Saturday, February 28, 2009

Makhluk Tuhan Paling COMEL Part 1



Adawiyah
3 tahun















P/S: Hari ini kawan satu batch dan satu course ku dari UTP telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya yang juga coursemate ku jugak.

Untuk pengetahuan kamu semua, dalam course ku, ade 3 pasangan iaitu Che Mun & Paceek, Arina & Zulbo, dan aku & Encik Gajah.

Jadi antara ketiga-tiga pasangan ini, pasangan Che Mun & Paceek telah mendahului yang lain. Tahniah Puan Siti Munirah & Encik Zamani! Seronoknya! :D

Maaf aku tidak dapat hadir kenduri di Kedah, insyaAllah aku akan ke kenduri di sebelah Johor nanti, k!


Aku dan Che Mun sebelum Che Mun bergelar Puan :)



P/S lagi: Saman di dalam taman dalam entri semalam tu bukannya di dalam taman seperti yang ditulis oleh orang MP Sepang tu, tapi ialah di tepi jalan je dekat tepi company aku kat Cyberjaya, tapi di tepi tu memang ada pokok bunga raya la. Huhu. (Cyberjaya ada taman ke?)

Btw thanks Aniey. Nanti bila aku dah pegi MP Sepang, aku cerita lagi kat korang ye!

Friday, February 27, 2009

Saman Di Dalam Taman

Kali ini ku mau ceritakan tentang kejadian bulan lepas.

Sewaktu di kampung haritu, aku dapat surat ni. Dialamatkan untuk Abah, tapi nampak je logo Majlis Perbandaran Sepang tu, aku dah boleh agak dah surat ape. Lalu aku terus membukanya..




Ia adalah notis peringatan untuk bayar saman!!

Nampak tak tu berapa RM kene bayar?

RM 1 ribu tahu!

Ia adalah saman ketika bulan November 2008.


Kertas kuning tu ialah surat saman


Kalau mata korang hebat, cuba baca apa yang tertulis kat surat saman tu.

Boleh?

Memang tak boleh sebab dah hilang pun tulisan dia. Huhu.

Tapi apa yang aku dan kawan-kawanku paling ingat sampai sekarang, yang tertulis kat surat saman tu ialah,

Kesalahan: Meletak kenderaan di dalam taman.

Thursday, February 26, 2009

Tak Reti-reti Nak Buat Tulisan 'Orang Dewasa'

Cik Nadia-Ady telah meng-tag ku lagi. Menarik jugak nih.

Sila tulis:

1. Nama / nama samaran kat alam maya
2. Tulis guna tangan kanan atau kidal
3. Huruf yang suka ditulis
4. Huruf yang tak suka ditulis
5. Tulis 'The quick brown fox jumps over the lazy dog'
6. Nama orang yang di tag


Tulisanku dan tangan yang telah menulisnya :D


Haih. Dah nak masuk 24 tahun tapi tak reti nak tulis sambung-sambung, kan? Dulu masa kecik-kecik tengok orang besar-besar tulis sambung-sambung macam lawa je tapi sampai sekarang tak reti-reti. Mungkin sudah ditakdirkan tulisan aku macam ni aje, macam budak sekolah :P

Lepas tu saiz tulisan pulak tak boleh nak besarkan lagi. Mesti jadi tulisan kecik jugak.

Dulu masa sekolah rendah, selalu guna pensel picit (mechanical pencil) untuk menulis. Tulisan pulak kecik dan tulis tak menekan (tak berbekas di mukasurat belakang) jadi memang seksa jugak cikgu nak membacanya. Aku ingat lagi masa tu darjah 4, ada seorang cikgu ni cakap,

'Agaknya sebab ni lah kot awak selalu pening kepala'

..sebab aku selalu pening kepala dan pengsan kat sekolah.

Haih. Suka hati cikgu je. Tak tau lah betul ke tak, mungkin tak kot, cikgu. Hehe.

Pastu masa darjah 6, ada seorang cikgu lain menasihatkan aku untuk berlatih menulis besar-besar dan menggunakan pensel 2B supaya boleh diaplikasikan sewaktu UPSR nanti. Namun begitu aku tidak ikut cakapnya sebab tulis besar-besar lenguh dan lambat jadinya, dan tak best pakai pensel 2B berbanding pensel picit :D

Tapi akhirnya sewaktu UPSR, aku guna gak pensel 2B (terpaksa) dan buat tulisan besar-besar untuk pertama kalinya. Yelah, mudah sikit orang yang tanda kertas peperiksaan aku tu nak baca, kan. Lagipun cikgu ada beritahu yang orang yang menanda kertas peperiksaan kita ni manusia jugak, mau nye dia bad mood tengok tulisan aku yang kecik-kecik dan susah nak dibaca tu, terus dia kasi fail kat situ jugak. Haha. Ha, tau pun cuak :P

Dan akhirnya, Alhamdulillah aku dapat la keputusan UPSR yang warna berterbangan (flying colours). Masa tu tahun pertama subjek Sains masuk dalam UPSR :)



P/S: Wee~ Encik Gajah balik lagi this week! Tadi baru ambik dia kat LRT Sungai Besi sebab esok dia ada meeting kat KLCC :D Dah 3 weekends berturut-turut dia balik hihi *winks*

Salah Satu Saat Indah Di Dalam Hidupku Telah Dibukukan

Finally!!

Sesuatu yang kutunggu-tunggu telah tiba!


Extremely urgent




Tada!!


It's a hardcover photobook!


..of our engagement day :)


Inside the photobook


Back of photobook


I am soooo happy!! :D

The quality is satisfying - worth it for me to pay RM208 for this :D

Mine is small landscape imagewrap hardcover, with Premium Smooth 170gsm paper inside, all 64 pages ;)

Sounds good?

You can have your own photobook too by visiting Photobook Malaysia website and download a software called MyPhotobooks Editor. By using the software, you can design your own photobook! You can choose from different sizes and types of photobooks available with affordable price :)

The software is so user-friendly and easy to use. After designing your photobook, you can upload it to submit using the software. Just follow the instructions given afterwards to proceed with the purchase.

In terms of payment, if you don't have credit cards, don't worry. You can make payment to the Maybank account provided in the website after uploading the photobook. And you don't have to pay the shipping fee :)

What are you waiting for? Design your own photobook now :) Don't miss the promotion that will end on 28th February (order one photobook and you will get a duplicate copy for free! - only applicable to certain items). Please visit the website for more info.

And don't forget to enter my referral code during your purchase: GF9Y46W4 to enjoy 10% discount! :)

All the best :D

Wednesday, February 25, 2009

5 Romantic Movies That I Want to Watch With Him?

Mari mulakan hari ini dengan tag dari kawan yang jauh ini.

Tagged by Cik Amanda Eltiqaz.

5 Romantic Movies That I Want to Watch With Him

1. I rarely watch romantic movies at the cinema with him.
2. And I don't mind.
3. I prefer to watch hillarious movies with him so that we can laugh together.
4. Watching any movies with him would always be fun to me.
5. But on second thought maybe I would want to watch Nana with him so that I can cry on his shoulders :')

DONE! :D


Terima Kasih

Sekarang sebenarnya sedang meng-update blog di pejabat. Baru tadi ada meeting tentang projek baru. Alhamdulillah akhirnya diriku akan occupied jugak (hopefully) dengan kerja-kerja yang membuatkan aku rasa ingin ke pejabat; dan tidak datang lewat ke pejabat dan pulang awal ke rumah. Harap-harap bermula minggu depan aku tak terasa bosan di pejabat.

2 hari yang lepas aku ada ambil certification untuk satu tool yang pernah aku belajar sewaktu mula-mula masuk syarikat ni. Jadi agak terisi lah jugak masa aku di pejabat. Tak sedar hari cepat berlalu apabila kita ada sesuatu yang perlu dilakukan. Jadi 2 hari lepas aku sampai ke rumah apabila hari sudahpun gelap.

Certification itu sangat susah bagi aku sebab aku tak biasa guna tool tu dan tiada hands-on experience. Begitu juga dengan sahabat-sahabatku di pejabat ni. Jadi kami sama-sama discover macam mana nak selesaikan soalan-soalan yang diberi dalam certification tu.

Tapi ada beberapa sahabatku yang usaha lebih banyak dari aku (memerah otak dan pulang lambat ke rumah) dan banyak menolongku menyudahkan certification tu. Terima kasih ya sahabat-sahabatku. Kamu tahu kamu siapa, kan. Aku terharu :')

Monday, February 23, 2009

Sesuatu yang sudah lama kutinggalkan

Telah di-tag oleh Cik Nadia-Ady berkening lebat itu ;)

The instructions are as per below:

1)Go to your photos folder in your computer
2)Go to the 6th folder of photos
3)Go to the 6th picture in that folder
4)Put the picture on your blog and description of it
5)Invite six friends to join the challenge
6)Link them in your blog and let them know they have been challenged



Baiklah. Mari kita mulakan.

Korang tahu kan aku sangat suka baby dan budak kecik?

Jadi gambar-gambar mereka sangat banyak di dalam simpanan aku. Aku ada folder khas untuk mereka yang comel-comel ini.

Nampak je budak kecik, asal ada kamera di tangan, aku akan snap je. Stalker kah aku? :P Kenal atau tidak budak tu, itu semua tolak tepi. Yang penting diorang sangat comel dan adorable tahu tak? :D

Setelah dikorek-korek folder gambarku, inilah dia gambar yang terkena.


Gambar asal


Comel kan? Tengoklah tu, putihnye, macam mak dia. Rambut perang pulak tu. Pipi gebu. Ish ish ish godaan...

Gambar ini diambil di Bandar Baru Bangi jugak. Rumah ibu saudara kepada sepupuku dari sebelah mak nye.

Budak ni ialah sepupu kepada sepupu ku. Namun bukan sepupu ku ye. Dan aku dah lupe nama dia sebab inilah kali pertama dan terakhir setakat ni berjumpa budak ni. Nasib baik lah ada gambar ni. Boleh buat kenang-kenangan. Harap-harap boleh jumpa lagi.


Setelah di-edit


Setelah di-edit, inilah hasilnya. Nampak lain sikit kan? Terserlah bulu matanya yang lentik tu.

Cuba perhatikan ekspresi muka dan mata dia. Apakah maknanya? Adakah dia pelik tengok aku snap-snap gambar dia? Haha. Kesian budak ni. Lagi dia buat muka macam tu, lagi lah aku rasa nak cubit je pipi dia. COMEL NYE!!


Dan orang yang ku mahu tag ialah:
1. Cik Afzanranai
2. Cik Kmar
3. Cik Dada
4. Cik Iqa
5. Kak Kunaz
6. Cik Noli


P/S: Dah lama aku tak buat karya fotografi. Dulu masa kat UTP rajin lah. Sejak kerja dah hilang rasa tu.

Sekarang tak boleh bawak kamera ke mana-mana macam dulu. Sebab sejak pindah rumah di Kajang ni, kamera ku tak tau mana letak dah. Ish ish. Nasib baik ada fon berkamera. Walaupun kualiti tak berapa bagus sebab tak berapa canggih, tapi boleh la..Tapi untuk seminggu ni Encik Gajah telah meminjamkan kameranya yang bes! Leh la bermain-main dengannya. Hihi. :D

Sunday, February 22, 2009

Dia Romantik Tak?

Selalu kawan-kawan aku bertanya tentang Encik Gajah.

Dia romantik tak?

Dan selalunya jawapanku ialah,

Tak, dia tak romantik

Dalam konteks ni, aku selalu kategorikan romantik dan gentleman dalam satu kategori yang sama.

Bila difikir-fikirkan, dia memang tak romantik mahupun gentleman. Dia tak pernah belikan bunga untukku, tak pernah bukakan pintu kereta untukku, tak pernah hadiahkan aku coklat, tengok wayang pun seingat aku hanya sekali tonton wayang berunsurkan genre romantis. Yang lain-lain semuanya yang ber-genre aksi dan humour.

Pada suatu masa, dia pernah cuba untuk menjadi gentleman. Tapi sekejap saja, lepas tu dia berhenti. Bila aku tanya kenapa, dia kata dia sudah malas. Aku tidak kisah dia mahu menjadi gentleman atau tidak, sebab mungkin bila dia jadi gentleman, aku jadi rimas. Dan dengan menjadi gentleman, dia tak menjadi dirinya sendiri. Dengan kata lain, hipokrit.

Mesti korang tertanya-tanya, kenapa aku masih setia walaupun dia tak romantik dan tak gentleman? Bukankah itu ciri-ciri seorang perempuan inginkan pada pasangannya?

Bagi aku, jawapannya senang saja:

Kerana aku sangat selesa berada di sampingnya.

Tapi kenapa aku selesa dengannya? Setelah semalaman aku berfikir, barulah tahu kenapa. Ini ialah isi penting kepada jawapan itu. Hehe.

1. Dialah satu-satunya orang yang kalau aku bercakap dengan nada biasa dan dengan volume biasa suaraku, aku tak payah ulang 2 kali. Sebab selalunya orang-orang lain akan cakap "Hah?" lepas aku kata sesuatu, sebab mereka tak dengar dengan jelas suara aku, dan aku terpaksa ulang kata-kata tu sekali atau kadang-kadang berkali-kali lagi dengan suara lebih kuat supaya mereka dapat dengar.

Dan yang peliknya, walaupun aku mumble untuk tujuan memerli atau sebagainya dengan suara yang perlahan pun, dia tetap akan dengar. Haha.

Sebenarnya aku pelik juga kenapa dia je yang boleh dengar suara aku walaupun perlahan. Jadi aku ajukan soalan yang bersarang di kepala aku tu padanya. Nak tahu apa dia jawab?

Dia: Sebab telinga Abg besar.
Aku: A'a lupa pulak Abg ni gajah.


..dan kami tergelak bersama. Tetapi lepas tu dia jawab dengan serius soalan aku tadi.

Dia: Mungkin sebab dah selalu dengar bunyi yang berfrekuensi macam tu kot.
Aku: Ooo..


Aku membuat tafsiran: Mungkin dah selalu dengar suara aku yang perlahan jadi kena selalu bersedia untuk mendengar suara yang perlahan lagi selepas-selepas itu ;)

2. Dia tak pernah marah atau merungut apabila aku mengambil masa lebih lama dari yang orang lain gunakan untuk sembahyang dan bersiap semula di public places, contohnya shopping complex.

Biasanya kalau orang kat surau tak ramai, aku akan mengambil masa 20 minit iaitu untuk ke tandas, lepas tu ke surau untuk ambil wuduk, sembahyang, dan bersiap semula. Tapi kalau orang ramai sikit, biasanya mungkin lebih kurang setengah jam kot. Hehe.

Dia dah faham sangat yang aku tak boleh cepatkan lagi masa tu sebab yang 20 minit tu kira dah cepat dah tu bagi aku. Takkan nak sembahyang laju-laju kot, kan?

Itulah 2 isi penting yang aku tak tau aku akan jumpa benda ni kat orang lain ;)

Kesimpulannya, dia tak romantik, dia tak gentleman, tapi dia sweet :)

Saturday, February 21, 2009

Pre-Wedding Photoshoot

Tajuk tu tipu je. Haha. Saje gurau-gurau gitu, voleee kannss? Bak kata en_me.

Siang tadi ke Bandar Tasik Selatan untuk menghadiri Majlis Pertunangan Encik Jefri dan Cik Ehsan. Majlis dijadualkan bermula jam 2 petang tetapi rombongan pihak lelaki terperangkap di dalam kesesakan jalan raya, maka majlis hanya bermula setelah jam 3.++

Rata-rata kami tiba di rumah Ehsan pada jam 2 petang. Sementara menunggu, kami selaku kawan-kawan Jep dan Ehsan yang 'supportive' telah terlebih dahulu membuat shooting outdoor di sebelah rumah Ehsan iaitu taman permainan.









Setelah majlis berakhir, kami dijamu dengan makanan yang enak dan pelbagai jenis. Seronok la dapat makan sedap, free pulak tu. Haha. Kepada Jep & Ehsan, semoga panjang jodoh ye! Tunggu date 080809 untuk korang kawen pulak. Haish. Potong barisan sungguh! :P


Cantik kan? *wink*






P/S: Apasal la orang selalu cakap kat aku, "Eh, muka awk macam familiar la..". Tadi dalam majlis tunang tu je dah 2 orang cakap macam tu. Tu tak kira sepanjang aku idup lagi tu. Sama muka dengan jiran lah, sama muka dengan sepupu lah. Isk. Apakah petandanya??

Friday, February 20, 2009

The Punisher vs SuperGajah

Semalam Encik Gajah pulang ke Bangi. Kali ni first time aku tak fetch dia sebab badan macam tak berapa larat sebab selesema dan sakit tekak. So, adik dia pegi ambik dia kat LRT Sungai Besi.

Tadi tengok muvi dengan Encik Gajah, muvi The Punisher. Tak plan pun nak tengok. Ingatkan nak tengok Upin & Ipin, sekali waktu tayangan tengah malam pulak. Waktu tayangan yang lain dah full. Ingatkan tak jadi tengok wayang terus. Sekali Encik Gajah cakap,

Jom, kita tengok The Punisher, nak?

Pastu menonong je beli tiket. Haih. Ada paksaan di situ. Ish2.

Jauh tu beza antara Upin & Ipin dan The Punisher. Isk.

Tapi takpelah, ok jugak la muvi tu sebab hero dia agak sedap mataku memandang. Hehe. Yang lain-lain, kureng sikit sebab muvi tu ganas tapi banyak scene yang kene potong jadi dah tak brutal dah.


Ray Stevenson as The Punisher


Orang dalam wayang tu pun tak ramai. Kami berdua duduk kat barisan ke-5 dari depan dan takde orang pun depan kami mahupun sebaris dengan kami. Haha. Kami memang suka duduk area tengah-tengah macam tu.

Biasanya kalau kami tengok wayang kami akan pilih seat yang sebegitu, tak seperti sesetengah orang yang suka duduk paling atas. Aku pun tak tau kenapa. Tak ke jauh dari skrin? Ish ish ish.

P/S: Esok Encik Jep tunang. Yeay! Dapat menambah koleksi gambar ;)
P/S lagi: Abaikan tajuk. Mana boleh The Punisher lawan SuperGajah. Kan? :P

Thursday, February 19, 2009

Bulan Ke-6

Pejam celik, pejam celik, tak terasa yang semalam sudah 6 bulan peristiwa itu berlaku.

Nak letak gambar kat sini tiba-tiba terjumpa salah satu website Kuku Besi sewaktu mencari calon-calon fotografer untuk majlis nanti. Kat situ ada sedikit tips bagaimana nak mencantikkan gambar. Jadi aku apply lah kat 2 bijik gambar kat bawah ni. Lihatlah gambar sebelum dan selepas di edit olehku :D


Sebelum


Selepas


Sebelum


Selepas


Haha. Macam manakah? OK kah? Kalau buruk pun takpe sebab cuba-cuba aja dong.

Dah 2 hari aku selesema dan 3 hari aku sakit tekak. Haih dah habis gastrik, minggu ni selesema lah pulak. Cuaca tak menentu sebab kalau panas tu memang panas sungguh. Tengok-tengok tiba-tiba hujan pulak. Macamana lah badan aku nak stabil kalau cuaca pun tak stabil. Haha.

Pendek saja entry kali ini.

P/S: Sori kepada sesiapa yang menunggu entry dariku semalam. Takde mood dan tak berapa sihat sejak akhir-akhir ini.

Tuesday, February 17, 2009

Konflik Dalam Diri

Dua-tiga hari ni perasaan tak best selalu datang.

Ini yang ada dalam kepala aku sekarang:

1. Datang keje tapi takde keje. Tapi kene datang gak tunjuk muka.
2. Encik Gajah sangat busy dengan kerja. Selalu bad mood dan tak sempat nak bercerita apatah lagi bermanja-manja. Aku rasa terbiar.
3. Nak tukar keje tapi takde yang nak amik aku keje.
4. Rasa nak keje part-time kat 7e utk tambah pendapatan.
5. Kes semalam.
6. Patut dapat bonus bulan lepas tapi kena hold dulu sebab kampeni tengah dalam masalah. Ingatkan boleh guna duit tu untuk beli perabot dalam bilik pengantin nanti tapi sekarang hanya tinggal angan-angan.
7. Tadi ade orang brag ngan aku bende yang tak sepatutnya dia brag about. Menyampah.
8. Kadang-kadang terfikir apa tujuan aku hidup? Tiap-tiap hari buat benda sama, lalui perkara yang sama diulang-ulang setiap hari.
9. Aku dah fikir. Aku dah ada cita-cita baru. Kalau aku mati pun, aku nak mati lepas lahirkan anak.
10. First week of March aku akan buat full checkup. What if daripada situ aku dapat tahu yang aku akan hidup 6 bulan je lagi?

Monday, February 16, 2009

You'll See Another Side of Me

Harini pergi kerja agak awal. Dan kalau bertolak awal biasanya memang jem sikit nak keluar dari Bangi. Jadi kalau nak sampai cepat kena lah cilok-cilok. Kalau tak, buat penat je aku bangun pagi-pagi tak tido lepas subuh pastu tak dapat parking dalam kampeni.

Jadi tadi masa mencilok tu aku di-hon dengan panjangnye oleh seorang manusia membawa kereta buatan Malaysia.

Poooooooooooooooooooooooooooooooon!
Kereta itu meng-hon aku

Aku pun bawak kete buatan Malaysia jugak. (Saja ckp buatan Malaysia sebab tak mau cakap detail pasal kete tu).

Bengang sungguh. Hon punye lah lama seolah-olah aku amik parking dia (contoh). Padahal aku cilok bukannya masa dia betul-betul kat tepi kereta aku (contohnya kat blind spot) sampai menyebabkan dia kene hon untuk sedarkan aku bahawa aku akan mencalarkan kereta dia kalo aku cilok. Dia jauh lagi ok untuk memberhak kan dia nak hon aku. Dia masih ada banyak ruang dan masa untuk brek.

Terkejut lah tu bawak laju2 tetiba kena brek mengejut. Sapa suruh ko bawak laju-laju walaupun ko dah nampak bertimbun kete kat depan ko tengah tunggu traffic light dan ko dah patut bersedia untuk membrek awal-awal lagi. Cheh!

Kete tu betul2 kat belakang kereta aku lah lepas aku mencilok. Tak tahu lah kereta tu pemandunya jantina apa sebab aku tak nampak sebab aku silau. Aku buat dek je sebab aku tak rasa aku salah pun. Aku tak angkat tangan kat dia tanda maaf. Pada aku dia yang gelabah lebih-lebih.

Kalo ko lelaki, ko kene cool la weh. Tak macho ar gini. Kalau ko pompuan, ko kene cool jugak. Aku slalu je kene macam ko. Aku cool je. Kenapa ko tak boleh?

Aku memang ego dan keras kepala. Kalau aku rasa aku tak salah, aku takkan mintak maaf. Kecuali lah orang tu kawan aku yang aku kena jaga hati walaupun pada pemikiran aku, aku tak salah.

Lepas tu aku cilok-cilok lagi dan tinggalkan dia di belakang. Haha. Slow la ko!

Chett!



P/S: Malam ini malam ke-bengang-an.

Sunday, February 15, 2009

Cap Ayam Punya Tombol!

Seperti tajuk yang tertera di atas, kali ini aku ingin menceritakan tentang apa yang berlaku malam kelmarin.

Macam biasa lah, sebelum keluar rumah, mestilah kunci bilik dahulu. Lepas tu keluar lah.

Bila dah balik tu, waktu sedang unlock pintu bilik, tiba-tiba tempat masuk kunci untuk unlock tu terburai. Kalo korang takleh bayangkan, sila lihat gambar di bawah.




Korang pernah tak mengalami situasi macam ni? Apa yang korang buat? Pintu takleh bukak nih sbb kunci pun dah takleh masuk. Haihh..

Ada gak la try cucuk screw driver kat tempat masuk kunci tadi mana lah tau leh terbukak ke pintu tu kan. Tapi seperti yang dijangka, memang tak boleh.

Atas cadangan seorang housemate ku, apa yang aku buat ialah tendang pintu tersebut. Dah lama betul tak praktis karate. Haha. 3 kali tendang je pintu dah retak skit. Aduhai. Ni satu lagi cap ayam. Tapi sambung tendang lagi kat bahagian lain pulak. Memang nampak la pintu tu dah mula terkedalam. Tapi bila buat lama-lama masih tak terbukak pintu.

Masa pintu dah termasuk ke dalam sikit, try guna cara 'smart' iaitu pakai kad (bukan kad pun sebenarnya, pakai penutup container tau fu fah je) tapi tak jadi jugak.

Lepas tu housemate ku try pulak ketuk tombol pintu guna pemegang screw driver tu. Ketuk ketuk ketuk, dah tercabut tombol. Haha senang giler. Memula dah happy dah ingatkan dah boleh bukak pintu, rupa-rupanya masih tak boleh. Tersekat sebab ada lagi sebahagian mekanisma yang mengunci pintu tu selain tombol masih lekat kat situ. Huu~

Kami bergilir-gilir tendang lagi tapi takde harapan. Kami pun cuba lah cungkil pulak kayu pintu kat bahagian yg tersekat tu dengan harapan dapat bawak keluar benda yang tersekat kat dalam tu. Macam-macam dah guna seperti screw driver, pisau, lesung. Akhirnya jadi macam ni.


Nampak tak ada lubang kecik kat belah kiri bulat tu selain bulat tu? Yang bahagian tu lah dicungkil


Pastu dah takleh bukak gak, kami pun tendang-tendang lagi, pastu penat. Bila dah penat, kami berenti untuk kembalikan energi iaitu dengan memakan burger yang baru dibeli sebelum pintu ni buat hal.


Burger special cheese yang sedap giler dari Fasa 4 Bandar Baru Bangi. Bahagi 2 sbb makan dengan housemate. Sharing is caring


Bila dah makan,rest-rest jap. Dah lebih sejam berlalu masa tu. Encik Gajah pun offer untuk tolong. Masa tu kul 11 pm ++. Dia cakap dia nak tolong sebab dah sejam lebih pun tak boleh bukak lagi pintu tu. Jadi dengan keizinan mak dia, dia datang lah umahku dengan membawa segala kelengkapan yang sepatutnya untuk 'invade' bilik aku. Haha.

Sekali dia cungkil dan tolak, terbukak daaaa...


Dia hanya mengambil masa seminit untuk melakukannya. Kuat sungguh Encik Gajah ni ek. Hehe. Sebenarnya tool yang dia guna lebih 'canggih' dari yang kami guna. Tak tau apa nama dia. Macam screw driver tapi panjang. Senang skit nak cungkil. Tak sempat amik gambar. Dah siap tu dia trus keluar. Kesimpulannya dia berada dalam rumahku kurang dari 5 minit. Haha.

Encik Gajah dah kini upgrade jadi SuperGajah!

Buruk la pulak nama tuh. Ok kekal Encik Gajah saja.

Saturday, February 14, 2009

Kerana Semangkuk Bihun Tomyam..


Kerana semangkuk bihun tomyam, aku tak pegi kerja 2 hari
Kerana semangkuk bihun tomyam, aku gastrik
Kerana semangkuk bihun tomyam, aku dapat MC
Kerana semangkuk bihun tomyam, aku kena makan ubat
Kerana semangkuk bihun tomyam, aku berulang-alik ke tandas
Kerana semangkuk bihun tomyam, aku rasa penat je
Kerana semangkuk bihun tomyam, aku rasa nak tido setiap masa

Awat salahkan bihun tomyam lak?
Aku yang gatal nak makan sebab dah lama tak makan (mengidam lah tu)
Adeh

Tapi kerana semangkuk bihum tomyam lah, aku tak payah gi kerja (yeay!)
Dan kerana semangkuk bihum tomyam lah, Encik Gajah temankan aku gi klinik :D
Dia bukan selalu ada kat sini
Kerana semangkuk bihum tomyam lah, benda kecik macam ni pun jadi besar
Kan?

;)

Jangan Tinggal Daku



I've been sitting here staring at the clock on the wall
And I've been laying here praying, praying she won't call
It's just another call from home and you'll get it and be gone
And I'll be crying

And I'll be begging you, baby, beg you not to leave
But I'll be left here waiting with my heart on my sleeve
Oh, for the next time we'll be here seems like a million years
And I think I'm dying

What do I have to do to make you see she can't love you like me?

Why don't you stay?
I'm down on my knees
I'm so tired of being lonely
Don't I give you what you need?
When she calls you to go
There is one thing you should know
We don't have to live this way
Baby, why don't you stay?

You keep telling me, baby
There will come a time
When you will leave her arms
And forever be in mine
But I don't think that's the truth
And I don't like being used
And I'm tired of waiting

It's too much pain to have to bear to love a man you have to share

Why don't you stay?
I'm down on my knees
I'm so tired of being lonely
Don't I give you what you need?
When she calls you to go
There is one thing you should know
We don't have to live this way
Baby, why don't you stay?

I can't take it any longer
But my will is getting stronger
And I think I know just what I have to do
I can't waste another minute
After all that I've put in it
I've given you my best why does she get the best of you?

So next time you find you wanna leave her bed for mine

Why don't you stay?
I'm up off my knees
I'm so tired of being lonely
You can't give me what I need
When she begs you not to go
There is one thing you should know
I don't have to live this way
Baby, why don't you stay?



P/S: Sangat sangat sangat suka lagu ni sekarang. Boleh kata setiap masa dengar lagu ni. Haha. Sian Encik Gajah sampai dia pun dah ter-suka dan ter-boleh-nyanyi lagu ni dah :P

Friday, February 13, 2009

This is the reason why I blog everyday

Korang perasan tak sejak akhir-akhir ini aku update blog setiap hari? Hehe.

Sebabnya ialah...

Sekarang aku ada sambungan internet sendiri! Akhirnya, dapatlah daku online di rumah setiap hari bila-bila aku suka :D Shiawase~

Tengah bulan Januari lepas pegi beli bende ni di The Mines.


Inilah modem yang ku beli. Maxis Broadband - Power Package (kelajuan up to 3.6 MB). RM100 perlu dibayar sebelum menggunakan modem ni. Pengguna tak boleh hentikan servis selama setahun (kontrak). Selepas setahun, automatik modem ni akan jadi milik pengguna.

Bayaran bulanan untuk pakej ni ialah RM98 tetapi untuk Maxis postpaid users macam aku, dapat rebate sebanyak RM10. Jadi bulanan hanya perlu bayar RM88 je. Murah kan?

Sebelum ni pernah kongsi Maxis Broadband dengan housemate pakai pakej 640 Kbps punye. Yang tu bulanan kena bayar RM 78. Tambah RM10 lagi, dah leh dapat yang aku pakai sekarang ni. And kelajuan dia pulak memang jauh sangat beza, berkali ganda. Jadi memang tak rugi kalau ambik Power Package ni.

Sebenarnya utk Power Package ni ada 2 jenis modem. Satu mobile and satu lagi tak mobile. Yang aku pakai sekarang ni tak mobile punya. Tapi boleh jer nak bawak pegi sana sini cuma mcm gedabak sikit la jika dibandingkan dengan mobile punye. Yang mobile tu modem kecik kaler putih tu. Memang sesuai utk org yg pakai laptop. Senang nak dibawa ke sana kemari. Tapi harga pakej tu lain la daripada yang aku pakai ni.

Maxis Broadband ni memang OK cuma kena tengok kat mana area yang nak digunakan sebab tak semua area ada coverage. Jadi sebelum membeli, kene tanye lah dulu sama ada kawasan anda di cover oleh Maxis Broadband ni atau tak.

Untuk details yang lebih lanjut tentang wireless broadband yang kupakai ini atau yang sewaktu dengannya, sila ke link ini.

Jadi, kesimpulannya ialah, rajin-rajinlah check blog ni setiap hari. Haha.

Thursday, February 12, 2009

Terima Kasih

Jumaat malam sabtu lepas, aku pergi melawat pakcikku yang eksiden tempoh hari itu di UM. Bukan nak lawat dia sangat sebenarnya, yelah, bunyinya macam teruk sangat je sampai kena lawat-lawat. Hehe. Dia dah OK dah pun. Dah boleh jalan macam biasa dah cuma masih ada sakit sikit-sikit lagi.

Tujuan utama aku ke sana ialah atas urusan bisnes. Wah, bukan juta-juta ek. Adelah sikit. Then ianya berlarutan sehingga jam 12 malam. Jadi aku pun tak berani lah nak drive sorang-sorang balik ke Kajang di tengah malam buta. Jadi setelah berfikir sejenak, pakcikku telah mencadangkan aku untuk bermalam di rumah kawannya yang juga kawan lama ku dari sekolah rendah lagi.

Malu sebenarnya nak pergi tumpang tidur rumah orang tiba-tiba je. Dah lah tak selalu contact dengan dia. Lain lah pakcikku tu. Diorang sama-sama belajar kat UM dan agak rapat. Tapi oleh kerana tiada pilihan lain, jadi terpaksalah menyusahkan kawanku itu. Sian dia..

Aku yang dengan sehelai sepinggang ni, dah la baju dari ofis (nasib baik hari jumaat boleh pakai casual) menumpang lah tidur di rumahnya. Kawan ku itu sangatlah baik hati memberi pinjam baju tidurnya kepadaku. Semua benda yang aku perlu, semuanya dia provide kecuali yang tak boleh nak tolong lah kan. Paham-paham jelah. Baik sangat! Aku terharu. Layanannya sangat baik tip top lah. Tahulah dia kerja bahagian customer service. Hehe.

Yang aku nampak, dia ni sekarang dah lain dah dengan waktu sekolah rendah dulu. Sekarang dia lemah lembut dari segi pertuturan dan tingkah laku. Yelah, mana nak sama dengan dulu masa sekolah rendah. Ingat-ingat lupa je kat semua orang. Hehehe.

Bila dah lama tak jumpa, macam-macam jugaklah kami sempat bercerita sebelum melelapkan mata. Kalau tak sebab badan ni dah penat, dan memikirkan dia nak OT esok harinya, terpaksalah jugak tidur. Agaknya kalau tak sebab semua tu, kami tak tertidur kot oleh kerana masing-masing dah lama tak update. Hehe.

Pagi-pagi esoknya dia bangun awal dan masak nasi goreng. Rajin betul. Baguslah, calon isteri yang baik. Lepas dah siap-siap, aku hantar dia ke pejabat sebagai membalas budinya.

I hope we can spend time together and be a good friends again. Thank you Diyana for the great hospitality! :)

Wednesday, February 11, 2009

Questions

Tagged by Cik Kmar yang baru tukar layout jugak itu.

Those that I want to tag for this one are:
(Kalau rajin, buatlah. Kalau tak rajin, sambung baca sampai bawah je. Haha)
1. Kak Kunaz yang terer mekap
2. Cik Dema yang jauh nun di Korea
3. Cik Iqa yang slim
4. Encik Hasbullah si penulis cerpen
5. Encik Zamani yang akan bertukar status tak lama lagi
6. Encik Sallehin yang baru je masuk 23 tahun

1) What do you know about 1?
Seorang atlet yang berjaya sewaktu sekolah rendah. Dia senior aku masa tu, and pernah menjadi kakak angkatku. Hehe. Tak tau lah dia masih ingat peristiwa itu ke tak.

2) What would you do if you never meet 2?
Mestilah saya tak kenal dia. Kan?

3) What would you do if 3 & 4 date you?
Cik Iqa date aku? No no no. Haha. Err..Bullah? Hmmm..hmmm...Impossible. Dia tak cari perempuan macam aku :P

4) Would 5 & 6 make a good couple?
A good ghey couple I guess. Haha.

5) Do you know everything about 3's family?
Not everything. Ada lah sikit-sikit dia cerita.

6) Tell me something about 6
Budak kecik yang pernah buncit tapi telah hilang assetnya itu setelah kebizian di pejabat.

7) What language does 2 speak?
Oh, memang seswai sungguh soklan nih. She speaks Malay, English and Korean language :D

8) Who is 3 going out with?
Encik Azharr. Har Har Har. Ooops. Main-main je. Hehe.

9) How old is 4?
Same age as me. Will be turning 24 this coming March.

10) 5?
Same-lah.

11) Who is 6's fav singer?
Err.."Adek, ape fav singer ko hah?"

12) 1?
...pun tak tahu T_T

13) Is 4 single?
Macam single, tapi macam tak. Misteri.

14) What is 3 last name?
Ayahnya bernama Wan Iskandar. Nama gelemer dia (bukan ayah dia) ialah Iqa Iskandar. Best kan? Aku yang make up nama ni. Hehe. Perasan.

15) What u consider being in relationship with 1?
Nak kene bantai ngan husband dia??

16) What are u talking about?
*blur*

17) What school did 2 go to?
Sekolah Kebangsaan Kampung Raja, Sekolah Menengah Tengku Mahmud I, MRSM Jeli, Matriks ___________, UPM, UPSI, dan Universiti __________ kat Korea. Haha.




P/S: Last Sunday, my housemate pulak yang accident. Dia mengantuk semasa drive sehingga tak sedar kereta dah masuk ladang kelapa sawit dan langgar sebatang pokok. Kereta remuk dan cermin retak. Kepala dan dadanya terhantuk kat stereng kereta. Namun dia OK. Haih. Banyak sungguh eksiden di sekelilingku sekarang ni.

Tuesday, February 10, 2009

Kelas 2 Hijau SKKR 1993

Sambungan kepada entry ini, ku ingin tunjukkan gambarku sewaktu di dalam kelas pulak. Kali ni lebih clear :D


Dari kiri: Othman, Afifi, Mastura, Nadiah, Mahirah

Tengoklah, Mastura dan Mahirah senyum je. Aku pulak nampak macam takut dan gabra, atau mungkin malu. Yang mana satu perasaan sebenarku waktu itu aku pun dah lupa. Cuma yang aku ingat, aku rapat dengan Mahirah yang putih melepak itu.

16 tahun kemudian..

Othman ialah 2 pupu ku. Ayahnya dengan Abahku ialah sepupu. Sekarang aku tak berapa pasti yang dia masih belajar ataupun sudah bekerja. Tapi sewaktu aku mengunjungi rumah keluarganya pada hari raya 2 tahun lepas, dia kelihatan sungguh kacak di dalam potret. Mati-mati aku ingatkan gambar itu kepunyaan artis mana lah yang orang dalam rumah tu minat. Memang tak sangka itulah rupanya yang terbaru. Dapat tahu pasal ni pun sebab Kak Ngah yang bagitahu. Memang dah lama sungguh tak jumpa dia.

Afifi pula ialah anak kepada rakan rapat Ummi dan Abah. Sewaktu kami masih di sekolah rendah, rumah kami sebelah-menyebelah. Jadi aku selalu lah ke rumahnya untuk bermain, makan, atau menyambut harijadi. Yang lain-lain aku tak ingat. Oleh sebab itulah aku dan dia di'kenen'kan oleh rakan-rakan di sekolah. Namun bagi aku, aku tak ada rasa apa-apa terhadapnya. Kecik lagi lah masa tu nak jatuh cinta. Haha.

Selepas Tahun 6, kami tak jumpa lagi sehinggalah dia memasuki UTP juga 1 semester selepas aku memasuki UTP. Sewaktu darjah 4 pula, aku sekeluarga berpindah ke rumah lain tapi dalam daerah yang sama. Keluarga dia pun sudah berpindah ke rumah lain, yang juga di daerah yang sama, cuma jauh sikit dari rumah asal. Jadi keluargaku dan keluarganya dah tidak serapat dulu, sehinggalah kini. Cuma kadang-kadang ada jugalah kontek. Kalau tak salah aku, sekarang dia bekerja sebagai Civil Engineer di Damansara di samping menjadi freelance photographer.

Mastura pula, aku memang lost contact terus. Memang tak tahu langsung apa yang dia buat sekarang. Kalau dah kahwin pun aku tak tahu. Sebab sejak Tahun 3, kami sudah tidak sekelas lagi. Bila dah berlainan kelas, kelompok kawan-kawan pun dah berbeza. Aku pun tak tahu kenapa tak rapat dengan budak kelas lain masa sekolah rendah dulu.

Mahirah ni walaupun dulu rapat dengan aku, sekarang dah lost contact jugak. Pernah lah suatu masa, seingat aku sewaktu di sekolah menengah, kami berutus surat dan bertukar-tukar gambar. Tapi sudah terhenti di situ saja. Kalau tak silap, lepas tu dia dapat melanjutkan pelajaran ke UTM Skudai. Itu pun sebab Ummi yang bagitau. Harap-harap dia masih ingat aku lagi. Mahirah if you read this, please contact me, okay!

Itu sajalah ulasan tentang rakan-rakan sekelasku di Tahun 2.

Bagaimana dengan korang, masih simpan gambar-gambar lama dan masih ingatkah korang pada kawan-kawan lama korang dalam gambar tu?

Monday, February 09, 2009

Happy 45th Birthday, Ummi!


My dearest Ummi turns 45 today :)


Senyum~


Ummi, me, and Mak: Bermacam-macam emosi di situ :P
Abaikan mukaku. Haha


I love u Ummi~~
Muahhxx! :*

Sunday, February 08, 2009

Persiapan Perkahwinanku Bermula :D

Last week sewaktu di kampung selama seminggu, aku dah mula buat persiapan perkahwinanku. Walaupun ianya akan berlangsung 9 bulan dari sekarang, aku tak mahu tergesa-gesa nanti. Lebih baik buat sikit-sikit mula dari awal.

1. Pelamin
Dah mula survey. Aku dah ke beberapa kedai yang ada sekitar daerah tu. Ada gak ura-ura nak survey kat Kota Bharu tapi belum sempat lagi nak ke sana. Buat masa ni, mungkin sudah ada pilihan di hati. Tapi kalau jumpa yang lebih baik, mungkin akan tukar. Masih ada masa lagi, kan?

2. Photographer
Sudah buat keputusan dan minta quotation dari photographer tersebut. Memang dah lama berkenan dengan hasil kerjanya. Plus, memang dia orang Terengganu jadi senang dan lebih dekat. Tak payah dia travel jauh-jauh. Harga pun berpatutan dan afforable. Cuma belum booking lagi.

3. Warna Tema Majlis
Setelah berbincang, aku dan keluarga sudah bersetuju dengan tema warna putih dan biru turqoise. Putih memang wajib sebab itulah warna yang paling disukai.

4. Juru Make-up
Sedang berfikir-fikir sama ada nak ambil orang yang sama sewaktu majlis tunang dulu atau tak. Kalau ambil orang yang sama, maknanya akan masuk dalam harga pakej pelamin + sewa baju sanding + dan lain-lain. Kalau tak, mungkin akan ambil seorang make-up artist lain dari Kuala Terengganu yang ku berkenan jugak dengan hasil kerjanya.

5. Kad Undangan
Dah survey dah melalui internet dan ada berkenan dengan beberapa design dari kedai-kedai yang berlainan. Masih berfikir-fikir lagi nak pilih yang mana. Sebab kalau boleh nak pegang kad tu dengan tangan sendiri baru puas hati :D

6. Kursus Pra-Perkahwinan
Dah ambil dah tahun lepas. Alhamdulillah dah tak payah fikir dah :P

7. Baju Akad Nikah
Kainnya dah dibeli bersama kain baju tunang dulu sebab nak letak dalam hantaran tunang. Last week dah hantar kain tu ke tailor di kampungku. Harap-harap badan tak naik lah. Hehe.

8. Tudung Akad Nikah
Dah cari dah masa balik kampung haritu jugak. Tapi susah nak cari tudung yang match dengan warna baju akad nikah, sebab baju akad nikah bukan warna putih. Masih mencari lagi.

9. Tempat Penginapan Keluarga Dari Sebelah Pengantin Lelaki
Dah tanya Abah, sebab aku tak tahu sangat pasal resort mana yang OK kat Besut tu. Jadi Abah dah cadangkan padaku Demong Beach Resort yang terletak lebih kurang 10 ke 15 minit dari rumahku. Dah pergi tengok lokasinya haritu.

10. Jamuan Kenduri
Setelah berbincang dengan keluarga, aku sudah setuju dengan cadangan Abah untuk tidak mengambil servis katering. Alasannya ialah; katering kosnya tinggi, dan kalau masak sendiri bergotong-royong nanti insyaAllah akan ada ramai orang nak tolong katanya. Aku ON je.

11. Perabot Untuk Bilik Pengantin
Sudah pergi survey di beberapa kedai perabot iaitu di Jerteh dan Pasir Putih. Sudah ada yang berkenan cuma duitnya belum ada. Jadi bila dah nak dekat dengan majlis nanti baru beli kot. Set bilik tidur ni memang penting sebab dalam bilikku itu tak ada perabot langsung. Tidur pun atas toto je sejak pindah rumah. Kesian aku dan adikku yang tidur sebilik, iaitu Kak Chik. Hehe.


Aku berharap majlis perkahwinanku nanti nampak sweet dan comel. Secara keseluruhannya, sederhana dan tak membazir. Paling penting makanan yang dihidangkan nanti sedap. Jadi tetamu akan pulang dengan hati yang senang sebab puas makan. Hehe. Doaku agar majlis itu nanti lancar dan diredhai. Amin.

Saturday, February 07, 2009

Yang Orang Lain Tak Tahu?

Sudah di-tag oleh ex-classmate ku iaitu Encik Agho.

Tag: 10 perkara ttg diri kamu, yg org lain tak tau?

1. Bilangan adik beradik sepatutnya 10. Namun hanya 6 yang survive.
2. Pernah couple dengan 3 orang lelaki sebelum Encik Gajah.
3. Seorang yang ego dan degil.
4. Agak boros dalam berbelanja.
5. Suka berniaga sejak kecil.
6. Pernah mempunyai hobi mengumpul setem.
7. Bukan seorang yang cergas, selalu sakit sejak kecil.
8. Tak boleh bau wangi-wangian, nanti pening dan terasa loya.
9. Mempunyai sindrom stage fright yang tinggi yang diwarisi dari Abah.
10. Tak pernah simpan buah tangan dari majlis perkahwinan yang dihadiri, kecuali yang boleh dimakan.

Kalau boleh nak tag rakan-rakan blogger baru yang comel-comel iaitu:
1. Cik Nadia-Ady
2. Cik [Eclipse]
3. Cik Wani Ezryl
4. Cik Afzan Ranai




P/S: Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang penipu?

Friday, February 06, 2009

Bertukar Wajah

OK tak wajah baru blog ni?

Blog berwajah baru konon-konon menyambut ulangtahunnya yang pertama last week :D

Dah lama nak tukar rupa paras blog ni tapi tak jumpa yang berkenan di hati. Akhirnya terjumpa The Cutest Blog On The Block kat blog Honey To The Bee yang mempunyai layout yang comel itu. Thanks kepada tuan punya blog itu ye :)

Pilih punya pilih kat The Cutest Blog On The Block tu, akhirnya aku memilih layout yang korang semua nampak ni. Rambang mata betul lah masa pilih layout tu sebab semuanya comel-comel!


Layout ni terpilih sebab:

1. Blog tak rasa sempit macam dulu sebab extendable
2. Mata kurang sakit berbanding dulu sebab warna background ialah putih dan tulisan ialah hitam
3. Tulisan lebih besar
4. Aku suka warna hitam dan putih. Kombinasi warna hitam, putih dan merah nampak smart
5. Design yang tak serabut dan comel bagiku


Tambahan pula, blog ni sekarang dah boleh di-follow. Dulu tak boleh sebab layout tu tak membolehkan orang follow blog ni. Ehem. Padahal tak reti edit code. Haha. Layout yang lama tu banyak sangat kene edit, sebab dia tak sertakan sekali codes untuk comment, archieve, follow, dan sebagainya. Semua kena tambah sendiri dan usaha sendiri.

Berlainan pulak dengan yang di website The Cutest Blog On The Block yang mana hanya perlu add gadget je kat page Add and Arrange Page Elements di dalam blogger ni. Codes dia pulak alahai pendek gile. Senang hati nak copy paste. Hehe.

Jadi, jika anda sedang berura-ura untuk menukar layout blog anda, bolehlah consider website yang dikatakan tadi k!

Dan satu lagi, kat dalam website tu jugak ada kongsi tips untuk mencantikkan blog anda, contohnya bagaimana nak buat signature kat setiap hujung entry anda, dan macam-macam lagi. Aku dh try buat kat photoshop untuk signature ku, buat simple-simple je pun tapi tak jumpa pulak nak paste kat mana image signature tu.


Inilah signature tu :D



Jadi, di sini ku berharap agar wajah baru blog ni dapat manfaat kepada semua pembaca, ye! :)




P/S: Tahukah anda, tidur di dalam bilik yang gelap bukan saja membuatkan anda tidur lebih lena, tetapi jugak dapat mencegah penyakit seperti breast cancer dan kanser prostat? Sebab dlm keadaan gelap, tubuh kita menghasilkan hormon melantonin yang dapat mencegah penyakit :)

Wednesday, February 04, 2009

Back in year 1993 1994

Sekolah Kebangsaan Kampung Raja, Besut, Terengganu
Kelas 2 Hijau 3 Merah



Gambar ni dapat dari Cik Nurul Akhmal sebab ku tak tahu ku masih punyai gambar ni dalam simpanan ke tak. Tulisan dan sticker love & arrow kat atas dia punya gak. Haha. Gomenne Dema! :P

Gambar ini telah dirakam dibawah pokok yang paling besar dan rendang di sekolah. Nama pokok tu tak pernah ku nak ambil tau. Hehe. Di bahagian kiri kami waktu tu ada satu-satunya bangunan kayu (rasanya lah) di sekolah tersebut yang merupakan kelas, dan sehingga sekarang masih digunakan.

Kalau korang perasan, kat belakang tu ada banyak basikal-basikal. Kat situ lah budak-budak 'park' basikal mereka. Sape pegi sekolah naik basikal dulu-dulu sila angkat tangan bersama! Hehe.

Kalo tengok kat belakang sana lagi anda akan nampak bangunan masjid. Itulah Masjid Besar Kampung Raja. Ia terletak betul-betul di hadapan pintu pagar utama sekolah :D

Cikgu kat dalam gambar ni mungkin guru kelas kami (tak berapa ingat). Nama dia lagilah lupa. Kalau tak salah, cikgu sementara kot atau cikgu praktikal. Ampun cikgu~~ :P




P/S: Ada sape-sape nak teka lagi yang mana satukah diriku di dalam gambar ini walaupun tak dapat hadiah? Hehehehe.

Monday, February 02, 2009

Accident with an 's'

PERISTIWA SATU

Tarikh: 25 Disember 2008
Tempat: Highway Pantai Timur, menuju ke KL. Area Kuantan
Driver dan penumpang: Encik Gajah
Kesan: Trauma









PERISTIWA DUA

Tarikh: 30 Disember 2008
Tempat: Highway Bentong, ke arah KL
Driver dan penumpang: Ayah, mak, dan adik bongsu Encik Gajah
Kesan: Mak Encik Gajah trauma dan sakit bahu dan badan









PERISTIWA TIGA

Tarikh: 29 Januari 2009
Tempat: Dalam kawasan Universiti Malaya
Pembonceng: Pakcikku yang sebaya denganku (Pok Kren) & kawannya
Kesan: Berjahit di kaki dan tangan kirinya sebanyak 15 jahitan. Kaki kiri luka sedalam 1 inci sampai nampak tulang. Huhu. Sekarang tempang jap
Kawannya mendapat luka di tangan






Setelah membuka balutan di tangannya semalam..



"BERHATI-HATI DI JALAN RAYA.."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails