Thursday, April 02, 2009

Kene Ragut??

Bangun pagi-pagi semalam bila keluar bilik ke ruang tamu, nampak osmet tengah gosok baju. Pastu tgk ke arah TV, ada rancangan yg sedang rancak berborak pasal sesuatu tapi aku tak dapat tangkap ape yang diorang cakapkan. Mamai lagi. Tiba-tiba osmet tu cakap,

"Tu haa..ade orang kene ragut.."

Eh, cakap good morning pun tak nih tetibe muqaddimah di pagi hari pasal ragut lak ai. Terkejut, lantas membalas,

"Haa?? Sape kene ragut??"

"Ade budak kat KT dia kene ragut pastu dia kejar balik peragut tuh, melawan arus..skarang koma kat spital" balasnya.

Aku membuat gambaran ceritanya itu di dalam minda. Terbayang org yg kene ragut tu berada di dalam kereta sambil kejar lelaki peragut yang naik motor melawan arus. Sah-sah lah kene langgar. Isk.

"Laa..yang dia tu bijak sangat pegi kejar tu nape? Harta leh dicari, nyawa melayang siapa nak ganti?" luahku kekesalan.

Osmet ku angkat bahu saja. Mematikan perbualan kami di situ. Di TV, topik yang sama masih hangat diperbualkan.

Sampai di ofis, aku cerita kat kawan-kawan aku pasal bende ni. Aku bebel la kat diorang, menyatakan tak ketidakpuashatian aku dan mempersoalkan kenapa perlu perempuan yang kene ragut tu kejar balik peragut tuh padahal nyawa dia dah kira selamat dah kalo dia tak kejar.

Tapi kawan aku cakap, mungkin ada bende yang sangat penting, cthnya bukan barang sendiri kat dalam beg yg diragut tu, kiranya amanah utk dia la. Dalam hati aku setuju namun masih kesal dengan peristiwa itu.

Balik je rumah, surf kat surat khabar online nk baca pasal berita ragut tuh (almaklumlah, kat ofis tak boleh bukak online newspaper isk isk). Bukak Berita Harian Online, search 'ragut'. Ade ke result dia ade 2 ketul je. Punya lah banyak berita pasal ragut kat Malaysia nih. Pulak tu result pasal padang ragut ngan polis di kelantan dapat award ke ape tah. Haih.

Pastu gi cari kat Utusan Online lak. Sib baik jumpa. Sila baca kat sini kalau belum baca lagi.

Laa..yang diragut tu naik motor gak rupanya. A'a lah, takkan la kete nak kejar motor. Mana muat nak lalu tengah2 kenderaan lain kat jalan sehala tu. Hahahaha. Sengal sungguh.

Tapi kesian lah kat budak perempuan tu. Teruk dia eksiden, sampai koma. Tapi aku kagum ngan dia. Memang berani betul utk kejar peragut tu balik.

Aku tak sure lah macam mana nak prevent ragut kalau orang yang bawak motor macam budak perempuan ni. Tapi kalau untuk orang-orang yang drive kereta, mungkin aku boleh kasi sedikit tips apa yang aku selalu buat, macam mana nak elakkan ragut atau eksiden dari berlaku. (Ehh..jangan ingat naik kete tak kene ragut tau! Alhamdulillah setakat ni x kena lagi)


TIPS 1: Jangan letakkan barang berharga kat tempat yang obvious kat dalam kereta. Cthnya meletakkan handbag di seat co-driver. Yang ni orang yang tak biasa ragut pun rasa nak ragut kot. Isk.

Even dengan tingkap bertutup pun diorang masih boleh ragut iaitu dengan memecahkan cermin kete dan ragut. Letakkanlah di tengah-tengah antara seat driver dan co-driver. Jauh dari langkauan tangan si peragut.


TIPS 2: Pastikan semua pintu kereta berkunci (mana lah tahu central lock rosak cam kete aku ke. Isk) sebelum memulakan perjalanan. Kalau boleh, masuk je kete, terus kunci cepat-cepat. Yang ni leh elak dari kene culik gak.

TIPS 3: Sebelum keluar rumah/on the way ke kereta, baca Ayat Kursi dan 3 Qul. Sampai dalam kete sebelum mulakan perjalanan, baca doa naik kenderaan, dan jangan lupe tawakkal. Yakin pada Allah. InsyaAllah benda buruk atau tak diingini takkan berlaku.

Kalau berlaku pun cthnya eksiden, insyaAllah tak berat atau tak melibatkan kecederaan fizikal atau kehilangan nyawa. Sebab kita mesti percaya qada' dan qadar. Sebab kalau kita ditakdirkan untuk eksiden, kita memang akan eksiden jugak. Tapi berbekalkan doa-doa yang kita amalkan, insyaAllah eksiden tu tak teruk. Ini yang mak Encik Gajah selalu pesan kat aku.

TIPS 4: Elakkan drive pada waktu senja/Maghrib. Sebab waktu Maghrib ialah peralihan dari siang ke malam, jadi mata pun kurang cekap - yang patut nampak jadi tak nampak. Sebenanye aku pun tak berapa sure apa kaitan dia tapi aku percaya sebab aku dah pernah laluinya. Lagipun syaitan pun banyak kan masa tu. So better elakkan ye ;)


Baiklah itu saja tips dari ku yang dapat kukongsi bersama kamu-kamu semua. Harap-harap berguna :)

Kita hanya berusaha dan merancang, Dia yang menentukan. Ye dok? :D

4 comments:

  1. kalau xleh drive waktu senja, maknanya bolehla drive waktu malam ye??heheh..
    tp mmg berleluasa pun ragut skrg ni..mmg brni la budak tu prtahankan hak dye..haish..dunie2..risau lak nak pergi mana2 sorang2

    ReplyDelete
  2. good tips kak nad..
    agak takut juga dgn isu ragut ni.. org skrg makin berani buat yg bukan2..
    tak tahu lah apa nak jadi..
    yg penting kita kena hati2, lagi2 kepada perempuan...
    tawakal.. insya-ALLAH..

    =)

    ReplyDelete
  3. bahaya gak ea skg..huhuh..Terfikir jugak apa yg kak nad fikir tu. Dia mungkin sedang mendapatkan kembali 'amanah' dia sebab tu dia snggup kejar tak fikir apa dah..huhuh

    ReplyDelete
  4. xle mkn. apesal ni. jgn smpai xckup zat ye. jaga kesihatan dan pemakanan. ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails