Friday, May 15, 2009

Cakar Ayam

First of all, ini ialah entri tak bergambar untuk menguji tahap kebosanan korang haha :P

Maafkan daku kawan-kawan sebab tak update kat 3 hari dah. Tak larat nak post entry dan takde mood juga.

Untuk pengetahuan kawan-kawan, semalam dah pergi jumpa doktor n by that time flu n sakit tekak dah upgrade jadi flu + sakit tekak + demam + batuk.

Jadi hasil tangkapan adalah sangat lumayan dari klinik tersebut iaitu 6 jenis ubat yang bernilai RM47. Naseb lah bawak duit cukup-cukup. Ada 2 jenis ubat yang kene makan 2 biji skali makan. Kalau gi check dadah sure positif skang ni haha.

Bangun pagi ni rasa segar sikit dari hari-hari sebelum ni. Pastu sebab tak leh tido balik jadi terasa nak update blog sebelum gi keje :D

Sebenarnya sekarang ni aku menaip dengan keadaan tangan terketar-ketar. Dari semalam lagi bende ni jadi. Mungkin sebab ubat kuat sangat or banyak sangat. Para doktor atau bakal doktor sila verify betul ke tak teori aku nih haha.

Yang kelakar tu bila menulis, tulisan jadi lawak sebab mcm tulisan cakar ayam. Sila bayangkan nadxoxo menulis dalam keadaan terketar2 dan bayangkan hasil tulisan tersebut haha.

Semalam aku telah menjadi seperti baby sebab banyak tido. Kalau tak tido, aku tengok Naruto Shippuuden dari episod 101 sampai 108 pakai streaming. Pastu termakbul juga hasratku nak tengok One Piece, sempat tengok episod 1 smpi 4 je. Bila la agaknya aku nak catch up sampai latest episode iaitu 400 lebih haha.

Biasanya aku download anime kat www.Mininova.org tapi sebab semalam dah jumpa lubuk anime jadi excited gile tengok anime kat situ. Haha. Kalau korang nak tengok jugak, leh pegi kat website www.OnePieceofBleach.com dan juga www.Lugaluda.com. Macam-macam adaaaa~~

Internet pulak agak reliable semalam. Tak payah tunggu anime tu loading lama-lama. Mungkin dia kesian kat aku kot yang sakit ni haha.

Tapi aku ada sedikit kemusykilan lah. Semalam lepas aku makan ubat pas makan malam aku rasa tak ngantuk sangat pun. Nak tido pun agak susah. Bangun tido pagi ni pun agak senang. Tengok, siap update blog lagi pas semayang Subuh. Hehe.

Padahal ubat tu kuat. Pagi semalam masa first time makan ubat pas jumpa doktor, xtahan lama, trus lalok dan bummmm trus tido daa.. Haih musykil2. Adakah sebab aku dah cukup rehat kot?

Alhamdulillah demam pun aku rasa cam dh kebah harini. Hidung pun dah tak leleh2 lagi haha. Jangan muntah haha. Tekak pun dah kurang sakit. Tinggal batuk, gatal tekak dan sakit dada sebab batuk tak lepas. Harap-harap kat aircond ofis jap lagi tak lah sejuk sangat kang makin teruk lak batuk aku.

Oklah, nak siap-siap gi keje pulak.

Pada kawan-kawan yang hidung mereka melarikan diri jugak, jangan tak kejar ye. Hidung korang lari ke arah klinik berdekatan. Pas sampai klinik n makan ubat, insyaAllah hidung-hidung korang dah tak lari dah. Hehe.

Pada mereka yang doakan kesihatan aku dan risaukan aku, thanks so much! Sebab ada orang macam korang lah yang menyebabkan sakit aku berkurangan dengan lebih cepat :) Semoga korang dirahmati Allah selalu, amin..

:*

12 comments:

  1. sekarang nie musim sakit2...

    take care ye nad...

    deqda doakan cepat2 la sembuh...

    (^_^)

    ReplyDelete
  2. sekarang nie musim sakit2...

    take care ye nad...

    deqda doakan cepat2 la sembuh...

    (^_^)

    ReplyDelete
  3. wah..sempat jugak kak nad layan cite naruto time sakit2 eik..xpe kak nad..tulisan cakar ayam kak nad sure lg lawa dr tulisan doctor.. ;)

    ReplyDelete
  4. aku pon kna sakit camtuh!! ilang sora gagah aku...

    ReplyDelete
  5. kak nad get well soon ya hun

    i miss ya....

    owh btw naruto best

    hidup anime

    ReplyDelete
  6. tangan terketar-ketar tu byk sebab gak, kene interview nad lebih2 lagi ni kalu nak tau ape punce utama die.. <-- cik kama minah kep0h tetibe jadi serius

    wahahahaha...sempat sajorr nad layan anime mase demam...well, hati perlu dihiburkan jugak kan????

    yezza!!!
    long live anime!!!
    long live cik olie!!! <-- *tetibe
    long live nadxoxo!!!

    ReplyDelete
  7. eh? gile anime jgk?
    blh geng dgn adk2 sy la...
    haih~~
    bgus la hidung akak dh tak berlari..
    hidung sy berlari lagi...wuwuuu..
    tensen!

    ReplyDelete
  8. hidung ku lari masih gagah berani.
    aiya.
    aiya.
    ubat dah habis tapi hidung berlari lagi.

    ReplyDelete
  9. " Sila bayangkan nadxoxo menulis dalam keadaan terketar2 dan bayangkan hasil tulisan tersebut haha "

    lg cun dr tulisan aku r kot

    ReplyDelete
  10. Aku bosan tade gamba..bleh gitu??

    ReplyDelete
  11. kak nad...tak care ye!muahh3 pipi comey ;D

    ReplyDelete
  12. ohw,
    minat anime ekk?
    sy minat gak.
    tp minat lagi prison break..
    :p

    get well soon!
    :]

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails