Friday, March 27, 2009

Apakah Persamaan Garfield, Bugsy, Ice Queen, dan Zorro?

Lupakan kesedihan. Kerna ia akan selalu ada.

Baiklah, kali ni nak cerita pasal nama gelaran yang pelik-pelik orang panggil aku sepanjang aku hidup. Hehe.

Nama gelaran ni biasanya di kalangan kawan-kawan lah yang panggil. Tapi ada orang, di kalangan adik beradik pun ada gak. (Sebab aku ada panggil adik aku Si Kurus dengan Si Gemuk hehe gurau-gurau mesra saje, jangan ada yang terasa pula ye :P)

Masa menengah rendah dulu ada orang panggil aku Garfield. Sebab mata aku kuyu. Mata aku ni orang nampak macam ngantuk je walaupun pada hakikatnya aku tak rasa ngantuk pun.

Penah satu masa tu, seorang Ustazah ni sedang mengajar kat kelas aku. Masa tu aku tengah khusyuk je dengar Ustazah tu mengajar (al maklumlah duk depan sekali kan), tetibe dia tengok muka aku, tak semena-mena dia cakap,

"Awak mengantuk ye Nadiah?"

Aku terpinga-pinga lah pastu semestinya menidakkan kata-katanya. Ade de ke patut aku punya lah kosentret kat dia skali dia cakap aku ngantuk. Isk isk.

Tapi yang aku pelik tu kalau waktu aku betul-betul ngantuk, tak pulak dia tegur. Hahaha. Terasa beruntung pula, sebab percentage aku mengantuk di dalam kelas ialah lebih tinggi dari tak ngantuk :P

Kadang-kadang, ada gak yang panggil aku Mata Stim. Substitute Garfield lah jugak tuh. Isk. Mana ada aku stim. Huhu.



Ada satu lagi gelaran berkait ngan mata gak. Nama gelaran yang ni pulak, baru je aku dapat akhir-akhir ni. Ade lah 2-3 orang budak kat ofis tu panggil aku Bugsy sebab mata aku bulat.


Bugsy in Bedtime Stories movie

Aku masih ingat lagi masa aku menengah atas, ada sorang classmate aku sangat takut kalau aku jengilkan mata. Dia cakap, kalau tengok mata aku dari tepi, nampak macam nak terkeluar biji mata. Jadi kalau aku jengilkan mata agaknya dia nak tadah tangan kot mana lah tau kalau-kalau biji mata aku terkeluar. Haha.



Masa kat UTP pulak, penah seorang kawan kepada kawan aku cakap muka aku macam Ice Queen sebab macam takde perasaan. Tapi tak tau lah masa bila orang tu tengok aku bermuka tak berperasaan tu. Tapi aku admit, kadang-kadang (ke selalu?) aku suka buat muka takde perasaan. Payah sikit orang nak approach. Keh keh keh :P


Ade ghuper aku ker?



Masa kecik-kecik pulak, Ummi selalu panggil nama ni kat aku:

Zorro.

Sebab apa? Macam takde kaitan ngan aku kan? Hehe.

Sebenarnya kat rumah, Ummi panggil aku Nurul. Tapi bunyinya tak jadi 'Nurul', ia jadi 'Nuro'. Kang kalo Ummi panggil aku makan,

'Nuro! Nuro! Oooo Nuro..mari makan ni..'

Pastu aku tak menyahut :P Lama-lama dia give up dia panggil aku Zorro pulak.

'Zorro! Zorro! Oooo Zorro..mari makan ni..'

-_-"



Pastu pulak masa skolah rendah, mula-mula kaki aku tak berapa besar. Pastu aku sedar kaki aku dah sama besar ngan kaki Nenek aku. Pastu ia semakin membesar, sama besar dengan kaki Ummi pulak. Rasanya masa tu dah darjah 6 kot. Lepas-lepas tu ia membesar lagi lebih besar dari kaki Ummi.

By that time, Ummi dah panggil kaki aku Kaki Gajah. Haha.

Nasib baik tak membesar dengan lebih banyak. Tak dapat la celen saiz kaki Abah. Haha. Skang saiz kaki aku ialah 7 saje. Takdela besar sangat kan ;) Tapi mungkin dengan ketinggian aku dan saiz badan aku, biasanya orang tak jangka kaki aku saiz 7 la. Mak Encik Gajah sendiri pun terkejut dengar aku pakai kasut saiz 7..iaitu sama saiz dengannya. Sedangkan dia tu tinggi orangnya ;)

Tapi aku tak kesah pun, dengan saiz kaki yang besar, ini bermakna aku lebih stabil sebab sains membuktikan jika struktur sesuatu bangunan itu mempunyai tapak yang besar, bermakna ia lebih stabil. Hahaha :P

Kalau diingat-ingatkan balik, masin sungguh mulut Ummi kan. Duk panggil aku kaki Gajah skali dapat bakal menantu Encik Gajah daaa :P




Ini ialah cerita aku. Bagaimana pula dengan korang? Apa pulak nama gelaran korang dan mengapa? ;)

5 comments:

  1. oh..kawan2 panggil akmar 'kecik' or 'kenit' sebab akmar ni memang kecik sangat kot
    (tinggi tak sampai 150cm memang kecik la kama oi!!)

    and ader panggil akmar ni 'kesian' sebab ape tah..
    muke akmar ni kesian sangat ke?? adeih...
    saye tak paham langsung..kekekeke =p

    huhu..seronok ar bace entry ni..klaka gler..
    teringat balik zaman kecik2 akmar dulu ada banyak nama gelaran...hahaha ;)

    ReplyDelete
  2. Bila Garfield, Bugsy, Ice Queen, dan Zorro digabungkn..dpt la cik nad... (^_^) jgn marah~~

    ms kecik org pnggil sy ank cina sbb muka cm ank cina... ishk...

    ReplyDelete
  3. sama la..Kami adik-beradik pun ada gelaran msg2. Si Gemuk (kakak), Si Kurus (saya) dan Si Debab (nana). hahaha...

    masa kecik2, ayah suka panggil saya 'Hantu Jepun'. Malu giler!

    ReplyDelete
  4. waaa. byknye nama glamer!
    pikir jugak utk menyahut cabaran Nad buat post pasal "gelaran2" ni.
    Tapi byk sgt lorrrrr! ahahahha

    *tak sanggup face" :D

    ReplyDelete
  5. alolo..
    comel2 gelaran kak nad yew..
    lalalala..

    =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails