Wednesday, September 16, 2009

Balik Kampung Ambil Masa Selama Seminggu

Dua minggu lepas, Kak Ernie, maid Mak Encik Gajah mahu pulang ke kampung halamannya di Indonesia.

Disebabkan nadxoxo tinggal di Hentian Kajang, jadi Kak Ernie mahu tumpang tidur semalaman di rumah nadxoxo sebelum keesokan paginya naik bas ke Pelabuhan Klang.

Hendak dipendekkan cerita, ku dapat tahu dari Kak Ernie bahawa untuk dia sampai ke kampungnya, mengambil masa selama seminggu.

Dari Pelabuhan Klang, dia naik bot/kapal ke Sumatera. Lepas tu beberapa ke destinasi lain sebelum sampai ke kampung halamannya di Jawa Timur (kalau tak silap la).

Selain dari beg besar 2 bijik dan beg-beg kecik, dibawa bersamanya bag pack yang sangat besar disumbat dengan bekalan makanan seperti roti, biskut, maggi, dll yang tahan selama seminggu untuk perjalanannya sampai ke kampung halaman.

Tiba-tiba aku rasa bersyukur sangat sebab nak sampai ke kampung halamanku di Besut, Terengganu tu, tak sampai sehari pun masa diambil. 14 jam perjalanan balik kampung pun aku dah bebel-bebel. Inikan pula seminggu? Rasa insaf sebentar. Alhamdulillah..

Esok petang dalam jam 4 petang aku akan bertolak balik ke kampung bersama pakcikku, naik Kenari Oren ku. Doakan perjalanan kami selamat.

Kepada kawan-kawan yang akan balik kampung juga, selamat balik kampung aku ucapkan. Berhati-hati semasa memandu. Jangan gopoh, insyaAllah perjalanan anda takkan mengambil masa selama seminggu pun untuk sampai :P

Dan tak lupa juga, Selamat Hari Raya! nadxoxo mohon ampun sekiranya ada yang tersinggung dengan nadxoxo. Semoga gembira menyambut lebaran bersama keluarga tercinta :)

Bye!

-update blog kat umah bakal mentua :P-

13 comments:

  1. dear nadiah..
    selamat hari raya!! have a safe journey ^^

    ReplyDelete
  2. lama dah tak berkunjung kat sini.Selamat Hari Raya kak nad!!! Dan Selamat Pengantin Baru juga..Moga bahagia ke anak cucu ;)

    p/s: Kak Nad ada Wii? wah wah wah!

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya kak nadd! ;)

    ReplyDelete
  4. slmt ari raya nad.maaf zahir batin.jumpa bln 10

    ReplyDelete
  5. Sabda Rasulullah s.a.w:
    Maksudnya: ” Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan ketika berbuka (atau hariraya) dan kedua, kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya kelak”. Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim.
    Selamat menyambut hari raya Aidil Fitri dari saya,andai kata tersilap bahasa,maaf dipinta ye..hu3
    Harap boleh tukar link…..lepas nie…(add la saya)

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya nad..
    maaf zahir & batin

    ReplyDelete
  7. amboi..sempat juge update kat umah bakal mak mertua..

    p/s: Selamat Hari Raya :)

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Raya gk~

    suka ayat terakhir tu =P

    ReplyDelete
  9. fuih hardcore gle balik raye

    sbb tuh r aku mls nk balik wahahaha

    ReplyDelete
  10. hati hati memandu kenari oren tewww..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails