Saturday, September 05, 2009

nadxoxo Bercerita Tentang Encik Madu & Encik Bulan (Honeymoon)

For the pas several weeks I've been surveying about places to go for our honeymoon ^^


Memula tak tak tau macam mana nak mulakan peng-survey-an sebab tak pernah gi jenjalan jauh-jauh bercuti dan bermalam semua sendiri. Saya anak yang baik, saya hanya ikut family je gi bercuti. Last time was 2004 at Langkawi T_T. Kalau ada anak sure dah gi sekolah tadika dah (dah umur 5 tahun). Itulah yang pertama dan terakhir. Isk.

Jadi dengan bantuan kawan saya iaitu Cik Maria, saya sudah survey2 dan tahu macam mana nak tengok harga dan pilih hotel untuk gi honeymoon :D

Sebab Encik Gajah ada pernah mention nak gi PD sebelum ni, jadi saya pun survey2 la PD. Lagipun dah lama tak gi situ kan. Dekat je tapi at least jauh dari orang laen. Hehehe :P

Bila survey2, saya sudah teruja dengan water chalet ni. Chalet di atas air. Kat PD ada 2 hotel yang ada water chalet iaitu Legend Water Chalet & Avillion. Kat Legend tu siap ada kaca kat atas lantai bilik jadi leh nampak air laut kat bawah ^^


Water chalets

Siap leh memancing dari bilik sendiri tuu. Hehe. Lepas tu ada shower yang bumbungnya terbuka~ Kalo tak penah mandi hujan leh la try hehehe. Bes bes bes.

Dah excited jiwang-jiwang tengok sunset bersama suami di balkoni bilik hotel dan dikelilingi pula laut yang biru, bunyi ombak memecah pantai juga bersama angin yang menderu. Hihihi :P

Tapi bila baca review of both hotels, saya rasa tahap keterujaan sudah berkurangan. Dua-dua servis kurang elok dan tak padan dengan harga yang ditawarkan. Lagi pulak kalau nasib tak baik, dapat lah bilik yang berhadapan dengan bilik lain, bukan berhadapan dengan laut atau sunset. Tak seronok tak seronok.

Lepas tu pulak, macam lah air laut kat PD cantik macam dalam gambar tu kan? Haha. Korang pun tahu kan tahap kebersihan laut di PD kan~ Tak macam kat Ganu~ :P

Tapi tu lah, mesti ada di antara korang akan cakap,

"Kenapa tak gi Pulau Perhentian je?"

Ye, saya ingin sangat pergi Pulau Perhentian. Dahlah jeti ke Pulau Perhentian sangat dekat dengan rumah saya iaitu 10 minit naik kereta. Tapi kalau dari jeti ke pulau tak berapa sure lah pulak :/

Tapi yang menjadi masalah ialah musim hujan yang bakal tiba di hujung tahun. Negeri di Pantai Timur - semua orang sudah tahu waktu hujung tahun ialah waktu hujan di sana. Jadi kami tak mahu amik risiko pergi waktu-waktu mcm tu ke sana. Mungkin lain kali hanimun ke berapa kali ntah boleh pegi :D

Sebab tu lah kami memilih untuk pergi ke Pantai Barat. Seperti PD :/

Walaupun tempat2 lain selain Pantai Timur ada kebarangkalian hujan yang kerap juga di hujung tahun, at least tak seteruk di Pantai Timur kot. Yelah kan sekarang ni dah takde dah musim2 ni. Tak menentu dah. Macam musim durian. Hehe.

So back to cite pasal PD.

Bila ku pikir-pikir balik, daripada duk kat water chalet yang banyak masalah tu, baik aku duduk kat bilik yang macam biasa je, tapi still mengadap laut dan sunset. Sudah tentu lebih murah dari harga water chalet tapi puas hati sebab bilik besar, yang kat Hotel Legend punye :D Lagipun dia ada bath tub hihi :P

So I've made my decision! Dah cakap dah kat Encik Gajah. Nak amik Tower Seaview kat Hotel Legend. Dia ok aje. Hehe. (Pilih Hotel Legend sebab terbaca review bahawa staf2 Hotel Avillion tidak membantu/tidak mengamalkan budi bahasa budaya kita. Berbanding dengan staf Hotel Legend yang peramah ^^)

Jadi, tiba masa untuk booking bilik yang telah di-aim itu. Saya mahupun Encik Gajah takde kad kredit. Jadi saya meminta jasa baik Cik Maria yang baik hati untuk pakai kad kredit dia untuk deposit booking bilik. Cik Maria dengan hati terbuka setuju sebab dia akan dapat point. Haha.

Tapiiiiiiiii

Malangnya, telah tertulis di website tersebut bahawa pemegang kad kredit hendaklah salah seorang daripada orang yang nak duduk di hotel tu :'(

Nak book bilik kat website lain, harga lain pulak. Adess..

Bila diberitahu perkara ini kepada Encik Gajah, dia cool saja. Dia cakap dia nak apply kad kredit. Sebenarnya kami penakut terhadap kad kredit. Takut berbelanja melebihi kemampuan.

Dia dah pun apply kredit kad Maybank dalam minggu ni kot. Fuyoh! *Angkat2 kening kat Encik Gajah* Hehehe.

Jadi, apabila Encik Gajah sudah memperoleh kad kreditnya, barulah boleh book bilik~

Sekian untuk Part 1 hehehehehe

11 comments:

  1. hehe nad. aku kan animun kt avillion. takde plak servis tak elok or staf kurang sopan? siap malam tu dorg call lg, tanyer, ade pape tak yg tak puas ati with their service bla2.. hehe..erm..kalau legend water chalet best gk, aku penah duk situ. tp tanyer pacik lg power kot, sbb dia animun situ trus..haha.

    tp pape pun, duk pd tu ok aje.. klu aku nk mandi laut pun, aku prefer mandi pantai public dr otel punyer. baru la meriah sket. nk makan pun senang.

    nadd...epinyer, da nak jd wife org da dia..muah2~~

    ReplyDelete
  2. wah kak nad!!
    best glee bace entry ni!
    sbb blog yg pasal 'nak kawen' dan 'nak honeymoon' yang betul2, kak nad je kot yg saye bace..
    yg len2 tu remaja yg masih kaple or dah kawen so sume nmpk biase2 je..

    hehe, ble bace description kak nad psl hotel atas air tu mmg cambest!
    tp kalo xdpt bilik yg kte nak, jadi TAK BEST! x-(

    hehe, pilih pd utk honeymoon...woohooo!!
    encik gajah mmg cool sanggup apply credit card sbb kak nad sorang!
    die mmg baik!! :D

    ReplyDelete
  3. tak try search kot cuti-cuti mesia ke dear?ctu banyak review tentang hotel, services, rate hotel, etc.boleh search ikut bajet terendah yg kita mahu tau. try la tgk kat pakej honeymoon.

    ReplyDelete
  4. dear, bilik avillion mmg cantik.. bout service i x sure plak if tak elok, coz tak pernah kene kan. but pretty pls carik hotel with good history.nanti spoil honeymoon kan, tak bestnyaaaaa! hehe

    ReplyDelete
  5. Try Redang... nice and secluded place sis

    ReplyDelete
  6. Nad - Kalau cmtu tak kenal la kot. Ye la kira junior 5 tahun tu.Akak ni kira BBB tu hometown la. Sekolah, besar skg pun beli umah kat Seksyen 5. Anyway Selamat Pengantin Baru yerrrr.

    ReplyDelete
  7. finally dah ada magic card..spend wisely darlin'

    ReplyDelete
  8. jamie:

    yeke!! bagus la kalo ok kat avillion. akan dipertimbangkan smula. hehehe. korang duk kat water chalet kah? pakej honeymoon? nnt ku belek balik ur blog :P

    kama-chan:

    haha thanks krn rasa bes baca entri ni :P hihi harap2 semuanya berjalan lancar :)

    ynadona:

    ooo cuti2 mesia tu ek..baiklah akan saya tengok!! hehe tq!!

    lala:

    thats why!! thanks ek!

    john iverson:

    wah cambes gak tu! thx kasi cdgn :)

    bungacahaya:

    ooo hehe xsama ek..ramai la kot nama encik gajah hehehe

    cik selamah:

    hehehe bes2 thanks :)

    ReplyDelete
  9. nad..legend water chalet best bilik dia..dan oleh sebab gaj adalah pekerja kampeni P..maka dia entitle dapat corporate price..just cakap jer katne dia kejer time nak book..tapi leh diskaun utk bukan package..aku rasa, kalo ko nak stay kat legend..baik amek yg bukan honeymoon. ko amek bilik jer..murah 50% dari package..ko bole duduk lama2 kat situ..sebab package honeymoon dia x best..lagipun baki dia ko leh guna untuk spa & such..sekian

    ReplyDelete
  10. gold coast la.

    pantai cam mesia, awek2 international hahahah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails