Thursday, March 05, 2009

Diskaun 92% untuk saman di dalam taman

Hari ni aku telah pergi ke Majlis Perbandaran Sepang untuk melangsaikan hutangku.

Setelah ke tingkat 2 dan masuk ke Unit Undang-undang, aku dan Encik Gajah yang menemaniku, berjumpa dengan orang di kaunter. Seorang wanita India di situ approach kami. Setelah menyatakan hasrat untuk membayar saman parking, aku kasi surat saman warna kuning tu kat dia. Dia cuba baca surat saman yang dah tak nampak tulisan tu.

"Ni kereta persendirian ya?" tanya wanita itu.

Kami mengangguk.

Dia tengok lagi surat saman tu,

"Oh, ni saman dari tahun lepas lagi ni. 10 haribulan 11. Kalau bayar 14 hari lepas dapat saman, murah la sikit. Mesti dah terima notis peringatan dari MP Sepang suruh bayar kan?" sambungnya lagi.

Aku ni nak angguk taknak angguk, tak tahu. Tiba-tiba dengar Encik Gajah berkata,

"Notis tu macam mana ek? Surat ke?" kata Encik Gajah.

Giliran orang tu untuk mengangguk pula.

"Oh. Surat tu sampai kat rumah ek? Kalau macam tu kat kampung lah.." kata Encik Gajah lagi.

Aku hanya diam memerhati gelagat mereka berdua.

"Tapi kampung kat Terengganu.." sambung Encik Gajah.

Sebenarnya surat notis tu ada dalam handbag aku. Kami buat-buat tak tahu sebab takut kene bayar mahal :D

"Oh. Jauhnya. Takpelah, macam ni. Sebenarnya Encik kene bayar RM1000 tapi kami boleh kasi pengurangan. Encik kene bayar RM80."

Dalam hati aku lega giler. Phew. Nasib baik tak melayang RM1000 mahupun RM300 sebegitu sahaja, walaupun sebenarnya aku ingatkan dia nak cakap suruh bayar RM50 je hehe. Tapi syukur giler dah masa tu.

Kami mengangguk dan senyum tanda setuju.

"OK, Encik tunggu sekejap ya, saya pergi buat bil." dan wanita itu berlalu.

Di dalam hati aku merasa wanita itu hebat sebab masih boleh membaca surat saman yang dah hilang tulisannya itu.

Sementara menunggu wanita tu datang kembali, Encik Gajah bersuara,

"Bukan ke patut RM50 ke?"

"Takpelah, murah giler dah tu suruh bayar RM80, syukur sangat dah.." balasku. Dan Encik Gajah diam tanda setuju.

"Pandai ek berlakon.." tambahku.

Encik Gajah senyum je. Reliable sungguh bakal suami aku ni. Hehe.

Wanita itu datang kembali, menyerahkan bil untuk kami bayar di kaunter pembayaran di department sebelah.

Alhamdulillah RM80 je melayang kat MP Sepang. Syukur!!

Inilah nasib kalau tak ringan tangan menderma kepada yang memerlukan. Duit kita melayang ke tempat yang tak sepatutnya macam MP Sepang ni. Huhu. Better guna duit ni untuk menderma, kan? Peringatan untuk diriku sendiri dan teman-teman :)




P/S: Sebenarnya bawak Encik Gajah ke MP Sepang untuk backing aku nak tanye kenapa mahal sangat sampai kene bayar RM1000? Sekali dia jadi pelakon daa.. Haha.

3 comments:

  1. wah, pandainya berlakon..hehehe

    1000 sekelip mata bertukar ke 80? Nampak sangat orang tu saja nak kelentong. Takpun gertak je suh bayar awal..huhu

    ReplyDelete
  2. wahhh..alhmdulillah..syukur2..
    boley mng award la..hehe

    ReplyDelete
  3. sbaik pandai gak blakon, terlps dr kena bayo memahal... aku kena rm50 je, mayb time aku bayo tu MPS baru je bukak kt cyber tu so diorg x strict lg.. suppose aku kena 2x saman tp yg masuk data 1 je.. syukur! ana aritu pn kena rm80, so aku rase saman lps2 ni jd rm80 la kot.. saman pn reti naik! mmg buat duit btol la diorg ni... huhuhu..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails