Wednesday, December 23, 2009

Streamyx Sudah Mari dan Insiden di Rumah Baru

Yeay! Streamyx sudah pasang di rumah kami di Kerteh ni sejak hari Isnin hehe. Tapi tak sempat update blog sebab bz kemas umah dan donlod muvi/series/anime. Satu hari donlod lebih dari 7gb :D Maafkan saya~

Bila nak update blog, baru teringat gambar-gambar outdoor di Satyam ada kat rumah Bangi -_-" Jadi kali ni tak dapatlah kalian tengok lagi gambar-gambar itu. Maaf lagi -_-

Hari Isnin Encik Gajah puasa. Kami makan spaghetti blognese masakan Encik Gajah. Jangan salahkan saya. Encik Gajah yang nak masak. Isteri dia tolong tumbuk bawang aje. Haha manja gila isteri dia :P

Tadi pulak orang Sen Heng datang hantar washing machine dan air-cond untuk main bedroom di tingkat atas. Akhirnya leh basuh baju di rumah ni! :D Tapi air-cond tu tak pasang lagi. Tadi dia hantar je. Esok kot baru orang dia datang pasang. Buat masa ni kami pakai bilik di tingkat bawah sebab bilik ni je yang ada air-cond haha. Sekarang saya menaip entri ni di dalam bilik ini lah :)

Oh lupe lak nak cite yang rumah ni ialah rumah teres 2 tingkat. Ada 4 bilik tidur iaitu 1 di tingkat bawah dan 3 di tingkat atas. Ada 3 bilik air :D Rumah ni fully-furnished, sume ade kecuali washing machine. Sebab tu lah kene beli baru. Sbenanye washing machine ade tapi dah rosak haha. Takpe dapat pakai baru punye :P

Kami sewa dengan harga RM450 sebulan. Murah kan? Tapi bukan rumah baru la. Rumah design omputih zaman dulu. Tapi Alhamdulillah, ok sangat dah ni :D Walaupun kadang-kadang rasa seram gak sikit. Padahal saya penakut :P

Oleh kerana rumah ni agak suram sebab tak cukup lampu, tadi kami beli mentol baru kat Mesra Mall. TMC (ganti Giant, nama je yang tukar, barang brand Giant gak) sudah dibuka, jadi apa-apa barang mesti nak beli situ. Haha. Saya kalau boleh nak sangat tukar mentol bilik air yang warna merah tu jadi warna putih. Kasi cerah. Sebab mentol merah saya rasa creepy.

Masa Encik Gajah cuba pasang mentol dalam bilik air dengan berdiri di atas kerusi, dia terjatuh, tulang rusuk dia terkena pada kerusi. Saya tak menyaksikan kejadian tu sebab saya tengah mencari lampu suluh. Bila terdengar Encik Gajah mengerang kesakitan saya terus berlari ke tandas dan tengok dia dalam keadaan tertiarap di atas lantai tandas :(

Saya sangat takut dan cemas. Dia pulak tak bergerak-gerak. Bila saya panggil 2-3 kali baru dia menyahut. Saya suruh dia baring betul-betul kat tempat yang lebih selesa. Dia bangun perlahan dan meniarap pulak kat ruang tamu, kat depan bilik bawah ni.

Masa tu saya masih tak tau apa yg terjadi. Lama gak dia macam tu. Saya tak berani nak tegur sebab dia kesakitan + nampak bad mood. Lama sikit baru saya suruh dia masuk bilik tidur properly. Masa tu baru saya tau kejadian sebenar.

Saya tak tahu nak buat apa. Saya amik minyak urut yang tak panas (itu je yang ada) dan urut kat tempat yang sakit tu. Saya urut perlahan-lahan je sebab takut dia tambah sakit. Tak tau la ia dapat membantu atau tak. Tapi at least saya dah usaha.

Sekarang dia sedang tidur dengan lena kat sebelah ni. Haih kesian dia. Harap-harap esok dia akan feel better dan dapat pergi kerja.

8 comments:

  1. Alahai ciannya.... Pegi la klinik nad......

    ReplyDelete
  2. adess..
    mesti riso nya kan..
    huhuhu

    ReplyDelete
  3. lain kl jgn urut, lg plak minyak panas

    ltk ice je dlu pastuh g klinik check.

    kl problem nk bernapas tuh mungkin fracture rib, kl bukan area rib mungkin muscle je

    kl area yg terhentak tuh area lower rib tp agak blakang badan n susa nk bernapas n sakit dlm, mungkin kidney

    tp kl siap boleh tdo tuh mcm xdek pape je hahaha

    ReplyDelete
  4. kak siti: orait akan pegi katanya. hopefully takde pape yang serius. thx for ur concern :)

    [z@ck]: tula, risau :/

    ihsan_huhu: owh yeke letak ice eh..
    baiklah lain kali saya tak buat lagi. thanks doc! hehe.

    wah penerangan yang berguna! tulah pasal dia tdo nyenyak! harap2 ok kot~

    ReplyDelete
  5. sakit tu kak nad..harap2 encik gajah cpt elok..

    bilik air ade lampu kaler merah?
    teringat cte seram hong kong =s

    ReplyDelete
  6. wow, busynya kak nad mendownload sana sini. hehehe

    harap2 encik gajah cepat sembuh ya !

    ReplyDelete
  7. suda ok ka en gajah.baru blogwalking,...bz gila lately

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails