Saturday, October 03, 2009

Oktober Dah? Isk3

Haih cepatnye masa berlalu. Sedang aku duk sibuk kat ofis, sedar tak sedar lagi 7 hari lagi majlisnya. Lagi 2 hari je aku kene keje kat ofis, hari Rabu dah flight ke KB then ke Besut (yang ni naik kete la pulak..haha).

Tentang persiapan kawin, mari kita lihat:

Apply Cuti Kahwin
Sudah. Akan bercuti bermula 7 Oktober hingga 25 Oktober. 26 Oktober baru mula kerja balik. Wee~~ Cuti panjangggg~~ :D

Borang Kahwin & Book Jurunikah
Abah yang setelkan part ni. Sudah siap diproses di Pejabat Agama Daerah Besut, hari Ahad nanti Abah pegi amikkan :D Book jurunikah pun skali la~ Tapi tak tau lagi sape yang akad nikah kan saya dan bakal suami. Kalau Abah yang akad nikahkan, sure lagi seronok & berdebar2 kan? Hehe.

Baju Sanding, Pelamin, Makeup, Hiasan Bilik Tidur & Tempat Makan Pengantin
Sudah selesai pilih2. InsyaAllah akan ada 3 persalinan bersanding, tak termasuk baju akad nikah, yang tu sendiri punya. Cuma baju sanding dari butik tu tak disertakan dengan tudungnya skali, jadi kene beli sendiri. Dah beli dah untuk tiga3 persalinan, tapi skrg kene cari inner turtleneck sebab inner yang disediakan mcm kurang selesa

Baju Akad Nikah
Sudah siap dijahit, tapi skrg pegi tambah manik sikit di bahagian kain. Isnin ni bila Abah datang Bangi, dia akan pass kan kat saya~ Sebab saya tak sabar nak tengok baju akad nikah saya~ Sbenanye takut tak muat. Haha

Inai
Akan pakai inai daun punya. Kasi merah yang betul2 merah. Rabu atau Khamis nanti nak kene kutip daun-daun kat rumah Tok Sedara

Pilih Tempat Untuk Akad Nikah
Sudah. Mula2 pening gak nak pilih akad nikah kat rumah atau kat masjid. Ada pro dan cons masing2. Tapi akhirnya setelah berbincang dengan pihak2 yang terlibat, kami decide untuk akad nikah di Masjid Kampung Raja saja :)

Jemput Tetamu
Sudah. Jangan lupe dtg yer! :D

Doorgift
Sebahagiannya Ummi & Abah sudah dibeli di Rantau Panjang, sebahagian lagi akan diambil hari Isnin ni kat Bangi

Bunga Telur
Ummi & Abah setelkan jugak. Beli kat Rantau Panjang gak

Hantaran & Gubahan Hantaran
Barang hantaran sudah setel, sedang digubah oleh makcik penggubah hantaran hehe

Photographer
Yang ni yang setel paling awal. Book dari awal tahun. Haha. Semangat!

Makanan Sewaktu Kenduri
Abah yang setelkan :D

Lauk Pengantin & Kek
Ummi setelkan

Khemah, PA System, & Kompang
Ni pakcik ku uruskan. Aku bayar je :D

Lagu Sewaktu Majlis
Sedang di compile :D Aku nak pilih sendiri and tak mau la kang DJ pasang lagu pelik2 seperti dangdut dan lagu sedih2. Kang takde mood lak aku nak kawen :P

Honeymoon
Sudah decide & tempah :D Lihat entri ini. InsyaAllah honeymoon kat Kota Kinabalu. Harap cuaca elok nanti :D

Manicure, Pedicure, dan Spa
Belum buat lagi! Dan tak penah buat seumur hidup. Haha. Tapi kalau tak buat, takde feel nak kawin lah. Hehe. Jadi saya buat last minute iaitu gi spa/mandi lulur etc (tak termasuk facial) this weekend and next week before balik Besut akan wat Mani/Pedicure~ :D




Beshnye!!

14 comments:

  1. aah bestnyeeee!

    macam kebanyakan benda dah setel. so akak jgn pening2 sangat taw. cool je.

    ;)

    ReplyDelete
  2. spa bersinar2 eks... :P:P:P:P

    ReplyDelete
  3. waaaaa..

    belum majlis kawen da dapat rasa kemeriahanya..

    :)

    ReplyDelete
  4. waaaaa..

    belum majlis kawen da dapat rasa kemeriahanya..

    :)

    ReplyDelete
  5. woww beshnye.. msti nebes kn.. hik2..

    ReplyDelete
  6. selamat melangsungkan perkahwinan..moga bahagia ke anak cucu cicit..
    =)

    ReplyDelete
  7. besh..besh..
    selamat pengantin baru yer..
    harap sume lancar jer sepeti yg dirancang..
    i can feel the heat also..fuhh!

    ReplyDelete
  8. bestnye..gudlak nad..nad akan ditransform jd mrs gajah after this :)

    slmt pengantin baru..jgn lupe share pic byk2..

    -choclairissa-

    ReplyDelete
  9. wah akk.. xlama lagi je ni.. tahniah..
    beshnyee..semoga bahagia smpai dpt baby byk2 yg comel!!! hihi

    ReplyDelete
  10. :)

    gajah, ko dah gi berurut blom? nad da siap2 gi spa summore tuh... baik ko urut siap2. kang ade menggigil lutut malam pertama kang kohkoh.

    HAHAHAHAHA.

    ReplyDelete
  11. waaahhh. sya pun tak sabar nad!! ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails