Tuesday, May 19, 2009

After 12 Years

Pagi tadi pegi klinik lagi sebab batuk tak abis lagi tapi antibiotik dah abis n ubat lain pun dah nak abis gak. Lepas tu semalam rasa macam nak demam balik. Jadi decide pegi klinik again harini.

Lama gak tunggu turn sebab orang ramai kat klinik tadi. Bila dah dapat jumpa doktor, doktor suruh gi bilik seblah untuk dapatkan ubat idung. Selama 15 minit aku diberi pakai mask lebih kurang macam dalam gambar kat bawah ni:


Nebulizer with mask

Mask ni merembeskan cecair ke dalam lubang hidung aku semasa aku bernafas.

Aku masih ingat lagi dulu masa skolah rendah. Aku, Hatim, dan Abah pegi klinik dan doktor kasi pakai machine yang sama macam ni kat Hatim sebab dia ada asthma yang teruk masa kecik-kecik sampai dia kurus kering. Tapi skang dia dah OK dan badan pun dah nak sama besar ngan aku.

Sebenarnya aku asthma masa kecik-kecik je. Last time ialah waktu darjah 6. Tak sangka pulak lepas 12 tahun aku kene asthma balik. Tapi aku rasa yang aku kene ni takdelah teruk sangat kalau nak bandingkan dengan Hatim sebab bila dia bernafas ada bunyi-bunyi. Aku punye tak bunyi-bunyi cuma susah nak bernafas.

Lepas pakai mask tu aku rasa lega sikit dari sebelumnya. Tapi bila doktor check balik condition aku dia cakap pernafasan aku masih tight. Jadi dia kasi MC 2 hari tanpa menyoal aku nak MC ke tak. Biasanya dia tanya hoho.


Pastu gi kat kaunter ubat, dapat 7 jenis ubat. Kebanyakannya sama dengan hari Khamis lepas cuma tambah satu lagi ubat untuk titik dalam hidung untuk membantu pernafasan. Pastu ubat antibiotik kali ni lain skit dari haritu. Kene makan 2 biji skali makan pulak tu.

Harga untuk rawatan tadi + ubat ialah RM72. Fuh naseb baik dalam purse ade RM78. Aku ingat RM78 tu dah cukup sangat nak bayar duit ubat rupa-rupanya cukup-cukup je. Biasanya kalau aku demam atau selesema RM30 dah cukup dah.

Khamis lepas pun sama, memula aku ingat nak bawak RM20++ je sebab ada banyak tu je dalam purse. Bajet-bajet cukup lah kan. Tapi rasa tergerak hati nak bawak duit lebih jadi aku bawak lagi RM50 mana tau kalau-kalau ubat mahal untuk rawatan haritu. Tengok-tengok kene bayar RM47. Aku ni asik sipi-sipi je -_-"

Oh. Aku dah tau kenapa tangan aku ketar-ketar macam aku cerita kat entri Cakar Ayam tu. Ia adalah kesan memakan pil Ventolin untuk asthma.


Ventolin 4mg

Apepun aku dah penat berehat. Dari last week kan aku tak sehat. Bila makan ubat je rasa nak tido walaupun aku tahan-tahan sebab aku dah penat tido. Nak update blog pun kurang mood sebab tengoklah cara aku cerita ni macam 1 tone je. Kalau buat presentation macam ni mau sume orang tido. Sigh. Sori jika kamu semua bosan baca cerita aku ni. Aku cuma mahu meluahkan sesuatu.


Sick and bored :(

Nak surfing or tengok anime online pun susah sebab internet sejak hari Ahad ialah sangat kejam terhadapku. Sangat slow T_T.

Aku nak mintak maaf kat kawan-kawan blogger tak dapat nak lawat blog korang and baca updates dari korang. Mungkin bila aku dah sehat nanti dan internet pun laju sikit aku akan qada' k.

OK kawan-kawan take care. Harap-harap korang sihat. Jaga diri. Jangan kasi sakit macam aku k. Bai bai.


P/S: Click pics to view source.

8 comments:

  1. haha . sy pn asthma gak . salu gak pki mask sedut2 ventolin . best !

    *haha . kidding -.-

    ReplyDelete
  2. hope u'll get better..huhu

    ReplyDelete
  3. salam..
    laa siannyer kat nadiah. Sory nadiah,xtau lak ndh lelah.ingt demam biase jer.sorry yer. Ina doakn semoga nadiah cepat sembuh=)

    ReplyDelete
  4. hope u'll be ok soon.. insyaallah.. take care ok~! ;)

    ReplyDelete
  5. yer la..spupu sy kalo asthma pon memng guna mask tu pon..paling koman kena pakai kat 1 jam gak la..hadoi keciannya

    ReplyDelete
  6. get well ya
    praying 4 speedy recovery
    owh asthma memang tiring
    hang on ok

    xoxoxo miss sangat kak nad

    ReplyDelete
  7. gle r dlu kecik2 mmg selalu kne pkai nebuliser semput tuh

    ReplyDelete
  8. kakak mili xpnah ade pnyakit asma,ttibe time nak bsalin ade pyakit asma smpai la skrg..boleh pulak pykit tu dtg tibe2 eik

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails