Sunday, April 05, 2009

Frust, tapi tak sampai menonggeng

Frust-nyaa.. Haih.. Kenapa aku frust? Mari kita ikuti apa yang berlaku..


PERISTIWA 1: Fesyen rambut Encik Gajah

Khamis malam Jumaat, Encik Gajah pulang ke Bangi dari Kerteh. Esoknya, Encik Gajah hantarkan ku ke ofis (mempergunakan sebaiknya kehadirannya :P). Dalam kul 5 petang dia amikku kat ofis dan dia telah bertukar rupa.


Kepala terbaru Encik Gajah

T_T

Tak sangka dia akan membotakkan kepalanya sebegini rupa. Isk. Tak pernah dlm seumur hidup dia pun dia buat rambut camni. Dia pun tak terfikir. Ni first time. Hati rasa nak luluh sebab aku suka rambut original dia. Tapi Encik Gajah pujuk aku, cakap rambut akan tumbuh balik punye. Ok lah, ok lah...


PERISTIWA 2: Ameera & Aysha

Pada malam nye, makcikku nak anta anak-anak dia iaitu Ameera & Aysha kat rumahku untuk aku jagakan sementara makcikku dan husband ada hal malam tu. Jadi aku dh plan awal-awal nak bawak budak-budak tu pegi Alamanda jalan-jalan dengan Encik Gajah sekali. Aku dah excited dah, dlm kepala dh plan nak amik gamba sume.

Tapi bila tiba masanya, Ameera & Aysha nanges2 takmau kene tinggal ngan mak ayah dia. Nak-nak Ameera tu, kalau nangis nanti dia muntah. Yang Aysha ni pulak, kalau kakak dia dah stat nangis, dia mestilah ikut skali. Haih. Lagilah pening. Segala pujukan tak berjaya. Makcikku tak jadi nak tinggalkan budak-budak kat aku. Pulanglah mak ayah dia kehampaan, terpaksa cancelkan hal nya malam tu.


PERISTIWA 3: Manhattan's Fish Market

Encik Gajah tengok aku sedih sbb Ameera & Aysha tak jadi ikut kami. Encik Gajah nak pujuk aku, jadi dia belanja makan kat Manhattan's Fish Market. Lagipun sebelum ni aku tak pernah pegi situ. Memula seronok la jugak, rasa terubat la sikit kedukaanku, tempat dia lawa, leh amik-amik gamba hehe.


Jemput makan ^^

Tapi, bila aku start makan je, aku rasa cam pelik je rasa makanan tu. Makin disumbat, makin rasa nak muntah. Memang tak kena dengan selera aku lah rasanya. Tapi yang lebih pelik ialah, aku bukan jenis yang memilih makanan. Ni lah first time dalam hidup aku, aku takleh terima sesuatu makanan sampai rasa nak muntah balik makanan tu. Isk. Rasa bersalah sangat kat Encik Gajah, dah lah jarang makan situ, pastu dia belanja pulak tu, lepas tu aku tak lalu makan pulak. Aduhai..kenapa lah ni..Haih..


PERISTIWA 4: Maxis Broadband

Balik je rumah dari Alamanda, ingat nak online, skali internet buat hal lah pulak. Dari petang sejak balik dari kerja lagi modem tu mcm takde signal. Tengok-tengok, malam pun sama gak. Takpelah, aku tunggu smpi pagi mana tau nanti ada signal kan.

Tapi bila bangun pagi-pagi Sabtu tak boleh connect internet jugak, aku jadi rasa sangat bengang. Mana leh idup tanpa internet lama-lama kan hehe. Jadi aku call Maxis Broadband call centre (1800 82 2000) utk tanye ape masalah broadband ku ni. Orang Maxis ckp aku tak bayar bil. Bengang sungguh masa tu sebab aku ni jenis disiplin. Awal bulan je seblom smpi bil pun aku dh bayar siap-siap.

Bila disiasat, rupa-rupanya bil fon and broadband ku tak merge lagi sedangkan aku duk bayar utk broadband kat akaun fon tu lah ingatkan dh merge dah. Haiyo..betullah kata Ainoor. Diorang ni memang menyakitkan hati betul lah.

Lepastu aku dan Encik Gajah pun pegilah bayar kat Maxis Centre kat The Mines, setelkan bil Maxis Broadband ku. Boleh lah blogging :D

Cerita belum habis lagi..


PERISTIWA 5: Karok

Sebenarnya tujuan utama aku dan Encik Gajah keluar ialah untuk gi karok kat Jusco Cheras Selatan sebab kat situ lagu-lagu dia updated berbanding tempat lain. Ni first time lah ni kami nk try kat situ pulak. Tapi bila ditanya org kat kaunter, dia ckp 3 hours punya karok - sorang bayar RM26. Aku taknak la karok 3 jam..giler ape, kalo ramai-ramai lain lah kan. Ni aku ngan Encik Gajah je. Mau nanti keluar dari tempat karok tu aku bertukar jadi Ella lak. Akhirnya tak jadi lah karok..

Frust nyeeee..


Namun, ke-frust-an ku telah ditangani dengan membeli belah (pompuan, pompuan..heheh) dan menonton Fast & Furious. Movie tu best giler! Rasa lepas geram dan puas hati lepas tgk movie yang penuh dengan aksi tu. Two thumbs up! Tetibe rasa nak gi lumba kete pas tengok wayang. Hehe.

Alhamdulillah, kejap je rasa frust tu melanda diriku. Skarang pun dah boleh surf and blog balik :D

Dan yang paling penting, aku juga telah mula memanggil Encik Gajah dengan nama Abang Botak!! Hahaha :D

8 comments:

  1. wah macam-macam terjadi eh..
    yg pasal maxis tu, derang mmg mcm tu lambat n lembab kot, padahal ikutkan mase nk register memang mintak kitenyer postpaid number haish x paham betul..sabar jer lh yerks cik nad, have to endure it wen dealing wif services ^_^

    ReplyDelete
  2. tak kena dgn selera eh... tp pose utk cam itu pnting ehk?? ahaks..

    ReplyDelete
  3. eylo..cik nadiah..

    mcm mane la bleh find out blog sya yek..hahaha..jauh betul cik nadiah meronda..:P

    anyway..kte pun nk link cik nadiah, k..

    ReplyDelete
  4. pasal rambut tu:

    mawi = tsumawi
    gajah = tsugajah......errr?????

    ReplyDelete
  5. fast furius 4 tak begitu mantap lah. *tsk* even d worst in the series. haihhhhh.

    ReplyDelete
  6. mE:
    tu lah, Maxis lembab!

    en_me:
    ni lebih dari mawi nih haha

    [AiEn]:
    hahah ni pose sebelum rasa tak selera :P

    Shasherryza:
    biasalah, kene la ronda-ronda :P

    Akmar Anuar:
    ahaha buruk benor bunyinye! :P

    riri:
    yeke? mungkin compared to the first one mmg kureng sket kot~ terpulang kepada pandangan masing2 :D

    ReplyDelete
  7. akak, nad dah pernh post psal entri restaurant manhatan nie an.
    muak kan makan tu =.="

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails