Thursday, December 03, 2009

Perkembangan Puan nadxoxo

Ada yang salah faham apabila Puan nadxoxo menulis tentang perkembangan badan di entri sebelum ini. Perkembangan badan di situ bukan bermaksud Puan nadxoxo berbadan dua ya. Belum lagi. Setakat waktu saya menulis ni belum lagi. Hehe.

Perkembangan badan yang dimaksudkan ialah perkembangan badan lah. Bila baca sudah faham kan. Berkembang. Membesar. Melebar. Memberat. Ish3. Bahaya sungguh kan. Dan perkembangan itu setakat ini bukanlah disebabkan oleh berbadan dua. Setakat ini lah ya kawan-kawan. Hehe. Di masa hadapan tak tahu pula saya :D


Memang sejak Puan nadxoxo berkahwin badan sudah berkembang sedikit. Berat sudah bertambah sebanyak 2 kg. Sebab makan sedap kot di rumah mentua :') Ish3 bukan Puan nadxoxo yang masak. Tak tahu malu betul kan.

Jika dahulu air kegemaran Puan nadxoxo ialah air kosong, sekarang macam sudah kurang sebab hari-hari minum air manis. Dulu bila nampak air manis, takde perasaan. Sekarang bila nampak macam nak aje. Seperti ada tarikan graviti. Macam mana tak berkembang? Namun setelah Puan nadxoxo menyedarinya, terus memperbanyakkan minum air kosong kembali agar tidak terus berkembang lagi. Harap-harap begitulah.

Perkembangan dari segi lain pula, perkembangan tentang resignation approval. Perkembangan di sini bermaksud update la kata orang berkulit putih berambut perang. Permohonan untuk berhenti kerja sudah diluluskan hari ini! Alhamdulillah. Hari terakhir bekerja ialah 15 Disember.


Perkembangan tentang rumah sewa. Alhamdulillah juga, sudah dapat rumah sewa fully-furnished di Kerteh. Rumah teres dua tingkat. Dekat saja dengan ofis Encik Gajah. Murah pula tu jika nak dilihatkan pada apa yang kami dapat. Syukur..


Perkembangan tentang Encik Gajah pula, oh badannya tak berkembang. Belum lagi :P Dia macam biasa sangat sibuk di ofis. Tapi dia sudah berubah berbanding dahulu. Dia tidak lagi mencampurkan urusan kerja dan personal. Tidak angkat call kalau sudah lepas waktu ofis, kecuali urgent. Ini perkembangan yang baik. Sebab nanti dia concentrate kat saya saja. Hihi gatai.

Setakat ni setiap hujung minggu dia balik jenguk saya dan family di Bangi. Setiap hari Khamis petang lepas kerja dia akan bertolak ke Bangi dengan memandu keretanya. Saya sungguh gembira setiap hujung minggu.

Tapi malam ni saya tidur sorang-sorang. Banjir di Terengganu, jalan tutup.

5 comments:

  1. oh sebab banjir.
    patutlah tak dapat ketemu incik hubby ek sis.
    ehee nanti dah dpt pindah kerteh, dah tak risau2 lagi kaan.
    sabar ya kak nadd.ehee :)

    ReplyDelete
  2. haih.. seblom kawen lautan api pon sanggup diredahi.

    skang banjir sket pon xleh nk jalan dah.

    kes2 main2 je hehehe

    ReplyDelete
  3. best la da dapat umah!! yeay yeay!
    pastu nanti kak nad nak keje pe kat sane? apply jadi lecturer ke?? hehe...comel la, sesuai je tuh! ;)

    ReplyDelete
  4. sayang bini tinggal tinggalkan tewww.. ehehe

    ReplyDelete
  5. aish blom berbadan 2 lg ke? ape ni gajahhhh.... tak mantap aa cmni kohkohkoh.. :P

    (hahaha gile bes pressure nad. LOLOL)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails