Yang ni pun macam garang je muka ni. Tengok tu muka aku panjang je nampak. Isi belum naik kat pipi lagi haha. (Psst..berat dalam 44 kg je masa ni :P - yolah, tinggi tak berubah dah haha)


Gambar keempat diambil sebab nak gi praktikal. Kemungkinan di penghujung tahun 2005. Haaa..ada beza pada pipi itu :P Gamba yang ni je yang pakai tudung kaler-kaler. Yang lain warna basic je. Aku pun tak tau kenapa.


Gambar terakhir pulak diambil pada final year kat UTP sebab nak masuk keje dah iaitu pada tahun 2007. Dalam gambar ni kene pakai tudung hitam sebab nak guna gambar ni untuk letak dalam passport.

Sila perhatikan bahawa gambar yang ni paling ceria dan paling tembam. Jadi pemenangnya ialah gambar ke-lima!! :P (Tepuk belakang bahu sendiri haha).



Kesimpulannya: Bila buat bende ni, kita boleh nampak kan perubahan kat diri kita? Sememangnya kita harus sentiasa memandang ke hadapan supaya kita boleh maju. Tetapi, sekali sekala, lihatlah ke belakang, sebab kita takkan berada di sini sekarang kalau semua yang di belakang tadi tidak wujud kan?

Dan oleh itu marilah kita akan mengucapkan syukur pada-Nya, Alhamdulillah :)

Jadi, apa kata korang buat bende ni jugak? Hehe :D

Sunday, March 29, 2009

Oat itu sangat sedaaaap~ :D

Masih ingatkah entri ini iaitu hari pertama ku makan oat?

Well..well.. Nampaknya oat sudah mengambil bahagian yang penting dan besar dalam hidupku sejak seminggu yang lalu :D

Aku mula makan oat pada 21 Mac. Dan pada 26 Mac, aku sudah habiskan paket pertama oat tu iaitu yang berisi 475 gram + extra 50 gram. Amacam? Hebat tak? Haha.

Lihat ini buktinya:

Di sebelah kiri ialah yang sudah kosong manakala yang sebelah kanan ialah paket baru 900 gram + extra 100 gram :D

Dan dengan habis nye oat paket pertama tu, habislah jugak 3 kotak air Marigold HL perisa coklat. And harini aku tengah melicinkan kotak air yang ke-5. Hehe.

Aku dah addicted dah makan oat skarang. Haha. Bagun pagi makan oat, malam pun makan oat. Tengah hari je makan nasi + lauk :D

Cadangan hidangan oat ialah 10 sudu besar sehari. Tapi aku makan lebih dari 10 sudu. Biasanya 5 sudu pagi dan 5 sudu malam. Tapi lepas habis semangkuk tu, sure rasa nak lagi. Nanti aku tambah lagi 1-2 sudu hihi :P

Kat paket oat tu ada gak tulis pasal Cabaran Jantung Sihat Quaker Oat iaitu ambil 10 sudu sehari oat dalam masa 30, terbukti dapat mengurangkan tahap kolestrol dalam badan :) Memang bagus kan?

Lagipun aku rasa lawas la makan oat ni :P Dan berat badan pun turun sikit walaupun tak exercise (kalau exercise lagi lah turun), paling tidak pun, berat badan maintain.

Besides this cholesterol-reducing effect, oats are also good for your heart because, being high in fibre and low in fat, they are great for helping you manage your body weight. Oats fill you up quicker and keep you feeling full for longer – two important features that discourage overeating. Oats are highly suitable for diabetics as the food does not cause a sudden surge in blood sugar levels.
Diambil dari website Quaker Smart Heart Challenge




Jadi, apa lagi kawan-kawan. Jum makan oat!! :D

Tudung tiba lagi!

Pagi-pagi Sabtu semalam aku pegi bangunan sebelah rumahku iaitu Hentian Kajang untuk ambik parcel dari Ummi dan Abahku. Ummi telah belikan 15 helai tudung bawal lagi untuk dijual hihi :D Walaubagaimanapun mereka tidak menanggung kos modal haha.


Ini merupakan stok kedua dalam bulan ni sebab kebanyakan tudung yang baru sampai ni aku mintak Ummi cuba carikan macam yang kawan-kawan aku nak. Kebanyakan nak warna-warna basic macam hitam, putih, dan cream.

Sekarang tengah hot tudung bawal sulam tangan macam dalam gambar kat bawah ni.


Cantik kan? Aku pun suka tengok ^^


Oh. Lupe lak nak cakap. Mesti korang pelik kenapa aku pergi Hentian Kajang pulak nak ambik parcel ni? Haha.

Sebenarnya biasanya aku akan beli stok baru tudung bawal apabila aku balik kampung je. Tapi oleh kerana aku takdelah kerap sangat balik kampung, jadi aku mintak Ummi belikan saje dari sana. Pastu idea datang dari Puan Crabster yang pernah bertanyakan padaku berapa lama dari Kajang nak sampai Machang kalo naik bas sebab dia nak hantar cupcakes dia kepada client di Machang :D

Jadi dari situ baru aku teringat, anta barang melalui bas pun boleh sebab sebelum ni pun Abah pernah buat, cuma sangat jarang jadi aku pun tak terfikir nak buat macam ni. Jadi time kasih jugak kat Puan Crabster ye sebab memberi idea. Kalau korang nak beli cupcakes, bolehlah lawat blog dia k!

Haa tapi harus diingat, bukannya free nak anta melalui bas ni. Hehe. Mestilah ade cas jugak. Namun begitu rasanya tiada cas yang tetap macam hantar pos laju tu. Tapi kiranya kena kasi lah upah sikit kat drebar bas tu kan tolong antakan kita punya barang kan :D Macam Abah, dia kasi duit merah sekeping kat drebar bas tu. Haha.

Tapi kalau difikir-fikirkan, anta barang melalui bas ni memang bagus gak kalau nak urgent. Nak-nak kalau kita nak barang tu waktu weekend sebab Pejabat Pos tak bukak weekend kan. Lagipun Pejabat Pos bukak waktu pejabat je. Lain dari kaunter jual tiket bas (parcel diambil di kaunter tiket) yang mempunyai waktu beroperasi yang berlainan. Hehe, aku hanya memberi idea saje ;) Kang marah lak drebar bas tu kene angkut banyak barang orang kirim keh keh keh :P

Saturday, March 28, 2009

Birthday celebration vs bergelap

Harini 28 Mac ialah birthday kawan saya.

Masuk harini, genaplah umurnya 25 tahun. (Psst..saya belum pun masuk 24 lagi hihi)

Jadi semalam kami iaitu kawan-kawannya yang baik hati pergi celebrate birthday dia awal sehari sebab kami ofismet, jadi biasanya tak dapat kumpul semua orang masa weekend.

So kami decide untuk celebrate kat Kenny Rogers kat Jusco Equine.

Lihatlah gambar-gambar kami yang manis ini :P


Cik Su dan Cik Emi, dua-dua single ye :D


Cik Ain bersama Cik Maria yang cuba buat aksi hot. Haha
Cik Ain masih single tapi katanya hatinya telah dicuri :P
Cik Maria pulak sama taraf dengan aku. Haha. Sila lihat cincin di jarinya :)


Cik Iqa, Cik Dejah, dan Cik Siti the birthday girl. Cik Iqa saje yang sudah berpunya di dalam gambar ini ye. Hehe


Dan last but not least, tuan punya blog yang boolat :P
Sila lihat muka Cik Dejah yang sangat excited ambik gambar dalam cermin. Haha


Jadi, di sini sekali lagi saya ingin mengucapkan..

Selamat Hari Lahir kepada Cik Siti yang comel! Sudah semestinya saya mendoakan semua yang baik-baik dan indah-indah buat Cik Siti. Saya harap persahabatan kita kekal berpanjangan, amin.. :)

Ailebiu Cik Siti!! :D


Jadi, adakah Cik Siti dan kawan-kawan semua bergelap pada jam 8:30 malam hingga 9:30 malam tadi? ;) Jika ya, tahniah! dan sila tepuk belakang bahu sendiri ya hehe :D

Friday, March 27, 2009

Apakah Persamaan Garfield, Bugsy, Ice Queen, dan Zorro?

Lupakan kesedihan. Kerna ia akan selalu ada.

Baiklah, kali ni nak cerita pasal nama gelaran yang pelik-pelik orang panggil aku sepanjang aku hidup. Hehe.

Nama gelaran ni biasanya di kalangan kawan-kawan lah yang panggil. Tapi ada orang, di kalangan adik beradik pun ada gak. (Sebab aku ada panggil adik aku Si Kurus dengan Si Gemuk hehe gurau-gurau mesra saje, jangan ada yang terasa pula ye :P)

Masa menengah rendah dulu ada orang panggil aku Garfield. Sebab mata aku kuyu. Mata aku ni orang nampak macam ngantuk je walaupun pada hakikatnya aku tak rasa ngantuk pun.

Penah satu masa tu, seorang Ustazah ni sedang mengajar kat kelas aku. Masa tu aku tengah khusyuk je dengar Ustazah tu mengajar (al maklumlah duk depan sekali kan), tetibe dia tengok muka aku, tak semena-mena dia cakap,

"Awak mengantuk ye Nadiah?"

Aku terpinga-pinga lah pastu semestinya menidakkan kata-katanya. Ade de ke patut aku punya lah kosentret kat dia skali dia cakap aku ngantuk. Isk isk.

Tapi yang aku pelik tu kalau waktu aku betul-betul ngantuk, tak pulak dia tegur. Hahaha. Terasa beruntung pula, sebab percentage aku mengantuk di dalam kelas ialah lebih tinggi dari tak ngantuk :P

Kadang-kadang, ada gak yang panggil aku Mata Stim. Substitute Garfield lah jugak tuh. Isk. Mana ada aku stim. Huhu.



Ada satu lagi gelaran berkait ngan mata gak. Nama gelaran yang ni pulak, baru je aku dapat akhir-akhir ni. Ade lah 2-3 orang budak kat ofis tu panggil aku Bugsy sebab mata aku bulat.


Bugsy in Bedtime Stories movie

Aku masih ingat lagi masa aku menengah atas, ada sorang classmate aku sangat takut kalau aku jengilkan mata. Dia cakap, kalau tengok mata aku dari tepi, nampak macam nak terkeluar biji mata. Jadi kalau aku jengilkan mata agaknya dia nak tadah tangan kot mana lah tau kalau-kalau biji mata aku terkeluar. Haha.



Masa kat UTP pulak, penah seorang kawan kepada kawan aku cakap muka aku macam Ice Queen sebab macam takde perasaan. Tapi tak tau lah masa bila orang tu tengok aku bermuka tak berperasaan tu. Tapi aku admit, kadang-kadang (ke selalu?) aku suka buat muka takde perasaan. Payah sikit orang nak approach. Keh keh keh :P


Ade ghuper aku ker?



Masa kecik-kecik pulak, Ummi selalu panggil nama ni kat aku:

Zorro.

Sebab apa? Macam takde kaitan ngan aku kan? Hehe.

Sebenarnya kat rumah, Ummi panggil aku Nurul. Tapi bunyinya tak jadi 'Nurul', ia jadi 'Nuro'. Kang kalo Ummi panggil aku makan,

'Nuro! Nuro! Oooo Nuro..mari makan ni..'

Pastu aku tak menyahut :P Lama-lama dia give up dia panggil aku Zorro pulak.

'Zorro! Zorro! Oooo Zorro..mari makan ni..'

-_-"



Pastu pulak masa skolah rendah, mula-mula kaki aku tak berapa besar. Pastu aku sedar kaki aku dah sama besar ngan kaki Nenek aku. Pastu ia semakin membesar, sama besar dengan kaki Ummi pulak. Rasanya masa tu dah darjah 6 kot. Lepas-lepas tu ia membesar lagi lebih besar dari kaki Ummi.

By that time, Ummi dah panggil kaki aku Kaki Gajah. Haha.

Nasib baik tak membesar dengan lebih banyak. Tak dapat la celen saiz kaki Abah. Haha. Skang saiz kaki aku ialah 7 saje. Takdela besar sangat kan ;) Tapi mungkin dengan ketinggian aku dan saiz badan aku, biasanya orang tak jangka kaki aku saiz 7 la. Mak Encik Gajah sendiri pun terkejut dengar aku pakai kasut saiz 7..iaitu sama saiz dengannya. Sedangkan dia tu tinggi orangnya ;)

Tapi aku tak kesah pun, dengan saiz kaki yang besar, ini bermakna aku lebih stabil sebab sains membuktikan jika struktur sesuatu bangunan itu mempunyai tapak yang besar, bermakna ia lebih stabil. Hahaha :P

Kalau diingat-ingatkan balik, masin sungguh mulut Ummi kan. Duk panggil aku kaki Gajah skali dapat bakal menantu Encik Gajah daaa :P




Ini ialah cerita aku. Bagaimana pula dengan korang? Apa pulak nama gelaran korang dan mengapa? ;)

Thursday, March 26, 2009

Dia

Sakit ini sangat dalam.

Hingga aku tak mampu menangisinya.

Tuesday, March 24, 2009

Babysitting

Hari Ahad lepas ada invader kat rumah aku.







Mereka ialah 2 orang ni:


Aisya - punya bibir Angelina Jolie dan air liur meleleh


Ameera - suka buat salah lepas tu buat-buat tak tahu


Isk.





P/S: Diorang ialah sepupu aku lah :P

Monday, March 23, 2009

Perlukan Bantuan!

Sewaktu aku pulang ke kampung halaman haritu, aku ternampak sesuatu yang sangat PINK di atas meja makan rumahku. Dari jauh aku lihat, aku macam kenal je bende tu. Lalu ku mendekati bende itu dan melihatnya dengan baik-baik.

Wah!! Hatiku melonjak keriangan kerana bende itu ialah bende yang sangat aku rindui selama ini! Kali terakhir aku berjumpanya ialah ketika aku sekolah rendah. Aku sangat sukakannya! Masih teringat lagi di kala aku meletakannya di dalam mulut. Rasanya sungguh..ahh..tak terkata..

Dan aku fikir aku tidak dapat berjumpa dengannya lagi setelah kali terakhir berjumpanya. Namun kini impianku telah menjadi nyata!! Ianya kini berada betul-betul di depan mataku.


Lalu aku meminta izin daripada Ummi untuk memakannya. Setelah mendapat lampu hijau, aku meneruskan niatku. Rasanya tidak berubah. Sama seperti kali pertama bersua dahulu. Nyum!

Lepas dah kenyang, aku tanya Ummi,

"Ummi, apa nama bende ni?"

Huh. Dah kenyang makan baru nak tanya nama. Dah lah suka giler bende ni. Boleh pulak tak tahu nama. Nanti orang tanya apa makanan kegemaran, kang tak tau nak jawab apa lak. Hehe.

"Seme", jawab Ummi.

Cara sebutannya ialah seperti perkataan 'semek' yang di refer kepada perempuan di sebelah pantai timur, tapi huruf 'K' di hujung itu dibuang. So, 'Seme' ialah nama bende tu. Kalau orang Terengganu atau Kelantan paham la kot. Orang Pahang, aku tak sure.

Kalau tak paham jugak, sila sebut perkataan 'kereta'. Kedua-dua 'e' dalam perkataan 'seme' ialah e yang berbunyi macam 're' dalam perkataan 'ke-re-ta' itu.

OK ye kawan-kawan. Se-me. 'Seme' nama dia ok. Haha.

And I wonder, apakah yang korang panggil bende ni? Adakah 'seme' jugak? Aku sangat hendak tahu. Semangat ingin tahu sangat tinggi sekarang.

Atau korang tak penah jumpa ia? Perlukan bantuan kamu semua!

:D




***********************

OK tag time!! Kali ini dari YanDarwisy :)

If you opened this, you should do it. Tag the person who sent it to you and tag more of your friends.

Two names you are called that are not your real name:
1. Garfield (sebab mata kuyu)
2. Bugsy (sebab mata besar dan bulat)

Two things you're wearing now:
1. 3-quarter sleeve (purple stripes)
2. Short (pink..haha)

What are 2 of your favorite things to do?
1. Singing
2. Blogging

Two things you want very badly at the moment:
1. Money haha. Sebab nak kawen :P
2. Become more fit

Two of the people who will fill this out and return:
1. Tidak pasti
2. Not sure

The persons who I tag Two things you did yesterday:
1. (x paham soalan. mcm berbelit je)

Two things you ate yesterday:
1. Oat
2. Ikan keli & terung

Two favorite holidays:
1. Kampung halaman
2. Pantai

Two favorite drinks:
1. Air masak
2. Barli suam

Lucky bloggers I tag:
1. Jika kamu mahu buat, silakan :)

Sunday, March 22, 2009

Bayi baru

A new family member is in the houseee :D

Telah melihat dunia pada hari Selasa, 17th March 2009.

This cute lil baby is Aina Syazwani. Her kakak's name is Aimi Syazwina. Tukar hurup sana sini dah keluar nama adik pulak. Haha.


Aimi Syazwina

By the way, their father is Ummi's brother. So these two munchkins are my cousin lah. Ye saye adalah manusia paling tua di dalam generasi saya sebab saya cucu sulung :D


Kompius adakah ini gambar paspot?

Bukan, bukan yang belah kanan tu. Yang belah kiri tu lah saye. Hehe. Tengok, kawan pun ngan pakcik saje. Amik gamba pun dengan pakcik. Mana ada sepupu lain lagi masa tu. Adik, kakak, abang pun takde :D

Amacam? Leh lawan kecomelan budak 2 orang kat atas ni tak? Hahaha :P

Dua puluh dua datang lagi

We were both young when I first saw you
I close my eyes and the flashback starts
I'm standing there
On a balcony in summer air

See the lights
See the party, the ball gowns
I see you make your way through the crowd
And say hello
Little did I know

That you were Romeo, you were throwing pebbles
And my daddy said stay away from Juliet
And I was crying on the staircase
Begging you please don't go, and I said

Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes

So I sneak out to the garden to see you
We keep quiet 'cause we're dead if they knew
So close your eyes
Escape this town for a little while

'Cause you were Romeo, I was a scarlet letter
And my daddy said stay away from Juliet
But you were everything to me
I was begging you please don't go and I said

Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes

Romeo save me, they try to tell me how to feel
This love is difficult, but it's real
Don't be afraid, we'll make it out of this mess
It's a love story baby just say yes
Oh oh

I got tired of waiting
Wondering if you were ever coming around
My faith in you is fading
When I met you on the outskirts of town, and I said

Romeo save me I've been feeling so alone
I keep waiting for you but you never come
Is this in my head? I don't know what to think
He knelt to the ground and pulled out a ring

And said, marry me Juliet
You'll never have to be alone
I love you and that's all I really know
I talked to your dad, go pick out a white dress
It's a love story baby just say yes

'Cause we were both young when I first saw you


Love Story, Taylor Swift



Kepada Encik Gajah:
Selamat ulang-bulan ke-34 :)


Saturday, March 21, 2009

Memulakan Kehidupan Yang Lebih Bermakna

Aku sungguh terharu dengan perhatian yang diberikan oleh rakan-rakan semua dalam entri kelmarin. Time kasih ye kawan-kawan :')

Dengan itu semalam lepas balik kerja aku telah dengan bersungguh-sungguhnya membeli barang-barang berunsurkan kesihatan seperti di bawah :D


Instant Oatmeal~
Dalam mangkuk ialah oat + milo :D


Susu Marigold HL lemak rendah perisa coklat
& biskut McVities


Tak habis, tak berapa sedap walaupun dah campur ngn milo :(


Itu ialah malam semalam, sangat seksa nak habiskan oat tu isk isk. Nasib baik ada susu coklat tu, bila rasa macam nak muntah dah makan oat tu, aku minum seteguk susu coklat tu. Ahh~ sungguh sedap rasanya. Hehe. Pastu sambung makan sampai rasa tak tahan lagi, minum lagi seteguk. Hihi. Sampai la oat nak dekat habis dan tak larat dah.

My housemate's friend yang bermalam kat sini semalam pun cakap memang akan rasa tak sedap sebab aku buat pekat (tapi aku tiru kepekatan dalam gambar paket oat tu je..isk). Dia kasi nasihat supaya aku wat cair-cair supaya kurang rasa tak sedap tu. Oooo macam tu kaaa..

Pagi tadi ku makan oat lagi, tapi kali ni ku dapat idea (tingggg!!) untuk campur oat dengan susu Marigold HL lemak rendah perisa coklat itu.

Keputusan: Sangat sedap! Sebab susu coklat tu sedap! Haha. Yeay! Lepas ni kene selalu beli susu coklat sedap tu lagi. Kalau tak, takdelah perangsang untuk aku makan oat. Hehe.

Biskut McVities tu pun sedap. Yang ni dah penah makan dulu-dulu. Dah tau dah memang sedap. Sebab tu beli :P

Marilah kita memulakan kehidupan yang lebih bermakna dari sekarang dengan memakan makanan yang sihat. Hehe. Sebab kita ialah apa yang kita makan ;)




P/S: Sape tau macam mana nak rename labels?

Friday, March 20, 2009

My Bestfriend's Engagement

Masih ingatkah lagi pada entry ku yang ini tentang bestfriend ku?

Sekarang dia sudah setapak lagi ke hadapan setelah memegang gelaran tunangan seseorang :)

14/3/2009




























Kepada Ina dan Al-Hafiz, selamat melangkah ke gerbang perkahwinan Jun nanti :)

Thursday, March 19, 2009

Berkongsi ialah mengambil berat


Hari selasa lepas ada appointment dengan doktor kat Gleneagles untuk dapat result medical checkup haritu.

Overall tak ada apa yang kritikal kecuali tahap kolestrol dalam badanku yang tinggi. Haha. Ye aku memang sangat jarang exercise sejak kecik. Aku tau korang mesti selalu aktif kat skolah, masuk bola jaring ke, bola tampar ke, bola baling ke, lari merentas desa ke, kan.. Aku kat skolah dulu, pas PJ je slalu pitam. Camne tu? Hehe. Alasan sungguh.

Baiklah. Doktor sudah menasihatkan aku supaya jaga pemakanan aku. Kene kurangkan makan makanan yang berminyak (bergoreng) dan seafood kecuali ikan. (Aku suka sotong!! T_T isk isk).

Lepas tu doktor cakap lagi kene lah exercise.
Nad: Hait! (Lari setempat kat tepi katil pagi-pagi pas bangun tido pastu penat sambung tido balik, boleh tak doktor? Hehe)

Pastu kawan aku cakap, makan oat boleh kurangkan kolestrol dalam badan. Sejauh manakah ia berkesan?

Tapi oat rasa dia kurang enak la. Korang leh kongsi tips untuk menyedapkan rasa oat tak?

Atau korang ada cara lain untuk kurangkan kolestrol ni?

Jangan malu-malu untuk berkongsi kat sini k. Berkongsi ialah mengambil berat (sharing is caring) kan ;)

Aku rasa kolestrol aku turun banyak harini

Ohhhh dah masuk hari lain. Tak sempat nak wat entry untuk 18 haribulan. Hehe. Apapun 18 Mac menandakan 7 bulan pertunangan kami :D

Phew penatnye baru balik dari deting ngan bakal mak mentua dan bakal adik ipar. Dari kul 11 pagi hantar bakal adik ipar ke KTM Serdang pastu gi The Mines dengan bakal mak mentua. Lebih kurang 5 jam kat Mines sebab setelkan henfon dia yang buat hal.

Hasilnya:

1. 4 kali ke Maxis Centre dan 4 kali ke kedai fon yang sama. Nasib baik depan-depan je kedai-kedai tu
2. Bakal mak mentua beli hp baru, trade in hp lama
3. Bakal mak mentua tukar sim kad baru (nombor yang sama) 2 kali sebab ada problem
3. Bakal mak mentua gi kedai kain, borong 4meter x 6 kain utk wat baju kurung (dia nak kasi kat adik beradik dia n jiran kakak dia yang meninggal tu sebab dulu jaga kakak dia masa sakit)
4. Bakal mak mentua beli t-shirt utk dibawa tido kat Reject Shop
5. Aku teman je


Dalam kul 5 petang, balik rumah bakal mak mentua sementara menunggu malam. Sebab kul 9 malam, aku, bakal mak mentua, dan bakal adik ipar gi tengok muvi Dragon Ball Evolution kat The Mines (lagiiiii...haha). Gi tengok Goku yang cekeding tapi kekuatan luar biasa isk isk.

Pas abis wayang kul 10:30 malam, kami 3 orang pegi Putrajaya Terminal sebab nak amik bakal bapa mentua. Dia balik dari Bintulu sebab esok ada medical checkup kat SJMC. Bulan 7 ni bakal bapa mentua nak pencen dah. Jadi kene gunakan kelebihan syarikat dengan sebaiknya. Haha.

Pas anta dia balik rumah, bakal mak n bapa mentua escort aku balik umah lak sebab risau dah tengah malam. Sampai umah kul 11:50 malam. Sampai rumah lepas kunci pintu kene call bakal mak n bapa mentua untuk menyatakan sudah selamat masuk ke dalam rumah.


Inilah kehidupan aku pada Rabu, 18 Mac 2009.

Harap-harap esok pegi keje. Haha :P

Tuesday, March 17, 2009

Kematian dan Kelahiran

Apabila ada ahli keluarga yang pergi, maka akan ada ahli baru yang dilahirkan. Beginilah putaran hidup, yang tua dan muda silih berganti. Seorang insan akan merasai lahir ke dunia, menjadi bayi. Kemudian membesar menjadi kanak-kanak, remaja, dewasa, dan kemudian tua. Selepas itu, insan itu akan kembali ke pangkuan-Nya.

Pengalaman yang kita lalui ini hanya sekali, jadi jangan lupa ucapkan syukur kepada-Nya atas udara yang dihirup, atas jantung yang masih mengepam darah, atas otak yang mampu berfikir, atas iman, dan atas Islam yang kita anuti.

Alhamdulillah..
Segala puji bagi Allah yang mencipta sekalian alam.


Minggu lepas, kakak kepada Mak Encik Gajah meninggal dunia pada hari Jumaat kerana penyakit barah. Aku tidaklah rapat dengannya sewaktu hidupnya sebab dia tinggal di kampung di Tampin, jadi jarang berjumpa. Tapi aku pernah jumpa dia 2-3 kali dalam beberapa event keluarga Encik Gajah.

Aku masih ingat lagi sewaktu pertama kali aku diperkenalkan kepadanya, di luar pengetahuanku dia telah berbisik kepada Encik Gajah,

"Pandai Amir cari calon isteri.."

Aku tahu pun sebab Encik Gajah bercerita padaku.

Itu saja lah memori yang masih terpahat di ingatanku selain personalitinya yang aku senangi.

Namun di sebalik kepergiannya, keluarga Encik Gajah bakal menyambut 3 insan baru tahun ini yang bakal dilahirkan oleh 2 orang sepupunya dan seorang ibu saudaranya. Satu dijangka lahir bulan ini, satu lagi bulan 5, dan yang terakhir bulan 10. Setiap kali ada kematian, pasti ada kelahiran.





2 minggu lepas, seorang adik nenekku di kampung telah meninggal dunia kerana kegagalan jantung.

Seorang sepupu Ummi juga telah meninggal dunia kerana lemas. Dia meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak, yang mana anak bongsunya baru sahaja berusia 4 bulan.


Sofiyya, 4 bulan


Maisarah, 3 tahun


Namun, hari ini, sepupuku ini dapat seorang adik perempuan baru. Sudah hilang pangkat anak tunggal :)


Jangan cengeng lagi ya!


Kerna,
Setiap kali ada kematian, pasti ada kelahiran.

Monday, March 16, 2009

Siri Kembali Semula Ke Ofis Setelah Bercuti Di Kampung Halaman

Assalamualaikum semua. I am back from hometown!! :D *sengih sengih banyak-banyak* Hihi

Pagi tadi sampai di Kajang jam 6 pagi. Sejuk giler dalam bas tu. Brrrr.. Dah lah ujan je sepanjang perjalanan. Takleh nak tido nyenyak dalam bas sebab terlalu sejuk walaupun pakai long sleeve + cardigan + balut shawl. Pastu tertahan-tahan nak buang air kecil. Haha. Hasilnya sambung tidur kat umah sampai tengahari. Pastu baru gi keje hihi. (Buat-buat muka tak tau konon-konon shif petang :P)

Jadi..

Mari kita lihat apa hasil ku balik kampung kali ni?

Adakah tercapai cita-cita balik kampung ku haritu? :D

Okeh jom recap..



PERTAMA SKALI: Nak amik gambar kat pantai.
HASIL: Tidak kesampaian sebab boleh dikatakan hari-hari hujan :(

KEDUA SKALI: Nak amik gambar besfren aku tunang.
HASIL: Berjaya!! Hihi.


KETIGA SKALI: Nak amik gambar sepupu-sepupu aku yang kecik-kecik.
HASIL: Juga berjaya! ;)




KEEMPAT SKALI: Nak gi kenduri kawen kawan lama
HASIL: Tak tercapai :( Juga sebab hujan sepanjang hari pada hari Ahad.

KELIMA SKALI: Nak beli stok tudung bawal untuk dijual.
HASIL: Berjaya~~ :D


27 helai kesemuanya :D




Walaupun hanya 3 dari 5 cita-cita sahaja yang tercapai, hatiku cukup happy sebab..


Dapat katil baru!! Katil pengantin konon konon :P
Time kasih Ummi Abah sebab belanje :D


Kalau kamu semua curious atas apa aku tidur dalam bilik tu sebelum ni, sila tgk kat sini k. Haha.

Saturday, March 14, 2009

Wedding Ticker

Hi! :D

Entry pendek je ni.

Ehem.

Dah letak wedding ticker seperti yang korang lihat di atas ni :D

Alamak. 6 bulan lebih lagi. *otak pk macam-macam benda*

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tp takpe. Sementara kat kampung, mari kita ENJOY! *buat gaya dan suara Nora Danish macam dlm citer PUTERI*

Nak siap-siap gi majlis tunang bestfren ni :D
Mari mari!




P/S: Dah beli stok tudung bawal smlm :)

Areknee, aku baca comment ko lepas dah beli tudung. Gomenne!

Thursday, March 12, 2009

Balik Kampong Ho Ho Ho Balik Kampong


12 Mac 2009, 8:30 malam, bas eBudaya


Yahoo! Aku balik kampong malam ni! Naik bas jer. Ehehe. Harap-harap tak muntah lagi. Tempat duduk belakang driver bas lak tu! Haha. Takpe aku suke je. Sebab leh tengok jalan. Kurang sket mabuk perjalanan aku.

Dan yahoo! Esok orang lain kerja, aku cuti senang lenang dan cari selendang kat rumah :P Jangan jeles ye kawan-kawan kat opis yang sedang membaca entri ini di pagi hari jumaat. Hoho. Dahlah takleh komen ek? Hehehe. Opisku dah block komen untuk blogger dan tak boleh publish entry. Kesian.. :P

Dan..

Macam-macam nak buat balik ni!

PERTAMA SKALI: Nak amik gambar kat pantai. Rumah aku 10 minit je dari pantai. Jemput lah datang :D


Ini gambar aku amik 2 tahun lepas rasanya
Model ialah adik-adik aku


KEDUA SKALI: Nak amik gambar besfren aku tunang. Akhirnyaaaa! :D

KETIGA SKALI: Nak amik gambar sepupu-sepupu aku yang kecik-kecik comey dan kiut. Hehe. Aku ada ramai sepupu kecik-kecik. Gamba adik beradik aku? Mesti ada punya kalau tak plan nak amik pun. Hahah. OK sebenanye masuk dalam plan jugak since sume adik beradik ada kat rumah nanti. Yahoo! Cukup korum! :D

Apesal semua cita-cita balik kampung ialah nak amik gambar je nih? Hehe. Sebab...

Buat pertama kalinya boleh pinjam bawak balik kamera Encik Gajah yang lebih canggih dari kamera ku itu :D

Time kasih Encik Gajah!! Hihihi hepi sungguh.

OK sambung lagi.

KEEMPAT SKALI: Nak gi kenduri kawen kawan lama satu skolah masa kat MRSMYT Besut. Dah lama giler tak jumpa dia. Sejak form 3 tak jumpa. Dah berapa tahun ek? Kat 9 tahun dah!! Ish lama sungguh la. Yang ni pun mungkin ada can nak amik gamba lagi. Hihi.

KELIMA SKALI: Nak beli stok tudung bawal untuk dijual. Dah lama tak aktif. Since before raya puasa kot. Hihi. Ada yang berminat untuk menjadi pelanggan? :D


Haa itu ajelah kot plan balik kampong kali ni. Harap-harap semuanya termakbul lah. OK kawan-kawan. Doakan keselamatanku pergi dan pulang k. Time kasih! Oh ya, aku tak sure aku dapat meng-update blog di rumah nanti. Almaklumlah, busy. Cheh. Haha. Jadi tunggu Isnin depan lah ye! Take care semua :)

Wednesday, March 11, 2009

Nadxoxo dan Buku


Inilah 2 novel omputih pertama aku

Last week aku bawak buku yang ijau Missing You by Meg Cabot tu ke ofis, mana tau bosan-bosan (mmg selalu bosan pun) boleh baca, kan. Jadinya aku letak atas meja aku je masa aku tengah surf internet (sebab bosan jugak nih). Then a friend of mine datang and tengok buku tu. Dia kata,

"Sape bagi kat Nad ni?"

Aku kata,

"Nad kasi kat diri sendiri.."

Lebih kurang macam tu lah.

Harini pulak, aku bawak gi ofis buku yang pink tu A Place Called Here by Cecelia Ahern. Kawan yang lain datang and tengok buku tu. Dia kata,

"Siapa punya nih Nad?"

Aku,

tak terkata.

Diorang memang tak bajet aku beli novel omputih agaknye and muka aku tak menunjukkan ciri-ciri yang aku baca novel omputih. Haha.

Aku ni memang malas membaca pun sbenanye. Kasi la semangat sikit aku nak rajin membaca dengan niat mahu improve english aku. Isk isk.

Takpe, ini baru sahaja permulaan. Nanti aku tambah koleksi lagi tau! Haha.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails