Sunday, February 08, 2009

Persiapan Perkahwinanku Bermula :D

Last week sewaktu di kampung selama seminggu, aku dah mula buat persiapan perkahwinanku. Walaupun ianya akan berlangsung 9 bulan dari sekarang, aku tak mahu tergesa-gesa nanti. Lebih baik buat sikit-sikit mula dari awal.

1. Pelamin
Dah mula survey. Aku dah ke beberapa kedai yang ada sekitar daerah tu. Ada gak ura-ura nak survey kat Kota Bharu tapi belum sempat lagi nak ke sana. Buat masa ni, mungkin sudah ada pilihan di hati. Tapi kalau jumpa yang lebih baik, mungkin akan tukar. Masih ada masa lagi, kan?

2. Photographer
Sudah buat keputusan dan minta quotation dari photographer tersebut. Memang dah lama berkenan dengan hasil kerjanya. Plus, memang dia orang Terengganu jadi senang dan lebih dekat. Tak payah dia travel jauh-jauh. Harga pun berpatutan dan afforable. Cuma belum booking lagi.

3. Warna Tema Majlis
Setelah berbincang, aku dan keluarga sudah bersetuju dengan tema warna putih dan biru turqoise. Putih memang wajib sebab itulah warna yang paling disukai.

4. Juru Make-up
Sedang berfikir-fikir sama ada nak ambil orang yang sama sewaktu majlis tunang dulu atau tak. Kalau ambil orang yang sama, maknanya akan masuk dalam harga pakej pelamin + sewa baju sanding + dan lain-lain. Kalau tak, mungkin akan ambil seorang make-up artist lain dari Kuala Terengganu yang ku berkenan jugak dengan hasil kerjanya.

5. Kad Undangan
Dah survey dah melalui internet dan ada berkenan dengan beberapa design dari kedai-kedai yang berlainan. Masih berfikir-fikir lagi nak pilih yang mana. Sebab kalau boleh nak pegang kad tu dengan tangan sendiri baru puas hati :D

6. Kursus Pra-Perkahwinan
Dah ambil dah tahun lepas. Alhamdulillah dah tak payah fikir dah :P

7. Baju Akad Nikah
Kainnya dah dibeli bersama kain baju tunang dulu sebab nak letak dalam hantaran tunang. Last week dah hantar kain tu ke tailor di kampungku. Harap-harap badan tak naik lah. Hehe.

8. Tudung Akad Nikah
Dah cari dah masa balik kampung haritu jugak. Tapi susah nak cari tudung yang match dengan warna baju akad nikah, sebab baju akad nikah bukan warna putih. Masih mencari lagi.

9. Tempat Penginapan Keluarga Dari Sebelah Pengantin Lelaki
Dah tanya Abah, sebab aku tak tahu sangat pasal resort mana yang OK kat Besut tu. Jadi Abah dah cadangkan padaku Demong Beach Resort yang terletak lebih kurang 10 ke 15 minit dari rumahku. Dah pergi tengok lokasinya haritu.

10. Jamuan Kenduri
Setelah berbincang dengan keluarga, aku sudah setuju dengan cadangan Abah untuk tidak mengambil servis katering. Alasannya ialah; katering kosnya tinggi, dan kalau masak sendiri bergotong-royong nanti insyaAllah akan ada ramai orang nak tolong katanya. Aku ON je.

11. Perabot Untuk Bilik Pengantin
Sudah pergi survey di beberapa kedai perabot iaitu di Jerteh dan Pasir Putih. Sudah ada yang berkenan cuma duitnya belum ada. Jadi bila dah nak dekat dengan majlis nanti baru beli kot. Set bilik tidur ni memang penting sebab dalam bilikku itu tak ada perabot langsung. Tidur pun atas toto je sejak pindah rumah. Kesian aku dan adikku yang tidur sebilik, iaitu Kak Chik. Hehe.


Aku berharap majlis perkahwinanku nanti nampak sweet dan comel. Secara keseluruhannya, sederhana dan tak membazir. Paling penting makanan yang dihidangkan nanti sedap. Jadi tetamu akan pulang dengan hati yang senang sebab puas makan. Hehe. Doaku agar majlis itu nanti lancar dan diredhai. Amin.

5 comments:

  1. wawawa..nak kawen da...semoga berjalan dgn lancar jugak..hehhe

    ReplyDelete
  2. wah dh nk kawen dh die. bz r preparing for yr wedding kn. ;-)

    ReplyDelete
  3. yeay yeay, nad nak kawen yeay yeay yeay

    ReplyDelete
  4. nadia-ady:
    thanks cik nadia :)

    Cik Kmar:
    hehe, belum bz lagi la cik kmar :P

    fio:
    haha. nk tggu turn cik iqa laks

    ReplyDelete
  5. Hye, meh singgah my blog tgk kad kawen. mana tau ader berkenan.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails