Sunday, June 07, 2009

A Night at 7-Eleven

Kelmarin pagi-pagi, aku dan Abah teman Ummi ke Hospital Jerteh untuk membuat pemeriksaan darah.

Selepas menunggu selama 2 jam untuk Ummi membuat pemeriksaan dan dimasukkan air, akhirnya kami dipanggil oleh doktor. Doktor kata Ummi kene masuk wad.

Ummi ditempatkan di Wad 7, di katil 11. 7-Eleven.



Aku menemani Ummi untuk hari dan malam pertama di situ. Ummi kene selalu diurut dan dilap badannya untuk memastikan suhu badannya pada tahap yang minimum.

Namun kelmarin pada jam 1 petang, suhu badan Ummi ialah 39c.
Jam 3 petang pula 38.9c.
Pada 6 petang 39.3
Jam 10 malam ialah 39.8c.

Subuh semalam 37c.
Jam 9 pagi 38c.
11 pagi 37.5c.
Petang pulak 38c.

Subuh harini suhu badan Ummi 38.8c.
Latest ialah 38.7 iaitu jam 11 pagi.

Kami bingung sebab kami setiap masa basahkan kepala Ummi, letak tuala basah kat ketiak nya, dan tak selimut badan dia walaupun dia sejuk. Siap basahkan kepalanya dengan air umbuk kelapa lagi. Dah minum air Cap Badak jugak.

Tak sempat nak buat benda lain pun. SMS pun tak sempat. Apatah lagi nak baca paper. Mandi dan sembahyang pun rasa macam tergesa-gesa sebab risau nak tinggal dia dan biarkan badan dia panas.

Tadi nurse pulak macam menyalahkan si penjaga Ummi ni (aku dan Kak Ngah) macam kami tak berusaha untuk sejukkan badan Ummi. Haih.

Tekanan darah Ummi juga rendah all the time.

Kelmarin doktor kata Ummi kurang platlet dalam darah. Jangkitan virus ade sikit je.

Pagi semalam doktor check lagi. Dia kata Ummi mungkin ada Anemia.

Balik rumah tengah hari semalam, aku Google pasal Anemia. Seboleh-bolehnya dapatkan makanan yang mengandungi bahan yang dapat kurangkan Anemia iaitu yang tinggi Asid Folik.

Tapi Ummi ada gastrik jugak. Dah kurang tapi masih ada lagi. Jadi tak dapat nak makan benda-benda tu sangat. Nanti jejaskan perut Ummi pulak.

Sekarang Ummi sedang dimasukkan air botol ke-8.





Tengah hari semalam, Kak Ngah gantikan tempat aku pulak untuk jaga Ummi di hospital. Aku balik dan rest. Tapi sebenarnya tak berapa rest. Kul 3 aku pegi kenduri kawen bestfren aku.

Balik rumah, sembahyang Asar, terus siap-siap untuk pergi tengok Ummi lagi bersama-sama adik-adik dan Abah. Balik rumah waktu Maghrib. Lepas Maghrib aku baring atas katil. Sedap giler. Penat sangat. Baru terasa bila dapat baring tu.

Baru je nak terlelap, Mak Encik Gajah call tanya pasal Ummi. Akhirnya tido kul 12. Penat giler. Dah berhari-hari sejak Ummi sakit aku tak dapat tido nyenyak. Asyik pikir pasal Ummi.

Bila aku balik rumah dan Kak Ngah gantikan aku di hospital, setiap masa aku duk tanya pasal Ummi kat Kak Ngah. Nak tahu perkembangan pasal Ummi. Tak boleh elak. Kesian kat Ummi. Dia tak pernah sakit macam ni.

Thanks kawan-kawan yang doakan kesihatan Ummi. Semoga Ummi cepat sembuh.. Amin.

21 comments:

  1. kak nad, arap2 ummi kak nad cepat sembuh..

    pasal pemakanan ummi kak nad tuh, rase2 nye kak nad leh bincang dengan doktor..or kak nad minta die tolong carikan pakar pemakanan = nutritionist kat hospital tuh untuk pastikan ummi kak nad dapat makanan yang sepatutnye untuk die cepat sembuh dan dengan makanan tu gak dapat buat die jadi kuat balik...

    ok kak nad?
    oh, sangat2 harap saye dapat ringankan beban kak nad nih..saye mampu bagi nasihat je =(
    cepat2 la kama grad!!!

    =(

    ReplyDelete
  2. sis!!!!!!!!!!

    be patient! be strong...

    all that can make ur mom goes strong too...

    dont stop give up.. she'll be okaay...

    trust GOD... pray for her health...

    may GOD help ur mom sooner.. or later.. she'll be fine...


    right sis..??

    ;)

    ReplyDelete
  3. nad
    ~be strong! semoga ummi nad cpt sembuh. byk2 doa k... Insya Allah.

    ReplyDelete
  4. insyallah tade pape..kita pon doakan ummi nad cepat2 sehat..

    ReplyDelete
  5. sntiasa doakan agar ummi kak nad sihat semula...

    ReplyDelete
  6. cam simptom xuen juga
    dema virus
    panas sangat
    but since xuen selalu jadi
    duduk nursing kat rumah je

    btw hope mama kak nad akan sihat dengan secepatnya
    xuen akan doakan agar Allah berkati mama kak nad

    be strong ya kak nad...about what the nurse said tu juz ignore mereka mmg cmtu...

    ReplyDelete
  7. hop ur mommy will get well soon..amin

    ReplyDelete
  8. ade sakit2 sendi x?
    ade rashes?
    dengue ke ape nih nad...low platelet + fever...
    psl anaemia tuh kene tgk laa kot penyebab anaemia tuh br tau nk treat canne...

    ReplyDelete
  9. semoga semuanya berjalan dengan baikk
    semoga umi you sihat sejahtera lepas ni
    amiiin

    ReplyDelete
  10. moga umi akak cepat sembuh..
    jaga kesihatan diri sama k...

    ReplyDelete
  11. salam kak nad.
    semoga ummi kak nad cepat pulih dan sembuh sepenuhnya.
    harap kak nad sekeluarga terus tabah dan berdoa.

    =)

    ReplyDelete
  12. erm ciannya, tp kebetulan ek 7-eleven tu hehe..:D

    ====================================
    serlahkan penampilan diri anda dengan tudung dan selendang dari kami, harga berpatutan. Mata anda akan nampak meyerlah dan menawan dgn GEO contact lens kami
    ada lebih 63 pilihan warna di sini
    dari BroSKL

    ReplyDelete
  13. Salam~

    semoga ummi akak cepat sembuh
    insyaAllah

    syafaahallah
    amiin

    ReplyDelete
  14. moga ummi cepat semboh.. salamms

    ReplyDelete
  15. aiseh.. agak2 kl aku g jage mak ko arituh ade can x aku angkat adik no 5 ko jadik bini no 5?

    camne aku leh lupe tektik2 camnih hehehe

    ReplyDelete
  16. nad. Bru je bukak ur blog. so hows your mum? be strong ok girl. hrp2 ummi nad cepat sembuh... I'll pray for her. jaga ummi elok2 yer nad. :)

    ReplyDelete
  17. GET WELL S O O N!
    7-E , interesting!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails