Tuesday, April 28, 2009

e-Filing dan Cemburu


Sudahkah korang buat e-Filing? Kalau belum, silalah lakukannya secepat mungkin. Tinggal 3 hari saja lagi untuk berbuat demikian. Untuk berbuat demikian, silalah layari laman web e-Filing iaitu https://e.hasil.org.my.

Aku? Aku dahhh...baru tadi buat..hahaha :P


Peace!! ^^v


Erm, apakah persamaan antara e-Filing dan cemburu?

Kedua-duanya aku alami hari ini. Dan kedua-duanya buat kali kedua.

Kenapa aku perlu cemburu? Kalau aku yakin pada Si Dia, tentu tak ada masalah cemburu, bukan?

Tapi cemburu juga disebabkan rasa rendah diri, rasa kekurangan kita berbanding dengan insan yang kita cemburui itu.

Itulah masalah aku. Dari dulu sampai sekarang. Tak yakin pada kelebihan diri sendiri. Tapi dengan cinta kali ini, ini baru kali kedua walaupun hubungan sudah hampir menginjak tahun ke-3. Dan cemburu kali pertama juga berlaku tahun ini. Apakah ini dugaan ketika bertunang?

Sebetulnya aku sangat yakin pada kesetiaan Si Dia. Aku tak pernah rasa tergugat pada kedudukan aku sebagai kekasihnya, iaitu orang yang Si Dia cintai.

Sewaktu aku diberitahu bahawa Si Dia terpaksa bekerja jauh di Kerteh sana, aku menangis. Tapi bukan kerana takut kehilangan Si Dia kerana dirampas wanita lain, tetapi takut hubungan kami semakin renggang.

Bukan apa, cuma apabila sudah berjauhan, aku takut perkara-perkara kecil boleh menjadi besar dan membawa pergaduhan. Itu saja. Pokok pangkalnya bukan masalah Si Dia setia atau tidak.


Tetapi apabila di-'provoke' orang, tergugat juga aku hari ini. Walaupun aku tersenyum dan bergelak ketawa, jauh di sudut hati aku ada sekelumit rasa cemburu.

Ini bukan masalah mereka yang 'provoke' itu, tetapi masalah dalam diri aku sendiri. Aku berfikir panjang hari ini tentang perkara sekecil ini.

Ahh..mungkin aku saja yang terlebih sensitif hari ini, mungkin aku tak perlu memikirkannya dalam-dalam. Ataukah mungkin sebaliknya?

Aku tak tahu jawapannya.

20 comments:

  1. nmpak cam tgh bad mood ja.
    kuatkan semangat hadapi sebarang cabaran yek...
    kita sokong awak..

    ReplyDelete
  2. perlukan org xbekerja buat?
    lalala~

    ReplyDelete
  3. sabar ye kak nad.
    pedulikan apa kata orang luar.
    long distance relationship memang sukar tapi hati kita kena kuat.
    percaya dan jika ada apa2, bertanya sahaja pada tunang kak nad.
    berterus terang lebih baik.

    berdoa pada DIA untuk hindarkan segala yang tidak baik itu.
    insya-ALLAH.

    =)

    ReplyDelete
  4. sabar ya sis..

    saya percaya, hampir semua yang se-kaum dengan kita akan rasa yang sama jika berada di tempat sis..

    sis doa banyak2, percayakan si sia, insyaallah akan buat sis tenang.

    berat lagi bahu yang memikul.

    saya tahu itu, tapi harap-harap kata-kata ini dapat buat sis sedikit senang hati.

    :)

    ReplyDelete
  5. sabar la kak nad
    dugaan
    btw kak nad lawa so xyah rasa nak tergugat ke apa ke?

    ReplyDelete
  6. Biasa la tu...keep in touch always...baru ok!

    ReplyDelete
  7. oh come on dear...u know,i once been separated from my loved one almost emm..let see...4 years?? yeap..lepas ktrg abis diploma..i went back to kemaman and he stayed in k.t.yeah rasa mcm dekat kan?tapi yang menanggungnye??sabo je la...as long as u n him stay connected..u know..smses,calls,ym...guana??cheer up dear!!
    wat la tag kakyong tuh!lupa nak add nad td...satg kyong edit balik!

    ReplyDelete
  8. cuba try bt cam masa first2 time bcinta dolu2. sms:

    'hi, awak tgh buat apa tu? saya ganggu awak kew? awak dah makan? awak bile blh balik? saya rindu awak la..'

    call:

    'ehem, hubby.. darl demam lar, nasib baik bile tepon bie trus demam ilang.'

    pos laju:

    'sayang tau tak? sayang, sayang sayang.. sayang sayang sayang? sayang sayang sayang...'

    surat burung:

    'kehadapan kakanda yang ku sayang, adinda disini sangat merindukan kakanda yang telah sekian lama mengembara..'

    yg penting cuba timbulkan suasana rindu merindu. sekian sahaja tips dari doktor pakar bedah.. terima kasih.

    ReplyDelete
  9. nad, E-filing nih sumer org berkerja kener buat ke? err tak alert sgt bende2 camnih.

    ReplyDelete
  10. aaaaaaa.

    girl, no worries. sumer tuh gurauan. ako tahu, ko pon tahu. cume kekadang bende nih wat kite terase (sbb kite perempuan mmg extra sensitif)

    ko dah kuat for all these time. keep it on!

    nad boleh!

    mwahs. dah dah gi tido. haha.

    ReplyDelete
  11. mengenyit hidung. >.<
    hahahahahahahaha XD perasaan jealous adalah normal, ada yang takut sebab GF dia x reti cemburu!

    ReplyDelete
  12. kak nad,
    biase la tu,
    darah tgk manis,
    mcm2 hal nak duga..
    hehe..
    ni nenek nad ckp la
    ;)

    don't worry..
    smoga berbahagia selalu tau..

    ReplyDelete
  13. eh adikku..nape ko bermuram durja bagini? Ko tnya pasal e filing dik..akak ko nih dah dkt nk 10 taun asal ujung taun jer pening nk submitkan tuk boss anak beranak, encik bapak & jugk dirik sendirik.

    Cemburu...dulu kekite nih pun cmtu gak..alah u biasalah.Yg penting ko confident dgn diri sendirik dik.Ko mesti tau apa yg EXTRA dlm diri ko yg boleh buat ko confident kan.

    Tape nantikan akak bagi ko pain killer...rerajin tgk blog aku ekk!

    ReplyDelete
  14. hohoho. juz ignore those one that provoke ok ok dear. they are jealous at you bcoz you're getting married hehehe. if encik gajah doesn't love you, he wouldn't propose you right? so think +ve, dun think -vely, not good for your mental health. mental and emotional health are more important than physical health, remmber that, hehe. ;-)

    ReplyDelete
  15. me pun baru buat e-filing kat pejabat lhdn pandan indah tewww..

    btw, cinta tak semestinyer bersatu kannn kanns.. ahaks

    ReplyDelete
  16. ohh,perempuan mmg normal kalo rase cmni la kak nad..pmpuan kan byk pk,sbb tu kdg2 terpk bkn2..tp pe yg penting,yakin n pcaye xkan de sape tgl sesape :)
    cheer!

    ReplyDelete
  17. cemburu tandanya syg..take it as a challenge dear. life without challenge would be dull. cuma kne pandai handle jelous tu. jgn smpai terbwk2.. Insya Allah everything will be fine. just believe everything happens for a reason ok..

    ReplyDelete
  18. thanks everyone for ur support!! mwahxx!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails