Friday, June 26, 2009

My Bestfriend's Wedding

Pada 5 Jun lalu, Fajrina, kawan karibku telah sah menjadi isteri kepada Al-Hafiz. Aku agak terkilan kerana tak dapat hadir pada majlis pernikahannya kerana menggalas tanggungjawab menjaga Ummi yang sakit di hospital. Namun aku bahagia kerana dapat berbakti kepada Ummi.

Pada 6 Jun pula merupakan kenduri kahwinnya. Rumahnya tak jauh dari rumahku. Kami sekampung. Aku dapat ke majlis tersebut setelah Kak Ngah menggantikan tempatku untuk menjaga Ummi di hospital.

Aku ke majlisnya bersama 2 orang adikku. Pada awalnya aku sudah berkira-kira untuk mengambil gambarnya menggunakan kamera Encik Gajah yang canggih itu namun aku tidak ada perasaan untuk berbuat sedemikian mengenangkan Ummi yang sakit.

Namun begitu aku ambil juga lah 2 keping gambarnya menggunakan telefon bimbitku untuk mengubat hati sendiri.




Ketika aku tiba, bilangan para tetamu sudah berkurangan. Pasangan pengantin sedang melayan kerenah jurugambar yang melakukan tanggungjawabnya.

Ina kelihatan sungguh cantik hari itu. Berseri-seri sekali. Membuatkan aku tersenyum sendiri. Aku turut rasa bahagia.

Kami adik beradik duduk sahaja di dalam rumahnya memerhatikan Ina dan Hafiz bergaya di hadapan kamera. Tuan rumah menjemput kami makan tapi kami tak lapar jadi kami menolak dengan baik.

Ibunya baru sahaja maklum tentang Ummi setelah diberitahu suaminya. Dia dapat tahu dari Abah yang datang ke majlis itu awal tadi. Terkejut, ibunya memegang kedua-dua belah tanganku dan bertanyakan aku tentang Ummi. Aku menjadi sebak tetapi masih dapat mengawalnya dan menjawab dengan tenang.

Aku belum berbual panjang dengan Ina selepas majlis perkahwinannya. Jadi aku tak tahu apa berita terkini mereka. Manalah tahu kalau-kalau ada berita gembira tentang 'orang ketiga'. Aku tumpang gembira. Aku doakan semoga kebahagiaan dan redha Allah sentiasa bersama mereka, Amin.

12 comments:

  1. Perkahwinan tu indah kn? selamat pengantin baru pada ur fren sis... semoga berkekalan sampai liang lahad

    ReplyDelete
  2. mmg cantik la ina, nampk berseri2

    ReplyDelete
  3. waa...neh nk jelez neh..ngeh3x

    ReplyDelete
  4. jeles tgk org kawen...nk kawen seniri pun tatau bila

    ReplyDelete
  5. igt kn kak nad yg na kawen...
    bwu na trasa mam nasi minyak!
    :P

    ReplyDelete
  6. she looked lovely..

    ReplyDelete
  7. macam ramai je org kawen skrg. arr. jeles2. huhu

    ReplyDelete
  8. x lama lg nad la plak!haha..
    just joking..^^
    cantik kwn nad tu..^-^

    ReplyDelete
  9. pasnih ur bestfren's berstfren's wedding la plak


    lame dh aku xmakan nasik kendur nih.. aaaa.. mls nk blk

    ReplyDelete
  10. lawa pelamin..

    selamat pengantin baru utk teman kamo.. :)

    ReplyDelete
  11. baju pengantin nad nnt mesti pink kan? ^^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails