Sunday, May 17, 2009

Selamat Hari Ummi


Ummi


Ummi inilah yang mengandungkanku sehingga bengkak-bengkak urat di kakinya,
Ummi inilah yang melahirkanku sehingga putus urat-urat dalam badannya,
Ummi inilah yang menyusukan aku tanpa mengeluh di dalam hatinya,
Ummi inilah juga yang sanggup berjaga malam tanpa menghiraukan orang lain yang yang sedang lena.

Di waktu aku kecil dan sakit,
Ummi inilah yang mengesat hingusku di kala aku selesema,
Ummi inilah yang tanpa mengenal lelah memberi aku makan ubat yang sepatutnya,
Ummi inilah yang melayan kerenah aku yang meragam tak tentu hala,
Ummi inilah juga yang memastikan aku sihat seperti sedia kala.

Tatkala aku di bangku sekolah,
Ummi inilah yang menyediakan uniform sekolahku,
Ummi inilah yang belikan semua keperluan sekolah yang aku perlu,
Ummi inilah yang mengajar aku ABC di ketika aku masih dungu,
Ummi inilah yang memastikan aku solat 5 waktu.
.
.
.
.
.
.
.

Aku takleh teruskan dah puisi ni sebab sedey sangat..

Walaupun terlambat seminggu, aku nak ucap gak Selamat Hari Ibu untuk Ummi ku, Salina binti Mustapha.

Sesungguhnya kasih seorang ibu tiada tandingannya..

6 comments:

  1. ummi kak nad tgok mane tuh?heeee..hari2 hari ubi,so slmt hari ummi utk ummi kak nad

    ReplyDelete
  2. eh,eh..slh type..ibu la bukan ubi..hehe..utk bakal2 ibu jugak :)

    ReplyDelete
  3. asal nad sdey ble tulis entry ni...tetibe akmar pon sdey gak...
    selamat hari ibu utk ummi nad!!! kem salam kat die eh??

    ReplyDelete
  4. huuu..mmg sedih bila kita kenang orng yang kita paling sayang kan....

    selamat hari ummi gak lah kepada ummi kamoooo =)

    ReplyDelete
  5. cam kak nad je
    kak nad ni and adik tu clon habis
    happy bithday mummy
    puisi itu amat best

    ReplyDelete
  6. pauh pon x ucap agi kat mak.. hohoho

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails