Sunday, March 29, 2009

Tudung tiba lagi!

Pagi-pagi Sabtu semalam aku pegi bangunan sebelah rumahku iaitu Hentian Kajang untuk ambik parcel dari Ummi dan Abahku. Ummi telah belikan 15 helai tudung bawal lagi untuk dijual hihi :D Walaubagaimanapun mereka tidak menanggung kos modal haha.


Ini merupakan stok kedua dalam bulan ni sebab kebanyakan tudung yang baru sampai ni aku mintak Ummi cuba carikan macam yang kawan-kawan aku nak. Kebanyakan nak warna-warna basic macam hitam, putih, dan cream.

Sekarang tengah hot tudung bawal sulam tangan macam dalam gambar kat bawah ni.


Cantik kan? Aku pun suka tengok ^^


Oh. Lupe lak nak cakap. Mesti korang pelik kenapa aku pergi Hentian Kajang pulak nak ambik parcel ni? Haha.

Sebenarnya biasanya aku akan beli stok baru tudung bawal apabila aku balik kampung je. Tapi oleh kerana aku takdelah kerap sangat balik kampung, jadi aku mintak Ummi belikan saje dari sana. Pastu idea datang dari Puan Crabster yang pernah bertanyakan padaku berapa lama dari Kajang nak sampai Machang kalo naik bas sebab dia nak hantar cupcakes dia kepada client di Machang :D

Jadi dari situ baru aku teringat, anta barang melalui bas pun boleh sebab sebelum ni pun Abah pernah buat, cuma sangat jarang jadi aku pun tak terfikir nak buat macam ni. Jadi time kasih jugak kat Puan Crabster ye sebab memberi idea. Kalau korang nak beli cupcakes, bolehlah lawat blog dia k!

Haa tapi harus diingat, bukannya free nak anta melalui bas ni. Hehe. Mestilah ade cas jugak. Namun begitu rasanya tiada cas yang tetap macam hantar pos laju tu. Tapi kiranya kena kasi lah upah sikit kat drebar bas tu kan tolong antakan kita punya barang kan :D Macam Abah, dia kasi duit merah sekeping kat drebar bas tu. Haha.

Tapi kalau difikir-fikirkan, anta barang melalui bas ni memang bagus gak kalau nak urgent. Nak-nak kalau kita nak barang tu waktu weekend sebab Pejabat Pos tak bukak weekend kan. Lagipun Pejabat Pos bukak waktu pejabat je. Lain dari kaunter jual tiket bas (parcel diambil di kaunter tiket) yang mempunyai waktu beroperasi yang berlainan. Hehe, aku hanya memberi idea saje ;) Kang marah lak drebar bas tu kene angkut banyak barang orang kirim keh keh keh :P

9 comments:

  1. comey la tudung tu..Berapa satu kak? hehehehe

    ReplyDelete
  2. comey la tudung tu..Berapa satu kak? hehehehe

    ReplyDelete
  3. uuh. idea jual tudung bagus gak ni.. :P

    kalo jual tudung terpakai ada org nak beli tak? ehehehe.

    kat umah saya byk tudung yg baru pakai skali dua je! yg tak pernah pakai pun bykkkk! Mak gila tudung! haihhh

    ReplyDelete
  4. nadia-ady:
    akak letak harga RM45 satu. tp leh krg lg ehehe

    aura afzan:
    mungkin boleh tapi kalau ade kerosakan pada tudung tu kene cakap la so that pembeli x rasa tertipu n semestinya harga kene berpatutan. eceh!

    [ nadia ]:
    mahal tu nadia. penah beli ke tudung macam ni? akak jual rm45 je. tu pun leh kasi murah lagi..

    ReplyDelete
  5. wahhhh..jual tudung nampaknye.menarik nih.u dok mane? dok kat umah sewa area dpn kwsp tu ke??? ;O








    -yang bernama nad jugak

    ReplyDelete
  6. I found this site using [url=http://google.com]google.com[/url] And i want to thank you for your work. You have done really very good site. Great work, great site! Thank you!

    Sorry for offtopic

    ReplyDelete
  7. Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
    Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!

    ReplyDelete
  8. [url=http://blog.alphaplus.ca/]cialis from canada[/url]

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails