Thursday, February 26, 2009

Tak Reti-reti Nak Buat Tulisan 'Orang Dewasa'

Cik Nadia-Ady telah meng-tag ku lagi. Menarik jugak nih.

Sila tulis:

1. Nama / nama samaran kat alam maya
2. Tulis guna tangan kanan atau kidal
3. Huruf yang suka ditulis
4. Huruf yang tak suka ditulis
5. Tulis 'The quick brown fox jumps over the lazy dog'
6. Nama orang yang di tag


Tulisanku dan tangan yang telah menulisnya :D


Haih. Dah nak masuk 24 tahun tapi tak reti nak tulis sambung-sambung, kan? Dulu masa kecik-kecik tengok orang besar-besar tulis sambung-sambung macam lawa je tapi sampai sekarang tak reti-reti. Mungkin sudah ditakdirkan tulisan aku macam ni aje, macam budak sekolah :P

Lepas tu saiz tulisan pulak tak boleh nak besarkan lagi. Mesti jadi tulisan kecik jugak.

Dulu masa sekolah rendah, selalu guna pensel picit (mechanical pencil) untuk menulis. Tulisan pulak kecik dan tulis tak menekan (tak berbekas di mukasurat belakang) jadi memang seksa jugak cikgu nak membacanya. Aku ingat lagi masa tu darjah 4, ada seorang cikgu ni cakap,

'Agaknya sebab ni lah kot awak selalu pening kepala'

..sebab aku selalu pening kepala dan pengsan kat sekolah.

Haih. Suka hati cikgu je. Tak tau lah betul ke tak, mungkin tak kot, cikgu. Hehe.

Pastu masa darjah 6, ada seorang cikgu lain menasihatkan aku untuk berlatih menulis besar-besar dan menggunakan pensel 2B supaya boleh diaplikasikan sewaktu UPSR nanti. Namun begitu aku tidak ikut cakapnya sebab tulis besar-besar lenguh dan lambat jadinya, dan tak best pakai pensel 2B berbanding pensel picit :D

Tapi akhirnya sewaktu UPSR, aku guna gak pensel 2B (terpaksa) dan buat tulisan besar-besar untuk pertama kalinya. Yelah, mudah sikit orang yang tanda kertas peperiksaan aku tu nak baca, kan. Lagipun cikgu ada beritahu yang orang yang menanda kertas peperiksaan kita ni manusia jugak, mau nye dia bad mood tengok tulisan aku yang kecik-kecik dan susah nak dibaca tu, terus dia kasi fail kat situ jugak. Haha. Ha, tau pun cuak :P

Dan akhirnya, Alhamdulillah aku dapat la keputusan UPSR yang warna berterbangan (flying colours). Masa tu tahun pertama subjek Sains masuk dalam UPSR :)



P/S: Wee~ Encik Gajah balik lagi this week! Tadi baru ambik dia kat LRT Sungai Besi sebab esok dia ada meeting kat KLCC :D Dah 3 weekends berturut-turut dia balik hihi *winks*

4 comments:

  1. tulisan tangan x pernh senonoh XD haha

    ReplyDelete
  2. comel apa tulisan tu..rasanya still jelas boleh dibaca..hihi

    dulu selalu jugak tulis tekan2 sebab nak nampak lawa. Sekarang ni main layang je. Tapi still tak bersambung (memang sampai bila2 takkan nampak dewasa..hahaah)

    ReplyDelete
  3. weeee....kita sebaya kot..sebab kita pun batch pertama yg ada paper sains utk upsr..~konpem sebaya~ dan result upsr kita pun warna berterbangan juga...suker..~ngee~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails