Wednesday, March 04, 2009

Darahku berjalan-jalan masuk ke picagari part 1

Harini bangun sebelum jam 6 pagi untuk bersiap-siap ke ofis & ke hospital buat checkup. Jam 6.30am Encik Gajah ambilku dari rumah dan hantarkan ke ofis. Dah janji dengan Cik Iqa untuk jumpa di ofis jam 7 dan bersama-sama ke Gleneagles sebab taknak lambat untuk appointment kami jam 8.30am.

Kami tiba kat sana elok-elok je sebelum 8.30am. Park kat situ dan terus masuk dalam bawak surat medical checkup yang diberi. Kami di suruh ke tingkat 4, Health Screening.

Kat situ kami consult dengan diorang untuk ambil pakej mana satu untuk full medical checkup ni. Jadi akhirnya decide ambik pakej checkup RM870 + Ultrasound RM130. Semua ongkos sudah dibayar siap-siap oleh International SOS :D

1. Maklumat asas di ambil

Mula-mula sekali, ukuran pinggang, berat, dan ketinggianku diambil. Hihi, BMI normal sangat :D Lepas tu check mata tengok rabun ke tak (memang rabun gak skit isk isk), dan tengok rabun cinta warna ke tak (yang ni takde problem, syukuuur). Iqa pun ada tengah buat mende yang sama kat bilik tu jugak.

2. Sampel darah diambil

Cuak gak masa nih. Sebab dalam kete on the way gi hospital tadi dah cuak dah kami 2 orang. Haha penakot dua-dua. Pastu masa doktor tengah cari urat untuk amik darahku, dia pukul-pukul tgnku dlm kat-kat 10 kali baru jumpa urat. Doktor cakap uratku terkedalam skit jadi susah nak cari.

Masa dah jumpa tuh, doktor dah nak stat cucuk dah tangan aku nak amik darah, tetibe dengar Iqa bersuara,

"Eh, dah sudah ek? Kejap pulak.." dengan nada kelegaan.

Tadi dia yang takut sangat. Jadi bila dengar dia cakap macam tu, aku pun rasa berani la sikit kan, hehe. Dalam hati kata,

"Ooo..rupanya kejap jer..lega.."

Bila dah cucuk tu rupenye agak lama dia amik darah aku sebab urat aku yg kecik dan kena guna jarum yang kecik kata doktor tu. Jadi amik masa lama sikit la nak kasi penuh itu picagari sebab darah masuk pun sikit-sikit je. Isk isk.

3. Sample urine diambil & medical history

Bila dah selesai ambik darah, buat urine test pulak. Lepas urine test, jumpa sorang doktor lain, dia tanya pasal masalah kesihatan yang aku hadapi dan penyakit yang ada kat dalam family. Lepas tu dia check mata, tekak, leher, dada, dan check if ada ketulan di payudara. Alhamdulillah semuanya OK. Dia cakap setiap kali habis period kena check sendiri ada ketulan ke tak. Bila dah lepas sesi ni, dah tak nampak Iqa dah.

4. Ujian pernafasan & ECG

Ujian ni dibuat kat tingkat bawah pulak. Untuk ujian pernafasan, aku disuruh tarik nafas dan hembus kuat-kuat kat machine tuh. Aku kene ulang 3 kali sebab aku tak tarik dan hembus tak cukup kuat katanya.

"Awak ni muda lagi, patut boleh buat lagi kuat.."

Isk. Aku kan asthma kecik-kecik dulu. Bila dah besar ni yang kurang skit.

Lepas tu gi wat kardiovaskular test pulak atau ECG diorang panggil. Badanku ditampal-tampal dengan 10 keping amende-tah-nama-dia kat dada, pastu ada wayar-wayar dilekatkan kat situ.

Masa ni ramai doktor yang attend, termasuk 2 orang student nurse yang agak tak cekap, membuatkan aku rasa macam nak kene operate jer. Wayar-wayar tu bersambung ke komputer, bacaan hearbeat aku dan segala yang berkaitan dapat dilihat kat skrin komputer tu.

Pastu aku disuruh berjalan atas treadmill. Sebelum tu, doktor kasi tau yang setiap 3 minit, kelajuan dan kecerunan akan bertambah. Selagi tak penat giler, selagi tu lah kita kene jalan atas treadmill tu. Apabila penat sangat sangat sangat baru dia kasi berenti. Ini ialah supaya kita dapat mencapai target yang ditetapkan iaitu 197 degupan.

Then aku pun start la jalan atas treadmill tu, dengan wayar-wayar kat badan tu. Sambil-sambil tengok Star Movies yang dipasang kat TV masa tuh. Haha.

Memula slow je. Lepas 3 minit, kelajuan dan kecerunan treadmill tu semakin bertambah. Graf kat skrin tu monitored by seorang doktor. Aku pun leh tengok gak skrin tu. Lepas 3 minit lagi, kelajuan dan kecerunan treadmill bertambah lagi. Masa nih, aku tengok kat skrin tu, degupan dah 192, maknanya lagi sikit nak capai target kan. Aku pun teruskan la macam biasa.

Tapi tiba-tiba aku nampak 192 terus lompat jadi 222, pastu tulisan 222 tu dah jadi merah dah. Doktor tiba-tiba suruh aku berenti jalan dan berentikan treadmill tu.

Masa tu aku blur giler. Diorang panggil doktor lain untuk datang tengok. Memula aku ingat machine ECG tu yang rosak.

Diorang suruh aku duduk atas katil kat seblah treadmill tu. Kasi minum air, pastu banyak kali tanya aku OK ke tak, aku pening ke tak, aku rasa berdebar-debar ke tak. Kesimpulannya diorang nampak concern giler pasal aku masa tuh.

Kat luar bilik tu, aku dengar diorang cakap pasal aku.

"Patient nama Nurul Nadiah ni kene refer kat doktor bla bla bla sebab ada masalah bla bla bla.." aku tak dengar sangat. Aku macam pelik la kan, macam kritikal je bunyinya.

Masa aku tengah cool down untuk dapatkan heartbeat normal balik, aku tanya-tanya la diorang yang tetibe ter-huru-hara kat situ sebab aku yang memberi result yang abnormal ni, apa masalah aku sbenanye. Then salah sorang doktor tu cakap aku berkemungkinan ada masalah term-ape-tah-yang-pjg-giler-nama iaitu jantung berdegup laju dalam keadaan abnormal. Dia cakap aku tak boleh berada dalam keadaan yang sangat stress.

Baru la aku tau, rupa-rupanya aku yang rosak, bukan machine tu. Huu~




...bersambung di part 2 :D

4 comments:

  1. br stage 2 dh naik smpi 222? dasat gak... aku dh stage 4 pn bwh 90% lagi, heartbeat maintain xnak gerak2.. last2 aku mintak nk lari br la die naik, smpi 92% aku mintak berenti lak sbb kaki dh lengoh! haha

    ReplyDelete
  2. ihsan_huhu:
    takdelah bes mana. huhu~

    areknee:
    stage 3 yang lompat jadi 222 tuh. memang dasat..dasat tgk doktor huru hara kat situ jap tgk org abnormal cam aku haha

    ReplyDelete
  3. nak bace part 2..cepat la..hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails