Thursday, March 12, 2009

Balik Kampong Ho Ho Ho Balik Kampong


12 Mac 2009, 8:30 malam, bas eBudaya


Yahoo! Aku balik kampong malam ni! Naik bas jer. Ehehe. Harap-harap tak muntah lagi. Tempat duduk belakang driver bas lak tu! Haha. Takpe aku suke je. Sebab leh tengok jalan. Kurang sket mabuk perjalanan aku.

Dan yahoo! Esok orang lain kerja, aku cuti senang lenang dan cari selendang kat rumah :P Jangan jeles ye kawan-kawan kat opis yang sedang membaca entri ini di pagi hari jumaat. Hoho. Dahlah takleh komen ek? Hehehe. Opisku dah block komen untuk blogger dan tak boleh publish entry. Kesian.. :P

Dan..

Macam-macam nak buat balik ni!

PERTAMA SKALI: Nak amik gambar kat pantai. Rumah aku 10 minit je dari pantai. Jemput lah datang :D


Ini gambar aku amik 2 tahun lepas rasanya
Model ialah adik-adik aku


KEDUA SKALI: Nak amik gambar besfren aku tunang. Akhirnyaaaa! :D

KETIGA SKALI: Nak amik gambar sepupu-sepupu aku yang kecik-kecik comey dan kiut. Hehe. Aku ada ramai sepupu kecik-kecik. Gamba adik beradik aku? Mesti ada punya kalau tak plan nak amik pun. Hahah. OK sebenanye masuk dalam plan jugak since sume adik beradik ada kat rumah nanti. Yahoo! Cukup korum! :D

Apesal semua cita-cita balik kampung ialah nak amik gambar je nih? Hehe. Sebab...

Buat pertama kalinya boleh pinjam bawak balik kamera Encik Gajah yang lebih canggih dari kamera ku itu :D

Time kasih Encik Gajah!! Hihihi hepi sungguh.

OK sambung lagi.

KEEMPAT SKALI: Nak gi kenduri kawen kawan lama satu skolah masa kat MRSMYT Besut. Dah lama giler tak jumpa dia. Sejak form 3 tak jumpa. Dah berapa tahun ek? Kat 9 tahun dah!! Ish lama sungguh la. Yang ni pun mungkin ada can nak amik gamba lagi. Hihi.

KELIMA SKALI: Nak beli stok tudung bawal untuk dijual. Dah lama tak aktif. Since before raya puasa kot. Hihi. Ada yang berminat untuk menjadi pelanggan? :D


Haa itu ajelah kot plan balik kampong kali ni. Harap-harap semuanya termakbul lah. OK kawan-kawan. Doakan keselamatanku pergi dan pulang k. Time kasih! Oh ya, aku tak sure aku dapat meng-update blog di rumah nanti. Almaklumlah, busy. Cheh. Haha. Jadi tunggu Isnin depan lah ye! Take care semua :)

5 comments:

  1. nad! saya pun balik kampung tnite!
    tp kat ganu la.... ehehe

    ntah2 jmpa kat bus-stand. erk hentian putra kan? hihihi

    ReplyDelete
  2. bestnyerr balik kampong tewww.. naper tak ajak encik gajah sekaliii.. ihihi

    ReplyDelete
  3. bestnya balik kampung!nak balik jugak.wawawa!!

    kamera itu kamera DSLR kah? hehehe

    ReplyDelete
  4. nad, nak pesan tudung bawal itam sulam tangan berlian mata lalat bole? uhuhu

    ReplyDelete
  5. sapa tunang??
    uu saya pom nak balik besalin gak spatutnya harini tapi cuti tak lulus :( huu..
    tepaksalah beranak sini..huuu nasib kuli~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails