Saturday, April 25, 2009

Tension dan Konfius Tapi Akhirnya Bahagia

1. Perihal Balik Kampung

Malam tadi pegi Hentian Kajang (kat seblah umah je) nak cari tiket bas balik weekend depan tapi tiket dah abes :( Terpaksa lah balik next weekend tapi drive lah, konvoi ngan makcikku yang duk kat Damansara tu. Kebetulan pakcikku (adik makcikku) yang belaja kat UM tu pulak dah cuti sem. Baru abes paper masa tu. Jadi leh lah dia drive kan kete aku hihi :P


2. Perselisihan Pendapat Tentang Kad Kahwin

Pagi tadi pulak pegi lagi Hentian Kajang. Pegi tempah baju melayu untuk akad nikah Encik Gajah. Mak Encik Gajah ikut skali. Lepas tu pegi galeri Kadkahwinku kat depan kedai tailor tu untuk tempah kad kahwin.

Kami memang setuju untuk pilih 1 design kad dan dalam 1 kad tu terus letak 2 undangan. Jadi kalau beli untuk 2 pihak jadi banyak dan murah la harga sekeping tu kan.

Bila dah pilih-pilih kad, skali mak dia tak berkenan design yang aku pilih dan begitu juga sebaliknya. Huu. Encik Gajah pulak macam berkenan dua-dua -_-"

Mestilah mak dia lebih berkuasa kan. Pilihan dia la dia nak tempah. Aku diam je. Nak cakap x setuju pun tak reti. Dia cakap aku punya pilihan nampak cam common sangat, aku pulak cakap yang dia pilih cam kad birthday. Aduhh..

Yang mak dia pilih kaler biru. Naseb baik lah pastu Encik Gajah ambik design yang sama ngan mak dia berkenan tu tapi yang kaler putih-cream. Jadi nampak ok la sikit pada pandangan aku sebab aku suka warna putih haha.


3. Konfius Pukul Berapa Nak Bersanding

Pastu bila dah agak kompem nak amik design tu (terpaksa redha), kami kene isi borang untuk bagitau details yang nak letak dalam kad tu.

Bila nak isi pasal jam berapa nak bersanding, aku blur pastu call Ummi tanye. Bila tanya Ummi, jawapan Ummi agak pelik. Sanding cam awal. Kul 10 pagi katanya. Takleh nak tanye banyak-banyak sebab ade tetamu.

Bila dh letak tepon, aku cite balik apa yg Ummi cakap tadi kat mak Encik Gajah, dia pun macam x berapa stuju jadi KIV dulu part tu. Jadi tak dapat la nak hantar borang tu tadi. Keputusan akan diketahui selepas Mak Encik Gajah dan Ummi berbincang di talian telefon nanti.

Oh sungguh mendebarkan :P


4. Jalan-jalan di The Mines & Contact Lens

Lepas hantar Mak Encik Gajah pulang, kami jalan-jalan kat Mines. Sbenanye aku tension. Encik Gajah dah dapat detect aku tak berapa puas ati kat kedai kad kawin tadi tu. Sebab tu lah dia ajak jalan-jalan. Haha.

Kat sana, masa kami lunch, aku tanya dia,

"Tak nak try pakai contact lens ke?"

"Nak.." balasnya.

"Kenapa nak?" acahku.

"Sebab tak lawa nampak dalam gamba. Dah tengok gamba-gamba kawin orang yang pakai spek jadi x menyerlah muka dia. Lagipun model-model mana pakai spek. Kalau model spek tu ade lah" jawabnya panjang lebar membuatkan aku tergelak.

"Hmm ok gak tu. Sbenanye tak bape suke kamu pakai spek" aku membuat pengakuan.

"OK nanti kita try survey kat kedai spek k..tengok-tengok je.." ajaknya.

Pastu bila dah masuk kedai spek, dia terus beli contact lens dan memakainya seperti seorang Pro. Padahal first time pakai contact lens. Haha.

"Ingatkan mahal contact lens ni, murah je rupanya. Tu yang terus beli tu hehe" katanya dengan gumbira.

"Amacam? OK tak ku pakai contact lens?" soal Encik Gajah.

"OK..cuma kene kuruskan lagi badan dan rambut kasi panjang balik cam dulu. Skang bulat sangat cam Doraemon" jawabku telus.

"OK..nak turun jadi 55kg balik cam dulu" balasnya penuh keazaman.

"Orait. Yang penting rambut kasi panjang cam dulu. Takmo botak camnih. Bulat.." kata ku.

"OK. Kasi masa 2 bulan. Nanti panjang la tuh. Hehe" jawabnya pendek sambil tersengih.

Dan begitulah akhir kisahku hari ini yang bahagia sebab Encik Gajah tak pakai spek lagi. Hehe. Bak kata orang putih, there is always a rainbow after the rain :)

Misi Encik Gajah ialah untuk kembali ke rupa ini :P

13 comments:

  1. Wahhhhh jejalan erk....semoga berbahagia slalu sahabatku...

    ReplyDelete
  2. sis,mase sepupu i nikah kan,dia try pki lens,1st time ni.selama ni mmg hidup dia ngn spek je r..sekali kan mase dia smpi nak nikah tu,mata dia merah gilee mcm tgh bersedih nagis pun ado!ktorg bantai gelak2..ingt dia sedih..sekali dia bisik2 ckp.."pedih dowh mata aku pki lens.." wakakaka!~ nway,chayok2 incik gajah~

    ReplyDelete
  3. kak nad comel
    hehehe kenapa panggil en. gajah kak nad? sian la dy..lolx

    xpe kak nad pasal kad tu
    tgk2 dy mau pakai contact lens and mau kurus and rmbut pjg ikut ckp kak nad

    hehehe mesti syok la kan..
    btw kan kak nad comel..
    lagu LOVE ni best..

    love is all that i can give to u
    love is more than a game for two

    love was made for me and u

    wooottt
    sweet

    ReplyDelete
  4. wah2..
    nnti bile sanding sure lg sweet nih sbb si die sudah pkai lens!
    jaga baik2 k..
    btw bile nad kawen?

    ReplyDelete
  5. ala nad, nad yang nak kawen tapi nak bakal mak mertua yg decide design kad kawen?????
    xbesh la camtuh..
    aritu mase kakak akmar kawen, akak saye and abg ipar saye yang sendiri2 decide sume bende..

    xpe2, arap2 aspek2 lain nad and encik gajah leh decide sendiri...

    ReplyDelete
  6. haduyai kak nad,belom kawen lg dah xleh masok dgn mak mentua cmane??kang jd cm crite mertua vs menantu..huhu..tp, boleh ke incek gajah nak transform mcm dlm gmbr tu 2bln je?almtnye kne puasa nasik la.. :)

    ReplyDelete
  7. jgn lupa msukkan dy dlm senarai nama penerima kad tu yek ;)~

    tp seyes muka gjah nmpk len giler skrg..huhu. kembalila kpd yg dulu..haha~

    dy pn penah cuba pkai lens tp merah tk hingat..2 3 hari je brtahan pastu mata tak larat dh..hehe.

    ReplyDelete
  8. nad, sruh dia pkai contact lens bnyk2 kali b4 pkai ms nikah kawen k, takot tibe2 tjadi cntct lens xsesuai sj je mata merah2 aritu.

    nad plk xmo pkai cntct lens ke, amik yg kaler2, or at least yg buat mata hitam nampak lg bulat tu, amacam? ;-)

    ReplyDelete
  9. aku tgk member aku laki yg bulat2 sume dkt2 time kawen sure r dpt turunkn berat badan dgn jayenye...

    ko lak aku rs ko pkai r contact lens kaler ijau or light blue.. pastuh blondkan rambut ko.. sure gle hot ass nyer

    ReplyDelete
  10. wah..
    comel ajew kak nad n en.gajah..
    hepy2 selalu hendaknya..

    =)

    ReplyDelete
  11. hehe...jaga ati mak mertua tu baik2 kak...ahaks...

    ReplyDelete
  12. kahwin jangan tak kahwin.. hahaha


    Adry @ http://www.adrysabry.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails