Tuesday, May 26, 2009

Jurnal 25 Mei 2009

Formal kan tajuk entri? Hoho. Bersedialah menghadapi perkataan yang banyak hehe.

Alhamdulillah. Bangun tidur pagi tadi rasa segar sikit berbanding hari-hari sebelumnya. Pening dan sakit dada sebab batuk dah berkurangan. Rasa bersemangat nak pergi kerja!

Sampai di ofis jam 8:50 pagi. Masa nak masuk ke kawasan parking ofis, rasa macam konfius sikit sebab nampak tak banyak kereta lagi. Kawasan parking ground floor tak ada satu kereta pun lagi. Aku pun tanya kat diri sendiri,

"Eh, ke harini cuti?"

Hoho ade hati nak ada cuti harini ye. Cuti sempena apa pun aku tak tahu :P

Bila dah masuk bahagian parking basement, baru lah yakin sikit yang harini sebenarnya tak cuti sebab tengok ade lah jugak 2-3 kerat kereta yang dah sampai. Alhamdulillah. Kalau tak, sia-sia je aku bangun pagi-pagi harini haha.

Nampaknya aku memang di kalangan orang yang terawal sampai. Almaklumlah, baru hari Isnin. Mana lah semangat nak pergi kerja, mesti liat sikit nak bangun kan. Aku je yang semangat sebab aku dah tak keje seminggu hohoho.

Bila dah masuk ofis, nampak Cik Emi je dari kalangan kawan rapat aku yang sudah tiba. Tapi dia nampak tak bermaya je. Terlentok kat kerusi dia. Rupa-rupanya dia tak sehat lagi. Last week pun dia sama naik ngan aku jugak. Dia datang keje 2 hari je last week. Aku pulak sehari je. Hari lain semuanya dapat MC.

Kesian tengok Cik Emi. Dia tak larat tapi datang jugak kerja. Nak tunjuk muka kat bos katanya. Yelah, Cik Emi ni memang rajin orangnya. Tapi bila dah tak larat sangat tu, dia balik lah jugak ke rumah. Takut nanti makin teruk pulak. Dah lah dia drive sendiri ke ofis. Umah dia kat Gombak. Jauh tuuuu. Takpe lah, aku sampaikan pesan kat bos nanti yang dia tak sehat harini.

Pastu aku duduk lah kat tempat sendiri, cek email-email yang aku terlepas last week sepanjang aku MC. Nasib baik tak banyak yang aku ketinggalan or tak banyak kerja yang perlu dibuat. Nampaknya aku MC tepat pada masanya haha :P

Lepas makan roti Sweetie perisa Kaya Pandan bersama kawan-kawan lain yang dah sampai, aku makan ubat batuk. Ade la rasa ngantuk sikit-sikit tapi aku tak tidur pun. Tak ada kerja pun harini. Jadi aku tengok ANTM cycle 12 episod finale sementara nak tunggu waktu lunch. Sebenarnya dah tau sape menang tapi nak gak tengok sampai abes. Ape-apepun Allison memang comey macam anak kucing ^^

Sementara nak tunggu lunch, aku dah pun kelaparan. Hoho. Asik lapar je aku sejak akhir-akhir ni. Jadi aku cadangkan tengah hari tu kami pergi makan kat Secret Recipe. Kawan-kawanku yang baek hati setuju. Lagipun aku rasa macam tak larat je nak jalan ke Terminal (tempat makan default kitorang) memandangkan keadaan aku yang ade pening-pening lagi ni.

Jadi tengah hari tadi aku dan rakan-rakan drive ke Secret Recipe Cyberjaya untuk lunch di sana. Aku order Thai Style Fried Rice dan kek Choc Indulgence ^^. Tak tau lah kenapa aku kempunan sangat. Selalu pun aku order benda sama gak. Cik Maria pun pelik tengok aku macam tak cukup makan je. Hoho. Alhamdulillah tercapai gak hasrat aku hehe.

Lepas lunch, tak de keje gak. Tengok-tengok emel kawan-kawan ITISJan03 bincang pasal poligami harini hoho. Aku tak aktif memberi pandangan pun. Tengok aje gelagat kawan-kawan. Hehe. Bila tak tau nak buat apa dah, tengok ANTM cycle 11 lak sampai episod 9. Hoho. Ingatkan nak balik kul 5, skali ada keje lak masa nak balik tu. Jadi siapkan keje sampai kat kul 7 baru la balik rumah.

Masa nak masuk kete, ternampak Cik Intan, dia pun dah nak balik jugak. Kete dia park belakang kete aku. Dia kata nampak muka aku berseri-seri. Hoho. Berseri-seri apanye aku punyelah penat dan macam kurang mood sebab tetibe keje datang last minute. Tapi takpe, senyum ajelah ^^

Sebelum sampai rumah, pegi tapau makanan kat blok belakang rumahku, kedai Singgalang Indah. Tapau Nasi Goreng Kampung. Nasi lagi! Haha. Lapa lah, nak buat macam mana. Sekarang ni aku layankan ajelah perut ni sebab kesihatan pun tak berapa bagus jadi tak mau lah nak memilih sangat. Ikutkan aje kehendak hati hoho alasan sungguh.

Sampai rumah dah kat kul 8. Makan depan pc sambil tengok Bleach episod 220. Lepas tu mandi. Masa mandi aku perasan badan aku sakit-sakit. Kenapa lah pulak aku pun tak tau. Harap-harap esok lusa ok, amin.. Lepas tu sambung tonton One Piece episod 35 sampai 37 online pulak ^^

Tengah tengok One Piece, bestfriend ku call. Lagi 2 minggu majlis kahwinnya. Dia tanya pasal mak andam dan beberapa perkara yang tak setel lagi. Borak-borak lah dengan dia pasal persiapan kahwin dan lepas kawin nanti. Sonoknya dia ^^

Lepas tu gi kasi makan dan beri kasih sayang kat Humayra. Anak aku di Facebook :D Humayra budak comel yang sedang membesar~ Aku ibu yang bahagia ^^

Sekarang tengah menaip entri ni. Tadi dah tertido jap setengah jam sebab penat. Jap lagi aku publish. Pastu gi lawat blog kawan-kawan pulak sambil dengar lagu. Lepas tu tido~

Itulah ceritaku di hari Isnin :)

10 comments:

  1. panjang sungguh entry ini...
    huhu..padat sungguh acara kak nad...
    bgus la dah sihat... huhu

    ReplyDelete
  2. uish..byknye cite tgk dlm satu hari..
    hihih.. :P

    ReplyDelete
  3. wow kak nad amzing
    memang superwoman
    kagum kagum
    sayang kak nad

    ReplyDelete
  4. bznyerrr akak nad tewww..

    ReplyDelete
  5. padan lah ng tajuk entry. ehe

    ReplyDelete
  6. kalo la cerita nih dijadikan drama, sure laku nih. hehe

    ReplyDelete
  7. hari yang padat dan memenatkan hihi...

    hebat nad nih..=)

    ReplyDelete
  8. sempat tertido plak ye..mmg byk betul bnde nak dibuat ye.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails