Monday, March 02, 2009

Best Kan Kalau Dapat Jumpa Kawan Lama?

Semalam aku memulakan bulan Mac dengan berjalan-jalan ke Shah Alam.

Tujuan asal ialah aku nak berjumpa kawan lama ku, Cik Ti. Tapi pakcikku yang kuajak bersama ke Shah Alam pun nak jumpa kawan lama dia jugak kat area situ. Jadi tengah hari semalam aku pun bertolak ke UM untuk ambil pakcikku. Lepas tu terus bertolak ke Shah Alam dan jumpa kawan pakcikku dahulu.


Pakcikku dan kawan lamanya, mereka sekadar kawan


Lepas singgah rumah kawan dia tu dan berborak2 di porch saje (rumah bujang perempuan saje, xleh ajak laki masuk umah, hehe), kami meneruskan perjalanan kami ke Plaza Alam Sentral pula untuk berjumpa Ti.


Aku dan Ti ketika form 5 ;)


Ti ialah kawan masa kat MRSM-YT Besut & MRSMPC. Kami mula rapat sejak form 3 sebab satu kelas hinggalah ke form 4 dan form 5. Last time kami jumpa ialah tahun 2006 masa aku prektikel kat PJ, sempat lah merayap sekali ke Shah Alam jap masa tu.

Ti masih belajar di UiTM Shah Alam sekarang so smlm kami bersua di Plaza Alam Sentral. Inilah first time aku pegi sana! Kami berjalan-jalan di dalam sebuah kedai perhiasan rumah English style. Lawa-lawa semua barangnya dan murah-murah pulak tu! Best sangat duk dalam tu pusing-pusing tak puas-puas.


Aku dan Ti di luar kedai yang best tu


Kat dalam kedai tu pakcikku snap banyak gamba tapi banyak yang blur-blur (tak berani nak bukak flash, takut kene marah ngan tuan kedai) sebab kononnya nak amik gamba candid. Last-last banyak tak jadi, haha.

Ini aje gambar-gambar yang agak OK.




Tengoklah suasana kedai ni, heaven~~


Aku yang pendek bersama Ti yang tinggi dan teddy yang besar
Ini bahagian belakang-belakang kedai, tengok, ada banyak barang ceramic


Masa aku dan Ti duk dalam kedai 'wonderland' tu, pakcikku berjumpa dengan kawan lamanya yang sorang lagi. Diorang gi borak-borak kat food court manakala aku dan Ti menggunakan sebaiknya waktu bersama dengan berjalan-jalan lagi kat dalam Plaza Alam Sentral tu.


Pakcikku bersama dengan kawannya dan bf kawannya

Lepas pegi kedai best tadi, kami singgah The Store bahagian wanita untuk cari purse untuk dihadiahkan untuk Ummi ku sempena hari jadi nya bulan lepas. Jumpa gak yang berkenan! Yeay!

Dah nak dekat-dekat maghrib, kami decide untuk pulang. Mula-mula kene hantar Ti balik rumah sewa dia dulu yang tak jauh dari situ.


Kat parking pun sempat amik gamba :D


Gamba last sebelum berpisah, harap dapat jumpa lagi!



Dapat jumpa kawan lama memang best! :D

1 comment:

  1. kedai tu namanye romantika.. mmg best & heaven! rs cm nk borong sume skali je.. tp brg2 style omputeh ni mahal2 la plak.. geram2.. uhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails