Thursday, February 12, 2009

Terima Kasih

Jumaat malam sabtu lepas, aku pergi melawat pakcikku yang eksiden tempoh hari itu di UM. Bukan nak lawat dia sangat sebenarnya, yelah, bunyinya macam teruk sangat je sampai kena lawat-lawat. Hehe. Dia dah OK dah pun. Dah boleh jalan macam biasa dah cuma masih ada sakit sikit-sikit lagi.

Tujuan utama aku ke sana ialah atas urusan bisnes. Wah, bukan juta-juta ek. Adelah sikit. Then ianya berlarutan sehingga jam 12 malam. Jadi aku pun tak berani lah nak drive sorang-sorang balik ke Kajang di tengah malam buta. Jadi setelah berfikir sejenak, pakcikku telah mencadangkan aku untuk bermalam di rumah kawannya yang juga kawan lama ku dari sekolah rendah lagi.

Malu sebenarnya nak pergi tumpang tidur rumah orang tiba-tiba je. Dah lah tak selalu contact dengan dia. Lain lah pakcikku tu. Diorang sama-sama belajar kat UM dan agak rapat. Tapi oleh kerana tiada pilihan lain, jadi terpaksalah menyusahkan kawanku itu. Sian dia..

Aku yang dengan sehelai sepinggang ni, dah la baju dari ofis (nasib baik hari jumaat boleh pakai casual) menumpang lah tidur di rumahnya. Kawan ku itu sangatlah baik hati memberi pinjam baju tidurnya kepadaku. Semua benda yang aku perlu, semuanya dia provide kecuali yang tak boleh nak tolong lah kan. Paham-paham jelah. Baik sangat! Aku terharu. Layanannya sangat baik tip top lah. Tahulah dia kerja bahagian customer service. Hehe.

Yang aku nampak, dia ni sekarang dah lain dah dengan waktu sekolah rendah dulu. Sekarang dia lemah lembut dari segi pertuturan dan tingkah laku. Yelah, mana nak sama dengan dulu masa sekolah rendah. Ingat-ingat lupa je kat semua orang. Hehehe.

Bila dah lama tak jumpa, macam-macam jugaklah kami sempat bercerita sebelum melelapkan mata. Kalau tak sebab badan ni dah penat, dan memikirkan dia nak OT esok harinya, terpaksalah jugak tidur. Agaknya kalau tak sebab semua tu, kami tak tertidur kot oleh kerana masing-masing dah lama tak update. Hehe.

Pagi-pagi esoknya dia bangun awal dan masak nasi goreng. Rajin betul. Baguslah, calon isteri yang baik. Lepas dah siap-siap, aku hantar dia ke pejabat sebagai membalas budinya.

I hope we can spend time together and be a good friends again. Thank you Diyana for the great hospitality! :)

5 comments:

  1. nk berkenalan dgn DIYANA gk~
    mana tau dpt tumpang umah..hehehhe

    ReplyDelete
  2. syukur pakcik kamoo dah sembuh ..

    ReplyDelete
  3. xleh jadik nie...
    dma pg dia xwat ns goreng punnnnnnnnn
    huhks~~

    ReplyDelete
  4. Amanda Eltiqaz:
    haha. tau lah nama sama. ejaan je lain kan

    en_me:
    Alhamdulillah

    Akma:
    jangan jeles! :P

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails