Monday, February 23, 2009

Sesuatu yang sudah lama kutinggalkan

Telah di-tag oleh Cik Nadia-Ady berkening lebat itu ;)

The instructions are as per below:

1)Go to your photos folder in your computer
2)Go to the 6th folder of photos
3)Go to the 6th picture in that folder
4)Put the picture on your blog and description of it
5)Invite six friends to join the challenge
6)Link them in your blog and let them know they have been challenged



Baiklah. Mari kita mulakan.

Korang tahu kan aku sangat suka baby dan budak kecik?

Jadi gambar-gambar mereka sangat banyak di dalam simpanan aku. Aku ada folder khas untuk mereka yang comel-comel ini.

Nampak je budak kecik, asal ada kamera di tangan, aku akan snap je. Stalker kah aku? :P Kenal atau tidak budak tu, itu semua tolak tepi. Yang penting diorang sangat comel dan adorable tahu tak? :D

Setelah dikorek-korek folder gambarku, inilah dia gambar yang terkena.


Gambar asal


Comel kan? Tengoklah tu, putihnye, macam mak dia. Rambut perang pulak tu. Pipi gebu. Ish ish ish godaan...

Gambar ini diambil di Bandar Baru Bangi jugak. Rumah ibu saudara kepada sepupuku dari sebelah mak nye.

Budak ni ialah sepupu kepada sepupu ku. Namun bukan sepupu ku ye. Dan aku dah lupe nama dia sebab inilah kali pertama dan terakhir setakat ni berjumpa budak ni. Nasib baik lah ada gambar ni. Boleh buat kenang-kenangan. Harap-harap boleh jumpa lagi.


Setelah di-edit


Setelah di-edit, inilah hasilnya. Nampak lain sikit kan? Terserlah bulu matanya yang lentik tu.

Cuba perhatikan ekspresi muka dan mata dia. Apakah maknanya? Adakah dia pelik tengok aku snap-snap gambar dia? Haha. Kesian budak ni. Lagi dia buat muka macam tu, lagi lah aku rasa nak cubit je pipi dia. COMEL NYE!!


Dan orang yang ku mahu tag ialah:
1. Cik Afzanranai
2. Cik Kmar
3. Cik Dada
4. Cik Iqa
5. Kak Kunaz
6. Cik Noli


P/S: Dah lama aku tak buat karya fotografi. Dulu masa kat UTP rajin lah. Sejak kerja dah hilang rasa tu.

Sekarang tak boleh bawak kamera ke mana-mana macam dulu. Sebab sejak pindah rumah di Kajang ni, kamera ku tak tau mana letak dah. Ish ish. Nasib baik ada fon berkamera. Walaupun kualiti tak berapa bagus sebab tak berapa canggih, tapi boleh la..Tapi untuk seminggu ni Encik Gajah telah meminjamkan kameranya yang bes! Leh la bermain-main dengannya. Hihi. :D

4 comments:

  1. kat gambar asal memang ada tulisan 'nadxoxo.blogspot.com' jugak kerrr.. ehehe

    hi cek nad tewww..salam pagi selasa dr me dikejauhannns

    ReplyDelete
  2. nad..takde laptop..gambar pon ilang..
    camane nak buat tag anda?

    ReplyDelete
  3. hahahha..Sama lah. Suka main snap gambar budak comel. Kenal atau tidak belakang kira.wakakaka

    p/s: comel la.dah la putih.huhu

    ReplyDelete
  4. en_me:
    nadxoxo tu wajib letak :P

    Cik Dada:
    bukak album gambar pilihan anda hehe :P

    nadia-ady:
    comel kan? nnt nak upload lagi gamba budak2 comel :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails