Saturday, January 31, 2009

nadxoxo.blogspot.com is 1!

Happy 1st Birthday to nadxoxo.blogspot.com :D

Sedar tak sedar, dah setahun ku ber-blog di blogger ni. Macam-macam dah ditulis, diceritakan, dan diluahkan sampai kadang-kadang bila baca balik aku macam... "Eh..ada ek aku cerita pasal benda ni?" atau "Eh..a'a lah..lupe lak masa tu event sekian2 terjadi". Hehe. Manusia mudah lupa :P

Dah seminggu duk kat kampung. Bersenang lenang dan berseronok. Tidak lupa juga memulakan langkah untuk persiapan perkahwinanku kelak :D Esok dah nak balik ke KL semula. Lusa kena mula kerja pulak. Malas betul. Malas nak jumpa orang. Kalau boleh nak duk umah je. Kerja kat kampung ni. Duk ngan family. Tak payah jumpa orang sangat. Buat bisnes online pun ok gak :P

Tapi ape pun, aku tak boleh turutkan kata hati. Bak kata yang selalu kita dengar tu, "Hidup mesti diteruskan". Kalau tak kerja, kang takde duit masuk. Kalau takde duit masuk, camne nak bantu family dan kahwin? Kalau nak berbisnes pun, kena ada modal jugak. Macam-macam yang aku fikirkan sekarang ni. Haih, serabut..serabut..

Eh..apsal pulak mood dari hepi sebab 1st year blog jadi sedih lak ni? Haha. Aduhai aku memang suka membebel sbenanye. Kang abes terkeluar sume bende kat dalam kepala otak ni. Hehe.

Sempena birthday blog ni, ku akan menjawab soklan kawan baruku yang seorang blogger juge iaitu Cik Afzanranai :)

1. Do you think you are HOT?
==HOT? Mungkin sebab belum mandi malam lagi :P

2. Upload you fav pic.


3. Why do you like this picture?
==Sebab ada budak comel kat sebelahku yang memandang kamera sewaktu ku snap gambar :D

4. When was the last time u ate pizza?
==Lupa, tapi rasanya hari Jumaat dengan kawan-kawan ofis

5. The last song u listen to?
==Diari Seorang Lelaki (dengar kat TV)

6. What are you doing right now besides this?
==SMS dengan Encik Gajah

7. What name u prefer besides yours?
==Err..tak terfikir pulak. Syukur dengan apa yang ada :D

8. People I tag:-
==Cik Dada (sila update blog kamu!)
==en_me (mcm takde can je dia nak wat..hehe)
==Cik Maria (aku tau ko bz giler kat opis skang)
==Cik Kmar (ha..kamu plak jawab tag dari sy :P)
==Kak Kemi (jangan pk keje je ye. mari berseronok lak)

9. Who is No.1?
Sorang kawan sejak dari menengah rendah

10. No.3 is having a relationship with?
Dengan tunangnye Encik Nectarous

11. Say something about No.5
Kakak kepada Encik Jefri bin Adam Cheah

12. How about No.4?
Budak pandai

13. Who is No.2?
Orang yang suke sebut 'Alahai' di setiap hujung entry blog nye

Thursday, January 29, 2009

Law of the Garbage Truck

One day I hopped in a taxi and we took off for the airport. We were driving in the right lane when suddenly a black car jumped out of a parking space right in front of us. My taxi driver slammed on his brakes, skidded, and missed the other car by just inches! The driver of the other car whipped his head around and started yelling at us.

My taxi driver just smiled and waved at the guy. And I mean, he was really very friendly. So I asked, 'Why did you just do that? This guy almost ruined your car and sent us to the hospital!' This is when my taxi driver taught me what I now call, 'The Law of the Garbage Truck.'

He explained that many people are like garbage trucks. They run around full of garbage, full of frustration, full of anger, and full of disappointment. As their garbage piles up, they need a place to dump it and sometimes they'll dump it on you.

Don't take it personally. Just smile, wave, wish them well, and move on. Don't take their garbage and spread it to other people at work, at home, or on the streets.. The bottom line is that successful people do not let garbage trucks take over their day. Life's too short to wake up in the morning with regrets, so... Love the people who treat you right. Pray for the ones who don't.

Life is ten percent what you make it and ninety percent how you take it!

Have a blessed, garbage-free day!



***Got an email from a friend about the story above. I just copy-pasted it here because I think it is very meaningful to me and maybe to you guys too.

Sometimes I think about these things:

1. A person who is close to us, always being nice to us e.g: a bestfriend/ close friend, suddenly hurt us once, no matter how big/small the mistake is, then we call him/her a bad person and decided not to talk to him/her or even break the friendship

2. A bad person, suddenly did a good deed, even if it is a small thing, then we call him/her a good person

I've been there - in both situations, in both shoes. Have you? What did you do? How did you go through these?



"Kemaafan dendam yang terindah.."

Thursday, January 22, 2009

Surprise for Sue

20th Jan was Sue's birthday. Sue is one of my colleagues in office. On the day after, me and frens decided to make some surprise for her. But unfortunately somehow she knew our plan. Alas, we just continue with the initial plan. We bought a cake and ate it together. We also sang birthday song for her ;)


The cake


This was tough for Maria :P


Phuuuuu~ ....and the smoke covered my face


Gracefully Sue cut the cake for us


Everyone..except Dejah (and me behind camera of course :P)



To Sue, I love your smile. So, keep smiling k :)

Encik Gajah Now and Then




Around 1990s
Cute?


Year 2002 at SDAR
Just finished his SPM exam


Year 2006 at Besut, Terengganu
One of the guests at my uncle's wedding


Year 2007 at Cameron Highlands
Our last days at UTP must be filled with something meaningful ;)


Year 2008 at our Engagement Ceremony, Besut, Terengganu
One step further :)


Year 2009, at PERMATA
Tan Sri to-be :P



You tell me what's the difference? ;)

To Encik Gajah: Happy 32 months anniversary~

Bagaikan titisan hujan di batasnya kemarau
Berikan kesejukan yg lama tak kunjung datang
Menghapus dahaga jiwaku akan cinta sejati

Betapa sempurna dirimu di mata hatiku
Tak pernah kurasakan damai sedamai bersamamu
Tak ada yg bisa yg mungkin kan mengganti tempatmu

Kau membuat ku merasa hebat
Karena ketulusan cintamu
Ku merasa teristimewa hanya
Hanya karena, karena cinta
Kau beri padaku sepenuhnya
Buatku selalu merasa berarti

Kini ku merasa hebat
Karena kau yang membuatku makin kuat
Jantungku bergerak cepat
Semua yg berat bisa lewat
Inikah cinta yg sejati


Melayang ku terbang berenang di awan
Tak akan kita kan lepas dan jatuh sekarang
Cinta, sang cinta, kita kan terus mencinta

Wednesday, January 21, 2009

MRSM-YT Besut

Wah, laju je korang ni bab teka meneka ni ek. Hehe. Tahniah kepada Cik Areknee dan Encik Ainul Hafiz kerana meneka dengan tepat. Gomen-ne (sorry), takde hadiah, cuma ucapan tahniah utk kamu2 saja :)

Buat Cik Puan Ah yang menjawab dengan sipi2 sebab tak sure, separa tahniah diucapkan. Kekekeke..

Kepada nadia-ady, en_me, [re-arrange], dan Noli: takpe, jangan berputus asa, lain kali cuba lagi k! Hehe. en_me, orang jawab betul pun takde hadiah daa.. Inikan pula kalau salah ;)

Dan akhir sekali untuk Cik Dada, anda semestinya lah betul sebab saya di sebelah anda saja dalam gambar tu. Haha. Rindu kan zaman-zaman roll call pagi2 oleh Cikgu yang garang untuk memastikan "100% 8A PMR MRSM-YT Besut". (Cikgu ape ek? dah luper..huhu)

And Cik Dada, tolong isikan tempat **** dan betulkan yang mana salah
dalam gambar ni leh? Haha. Tak sangka, dah ramai muka-muka yang aku kurang ingat atau tak ingat terus. Sorry ye kengkawan :'(



Barisan atas dari kiri: Nor Naemah, Ainatul Mardiah, Nor Dilla, E, Shahida Sulaiman, Nurul Nadiah
Tengah dari kiri: ****, Nurul Hafidah, Siti Fatimah Adliah, Shahadatul Hayati, Mc Ye, Farhana, Siti, ****
Bawah dari kiri: Ikhwan Fariz, Wan, Mohd Bakhtiar, ****, Mohd Fadhli, Alif Syazwan, ****




Haha. Ni je yang kuingat :P Rupa-rupanya aku pun memory lost jugak. Dah jangkit ngan Encik Gajah :P

Tuesday, January 20, 2009

9 years back..

Tengah membelek-belek folder gambar yang melambak, tetiba terjumpa gambar ni.


Kelas 3 Ehsan 2000




Cuba teka mana satu Nadiah? :) Sila klik gambar untuk view yang lebih jelas.

Sunday, January 18, 2009

Photo tag

Tagged by Kak Kemi.

The instructions are as below:
1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right NOW!.
2) DON’T change your clothes; DON’T fix your hair… Just take a picture.
3) Post that picture with NO editing.
4) Post these instructions with your picture.
5) Tag 10 people to do this…


Baiklah. Baiklah.

Ada 2 options kan. Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right NOW!

Jadi aku pilih a recent picture of me. Nah. Gamba paling latest amik pakai hp je.


Bukti melanguk kat ofis

Saturday, January 17, 2009

Fancy Numbers~~

Nombor-nombor yang ku rasa menarik dari kereta oren ku. Ambik pakai hp je.
Enjoy the photos :)




7 1 7 1



2 9 9 2



6 0 0 7
(nombor belakang no. tepon rumah)



6 0 0 0



1 9 8 6
(setahun selepas tahun kelahiranku)


5 9 5 9



2 2 2 2



1 1 1 1



9 9 9 9 9



P/S: Mentang-mentanglah dah leh upload gambar. Amik ko upload banyak2. Haha. (Cakap kat diri sendiri)

Friday, January 16, 2009

Bayar Hutang Upload Gambar




Inilah hadiah dari my Secret Santa ;)


Ini pulak hadiah yang ku berikan kepada seseorang sempena exchange hadiah~ Balut sendiri tau. Kad pun buat sendiri hehe


Ni masa kat KT. Jakun tengok bas ni. Ini bas tau!


Close up bas kayu

Thursday, January 15, 2009

Hobiku bukan tidur, tapi aku suka

Dah seminggu tak update blog. Internet kat rumah pun takde.

Ex-chairman kampeni ni dah kena tangkap.

Aku pulak asyik tak ada kerja kat ofis. Jadi aku malas pergi kerja. Dah 2 minggu lebih takde kerja. Team leader macam lupakan aku je.

Hari-hari bangun dekat-dekat tengah hari walaupun hari kerja. Bila bangun tidur je, bayangkan parking yang tak cukup kat ofis. Lagilah malas nak pegi kerja. Tapi pergi jugak kerja tapi melaguk saje. Parking jauh dari ofis, leh exercise. Huhu.

Fikir-fikir nak cari kerja lain ke tak? Masih tak buat apa-apa sebab takde internet kat rumah.

Malam ni ada Rona Roni Makaroni episod baru dan Final Gadis Melayu. Mana satu nak tengok?

Thursday, January 08, 2009

Sigh~

Nak cerita apa yang berlaku hari ini, semalam, dan esok serta lusa.

1. Semalam Founder and Chairman of our company resigned. Sekarang ni company kami menjadi gelemer jap sebab banyak berita pasal company kami di akhbar internasional (bahagian business lah) *sigh*

2. Esok malam Emi akan bertolak ke Hyderabad, India untuk 3 bulan. Sedihnya..nanti sure bosan kat ofis :'( *sigh*

3. Lusa Siti pulak akan bertolak Bangalore, India untuk 3 bulan jugak. Lagi lah kurang kemeriahan geng kami di ofis *sigh* (Edit: Yeay! Mereka tak jadi pergi! Kan our company dlm dilema sekarang..huhu)

4. Esok pas kerja kena teman emak Encik Gajah ke Shah Alam untuk tolong buat persiapan majlis perkahwinan adiknya pada hari Sabtu keesokannya. Malamnya tido kat sana. Sabtu the whole day kene ada kat sana jugak untuk tolong menolong masa majlis. Tak dapat hantar Emi ke airport *sigh*

5. Hari ni kecoh-kecoh kat ofis pasal chairman resign, duk pikir-pikir nak tukar kerja ke tak. Duk pikir pasal esok dan lusa punya hal *sigh*

Wednesday, January 07, 2009

Orang Kata.....Tapi Sebenarnya..... #1

Orang kata muka aku licin, tak ada masalah jerawat, dan tak ada resdung. Tapi sebenarnya muka aku takde lah licin mana. Memang tak berminyak sebab agak kering tapi tak semua bahagian. Jerawat tu kadang-kadang ada lah jugak menyinggah sekali sekala kat muka aku tu pun 1 biji dalam satu masa. Tapi Alhamdulillah most of the time tak ada jerawat. Sebenarnya aku ada resdung yang agak teruk, cuma jenis resdungku ni jenis tak keluar jerawat kat muka. Tapi sejak menggunakan Gamogen, tahap kesihatanku makin baik, termasuklah resdung yang makin berkurangan.

Orang kata aku ni pandai, terutamanya saudara mara dan keluarga terdekatku. Tapi sebenarnya aku rasa aku taklah pandai sangat pun. Cuma cemerlang dalam UPSR, PMR, SPM, dan dapat masuk sekolah yang agak bagus dan universiti yang agak bagus. Umur 22 dah dapat degree dan dah kerja. Kalau dikirakan, ramai je orang macam aku ni. In fact, lagi ramai yang lagi pandai dari aku. Cuma dalam keluargaku, mungkin orang-orang seperti ini kurang kot. Jadi Alhamdulillah aku sangat bersyukur. Semua tu rezeki dari Allah swt. Dia yang Maha Mengetahui.

Orang kata aku dan Encik Gajah ialah pasangan yang bahagia dan sepadan. Muka pun ramai yang cakap ada iras-iras. Tapi sebenarnya kami selalu jugak gaduh-gaduh. Macam pasangan lain. Tapi biasanya tak berlarutan. Alhamdulillah kalau gaduh pun tak akan sampai 24 jam dah baik semula. Haha. Tentang sepadan atau tidak tu, aku pun tak tau apa maksud sebenar "sepadan". Mungkin maksudnya ialah berdiri sama rendah tinggi, duduk sama rendah, dan saling melengkapi antara satu sama lain kot. Yang part berdiri dan duduk tu mungkin betullah, sebab ketinggian kami lebih kurang je. Haha. Yang part melengkapi tu tak boleh nak confirm lagi sebab belum mendirikan rumah tangga dan jika berkahwin tak tahu akan bertahan berapa lama. Tapi ku selalu panjatkan doa agar jodoh kami berpanjangan. InsyaAllah.

Orang kata aku ni dah kurus dah, tak payah diet, tak payah exercise, badan dah OK. Tapi sebenarnya peha aku besar, kalau goreng sure aku rembat bahagian drumstick dulu. Haha. Lengan aku sikit pun tak ada muscle. Lembik. Berat aku 49kg yang sepatutnya 45kg. Pipiku agak tembam. Memanglah, tak pernah exercise pun sepanjang hidup. Dulu-dulu kat sekolah tak pernah aktif bersukan. Kadang-kadang tu ada lah juga tapi hangat-hangat tahi ayam. Tapi sekarang aku ada Wii Fit. Maka bermulalah era exercise bagiku. Harap-harap tak hangat-hangat tahi ayam juga lah. Hehe.

Tuesday, January 06, 2009

Kegilaan saya buat masa ini: Green Valley - Fun on the Farm

Ini ialah sebuah game yang saya gilai minggu lepas dan bermain di ofis ketika kerja tiada datang kepada saya. Setakat ini saya tiada kerja juga lagi untuk minggu ni tapi kemungkinan akan ada sebab sudah ada pembahagian tugas semalam sewaktu meeting.

Game ini sangat comel dari segi grafik dan bunyi-bunyiannya. Sangat recommended!

Cuma yang saya kurang gemar tentang game ini ialah kerana ia seperti tiada klimaks. Lebih kurang sama saja dari mula-mula bermain sehinggalah permainan ini habis the whole game. Namun begitu perasaan ini hanyalah kecil. Jadi bagi saya ia tetap sebuah game yang bes.

Tak ada gambar nak ditempek kat sini sebab tak boleh upload gambar dari ofis. Jadi sila lah google.

Marilah bermain sama! Dan lihat review atau download di sini.

Monday, January 05, 2009

16 Random Things About Me

Tagged by Cik Kmar. So here's the list.

1. I prefer drinking plain water than any other type of drinks


2. I prefer to have elder brother(s) or sister(s) than being a first child (if I have the opportunity to choose) :D but in reality I have 4 younger sisters and a youngest 9-year-old brother


3. People who don't know me will think that I am not an accessible person, but it is the other way round when I am with someone I knew, and I can be quite talkative too
4. I pity my facial cleanser. In average, I only use my facial cleanser 5 times a year


5. I got to know my fiance in 2005, started having a special relationship with him in 2006, and enganged to him in 2008
6. I started to have the dream of becoming a mother since I was in high school because I love kids so much till now @.@ <-- mata bersinar-sinar


7. I started eating veggies since 20s


Pingu kene sumpah jadi terung


8. Being specky since 10 until 14 years old, and I don't really that shortsighted :P


9. I prefer tidying up my house/room/workspace than cooking, but since I have to learn how to cook, then I have to love cooking ;) I started to learn how to cook in 2008 from my housemates and my mom :P


10. I stayed in hostel since 13, and never really stay at home or near home since then
11. I was an mIRC addict since 13. So everytime I went back home, I will be staying up late to fulfill my addiction :P


Sebuah logo yang nostalgia


12. I never really care about my weight until 2008 :D


13. A lot of people can't believe me when I say I am wearing shoes of size 7
14. I am playful most of the time and really really really love making faces


15. My first ambition was to be an astronaut, or involve in IT or to be a doctor. I decided to live my life with the second choice which is what I am today :)


16. I can be short-tempered at times. Hihi


I'm DONE! Phew~

Friday, January 02, 2009

Selamat Tahun Baru Masihi

Tahun 2009 sudah menjelma. Pasni, kalau ade orang tanya berapa umurku, kena lah jawab "Nak masuk 24 tahun..". Isk. Aku ni, asik-asik cakap pasal umur kan? Mestilah, sebab ku tak rasa makin matang pun, tapi umur tetap bertambah. Haha.

Dulu-dulu masa Form 1, duduk satu dorm dengan kakak Form 5, tengok diorang.. Kataku dalam hati, "Matangnya diorang..agaknya aku umur 17 tahun nanti pun macam ni jugaklah kot..". Tapi bila tiba umur 17 tahun, kenapa aku tak rasa macam tu pun? Tak matang pun? Macam ni jugak. Tak berubah.

Lepas tu tengok orang umur 20+ tahun pulak. Kataku dalam hati, "Matangnya diorang..agaknya aku umur 20+ tahun nanti pun macam ni jugaklah kot..". Tapi bila tiba umur 20+ tahun, kenapa aku tak rasa macam tu pun? Tak matang pun? Macam ni jugak. Tak berubah.

Haha. Macam mana tu? Boleh tolong jawabkan? :P

Apa-apa pun, biasanya memang ku tak pernah sambut tahun baru. Tak pernah sibuk-sibuk nak pergi tempat orang ramai-ramai nak tunggu detik pukul 12 tengah malam. Tak kisah pun nak tengok bunga api semua. Malam new year sama je dengan malam-malam lain, cuma esoknya, bila dah 1 Januari, barulah teringat umur dah tambah lagi 1 tahun. Tu je yang ku kesahkan :P

Tapi hari ni kat ofis, bila baca surat khabar, ha, tengoklah, macam-macam terjadi masa malam new year. Pesta seks lah, bar terbakar lah, citer kene raba atau rogol tu takyah cakaplah, eksiden pun banyak masa new year eve. Orang kat Palestin sana tengah merana, dia nak seronok-seronok kat sini. Sedih sangat bila tengok bom sana bom sini kat Gaza. Sedihnya.. Rasa marah giler kat Israel. Tapi, apa yang mampu dilakukan? Berdoalah banyak-banyak kat Allah.

Dulu masa kecik-kecik, selalu mimpi perang-perang. Asal mimpi je, mesti mimpi pasal perang. Memang takut, memang saiko. Hasilnya, memang tak boleh tengok berita pasal perang-perang langsung, nanti rasa takut yang amat sangat. Alhamdulillah, sejak dah dewasa sikit ni, mimpi tu dah berkurangan. Jarang mimpi pulak bila tidur malam sekarang ni.

Tapi sekarang ni kesian sangat dekat keluarga Encik Gajah. 25 haribulan haritu, Encik Gajah eksiden kat Highway Pantai Timur area Kuantan. Kereta remuk depan belakang, 3 biji tayar pancit, namun enjin masih selamat. Alhamdulillah Encik Gajah tak apa-apa. Dan eksiden tu tak melibatkan kereta lain, dia sendiri terbabas. Masa tu hujan dan ada air mengalir atas jalan menyebabkan kereta terpesong dan berpusing ke arah bertentangan.

5 hari kemudian, iaitu pada 30 haribulan, Mak, Ayah, dan adik Encik Gajah ke Kuantan untuk berjumpa dengan Encik Gajah untuk menyelesaikan hal kereta yang eksiden tersebut. Namun dalam perjalanan balik ke KL, Mak, Ayah, dan Adik Encik Gajah pulak yang eksiden kat Lebuhraya Karak area Bentong. Kereta mereka remuk depan, belakang, dan tepi di sebelah pemandu. Sebab eksiden ialah sebab kereta dipandu laju dan jalan licin serta selekoh tajam. Alhamdulillah mereka juga selamat.

Bayangkan, dalam masa 5 hari, 2 biji kereta telah eksiden. Sangat kasihan. Jadi aku pun membawa Mak dan Ayah Encik Gajah ke mana-mana mereka perlu pergi menggunakan keretaku. Alhamdulillah, setakat mana yang aku mampu tolong, aku akan tolong. Kedua-dua kereta akan mengambil masa 1-2 bulan di bengkel sebelum pulih sepenuhnya.


P/S: Tak semestinya bila kita menerima berita sedih, bermakna Allah bencikan kita, dan tak semestinya bila kita terima berita gembira, bermakna Allah sayangkan kita. Mungkin musibah yang diterima itu adalah ujian untuk kita lebih ingat kepadaNya, kerana Dia sayangkan kita. Dan mungkin berita gembira yang kita terima itu adalah ujian untuk melihat sama ada kita ingat padaNya atau tidak apabila kita dalam keadaan senang. Mungkin juga itu ialah Istidraj. Renung-renungkanlah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails