Friday, March 06, 2009

Darahku berjalan-jalan masuk ke picagari part 2

Sambungan dari part 1:

Baru la aku tau, rupa-rupanya aku yang rosak, bukan machine tu. Huu~


5. Refer kat doktor (3) semula

Setelah kejadian itu, aku dan graf report hasil dari ECG test tadi dihantar ke tingkat atas semula jumpa doktor yang aku cerita kat point number 3 (medical history) tadi.

Lepas dia tengok graf tu sume (berjela-jela kertas tu), dia cakap,

"Ni sebab awak kurang exercise ni.."

Aku dalam hati macam,

"Ha? Itu aje? Penat je orang kecoh-kecoh kat bawah tadi. Takkan la sebab aku kurang exercise je. Lagipun aku takdelah tak exercise langsung. Aku duduk tingkat 4 tiap-tiap hari panjat tangga yang curam kat apartment aku tu. Isk.."

Haih. Aku rasa doktor ni macam ambik lewa je lah. At least kasi la explanation sket ker yang kenapa heartbeat tu jadi macam tu tetibe kan. Ini tidak, kasi kesimpulan dalam satu ayat je.

Tak apa la doktor, asalkan badan saya OK, saya pun senang hati takde bende pelik-pelik.

6. X-Ray & Ultrasound

Untuk x-ray dan ultrasound ni, turun balik tingkat bawah. Masa ni baru nampak ramai orang. Lama la sikit aku tunggu turn.

Buat x-ray macam biasa je, takde yang menarik. Masa ultrasound yang agak cuak sebab first time buat. Barulah tahu tadi macam mana orang scan baby kat dalam perut. Hihi. Masa dia scan kat area perut, terbayang kan best kalau ada baby kat situ ^^ (bukan sekarang lah haha).

Alhamdulillah semuanya OK kata doktor, tak ada masalah. Cuma dia ada mention yang rahim aku menghadap ke belakang, bukan macam kebanyakan orang iaitu rahim menghadap ke depan. Tapi doktor kata aku tak perlu risau sebab ia bukan satu masalah. Harap-harap macam tu lah, amin..

Dengan selesainya ultrasound tu, kiranya selesai lah medical checkup aku di Gleneagles. Alhamdulillah. Seterusnya aku dan Iqa akan ke sana lagi 17 Mac ini untuk mengetahui keadaan kesihatan kami dengan lebih lanjut.

Lepas dah settle, kami serbu DOME Gleneagles sebab dapat kupon free dari Gleneagles. Aku order Beef Blognese Pasta dan Ice Lemon Tea. Sedap dan nak-nak kalo dapat makan free! Dah la memang sah-sah aku tak makan kat DOME ni sebab bagi aku makanan kat situ mahal. Huu~ Alhamdulillah dapat gak makan hihi :D

Terima kasih kepada yang menaja :D

Pastu kami bayar parking iaitu RM7 (mahalnye T_T) dan pulang ke ofis bersama-sama.

Nantikan update lepas dah gi jumpa doktor 17 Mac nanti ya! InsyaAllah..




P/S: Seronok betul 3 hari berturut-turut Encik Gajah hantar gi keje ^^

5 comments:

  1. alhamdulillah.. moga moga sumer dalam keadaan selamat.. kanns

    ReplyDelete
  2. nad. med check up tuk ape ek? mcm byk je songehnya je... huhu..

    ReplyDelete
  3. RM7?? x semahal parking saya masa interview syarikat kita bekerja. RM24++.....kihkih

    ReplyDelete
  4. owh detail sungguh cite checkup ni..Rase cam gih wat checkup sekali..haha agak2 report die lagi panjang tak..

    bestkan wat ultrasound..k kalu g check up tulah part paling ditunggu..rase nak ckp kat doktor..

    "doktorr kita terus wat ultrasound buleh.." atau pon..
    "boleh tak saya nak pinjam mesin doktor ni wat balik.." huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails