Tuesday, May 26, 2009

Entahkan Kerana Sayangku, Ataupun Kerana Sabarku, Ku Menunggu..

Hari ni terlajak tidur jadi bangun lambat. Pukul 9 pagi baru terjaga. Waa! Gelabah! Cepat-cepat bangun pergi gosok baju dan bersiap pergi kerja. Phew. Setengah jam lepas tu dah kat dalam kereta.

Pukul 10 pagi sampai Cyberjaya, nampak hujan mula turun rintik-rintik. Parking kat ofis dah penuh :( Kena park jauh dari ofis dan jalan kaki ke ofis lepas tu. Masa keluar kereta lepas parking, hujan mula turun dengan lebih rancak. Nasib baik ada payung. Jalan laju-laju ber-high heels masuk ofis -_-"

Sakit-sakit badan masih lagi terasa hari ni. Pagi tadi pening kepala dah tak ada. Tapi ia mula balik bila masuk tengah hari sampai lah sekarang. Tapi takpe masih boleh tahan lagi. Can go.

Jadi hari ini aku decide nak tidur awal sikit berbanding semalam untuk mengelak keterlajakan tidur seperti pagi tadi. Dan kepala ini sangat dambakan bantal untuk dialas padanya secepat mungkin.

Jadi sebelum aku lena aku ingin kenalkan kamu dengan satu lagu kegemaranku. Walaupun lagunya pilu namun senikatanya sungguh berkesan. Psst..aku juga suka nyanyi lagu ini :D

Dengarkanlah..



Ku begini seperti selalu
Membilang waktu berlalu

Entah berapa lama, aku tak sedarinya
Berapa lama harus menunggu?

Aku mimpikan suram cahaya bertukar cahaya indah

Semoga tiba hari bersinar ruang hati
Menyuluh arah jalan kembali

Ku tunggu angin perubahan
Barat, Utara, Timur, Selatan

Meniti doa malam dan siang
Teranyamnya semula ikatan

Sayang semuanya hanyalah mimpi
Kenyataannya langit dan bumi

Aku di sini engkau di sana, sayup jauh terpisah..

Entahkan kerana sayangku
Ataupun kerana sabarku
Ku menunggu..


Airmata dan senyuman
Antara mimpi dan harapan
Adalah rindu semilu menghiris kalbu

Yang terlalu menyayangi, di akhirnya terkorban diri
Menyedari itu aku putuskan pasrah segala pada Tuhan

Masih lagi seperti selalu, membilang waktu berlalu
Semoga tiba hari bersinar ruang hati
Menyuluh arah agar kembali



Klik sini untuk download lagu ini :)

13 comments:

  1. mood jiwang lagi puitis

    hari bahagia bakal menjelma

    ReplyDelete
  2. slamat bristirehat ya kak nad..
    :]

    ReplyDelete
  3. cik nad nie jiwang jugak upenye yek......

    ReplyDelete
  4. hahaha... nampak tajuk tadi ingatkan apa... hehehe... rupanya lagu...

    Adry @ http://www.adrysabry.com

    ReplyDelete
  5. ulamak..jiwang upaya..ada geng

    ReplyDelete
  6. ulamak..jiwang upaya..ada geng

    ReplyDelete
  7. kak nad!!!!!!!!

    get well soon!!!
    mari kita sembuh cepat bersama-sama!!!

    :D

    ReplyDelete
  8. fatutnyerr ko nyanyi dulu baru ujan turun angkatt jemurannn.. ekeke

    ReplyDelete
  9. adeh kak nad.
    lagu menusuk kalbu.
    best2.

    =)

    ReplyDelete
  10. aloloooo..nad jom lah sama2 malayan jiwang sambil relax2 hihi...

    get more rest ya..

    ReplyDelete
  11. hurm..knape xpnah dgr eik lagu nih..sayu gile..bole kot nak layan :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails